You are on page 1of 7

KINTA VOLLEYBALL ASSOCIATION (KINVA)

Persatuan Bola Tampar Daerah Kinta


2, Margosa E/2, Seri Margosa, Bandar Seri Botani,
31350, Ipoh, Perak
(7566/2015)

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MINI


JEMPUTAN KINVA
BAWAH-11 TAHUN 2016 KALI KEDUA
19-20 NOVEMBER 2016

PERATURAN KEJOHANAN

Address : 2, Margosa E/2, Seri Margosa, Bandar Seri Botani,


31350, Ipoh, Perak
Tel. no : 6012-7222619

e-Mail: chidyna77@yahoo.com

Kejohanan Bola Tampar Mini Jemputan KINVA Bawah 11 Tahun 2015 Kali Pertama

1.

NAMA KEJOHANAN
Nama kejohanan ini adalah Kejohanan Bola Tampar Mini Jemputan KINVA
Bawah-11 Tahun 2016 Kali Kedua

2.

PENGANJUR
Kejohanan Bola Tampar Mini Jemputan KINVA Bawah-11 Tahun 2016 Kali Kedua
akan dianjurkan oleh Persatuan BolaTampar Daerah KINTA (KINVA), dengan
kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Daerah KINTA.

3.

TUJUAN
3.1
3.2
3.3

4.

5.

Mempopularkan sukan bola tampar dikalangan murid-murid di Daerah Kinta


Mengwujudkan intergrasi diantara masyarakat majmuk di Daerah Kinta
Mencungkil bakat-bakat bola tampar peringkat akar umbi di Daerah Kinta

TARIKH & TEMPAT


4.1

Kejohanan ini akan diadakan di SJKC Bercham, Ipoh, Perak.

4.2

Tarikh kejohanan adalah pada 19-20 November 2016 ( Sabtu) .

SURAT-MENYURAT & PERTANYAAN & YURAN PENYERTAAN


5.1

Semua pertanyaan dan surat-menyurat berkenaan dengan kejohanan tersebut


harus ditujukan kepada:
En. Bong Lip Chi
Setiausaha Kehormat
KINTA Volleyball Association (KINVA)
2, Margosa E/2, Seri Margosa, Bandar Seri Botani, 31350, Ipoh, Perak
Fax: 05-3114270

H/P: 012-7222619

5.2

Tiada yuran penyertaan

5.3

Yuran penyertaan hendaklah dibayar ke:


KINTA VOLLEYBALL ASSOCIATION (KINVA)
No Akaun: 3192894528 (Public Bank)

Email: chidyna77@yahoo.com

Kejohanan Bola Tampar Mini Jemputan KINVA Bawah 11 Tahun 2015 Kali Pertama

6.

7.

8.

PENYERTAAN
6.1.

Kejohanan kali kedua ini adalah terbuka kepada daerah Kinta Utara sahaja.

6.2.

Jumlah penyertaan sekurang-kurangnya 6 pasukan Lelaki dan 6 pasukan


perempuan.

KELAYAKAN PEMAIN
7.1.

Semua pemain yang mewakili pasukan/sekolah mereka mestilah merupakan


murid/penuntut di sekolah tersebut. Jika terdapat sekolah yang tidak
mengambil bahagian dalam kejohanan ini, maka murid/penuntut sekolah
tersebut boleh bermain untuk pasukan/sekolah yang lain. Setiap Pasukan
hanya dibenarkan menyenaraikan maksima 3 ORANG PEMAIN dari
sekolah yang tidak mengambil bahagian, dengan syarat MENDAPAT
KELULUSAN BERTULIS DARI SEKOLAH PEMAIN TERSEBUT.

7.2.

Seorang pemain/murid/penuntut hanya boleh mewakili satu pasukan/sekolah


sahaja.

7.3.

Pemain/murid/penuntut yang enggan bermain untuk pasukan/sekolahnya tanpa


sebarang sebab yang munasabah, tidak akan dibenarkan bermain untuk
pasukan/sekolah yang lain.

7.4.

Semua pemain mesti mematuhi syarat had umur di bawah 11 tahun. Cuma
pemain-pemain yang dilahirkan PADA atau SELEPAS 01hb Januari 2005,
yang dibenarkan bermain di dalam kejohanan ini.

KOMPOSISI PASUKAN
Satu pasukan boleh terdiri daripada TIDAK MELEBIHI 15 Ahli (1 Pengurus
Pasukan,1 Jurulatih, 1 Pen. Jurulatih/Pengiring dan 12 pemain).

9.

PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN


9.1.

Pendaftaran akan ditutup pada 03 November 2016

9.2

Undian akan di buat pada 07 November 2016 jam 8.30 malam di


Conference Room (5th Floor)
Ipoh Downtown Hotel
Ipoh, Perak

9.3

Kad Pengenalan atau salinan sijil kelahiran semua pemain mesti diserahkan
kepada Jawatankuasa Kawalan semasa Pendaftaran dan pada Perlawanan
Pertama pasukan tersebut, untuk pengesahan.

Kejohanan Bola Tampar Mini Jemputan KINVA Bawah 11 Tahun 2015 Kali Pertama

9.

SISTEM PERTANDINGAN
9.1.

Pengagihan Pasukan untuk Pusingan Awal


9.1.1. Pengagihan pasukan kepada 2 kumpulan, Kumpulan A dan Kumpulan
B. Pasukan-pasukan yang mendaftar akan diberitahu pengagihan
kumpulan semasa mesyuarat pengurus pasukan atau email.
Pengagihan akan di buat melalui Cabutan Undi.

9.2.

Pengagihan Pasukan untuk Pusingan Seterusnya


9.2.1. Dua pasukan terbaik daripada kedua-dua kumpulan akan layak ke
peringkat separuh akhir di mana A1 bertemu dengan B2 dan A2
bertemu dengan B1. Pemenang separuh akhir akan bertemu di
peringkat akhir untuk menentukan Johan dan Naib Johan. Kedua-dua
pasukan yang kalah bertemu untuk tempat ketiga dan keempat.

9.3.

Cabutan Undi
9.3.1 Satu proses cabutan undi akan dijalankan bagi setiap pasukan, semasa
mesyuarat pengurus pasukan, berdasarkan kepada Peraturan
Kejohanan.

9.4.

Susunan dan Jadual Perlawanan


9.4.1. Perlawanan Pusingan Awal berdasarkan kepada Sistem Round Robin
di dalam kumpulan masing-masing, dan perlawanan akan ditentukan
mengikut Jadual Berger.

9.5.

Sistem Ranking/Kedudukan Pasukan Sepanjang Perlawanan


9.5.1. Ranking/Kedudukan berdasarkan kepada Perlawanan Menang dan
Kalah
9.5.1.1 Ranking/kedudukan pasukan adalah ditentukan oleh
keputusan perlawanan berdasarkan kepada perlawanan yang
menang dan kalah.
9.5.2. Mata yang dianugerahkan kepada setiap pasukan pada setiap
perlawanan.
9.5.2.1. Berikut adalah mata yang akan dianugerahkan kepada setiap
pasukan pada setiap perlawanan:
Perlawanan yang menang
Perlawanan yang kalah
Perlawanan yang didenda

:
:
:

2 mata
1 mata
0 mata

9.5.3. Sekiranya Berlaku Kes Seri


9.5.3.1. Nisbah Mata = Dalam kes persamaan mata perlawanan yang
diterima oleh dua atau lebih pasukan, maka pasukan-pasukan
tersebut akan diklasifikasikan dalam turutan menurun
berdasarkan kepada nisbah dari keputusan pembahagian
semua mata yang dimenangi dengan semua mata yang kalah,
4

Kejohanan Bola Tampar Mini Jemputan KINVA Bawah 11 Tahun 2015 Kali Pertama

dalam kesemua set yang telah dimainkan.

9.6.

9.5.3.2.

Nisbah Set = Sekiranya masih berlaku kes seri selepas


nisbah mata (9.5.3.1), maka pasukan-pasukan tersebut akan
diklasifikasikan dalam turutan menurun berdasarkan kepada
nisbah dari keputusan pembahagian semua set yang
dimenangi dengan semua set yang kalah.

9.5.3.3.

Sekiranya masih berlaku kes seri selepas nisbah set (9.5.3.2)


di antara 2 pasukan, keutaman akan diberikan kepada
pasukan yang telah memenangi perlawanan yang terakhir di
antara mereka.

9.5.3.4.

Apabila kes seri berlaku di antara 3 atau lebih pasukan di


dalam nisbah set, maka satu klasifikasi baru pasukan-pasukan
tersebut dari segi 9.5.2. dan 9.5.3. akan dibuat, dengan
memberi pertimbangan hanya kepada perlawanan-perlawanan
yang telah dimainkan di antara pasukan-pasukan tersebut.

Untuk Memenangi Satu Set dan Satu Perlawanan


9.6.1. Sistem BEST OF THREE (3) SET akan digunakan untuk kejohanan ini.
Dengan Set 1 dan Set 2 dimenangi oleh pasukan yang mendapat 25
mata terlebih dahulu. Dalam kes seri 24-24, permaianan akan diteruskan
sehingga kelebihan 2 mata dan mata maksimum adalah 27 mata (2426, 25-27, 26-27).
9.6.2. Jika set penentuan dimainkan, Set yang ke-3 adalah 15 mata dan
maksimum adalah 17 mata (15-17, 16-17).

10.

PENGADUAN / PROTES
10.1. Pengaduan/Protes boleh dilaporkan pada peringkat-peringkat yang berlainan di
dalam kejohanan, termasuk semasa perlawanan/pertandingan, selepas
perlawanan/pertandingan, dan pada masa-masa yang lain semasa kejohanan.
10.2. Semua pengaduan/protes berkenaan dengan keputusan sesuatu perlawanan
berkenaan mesti dilaporkan secara bertulis kepada Pengerusi Kejohanan
dalam jangkamasa satu jam, selepas tamatnya perlawanan berkenaan.
10.3. Selepas Borang Skor telah disemak dan ditandatangani oleh semua pihak yang
berkaitan tanpa sebarang protes, maka tiada protes pasukan selanjutnya dari
aspek teknikal akan diterima, contohnya 7 penggantian, kesilapan pencatat
skor, kesilapan pengadil, dll.
10.4. Pengaduan/Protes mesti ditulis dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia
dan disertai dengan wang cagaran sebanyak RM 200.- tunai.
10.5. Wang cagaran akan dipulangkan serta-merta sekiranya pengaduan/protes itu
sah.
10.6. Pengerusi Kejohanan mesti memajukan pengaduan/protes tersebut kepada

Kejohanan Bola Tampar Mini Jemputan KINVA Bawah 11 Tahun 2015 Kali Pertama

Jawatankuasa Kecil Rayuan melalui satu laporan bertulis, dalam jangkamasa


satu jam selepas menerima bayaran wang cagaran.
10.7. Jawatankuasa Kecil Rayuan mesti bermesyuarat untuk menimbang
pengaduan/protes dalam jangkamasa satu jam selepas menerima
pengaduan/protes tersebut, dan memberi keputusannya. Seseorang ahli
Jawatankuasa Kecil Rayuan dari sekolah yang sama yang mungkin merupakan
parti berkepentingan kepada pengaduan/protes tersebut, tidak akan terlibat di
dalam sesi perbincangan itu.
10.8. Pengerusi Jawatankuasa Kecil Rayuan boleh memanggil semua yang terlibat
dengan kes tersebut dan wakil-wakil mereka untuk memberi penerangan.
10.9. Keputusan Jawatankuasa Kecil Rayuan adalah muktamad.

11.

PERATURAN RASMI KEJOHANAN


11.1. Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Rasmi Bola Tampar FIVB
2013-2016 yang terkini, dan peraturan kejohanan.
11.2. Semua interpretasi berkenaan dengan Peraturan Permainan yang perlu akan
dibuat pada Mesyuarat Teknikal/Mesyuarat Pengurus jika ada.
11.3. Pihak Penganjur mempunyai hak muktamad untuk membuat keputusan di atas
isu-isu atau perkara-perkara yang tidak termaktub di dalam 11.1 di atas.

12. PAKAIAN SERAGAM


Semua pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu Jersi dan
Seluar Pendek / Track Bottom.
12.1

Jersi hendaklah bernombor yang berukuran sekurang-kurangnya 15 sm tinggi


dihadapan pada paras dada dan 20 sm di belakang.

12.2

Nombor Jersi hendaklah dari nombor 1 hingga 20

12.3

Pasukan yang tidak memakai pakaian seragam tidak dibenarkan menyertai


pertandingan ini.

13. PEMBATALAN

13.1

Tiap-tiap pasukan mesti berada di gelanggang 15 minit sebelum perlawanan


dimulakan. Pasukan yang datang lewat 15 minit dari masa yang di tetapkan
tanpa sebab-sebab yang munasabah akan dikira kalah (Walk-over)

13.2

Pasukan yang memberi kemenagan percuma tanpa bertanding akan dianggap


sebagai menarik diridari pertandingan dan tidak dibenarkan bertanding dalam
perlawanan seterusnya. Semua keputusan permainnya akan dibatalkan.

Kejohanan Bola Tampar Mini Jemputan KINVA Bawah 11 Tahun 2015 Kali Pertama

14.

15.

GELANGGANG
14.1

Ukuran gelanggang untuk Kejohanan ini adalah 8 m x 16 m dan garis serang


dilukis 2.7 m selari dengan garisan tengah gelanggang.

14.2

Semua garisan adalah 5 sm lebar

KETINGGIAN JARING
Ketinggian jaring adalah 2.00 meter untuk kategori lelaki dan perempuan.

12.

HADIAH DAN PENGANUGERAHAN


12.1. Johan setiap kategori akan menerima satu Piala Pusingan Kejohanan, satu
Piala Iringan, dan 12 pingat.
12.2. Tempat Kedua akan menerima satu Piala Iringan dan 12 pingat.
12.3. Pasukan yang berjaya menduduki tempat yang ketiga akan menerima sijil
pemenang.
12.4. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua ahli pasukan yang
menyertai Kejohanan ini.

16.

HAL-HAL LAIN
14.1

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan mempunyai hak untuk mengambil


sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam kejohanan ini
yang Tidak disebutkan dalam peraturan pertandingan ini dan
keputusannya adalah muktamad.

14.2

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggung jawab keatas


kehilangan alat-alat atau harta benda semasa pertandingan ini sedang
berjalan.

14.3

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak juga bertanggungjawab ke atas


sebarang kemalangan kepada peserta sebelum, semasa dan selepas
pertandingan diadakan.

Disediakan oleh:
Pengerusi
Jawatankuasa Pertandingan
Persatuan Bolatampar Kinta (KINVA)

You might also like