You are on page 1of 46
BAB 3 : LATARBELAKANG MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA DAN MAKLUMAT ASAS RESPONDEN. 3.4_Pengenalan' Pada 10 Julai 1511, Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermulalah zaman penjajahan barat di Melaka. Penjajahan ini silin berganti dan berterusan sehingga 446 tahun. Di zaman penjajahan barat, pentadbiran negeri Melaka telah bertukar corak dari pentadbiran yang berdasarkan hukum syarak kepada undang-undang yang dibawa oleh penjajah barat. Pentadbiran hal ehwal agama Islam tidak diambil berat oleh pemerintahan penjajah. tanya terserah kepada masyarakat Islam. Maju atau mundumya pentadbiran agama Islam dan masyarakat tersebut terserah sepenuhnya kepada masyarakat Islam sehinggalah Melaka mencapai kemerdekaan melalui Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Termaktublah di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa kuasa agama adalah terletak di bawah kerajaan negeri. Setiap negeri di Malaysia mempunyai Majlis Agama Islam masing-masing. 54 3.2 Penubt lama Islam Mel: Pada September 1960, kerajaan negeri Melaka telah menubuhkan Majlis Agama Islam Melaka untuk menguruskan hal ehwal agama di negeri ini. Bermula dari tarikh penubuhannya, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memainkan peranan sebagai sebuah institusi yang menjaga hal ehwal Islam di negeri Melaka. Sesuai dengan enakmen pentadbiran hukum syarak negeri Melaka, MAIM adalah merupakan badan induk kepada semua agensi dan institusi Islam di dalam negeri Melaka. la juga sebagai pembuat dasar dan garis panduan kepada agensi-agensi tersebut. Dalam hubungan ini MAIM juga berfungsi sebagai penasihat mengenai hal ehwal agama Islam kepada ketua agama iaitu Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan ketua menteri selaku ketua pentadbir negeri. Manakala Jabatan Agama Islam Melaka pula merupakan badan pelaksana dengan menjalankan pentadbiran harian hal ehWal agama Islam di samping mahkamah yang mempunyai bidangkuasa pengawalan pelaksanaan undang-undang supaya ianya berjalan dengan baik mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 3.3 Kuasa Majlis Agama Islam Melaka® Kuasa yang terpenting yang diberikan kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), ialah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama berkenaan semua perkara yang berhubung dengan agama Islam dan menyusun dasar pentadbiran hal ehwal agama Islam di negeri ini Di samping menjadi badan penasihat kepada ketua agama, MAIM juga merupakan satu badan yang boleh mendakwa dan didakwa ; boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang, menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih ; boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah balik, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau dengan secara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa hartd®alih dan harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada MAIM mengikut apa-apa syarat yang munasabah dan mengikut hukum syarak. MAIM (melalui Baituimal) juga berkuasa mentadbir satu kumpulan wang yang mengandungi semua wang dan harta alih dan tak- alih dan semua wang zakat dan fitrah yang dipungut. Di samping itu MAIM menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf sama ada wakaf am atau wang khas, semua nazr am, dan semua 56 amanah daripada segala perihal yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi kebajikan orang-orang Islam mengikut hukum syarak. MAIM berkuasa memungut zakat dan fitrah yang perlu dibayar di dalam negeri ini, di samping mempunyai kuasa membuat kaedah- kaedah untuk mengawalselia semua perkara yang berhubung dengan pungutan, pentadbiran dan pembahagian zakat dan fitrah. Di samping berkuasa memungut atau memberikan surat kebenaran memungut derma khairat untuk kemajuan atau kebajikan orang Islam mengikut hukum Syarak. MAIM menjadi pemegang amanah bagi semua masjid dan madrasah (surau) yang ada di dalam negeri ini serta bertanggungjawab mengawal pembinaanya atau mendirikan apa-apa bangunan untuk digunakan sebagai masjid atau madrasah. MAIM mempunyai kuasa pada bila-bila masa menetapkan, meminda atau mengubah sempadan mana-mana kariah masjid atas nasihat JawatanKuasa Syarfah. MAIM boleh membuat kaedah bagi melantik JawatanKuasa Masjid, tugas dan tanggungjawab jawatankuasa tersebut dalam mengimarahkan masjid. MAIM juga bertanggungjawab menyimpan daftar nama orang - yang memeluk agama Islam di bawah penyelenggaraan Pendaftar Saudara Baru yang dilantik oleh MAIM. MAIM dari masa ke semasa berkuasa membuat, meminda dan membatal peraturan tetap MAIM dan 57 peraturan, pindaan peraturan yang dibuat oleh MAIM tidak boleh dilaksana sehingga mendapat persetujuan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan cara bertulis 58 3.4 Objektif Penubuhan MAIM* Objektif utama penubuhan MAIM adalah mendorong dan menggerakkan masyarakat Islam ke arah peningkatan ilmu dan amal yang cemerlang sesuai dengan tujuan mewujudkan masyarakat berdaya maju, berakhlak dan beretika tinggi yang berasaskan Islam seperti yang dicita-citakan oleh Wawasan 2020. MAIM juga menggariskan beberapa objektif yang lain sebagai sokongan kepada objektif utama tersebut antaranya adalah: Pertama, menjalinkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya melalui dakwah yang mantap dan berkesan. Kedua, membangun dan memajukan Baitulmal untuk memantapkan kedudukan ekonomi secara’ perancangan yang rapi dan berhati-hati dalam bidang pelaburan, pembinaan dan perniagaan yang tidak bercanggah dengan syarak. Ketiga, membangun dan mengembangkan institusi zakat untuk manfaat masyarakat Islam. 59 3.5 _STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA ; SERIPADUKA BAGINDA : YANG DIPERTUAN AGONG. (YAB KETUA MENTERI MELAKA) PENGERUSI A TIMBALAN PENGERUSI UL AHLI MAJLIS presseeesed AHLI LUKMAL LL SETIAUSAHA PENTADBIRAN & PERKHIDMATAN PUSAT ZAKAT MELAKA (PZM) LEMBAGA WAKAF, ZAKAT AKAUN & DAN BAITULMAL (LUKMAL) KEWANGAN Sumber : Majlis Agama Islam Melaka 60 3.6 Prestasi Punqutan Dan Agihan Zakat Melaka Analisa kutipan dan agihan zakat di negeri Melaka di dilihat daripada tahun 1997 sehingga tahun 2000. Daripada data yang diperolehi bagi Resneai tahun berturut-turut, pungutan zakat di negeri Melaka telah mencatatkan peningkatan setahun demi setahun kecuali pada tahun 1998. Data ini boleh dilihat melalui jadual 3.1 di bawah. 1.3.1 : Pungutan Dan Agihan Negeri Melaka 1997 — 200 PUNGUTAN AGIHAN LEBIHAN / TAHUN KURANGAN (RM) (RM) (RM) “1997. | ~—_‘7,724,005.09 7,310,760.01 413,245.08 1998 7,478,448.65 4,841,729.50 | 2,637,719.15 1999 | —7,658,965.87 5,348,659.37 | 2,310,306.50 / 2000 «| ~~ 8,435,467.90 | 6)953,570.27 | 1,481,897.63 | fo po _ ‘SUMBER : Majlis Agama Islam Melaka Pada tahun 1997, sebanyak RM 7,724,005.09 daripada sumber zakat secara keseluruhannya telah dapat dipungut. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 7,310,760.01 telah di agihkan kepada asnaf- asnaf yang telah ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Melaka. _ Daripada pungutan dan agihan yang dibuat, terdapat lebihan sebanyak RM 413,245.08 pada tahun tersebut. ol Pungutan zakat merosot sebanyak 3.17% dengan hanya sebanyak RM 7,478,448.65 dapat dipungut pada tahun 1998. Dengan penurunan pungutan ini, ianya juga menyebabkan agihan zakat pada tahun tersebut juga merosot sebanyak 33.77% membabitkan sejumlah RM 4,841,729.50. Lebihan sebanyak RM 2,627,719.15 pada tahun tersebut. Jumlah ini menjadikan baki terkumpul dari tahun 1997 dan 1998 adalah sebanyak RM 3,040,964.23. Terdapat peningkatan pungutan zakat pada tahun 1999, peningkatan adalah sebanyak 2.41%, menjadikan jumlah yang dipungut pada tahun tersebut adalah sebanyak RM 7,658,965.87. Manakala agihan yang dibuat pada tahun tersebut juga turut meningkat sebanyak 10.27%. Manakala bagi tahun 2000 pula peningkatan sekali lagi berlaku pada pungutan zakat iaitu sebanyak RM 8,435,467.90 dapat dipungut iaitu peningkatan sebanyak 10.14% berbanding dengan tahun sebelumnya. Manakala agihan bagi tahtin tersebut juga meningkat menjadi RM 6,953,570.27, peningkatan sebanyak 30% berbanding tahun 1999. Pergerakan menaik dan menurun bagi agihan dan pungutan zakat bagi negeri Melaka dari tahun 1997 sehingga tahun 2000 dapat dilihat melalui carta bar di bawah. Tren pungutan dan agihan ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi melalui carta bar di muka surat 63. a 62 Carta 3.1 : Pungutan Dan Agihan Zakat Negeri Melaka 1997 — 2000 ‘Dalam RM) 9,000,000.00, 8,000,000.00 | 7,000,000.00 | 6,000,000.00 | 5,000,000.00 4,000,000.00 | 3,000,000.00 — 2,000,000.00 |} fat 1,000,000.00 0.00 1 1997 1998 1999 Tahun RM ‘OPUNGUTAN BAGIHAN | Sumber : Majlis Agama Islam Melaka. 63 3.7 Pi si_Agihan Zakat Mengikut Asnaf MAIM telah mengagihkan zakat yang dipungut bagi tahun 1997 hingga 2000 kepada tujuh asnaf iaitu asnaf Fakir dan Miskin, “Ami, Muallaf, al-Gharimin, ‘Ibnu Sabi/ dan fi Sabilillah. Manakala tiada agihan kepada al-Riqab kerana MAIM berpendapat bahawa tiada bentuk a+ Riqg&b (perhambaan) yang wujud dinegeri Melaka. Jadual 3. 2: AGIHAN ZAKAT MENGIKUT ASNAF NEGERI MELAKA TAHUN 1997 1999 2000 ASNAF (RM) (RM) (RM) FAKIR & 2339824.31 | 2196866.75 | 2378268.26 | 3523200.88 MISKIN (32.2%) (45.4%) (44.47%) (50.67%) ~ CAMIL 1,012,000.00 "834,830.94 860,871.73 | 1,161,684.11 (13.8%) (17.2%) | (16.10%0 | (16.71%) ” 1,026,224.00 | 505,676.68 418,385.27 424,107.52 MUALLAF (14.3) | (10.4%) | (7.82%) (6.1%) 1,000,000.01 21,226.52 0 3,892.00 _GHARIMIN | (13.7%) | (0.44%) | _ (0%) | (0.05%) 960.70 | 5,131.20 1,250.80 6,817.95 IBN SABIL (0.01%) (0.11%) (0.02%) (0.09%) FI 1,931,751.00 | 1,277,997.41 | 1,689,483.31 | 1,833,867.81 SABILILLAH |" (26.5%) (26.40%) | (31.57%) | (26.37%) | JUMLAH 7,310,760.01 | 4,841,729.50 | 5,348,259.37 | 6,953,570.27 "(100%) (100%) |” (100%) |" (100%) “Sumber : Majlis Agama Islam Negeri Melaka Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa MAIM telah memberi tumpuan kepada agihan terhadap asnaf fakir dan miskin, ini kerana sebanyak 32.2% di agihkan pada tahun 1997, 45.4% pada tahun 1998, 44.47% di agihkan pada tahun berikutnya dan 50.67% pula diaginkan pada tahun 2000. Dasar ini sememangnya amat dituntut oleh 64 Islam di mana agihan zakat perlu mengutamakan golongan fakir dan miskin berbanding asnaf yang lain. Agihan kedua sterbanyak adalah kepada asnaf Fi Sabilillah iaitu 26.5% agihan di buat daripada jumlah keseluruhan pada tahun 1997, 26.4% pada tahun 1998, 31.6% bagi tahun 1999 dan 26.4% bagi tahun 2000. Agihan kepada asnaf Fi Sabilillah yang di takrifkan menurut MAIM adalah orang yang berjuang untuk keperiuan dan masiahat orang-orang Islam dalam menegakkan sy/ar Islam°. Dari pentakrifan ini MAIM telah mengagihkan wang zakat dalam kategori ini kepada bantuan biasiswa pelajar dalam dan luar negara, bantuan rumah anak yatim, bantuan berbuka puasa, bantuan ke tabung dakwah untuk aktiviti-aktiviti dakwah di negeri Melaka dan juga ceramah agama’. Agihan ketiga terbesar diagihkan kepada ‘Amil dimana daripada RM 7,310,760.01 pada tahun 1997, 143:8% daripadanya diagihkan kepada °amil pada tahun tersebut, manakala bagi tahun 1998, 17.2% daripada RM 4,841,729.50 telah diagihkan kepada Camil, 16.1% daripada RM 5,348,259.37 diagihkan kepada Camil bagi tahun 1999 dan sebanyak 16.7% daripada RM 6,953,570.27 pula telah diagihkan kepada asnaf yang sama bagi tahun 2000. Agihan kepada asnaf °amil ini diberikan kepada para °amil yang ditugaskan memungut sumber- sumber zakat samada zakat fitrah ataupun zakat harta termasuk juga melibatkan iklan promosi di radio, kaunter bergerak, papan-papan 65 ' tanda, baner kempen kesedaran dan juga kuiz kesedaran berzakat di negeri Melaka’, Agihan kepada asnaf al-Mu‘allaf menduduki tempat ke empat selepas fakir dan miskin , ff Sabil illah dan “Amil. 14% diagihnkan kepada mu'allaf bagi tahun 1997, 10.4% diagihnkan pada tahun 1998, 7.8% diagihkan untuk tahun 1999 dan 6.1% diagihkan kepada asnéf ini pada tahun 2000. Agihan kepada asnéf ini di buat samada di beri secara tunai atau secara langsung kepada mereka, memberi latihan dan kelas fardu ain bagi saudara baru serta aktiviti dakwah kepada orang-orang asi’, Agihan seterusnya diagihkan kepada asndf al-Gharimin. Pada tahun 1997 sebanyak 13.7% daripada keseluruhan agihan zakat pada tahun tersebut telah diagihkan, manakala tahun berikutnya hanya 0.44% sahaja diagihkan, dan tiada agihardibuat untuk tahun 1999 dan pada tahun 2000 sebanyak 0.05% diagihkan kepada asnaf ini. MAIM telah mentakrifkan al-Gharimin sebagai golongan yang menanggung hutang yang dibenarkan oleh syarak seperti hutang maslahah orang ramai tetapi tidak mampu membayar hutangnya’. Daripada takrifan ini MAIM telah mengagihkan kepada kos pembinaan masjid, sekolah, badan-badan atau individu yang berhutang untuk tujuan kemaslahatan- umah dan tidak dapat menjelaskan pembayaran hutangnya atas sebab- sebab tertentu'®. Pergerakan agihan mengikut asnaf ini boleh dilihat melalui carta graf bar di muka surat 67. 66 Carta 3. 2: Analisa Agihan Zakat_Mengikut Asnaf Negeri Melaka 1997- 2000 Peratus % |OFAKIR&MSKINB AML = @MUALLAF EGHARIMN MIBNSABIL IF SABILILLAH SUMBER : MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA 67 Konsep yang digunakan oleh Majlis Agama Islam Melaka mengambil konsep yang telah dipopularkan oleh Jumhir Syafi%, Hambali dan Maliki dan disesuaikan dengan pendapatan garis kemiskinan bagi semenanjung Malaysia terkini iaitu : Golongan fakir'' adalah orang yang tidak mempunyai harta dan tiada mata pencarian atau ada mempunyai mata pencarian tetapi hasil pendapatannya tidak sampai separuh daripada keperiuan asas. Kriteria'? yang diambil kira adalah, sesebuah keluarga yang mempunyai pendapatan RM 300.00 sebulan atau kurang daripada jumiah tersebut. Terdiri daripada golongan ibu tunggal yang mempunyai tanggungan dan hilang tempat bergantung atau pemohon yang tidak mempunyai harta dan pekerjaan kerana uzur, tua, hidup sebatang kara, tidak berupaya menyara hidup kerana cacat atau sakit atau golongan fakir yang tidak mendapat bantuan daripada agensi yang lain dan tiada tempat perlindungan (samada menyewa atau menumpang). Golongan miskin"® pula adalah orang yang mempunyai harta atau mata pencarian tetapi hanya dapat menampung separuh atau lebih tetapi tidak mencukupi keperluan asas samada bagi dirinya sendiri atau - keluarga yang di bawah tanggungannya. Bagi golongan miskin"* pula, kriteria yang diambil kira adalah pendapatan keluarga di antara RM 300.00 - RM 510.00 sebulan iaitu seseorang yang mempunyai 68 pekerjaan atau harta tetapi tidak mencukupi keperluan asas diri dan tanggungan, tidak mendapat bantuan yang mencukupi dari mana- mana agensi ataupun suri rumah yang hilang tempat bergantung kehidupan. 69 3.9 Syarat-Syarat Untuk Mendapat Bantuan Bagi Asnaf Fakir dan Miskin Di Melaka Syarat-syarat umum telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Melaka untuk mendapatkan bantuan. Antara syarat-syarat tersebut adalah, seseorang pemohon hendaklah beragama Islam, warganegara Malaysia atau pemegang kad pengenalan merah, menetap di negeri Melaka atau sempadan-sempadan negeri Melaka. Pendapatan keluarga tidak sampai had mencukupi (sebagaimana yang diterangkan di muka surat 68) dan tidak mendapat mana-mana bantuan yang mencukupi dari mana-mana pihak. Syarat-syarat khusus pula, pemohon hendaklah_memenuhi kategori fakir dan miskin seperti yang telah ditakrifkan oleh MAIM di atas. 70 3.10 Jenis-Jenis Bantuan Fakir dan Miskin"® Kadar bantuan bagi skim-skim bantuan Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) adalah seperti berikut Pertama adalah bantuan bulanan'®. Bantuan ini adalah untuk asnaf fakir sahaja yang layak di mana terdiri daripada 3 kategori iaitu keluarga besar, keluarga sederhana dan keluarga kecil. Bagi kategori keluarga besar (KB), iaitu sesebuah keluarga yang mempunyai ahli melebihi empat orang akan mendapat bantuan sebanyak RM 170.00. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 150.00 diberi dalam bentuk makanan dan RM 20.00 di masukkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) para peserta. Bagi kategori keluarga sederhana (KS) pula, iaitu sesebuah keluarga yang mempunyai ahli di antara dua hingga empat orang akan mendapat bantuan sebanyak RM 150.00. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM%130.00 diberi dalam bentuk makanan dan RM 20.00 di masukkan ke dalam akaun ASB para peserta. Kategori keluarga kecil (KK), bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM 100.00. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 80.00 diberi dalam bentuk makanan dan RM 20.00 di masukkan ke dalam akaun ASB para peserta. Keluarga kecil adalah sesebuah keluarga yang mempunyai ahli keluarga kurang daripada dua orang. 7 Kedua adalah Bantuan Hari Raya (Tahunan). Bantuan ini adalah diberikan kepada asnaf fakir dan miskin yang layak di mana bantuan berbentuk wang tunai RM 150.00 untuk setiap keluarga. Ketiga pula adalah bantuan pakaian sekolah dan_basikal. Bantuan ini adalah untuk anak-anak fakir dan miskin yang berdaftar dengan MAIM di mana mereka akan diberikan dua pasang pakaian sekolah ( kasut, beg, dan pakaian sekolah) lelaki dan perempuan di ssamping mereka diberikan basikal kepada yang layak. Nilai bantuan ini adalah sebanyak RM 200.00. Keempat pula ialah bantuan yuran persekolahan. Bantuan ini diberikan sekali sahaja dalam setahun mengikut kadar yang ditentukan oleh pihak sekolah. Kelima, bantuan pinjaman atau~Biasiswa pengajian diberikan kepada anak-anak Melaka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi sama ada di dalam atau luar negeri berdasarkan kepada kursus yang ditawarkan. Keenam adalah bantuan berbuka puasa.Bantuan ini diberikan kepada agensi atau badan kebajikan yang telah dikenalpasti di negeri- Melaka. Manakala yang terakhir adalah bantuan bencana alam atau penyakit. Bantuan ini diberikan sebanyak RM 500.00 berdasarkan kepada permohonan. 3.11_Maklumat. is Ri inden Seramai 60 responden di kalangan asnaf fakir dan miskin yang telah menerima bantuan zakat di negeri Melaka telah ditemubual. Daripada jumlah tersebut 20 responden diambil daripada Daerah Melaka Tengah, 20 responden daripada Daerah Alor Gajah dan 20 responden daripada Daerah Jasin. Responden adalah terdiri daripada golongan fakir dan miskin yang telah mendapat bantuan zakat daripada Majlis Agama Islam Melaka. Senarai nama responden di perolehi daripada rekod golongan fakir dan miskin Baitul Mal negeri Melaka. Maklumat asas yang diambil adalah berkenaan jantina, umur, status perkahwinan, taraf pendidikan, taraf kesihatan atau kecacatan, pekerjaan, bilangan tanggungan, bilangan isirumah dan taraf permastautin. B 3.11.1 Jantina Responden Maklumat jantina para responden boleh dilihat melalui jadual 4.1 di bawah Jadual 3.3 : Jantina Responden ; | Perempuan | Peratus | Jumlah Daerah (Bil) (%) (Bil) (%) (%) Melaka Tengah | 3 15 17 85 700 AlorGajah | 9 45 1 55 100 Jasin 4 20 16 30 100 Negeri Melaka | 16 266 44 73.3 100 Sumber : Borang Soa! Selidik Jadual 3.3 menunjukkan kebanyakan penerima zakat di negeri Melaka didominasi oleh kaum wanita iait’ sebanyak 73.3 % manakala hanya 26.6 % penerima bantuan terdiri daripada kaum lelaki. Melaka Tengah di dahului dengan penerima terbanyak daripada kaum wanita iaitu sebanyak 85% daripada keseluruhan daerah tersebut diikuti dengan daerah Jasin iaitu sebanyak 80 % dan terakhir adalah daerah Alor Gajah dengan hanya 55% responden wanita bagi keseluruhan responden di Daerah tersebut. 4 3.11.2 Umur Responden Kumpulan umur para responden dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu 30 — 39 tahun, 40 — 49 tahun, 50 — 59 tahun dan 60 tahun ke atas. Maklumat mengenai usia para responden boleh dilihat melalui jadual 3.24di bawah. Jadual 3.4; Umur Ri ni =n Melaka Kumpulan Umur Alor Gajah Jasin Keseluruhan Tengah 1 4 1 6 30-39 Tahun (5%) (20%) (5%) (10%) 4 3 3 10 40 - 49 Tahun (20%) (15%) (15%) (16.7%) a 2 2 1 5 50 — 59 Tahun (10%) * (10%) (5%) (8.3%) a 3 | Wm | 18 39 60 Tahun ke atas | (65%) (55%) (75%) | (65%) | Jumah% | | - Oo 100% | 100% | 100% 100% | Keseluruhan | l -| Sumber : Borang Soal Selidik Responden berumur 60 tahun ke atas adalah kumpulan yang teramai sekali sebagai penerima bantuan zakat di negeri Melaka. Kumpulan ini mencatatkan peratusan tertinggi iaity 65% di negeri 75 Melaka iaitu 13 orang di Daerah Melaka Tengah, 11 responden di Daerah Alor Gajah dan 15 orang di Daerah Jasin. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada warga tua. Usia ini adalah suatu usia yang tidak lagi produktif untuk mencari nafkah. Oleh itu bantuan zakat yang disalurkan kepada mereka amat bermakna dan sedikit sebanyak membantu menampung perbelanjaan keluarga. Kumpulan kedua teramai adalah di antara umur 40 — 49 tahun bagi keseluruhan negeri Melaka dengan peratusan sebanyak 16.7%. Seterusnya diikuti dengan kumpulan antara usia 30 — 39 tahun iaitu mencatat sebanyak 10% dari keseluruhan 60 responden yang disoal selidik di negeri Melaka. Kedua-dua kumpulan umur ini adalah kumpulan yang masih lagi berupaya mencari nafkah. Walaubagaimanapun pendapatan yang mereka perolehi masih lagi tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga. Oleh itu bantuan zakat yang disalurkan kepada mereka amatlah bermakna dan dapat membantu menambahkan pendapatan keluarga. 76 3.11.3 Status Responden Struktur status responden dipecahkan kepada empat kumpulan kecil iaitu bujang, berkahwin, janda dan duda. Analisa status responden boleh dilihat melalui jadual 3.3 di bawah. 13.5: Daerah Bujang | Berkahwin | Janda Duda [ 3 4 13 0 Melaka Tengah (15%) (20%) (65%) (0%) 4 5 10 1 Alor Gajah (20%) (25%) (50%) (5%) 1 4 14 1 Jasin (5%) (20%) (65%) (5%) ne | 8 3 37 2 Negeri Melaka (13.3%) | (21.67%) | (61.67%) | (3.33%) | “Sumber : Borang Soal Selidik Hasil daripada kajian yang dijalankan didapati golongan janda adalah penerima teramai berbanding dengan golongan bujang, berkahwin dan duda. Melalui kajian yang dibuat, sebanyak 61 67% reponden terdiri daripada kalangan janda iaitu 35.1% daripadanya datang dari Daerah Melaka Tengah, 27% daripada Alor Gajah dan 37.8% dari Daerah Jasin. Golongan ini adalah golongan yang telah 7 hilang tempat bergantung dan telah mendapat perhatian yang sewajarnya dengan menerima bantuan zakat daripada Majlis Agama Islam Melaka. Golongan berkahwin, iaitu golongan keluarga yang mampu meneruskan usaha mencari pendapatan keluarga tetapi tidak mencukupi menampung keperluan asas mereka. Mereka ini juga telah mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak MAIM. Mereka ini sebanyak 21.67% daripada keseluruhan responden negeri Melaka, di ikuti dengan golongan bujang (iaitu yang tidak berkahwin kerana faktor- faktor tertentu antaranya kerana faktor kecacatan diri) iaitu sebanyak 13.3% dan 3.3% lagi adalah golongan duda. ai) 3.11.4Taraf Pendidikan Taraf pendidikan pula dipecahkan kepada 8 kumpulan iaitu tidak bersekolah (buta huruf), bersekolah tetapi boleh membaca (celik huruf), Sekolah Rendah / Agama, Sekolah Menengah Rendah PMR, Sekolah Menengah Atas SPM. Data kajian mengenai taraf pendidikan ini boleh dilihat di dalam jadual 3.4 berikut. Jadual 3.6 : Taraf Pendidikan Responden. Melaka Taraf Pendidikan Alor Gajah Jasin Keseluruhan Tengah Tak Sekolah 1 5 12 28 (buta huruf) (55%) (25%) (60%) (46.7%) Tak Sekolah 0 1 2 3 (celik huruf) (0%) (5%) (10%) (5%) Sekolah Rendah / 7 ° 11 4 22 Agama (35%) (55%) (20%) (36.7%) Sekolah Menengah 1 3 Ct | 5 Rendah PMR (5%) (15%) | (5%) | (8.3%) Sekolah Menengah Cr rs eT 7 Rendah SPM (5%) i (0%) (0%) (1.7%) ~ Jumlah Keseluruhan | ~ 20 ~+| 20 | “Sumber : Borang Soal Selidik 79 Daripada jadual 3.6 diatas, kadar buta huruf paling tertinggi di dua daerah iaitu di daerah Melaka Tengah iaitu sebanyak 55% dan di daerah Jasin sebanyak 60% daripada keseluruhan responden bagi kedua-dua daerah tersebut. Faktor kemiskinan telah menutup peluang golongan miskin ini untuk mendapat pendidikan semasa usia muda mereka. Manakala dearah Alor Gajah kebanyakannya golongan miskin mendapat pendidikan setakat sekolah rendah atau sekolah agama (iaitu bilangan mereka menguasai 55% daripada keseluruhan responden di daerah ini). Kesempitan hidup menjadi kekangan untuk meneruskan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi lagi bagi responden di daerah ini. Keadaan ini menguasai keluarga mereka dan menyukarkan peluang mereka untuk keluar dari lingkungan garis kemiskinan. MAIM melalui bantuan zakat yang mereka berikan sedikit sebanyak memberi sokongan kepada mereka untuk membaiki taraf hidup mereka sekurang-kurangnya mereka dapat menyekolahkan anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi agar dapat'Membela nasib mereka sekali gus membawa mereka keluar daripada lingkungan garis kemiskinan. Walaubagaimanapun terdapat juga di kalangan responden yang tidak bersekolah tetapi boleh membaca bahan bacaan ringan seperti surat khabar bilangan mereka hanyalah sebanyak 5% bagi keseluruhan responden. Responden yang lain mendapat pendidikan hanya setakat sekolah rendah sahaja iaitu sebanyak 36.7% bagi seluruh responden di negeri Melaka. Selebihnya sebanyak 8.3% bersekolah Sekolah Menengah Rendah PMR, dan 1.7% di sekolah menengah Atas SPM. 80 3.11.5 Pekerjaan Responden Maklumat pekerjaan responden adalah seperti di jadual 3.5 berikut. Jadual 3.7 : Pekerjaan Responden —— 1 Sumber : Borang Soal Selidik Melaka | Pekerjaan | Alor Gajah Jasin Keseluruhan Tengah 14 14 ia 4 Tidak bekerja (70%) (70%) (85%) (75 %) _ 0 2 0 2 Kerja Kilang (0%) (10%) (0%) (3.3%) 0 3 0 3 Penoreh Getah (0%) (15%) (0%) (5%) 3 0 0 0 Pekerja Am (15%) (0%) (0%) (0%) - - 0 1 T 2 | Buruh (0%) (5%) (5%) (3.3 %) f rn oo 0 2 Menjaga anak orang (10%) (0%) (0%) (3.3%) Kontrak | 1 oOo | « | 2 | | (5%) (0%) (5%) (3.3%) Oe om ns a 7 Tidak Tetap (0%! (0%) (5%) (1.7%) | Jumiah Keseluruhan 20° | 20S 20 81 Golongan tidak bekerja mencatat peratusan tertinggi di setiap daerah iaitu di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah masing-masing sebanyak 70% manakala 85% di daerah Jasin dari keseluruhan responden di daerah masing-masing. Golongan responden yang tidak bekerja ini terdiri daripada mereka yang telah berusia dan uzur yang mana mereka tidak lagi berupaya menggunakan tulang empat kerat mereka mencari nafkah. Atas keperihatinan MAIM golongan ini telah mendapat pembelaan sewajamya yang kebanyakannya mendapat bantuan bulanan iaitu dalam bentuk makanan dan simpanan di ASB. Tren pekerjaan mereka juga melihat kepada peluang yang ada di sesebuah daerah contohnya, daerah Melaka Tengah memberi peluang pekerjaan sebagai pekerja am sebanyak 15% dan menjaga anak sebanyak 10%. Manakala di daerah Alor Gajah tumpuan lebih kepada Penoreh getah sebanyak 15% dan buruh sebanyak 5%. Manakala di daerah Jasin pula pekerjaan yang pelbagai seperti buruh 5%, kontrak 5% dan kerja tidak tetap 5%. 3.11.6 Taraf Kesihatan dan Kecacatan Jadual 3.8 : Taraf Kesihatan dan Kecacatan Taraf Kesihatan/ Melaka — - 7 i Alor Gajah | Jasin | Keseluruhan | Kecacatan Tengah Tiada kaitan (65%) (25%) (35%) (75%) Mengalami sakit ~ ~ kronik (darah tinggi, sakit jantung, tiroid, 6 7 10 2 buah pinggan, angin (30%) (35%) (50%) (3.3%) ahmar, barah buah dada dan uzur) | Mengalami kecacatan (buta, pekak, cacat 1 8 3 3 anggota, kerdil dan (5%) “* (40%) (15%) (5%) sakit jiwa) | Jumlah Keseluruhan 20 20 20 “60 ‘Sumber : Borang Soal Selidik Daripada jadual di atas, responden di daerah Melaka Tengah yang sihat mencatat peratusan tertinggi dengan 65% berbanding ~ mereka yang mengalami sakit kronik sebanyak 30% dan kerana kecacatan sebanyak 5%. Ini bermaksud kemiskinan yang mereka alami semata-mata kerana ketidak cukupan pendapatan bagi menampung 83 kehidupan keluarga di dalam menjalani kehidupan di celah-celah arus kemajuan bandar Melaka. Manakala daerah Alor Gajah pula responden yang mengalami kecacatan dan kekurangan diri telah menyebabkan mereka hidup di dalam kesukaran iaitu sebanyak 40%, diikuti dengan kesihatan yang tidak mengizinkan dan keuzuran yang di alami para responden iaitu sebanyak 35% dan mereka yang tidak mengalami kedua-duanya sebanyak 25%. Berbeza pula keadaannya dengan daerah Jasin, responden yang mengalami sakit kronik menopoli keseluruhan responden iaitu sebanyak 50%, dan 35% tidak mengalami masalah kesihatan maupun kecacatan dan selebihnya 15% kerana kecacatan dan kesukaran anggota yang di alami. Apa yang dapat dilihat oleh penulis sepanjang menjalankan soal selidik terhadap responden, kebanyakan mereka tidak mendapat makanan yang berzat dan berkhasiat di samping persekitaran rumah dan kawasan yang kotor antara penyebab mengapa mereka mudah di hidapi sakit. Kemiskinan yang mereka alami bukan sahaja dari segi material semata-mata tetapi kesedaran menjaga kualiti hidup juga perlu di ambil perhatian. Jika faktor ini tidak di ambil berat, keupayaan dari segi fizikal dan mental anak-anak mereka akan terbatas. 84 3 Bilangan Tanggungan Responden. Keseluruhan responden mempunyai bilangan tanggungan dari tiada tanggungan hinggalah lapan orang tanggungan. Walaubagaimanapun data bilangan tanggungan dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu tiada tanggungan, 1 — 4 orang tanggungan dan lebih 4 orang tanggungan. Data analisa ini boleh dilihat melalui jadual 3.7 berikut : Jadual 3.9 : Bilangan Tanggungan Responden Bilangan Melaka Alor Gajah Jasin Keseluruhan Tanggungan Tengah 9 9 12 3000 Tiada tanggungan (45%) (45%) (60%) (50%) a - 7 8 _ r 4 5 20 1-4 orang | (40%) (35%) (25%) (33.3%) ~~ f | 4 3 10 Lebih 4 orang | (15%) | (20%) (15%) (16.7%) L | ‘Sumber : Borang Soal Selidik Daripada jadual di atas, responden yang tiada tanggungan lebih ramai daripada yang mempunyai tanggungan terutamanya di daerah Jasin dimana 60% daripada responden adalah terdiri daripada mereka yang hidup sebatang kara, tanpa anak dan saudara di sisi mereka. 85 Begitu juga bagi daerah Melaka Tengah dan daerah Alor Gajah masing- masing 45% daripada keseluruhan responden. Di sini MAIM telah memainkan peranan penting sebagai memberi sokongan dan bantuan kepada golongan ini bagi meneruskan sisa-sisa hidup mereka. Begitu cantiknya Islam rang membela nasib golongan yang tidak berkeluarga dan hidup sebatang kara. Di dapati juga para responden di ketiga-tiga daerah lebih ramai yang mempunyai tanggungan kurang daripada lima orang, kumpulan ini di kategorikan oleh MAIM sebagai keluarga kecil. Bilangan bagi daerah Melaka Tengah adalah sebanyak 40%, daerah Alor Gajah 35% manakala daerah Jasin pula sebanyak 25%. Selebihnya adalah bagi keluarga besar iaitu responden yang mempunyai lebih daripada empat tanggungan iaitu 15% bagi daerah Melaka Tengah dan Jasin manakala 20% bagi daerah Alor Gajah. 86 3.11.8 _Pendapatan Responden Pendapatan para responden di perolehi melalui soal selidik yang dijalankan di tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Pendapatan yang diambil kira adalah jumlah pendapatan seisi rumah para responden. Ini bermakna jika dalam satu keluarga mempunyai tiga orang yang bekerja maka ketiga-tiga pendapatan itu akan dikira bagi sebuah keluarga tersebut. Perkara-perkara yang diambil kira sebagai pendapatan para responden terdiri daripada upah atau gaji sebelum cukai dan potongan KWSP, elaun-elaun yang diterima (seperti elaun sara hidup, perumahan dan lain-lain elaun), pendapatan kerja lebih masa, kiriman wang daripada anak atau sanak saudara, bantuan daripada badan-badan kebajikan samada swasta, persendirian atau bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, pencen, biasiswa anak (sekolah, maktab atau universiti), hasil sewa tanah, pawah, keuntungan daripada simpanan “dan pendapatan harta-harta lain yang tidak dinyatakan. Pendapatan responden dapat dilihat daripada jadual 3.10 berikut. 87 Jadual 3.10 : Pendapatan isirumah responden. | Peratus Peratus Kumpulan Pendapatan | Bilangan | (%) terkumpul RM 0.00 — RM 255.00 28 467 46.7 RM 256 — RM 510.00 _ | 14000 23.3 70 RM 511.00 -RM 765.00 | 5 | 83) 78.3 ~~ -RM 766.00 — RM 1020.00. 4 ~ 67 | 85 >RM1021.00. | 9 15 “400 JUMLAH 60 100 100 Sumber : Borang Soal Selidik. Daripada jadual di atas kumpulan terbesar adalah terdiri daripada kumpulan pertama iaitu yang berpendapatan di antara RM 0.00 hingga RM 255.00 sebanyak 46.7 %. Kumpulan ini di kategorikan sebagai fakir iaitu berpendapatan sepafih daripada had kemiskinan. Manakala 23.3% lagi di dapati daripada kumpulan berpendapatan di antara RM 256.00 hingga RM 510.00 iaitu di dalam kategori_ miskin. Kedua-dua kumpulan ini menguasai 70% daripada keseluruhan responden. Manakala 8.3% lagi adalah dari kalangan yang berpendapatan di antara RM 511.00°— RM 765.00, 6.7% pula bagi kumpulan yang berpendapatan di antara RM 766.00 — RM 1020.00 - manakala selebihnya adalah bagi kumpulan yang berpendapatan melebihi RM 1021.00. Daripada soal selidik yang dijalankan terdapat persoalan yang timbul kerana ada di antara responden yang berpendapatan melebihi daripada garis pendapatan kemiskinan dan fakir sebagaimana yang ditetapkan. Daripada Penelitian dan observasi yang telah dijalankan, penulis mendapati kumpulan yang berpendapatan melebihi RM 511.00 ke atas adalah terdiri dari kalangan yang mempunyai anak yang telah berkerja dan dapat menampung perbelanjaan keluarga. Di dapati juga ada di antara penerima zakat yang telah lama menerima zakat dan masih lagi menerima zakat sejak bertahun-tahun tanpa dinilai semula bahawa mereka sebenamya telah mampu keluar daripada golongan kemiskinan. Berikut adalah jangka masa para responden telah menerima zakat. sac 44: Para Re \den Telah ima Zakat Bilangan Tahun Peratus Bilangan responden menerima bantuan. (%) —— | 16 7 1 ++ | Tiada makiumat | 5. 83 Daripada soal selidik yang telah dibuat sebanyak 46.7% daripada penerima bantuan dari kalangan penerima baru, manakala sebanyak 26.7% penerima di antara 3 hingga 5 tahun, manakala 11.7% 89 —__|

You might also like