You are on page 1of 103

NOTA RUJUKAN PERINGKAT IJAZAH

PENGAJIAN MALAYSIA MPW 2133

DISEDIAKAN OLEH:
Muhamad Izzwandy Bin Mamat

SEJARAH PERJUANGAN KEMERDEKAAN


KERAJAAN MELAYU TRADIASIONAL
Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka
Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun 1400.
Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kerajaan Majapahit
telah menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang. Penguasaan ini ditentang
oleh Raja Palembang dan puteranya, Parameswara. Demi mengembalikan kedaulatan
bangsa dan negara, Parameswara telah berusaha membebaskan Palembang daripada
Majapahit, tetapi tidak berjaya.
Parameswara terpaksa berundur hingga sampai ke Temasik yang diperintah oleh
Temagi dibawah naungan Siam telah menerima kedatangaannya. Kedudukan geografi
Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara membunuh Temagi untuk
menjadi Pemerintah Temasik. Tindak balas segera dari Siam dengan mengatur
serangan balas telah menyebabkan Parameswara dan pengikutnya melarikan diri ke
Muar Dan Membuka penempatan baru yang dikenali sebagai Melaka.
Sejarah Dan Kronologi Pembukaan Melaka Oleh Parameswara

Paresmeswara merupakan Putera Raja Palembang yang berada di bawah


kerajaan Majapahit.

Lari ke Temasik kerana mendatangkan kemarahan Raja Majapahit akibat


mengisytiharkan kemerdekaan wilayahnya tanpa kebenaran.

Membunuh pemerintah Temasik iaitu Temagi untuk mentadbir Temasik.

Dihalau oleh kerajaan Siam dari Temasik.

Lari ke Muar untuk mengelakkan serangan kerajaan Siam dan Majapahit.

Berpindah ke Melaka dan mengasaskan pemerintahan baru

Sebab-sebab Parameswara Memilih Melaka

1) Bersebelahan
Selat Melaka

3)
Terlindung
daripada
tiupan
angin
monsun

Sebabsebab
Paramesw
ara
Memilih
Melaka

2)
Kemudaha
n air
bersih

4) Muka buminya
yang strategik
dan selamat

1) Bersebelahan Selat Melaka


Parameswara memilih Melaka untuk membina kerajaan baru kerana
kedudukan Melaka strategik di perairan Selat Melaka yang menjadi laluan
kapal-kapal perdagangan.
2) Kemudahan air bersih
Terdapat juga kemudahan air bersih yang mencukupi untuk kegunaan
rakyat dan sebagainya.
3) Terlindung daripada tiupan angin monsun
Kedudukan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin monsun.
Dengan ini, kegiatan perdagangan dapat dijalankan dengan lancar.
4) Muka buminya yang strategik dan selamat
Pokok bakau di pinggir laut boleh dijadikan benteng pertahanan sekiranya
diserang musuh, manakala muka bumi yang berbukit bukau dijadikan
petunjuk untuk kapal dagang yang belayar di lautan.

Asal Usul Nama Melaka

1) Istilah
Arab

2)
Mitos
Hindu

Asal
Usul
Nama
Melaka

3)
Sejarah
Melayu

1) Istilah Arab
Pedagang-pedagang Arab selalu menyebut Mulaqah yang bermaksud
pertemuan.
Ada juga yang menyebut Malakat yang bermaksud himpunan segala
dagang.
2) Mitos Hindu
Pokok Melaka dikenali sebagai Amalaka dalam bahasa Sanskrit yang
mereka percaya adalah pokok pertama di alam semesta.
Pokok ini juga dipercayai merupakan tempat kediaman Dewa Brahma,
Vishnu dan Shivadegan. Buah pokok Melaka dikatakan mempunyai kuasa
ajaib.
3) Sejarah Melayu
Ketika berehat di bawah sebatang pokok, Parameswara menyaksikan
anjing buruannya ditendang seekor pelanduk. Kejadian ini dianggap luar
biasa. Parameswara memilih nama Melaka untuk menamakan negeri itu
sempena nama pokok tersebut.

Sistem Pentadbiran Dan Pembangunkan Kerajaan Melayu Melaka


2) Kemudahan
pelabuhan
untuk
perdagangan
1) Sistem
pemerintahan
yang
tersusun

Cara
Parameswara
Membangunka
n Melaka

4) Mengupah
orang laut
untuk menjaga
keselamatan

3)
Hubungan
diplomatik
dengan
negera luar

5) Ikatan
konsep
daulat

1) Sistem pemerintahan yang tersusun


Jawatan seperti Bentara dan Biduanda kecil diwujudkan.
Mewujudkan system pemerintahan teratur dengan sistem jawatan
mempunyai tugas berbeza.
Sebagai contoh, 40 orang Bentara yang dilantik akan melaksanakan tugas
yang diperintahkan Raja.
2) Kemudahan pelabuhan untuk perdagangan
Menyediakan kemudahan pelabuhan untuk pedagang seperti kemudahan
membaiki kapal, kemudahan gudang bagi menyimpan barang-barang
dagangan dan tempat tinggal untuk pedagang, serta bekalan air dan
makanan.
3) Hubungan diplomatik dengan negara luar
Menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara lain seperti China.
China mengiktiraf kedaulatan Melaka dan Parameswara sebagai Sultan
dengan menghantar Laksamana Yin Ching (1404) dan Cheng Ho (1405
an 1409) untuk melawat Melaka.
Kerajaan China juga mengurniakan paying kuning, cap mohor dan
sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan Melaka sebuah
kerajaan berdaulat.

Melaka menjadi negeri naungan China. Hubungan ini menyelamatkan


Melaka daripada ancaman Siam.

4) Mengupah orang laut untuk menjaga keselamatan


Orang-orang laut diupah untuk menjaga keselamatan Melaka.
Orang Laut mahir dalam seni mempertahankan diri dan gagah berani.
Orang Laut juga mahir dengan selok-belok Selat Melaka.
Mereka membantu membawa barang dan membekalkan hasil laut selain
bersikap taat dan setia.
5) Ikatan konsep daulat
Penduduk Melayu ketika itu terdiri daripada kaum Melayu, Orang Laut dan
Orang Asli.
Kemajuan Melaka ketika itu turut dipengaruhi sikap rakyatnya yang setia
kepada pemerintah, bersedia berkorban demi Negara tercinta dan
menghargai jasa pemimpin.
Konsep daulat telah menyatukan pemimpin dan rakyat dalam bersamasama membangunkan Melaka.

Pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka

Sult
an
Pembesar
Berempat
Pembesar Berlapan

Pembesar Enam Belas

Pembesar Tiga Puluh Dua

Organisasi pentadbiran kerajaan Melayu Melaka

Sultan
Gelaran
Sultan
sebelum
dan
selepas
kedatanga
n Islam

Bidang
Tugas

Konsep
Daulat

Sebelum kedatangan Islam, raja digelar 'Devaraja'. Selepas


kedatangan Islam gelaran 'Sultan' digunakan.
Sultan berkuasa mutlak dan dipanggil 'Zulliahifil Alam'
(bererti Sultan yang memerintah di dunia adalah wakil Allah
di bumi).
Sultan berkuasa melantik pembesar yang memungut cukai
dan menganugerahkan kawasan untuk ditadbir dipanggil
'kawasan pegangan'.
Dalam undang-undang, Sultan berkuasa menentukan
hukuman kepada pesalah jenayah termasuklah hukuman
mati.
Sultan merupakan lambang dan simbol sesebuah negara dan
kerajaan.
Sultan
mempunyai daulat (sempurna kebolehan, kuasa politik
tertinggi dan berwibawa).
Rakyat perlu taat daan setia kepada raja. Sekiranya mereka
menderhaka, mereka akan ditimpa 'tulah' (malapetaka atau
kemalangan).
Menipu sultan, membelot, membunuh, memalsukan cap
mohor adalah antara perbuatan menderhaka .

Sistem-Sistem Pembesar
Pembesar Berempat

Bendahar
a

Merupakan pembesar yang paling tinggi kedudukannya di


kalangan para pembesar.
Bendahara berperanan sebagai Penasihat dan Pemangku
Sultan.
Bendahara turut bertindak sebagai seorang Ketua Hakim dan
Ketua Turus Angkatan Perang.
Kawasan pegangan Bendahara terletak di Muar dan Bentan.

Penghulu
Bendahari

Beliau merupakan Ketua segala Bendahara.


Tugas yang dijalankan seperti sebagai Pemungut Cukai, Ketua
Urusetia Istana, dan juga Ketua segala Syahbandar.
Kawasan pegangan di Sening Ujung dan Kampar.

Temenggu
ng

Temenggung bertindak sebagai Ketua Polis dan Penjara dan


penguasa bandar Melaka.
Menguruskan penjenayah yang melakukan jenayah seperti
rompakan dan penipuan.
Bertindak sebagai hakim di darat dalam kes-kes jenayah kecil
yang tidak memerlukan perhatian Bendahara dan Sultan.
Juga merupakan Ketua Protokol Istana.
Temenggung tidak mempunyai kawasan pegangan ataupun
pemakanan kerana tugas beliau sebagai Ketua Polis dan
Penjara.

Laksaman
a

Merupakan seorang pengawal peribadi Raja.


Laksamana menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua
Angkatan Perang Laut, Ketua Duta dan Ketua Utusan.
Sering mengembara ke temapat dan kerajaan lain dalam
menyampaikan pesanan-pesanan Sultan.
Kawasan pegangan di Temasik.

Pembesar

Bidang Kuasa

Pembes
ar
Berlapa
n

Dilantik sultan dengan surat perlantikan.


Diberikan kawasan pungutan cukai dikenali sebagai
'kawasan pemakanan'.
Mengekalkan keamanan di daerah masing-masing.
Mencari dan membekalkan tenaga buruh.
Membekalkan tenaga buruh kepada pemerintah.

Pembes
ar
Enam
Belas

Merupakan wakil di peringkat kampung.


Dibantu golongan bijak pandai dalam ilmu keagamaan dan
golongan yang mahir ilmu perubatan.
Memungut hasil cukai, membekalkan buruh dan tentera
kepada istana serta memastikan kesetiaan rakyat terhadap
pemerintah.

Pembes
ar Tiga
Puluh
Dua

Merupakan wakil di peringkat kampung.


Bertindak sebagai perantara antara pembesar dengan
rakyat.

Pusat Perdagangan

7)
Peranan
Syahband
ar

6)
Keberkesan
an undangundang

1)Terletak di
tengah
laluan
perdagangan

Faktorfaktor yang
Menjadikan
Melaka
sebagai
Pusat
Perdaganga
n

5)
Merupakan
sebuah
pelabuhan
entreport

2) Sistem
cukai
berpatuta
n

3)
Penggunaan
mata wang

4) Lingua
Franca

1) Terletak di tengah laluan perdagangan


Kedudukan Melaka yang berada di tengah-tengah laluan barat dan timur
serta terlindung daripada angin monsun telah mengalakkan pedagang
untuk datang berdagang.
2) Sistem cukai yang berpatutan
Menggunakan sistem cukai yang berpatutan iaitu cukai rasmi (bayaran
cukai untuk membawa masuk barang dagangan).
Kadar cukai yang dikenakan untuk saudagar barat ialah 6%, saudagar
yang tinggal di Melaka 3% dan saudagar timur tidak dikenakan sebarang
cukai.
3) Penggunaan mata wang bagi memudahkan urusan jual beli
Wang logam (calains), timah, emas dan perak (ketiga0tiganya dating dari
Pasai, Gujerat dan Kembayat) memudahkan urusan perniagaan.
4) Lingua Franca
Urusniaga bertambah lancar apabila Bahasa Melayu dipilih menjadi
Lingua Franca.
5) Merupakan sebuah pelabuhan entreport
Melaka juga merupakan pelabuhan entreport (pengumpulan dan
pengedaran barangan) disamping menyediakan pelbagai kemudahan
untuk para pedagang.
6) Keberkesanan undang-undang
Undang-undang laut Melaka mempunyai 24 fasal.
Kandungannya merangkumi undang-undang jenayah, peraturan dan tata
tertib berniaga serta hokum-hukum jenayah.
7) Peranan Syahbandar
(i)
Syahbandar I menguruskan pedagang dari Gujerat.
(ii)
Syahbandar II menguruskan pedagang dari Ryukyu, China dan
Champa.
(iii)
Syahbandar III menguruskan pedagang dari Pegu, Benggala dan
Parsi.
(iv)
Syahbandar IV menguruskan pedagang dari Jawa, Maluku,
Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina.

Kematangan Hubungan Luar

1)
Perkahwinan

6)
Diplomatik

5)
Perdagangan

Hubungan
Melaka dan
Negara
Luar
Terjalin
melalui
Beberapa
Cara

2)
Pertukaran
pendapat

3) Negeri
naungan

4) Agama
Islam

1) Perkahwinan
Hubungan dengan Pasai terjalin secara perkahwinan antara Sultan Megat
Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.
2) Pertukaran pendapat
Melalui hubungan antara Pasai-Melaka, wujud pertukaran pendapat yang
berkaitan isu-isu agama Islam dan sebagainya.
3) Negeri naungan
Siak dan Kampar merupakan negeri naungan dan perlu menggunakan
istilah sembah bila berutus surat.
4) Agama Islam
Pedagang Gujerat membekalkan kain dan menyebarkan agama Islam.
5) Perdagangan
Hubungan Melaka dengan Jawa terjalin melalui perdagangan.
Melaka mendapat bekalan makanan, rempah dan beras dari Jawa.
Hubungan Melaka dengan Gujerat juga terjalin melalui perdagangan.
6) Diplomatik
Hubungan dengan China terjalin melalui perdagangan dan diplomatic.
Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindungan.
Hubungan Melaka dengan Siam juga terjalin melalui hubungan diplomatik.
Hubungan dengan Ryukyu bermula dengan perdagangan dan diplomatik.
Perkembangan Agama Islam di Melaka

1)
Pengislaman
pemerintah

6) Askar
upahan
Jawa

5) Kerelaan
negara itu
sendiri

Caracara
Penyeba
ran
Agama
Islam

2)
Perdagangan

3)
Perkahwinan

4)
Pendakwah
Islam

1) Pengislaman pemerintah
Kedatangan pendakwah Islam telah membuka hati para pemerintah kerajaan
Melayu untuk memeluk Islam seterusnya tersebar di kalangan golongan
bangsawan dan rakyat.
Sultan Melaka menerapkan unsure Islam seperti kaedah musyawarah ketika
pemerintahannya.
2) Perdagangan
Melaka pernah menjadi pusat perdagangan terkemuka di Asia Tenggara yang
menyebabkan kedatangan para pedagang dari serata dunia termasuk pedagang
Islam yang turut memainkan peranan berdakwah.
3) Perkahwinan
Putera dan puteri raja Melaka dikahwinkan dengan putera dan puteri raja dari
kerajaan lain.
4) Pendakwah Islam
Pendakwah Islam yang dating ke Melaka menggunakan cara yang lembut dan
berhemah dalam melakukan dakwah dan bukan dengan paksaan. Ini menarik
minat masyarakat untuk mengenali lebih dekat agama ini.
5) Kerelaan negara itu sendiri

Lingga dan Jambi merupakan negeri yang menjadi naungan Melaka secara
sukarela manakala Kampar dan Pahang ditakluk bagi menjamin keselamatan
dan kemakmuran negara masing-masing.
Mereka telah terpengaruh dengan ajaran Islam yang mana pusat penyebarannya
berpusat di Melaka.

6) Askar upahan Jawa


Askar upahan dari Jawa yang memeluk Islam di Melaka telah pulang ke negara
asal dan secara tidak langsung menyebarkannya di tempat asal mereka.
Perkembangan Ilmu di Melaka

1) Istana
menjadi
institusi
pendidikan

4) Tempat
pengumpul
an dan
terjemahan
karya-karya
agung

Peranan
Istana
sebagai
Pusat
Kegiatan
Ilmu

2) Bahasa
Melayu
sebagai
bahasa
penghantar

3) Tempat
berkumpul
golongan
cerdik
pandai

1) Istana menjadi institusi pendidikan


Istana menjadi pusat intelektual cerdik pandai. Sultan Melaka turut menjemput
golongan intelek dari negara lain untuk menimba ilmu di istana Melaka.
2) Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
Mengarang surat rasmi, mendidik anak raja dan menggubal perjanjian
merupakan tugas seorang juru tulis.
Bahasa Melayu digunakan untuk persuratan.
3) Tempat berkumpul golongan cerdik pandai

Mereka yang mahir menulis dan membaca menjadi jurutulis, pengarang, ulama
dan guru.
Ulama terkenal dan pakar Bahasa Arab ialah Tun Muhammad.

4) Tempat pengumpulan dan terjemahan karya-karya agung


Karya sastera yang diterjemah contohnya Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat
Iskandar Zulkarnain.
Karya sastera saduran seperti Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur,
Hikayat Nabi Wafat dan Hikayat Nabi Yusuf.
Cara Melaka Meluaskan Kuasa

1)
Penaklukan

4) Kerelaan
negeri itu
sendiri

Perlua
san
Kuasa

2)
Perkahwinan

3)
Kebijaksanaan
pemimpin

1) Penaklukan
Kerajaan Melaka telah menakluk Kampar dan Pahang. Sultan Melaka bertindak
sedemikian demi menjaga keselamatan dan kemakmuran Melaka.
Melalui penguasaan kerajaan di Timur Sumatera dan Semenanjung Tanah
Melayu, kerajaan Melaka Berjaya menguasai perairan Selat Melaka.
Melalui penaklukan juga, Melaka menerima pelbagai ufti serta dapat
menyebarkan Islam di Kepulauan Melayu.
2) Perkahwinan

Putera dan Puteri Raja Melaka dikahwinkan dengan puter dan puteri kerajaan
Melayu lain.
Contohnya, Sultan Mahmud mengahwini Puteri Sultan Kelantan.
Melalui perkahwinan dapat menguatkan lagi hubungan diplomatic dan pengaruh
kerajaan Melaka.

3) Kebijaksanaan pemimpin
Melaka diperintah oleh sultan-sultan dan pembesar yang berwibawa dan
bijaksana seperti Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansor Shah dan Bendahara
Tun Perak.
Sultan Muzaffar Shah Berjaya menyelesaikan pertingkahan orang Melayu dan
India Muslim.
Sultan Mansor Shah pula berjaya menggagalkan Kampar, Inderagiri, dan
Pahang dalam cubaan melepaskan diri sebagai negeri takluk.
Bendahara Tun Perak yang taat setia pernah menggagalkan serangan Siam di
Muar dan Batu Pahat.
4) Kerelaan negeri itu sendiri
Disebabkan pengaruh dan kekuasaan Melaka, terdapat kerajaan yang dengan
rela ingin bernaung di bawah Melaka.
Contoh kerajaan tersebut adalah Jambi, Lingga, Beruas, Pattani dan Kedah.

Kemerosotan Melaka Dan Faktor-faktor Kejatuhan Melaka

1) Kepimpinan
yang lemah

Faktorfaktor
Kejatuha
n Melaka
3) Kelemahan askar
dan peralatan
perang Melaka

2) Masalah
perpaduan di
kalangan rakyat

1) Kepimpinan yang lemah


Kematian Tun Perak menyebabkan pentadbiran Melaka goyah.
Selepas kematian Tun Perak, tiada pengganti yang dapat menandingi
kebijaksanaan dan kewibawaan beliau termasuklah Tun Mutahir sendiri selaku
Bendahara baru yang dilantik.
Sultan Mahmud Syah melantik Tun Mutahir sebagai pengganti Tun Perak,
namun Tun Mutahir mengamalkan sikappilih kasih dalam pentadbirannya.
Sikap Tun Mutahir tidak disenangi sesetengah pihak termasuk di kalangan
pembesar dan pemimpin rakyat sendiri. Perasaan tidak puas hati terhadap sikap
pilih kasih Tun Mutahir menimbulkan hasutan yang menyatakan Tun Mutahir
ingin mengatasi kekayaan Sultan.
Sultan murka dan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas keluarga Tun Mutahir
tanpa usul periksa.
Menyedari kesalahan baginda, Sultan Mahmud menyerahkan kuasanya kepada
putera baginda Raja Ahmad. Raja Ahmad adalah seorang pemimpin yang lemah
dan tidak cekap dalam mentadbir Melaka.
Pengganti Tun Mutahir seterusnya pula adalah Tun Perpatih Putih. Bendahara
Tun Perpatih Putih pula sudah terlalu tua dan uzur dan tidak dapat menjalankan
tugas sebagai Bendahara dengan lancar.
Ini menyebabkan pentadbiran di Melaka semakin merosot.
2) Masalah perpaduan di kalangan rakyat

Perpecahan rakyat bermula sejak zaman pentadbiran Tun Mutahir sebagai


Bendahara.
Ini disebabkan dasar pilih kasih yang diamalkannya.
Keadaan tersebut mewujudkan ketegangan di kalangan orang Melayu dan India
Muslim.
Masalah perpecahan di kalangan rakyat turut menyumbang kepada fitnah dan
rasuah yang berleluasa.
Disebabkan pentadbiran yang tidak cekap, masyarakat menjadi huru-hara dan
secara tidak langsung menjejaskan ekonomi dan perdagangan di Melaka.

3) Kelemahan askar dan peralatan perang Melaka


Disebabkan kekurangan askar di kalangan rakyat tempatan, kerajaan Melaka
telah mengupah askar upahan dari Jawa untuk berjaga di Melaka.
Namun, kesetiaan askar upahan tidak seperti askar tempahan. Malah,
kebanyakkan daripada mereka melarikan diri ketika perang tercetus antara
Melaka dan Portugis.
Peralatan perang untuk askar Melaka tidak cukup moden berbanding Portugis
yang menggunakan senapang dan meriam.
Teknik perang, pengalaman dan kecekapan askar Portugis lebih tinggi
berbanding askar Melaka kerana mereka mendapat bantuan tunjuk ajar
ketenteraan dari Goa, India. Askar Melaka yang kurang terlibat dengan perang
tidak berjaya mengalahkan askar Portugis.

KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL JOHOR

1) Sultan Alauddin Riayat Shah II pengasas


pemerintahan Johor

2) Laksamana Abdul Jamil meluaskan


kuasa

3) Menghalau Portugis dari Melaka dengan


bantuan Belanda pada tahun 1641

4) Acheh muncul sebagai pesaing Johor


untuk merebut perdagangan Selat Melaka

5) Perang tiga segi antara Johor, Melaka


(Portugis) dan Acheh

1) Sultan Alauddin Riayat Shah II


Merupakan putera Sultan Mahmud Shah dan adik kepada Raja Muzaffar (Sultan
Perak yang pertama).
Menggunakan gelaran Sultan Alauddin Shah II dan mentadbir Ujong Tanah yang
kini dikenali sebagai Johor.
Mengarahkan Seri Nara Diraja, Bendahara Johor untuk memajukan Pekan Tua
(pusat pentadbiran Johor).
Kota pertahanan, Kota Kara dibina untuk mempertahankan keselamatan Johor.
Memerintah dari tahun 1528-1564.
2) Penerusan warisan takhta

Johor telah meluaskan kuasanya dengan menguasai Aru pada tahun 1540 dan
penguasaan jajahannya telah diperkukuhkan oleh Laksamana Tun Abdul Jamil.
Johor sering diancam kuasa luar seperti Jambi, Portugis dan Acheh. Ini
menyebabkan pentadbiran Johor sentiasa berpindah di sepanjang Sungai Johor.

3) Menghalau Portugis dari Melaka


Usaha paling besar untuk mendapatkan semula Melaka ialah pada tahun 1551,
di mana angkatan Perak, Pahang dan Japara (Jawa) bergabung untuk
menyerang Portugis di Melaka.
Serangan menemui kegagalan kerana Portugis mempunyai senjata yang
canggih dan pertahanan kubu AFamosa.
Tun Sri Lanang dan Laksamana Tun Abdul Jamil terlibat dengan usaha
menawan semula Melaka.
Belanda membantu Johor menyerang Portugis dan gabungan tentera Belanda
dan Johor Berjaya mengalahkan Portugis pada tahun 1641.
4) Kebangkitan Acheh
Pengasas Acheh ialah Sultan Ali Mughayat.
Acheh muncul sebagai kerajaan Islam yang kuat selepas kejatuhan
Melayu Melaka.
Pedagang Islam suka singgah di Acheh kerana bebas dari ancaman
Portugis dan tidak anti-Islam.
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam menjadikan Acheh sebuah negara
kuat selepas Berjaya menawan Pahang, Kedah dan Perak.
Acheh bertambah kuat apabila Berjaya meluaskan kuasa dan menguasai
kawasan Sumatera yang kaya dengan lada hitam.
Penaklukan Pedir dan Pasai oleh Acheh membolehkan Acheh menguasai
perdagangan lada hitam.

5) Perang tiga segi

Johor

Portugi
s
(Melak
a)

Perang
Tiga Segi
(Ingin
menguasai
perdagangan
di Selat
Melaka)

Acheh

Perang Tiga Segi melibatkan kerajaan Johor, Portugis dan Acheh.


Faktor-faktor utama yang menyebabkan perang ini berlaku ialah:
(a) Johor ingin menguasai semula Melaka bagi kepentingan perdagangan,
(b) Portugis hendak memonopoli perdagangan di Selat Melaka,
(c) Acheh ingin menguasai perdagangan di Selat Melaka dan menghapuskan
agama Kristian.
Johor pernah bergabung dengan Melaka (Portugis) untuk menyerang Acheh dan
Acheh juga pernah bergabung dengan Melaka untuk menyerang Johor. Namun
kedua-dua kuasa ini (Johor dan Acheh) tidak pernah bersatu untuk meyerang
Portugis di Melaka.

Kegemilangan Kerajaan Johor

1) Pusat
perdagang
an

1)

Faktorfaktor
Pendorong
Kegemilan
gan Johor

2)
Perkemban
gan
persuratan

Pusat perdagangan
Merupakan pelabuhan entreport.
Pelabuhan Johor menyediakan banyak kemudahan untuk pedagang.
Kedudukan strategic yang memudahkan persinggahan kapal dari barat ke timur.
Mata wang digunakan untuk melicinkan perdagangan.
Mengenakan cukai berpatutan dan keselamatan terjamin dengan bantuan orang
laut.
Terlindung daripada tiupan angin monsun.
Pusat membuat kapal.
Mempunyai jajahan yang luas.
Mempunyai sistem pentadbiran yang teratur.
Mempunyai pemimpin yang berwibawa dan cekap.

2) Perkembangan persuratan
Buku Sejarah Melayu yang terawal dan terkenal yang disusun oleh Tun Sri
Lanang.
Hikayat Hang Tuah mengisahkan kepahlawanan Melaka dan keagungan
empayar Melaka.
Raja Ali Haji yang menghasilkan karya Tuhfat al-Nafis merupakan penulis Bugis
yang terkenal.
Johor menjadi pusat pengajian ilmu agama Islam sejak abad ke-17.

Kemerosotan Kerajaan Johor

5)
Pengaru
h
Syarikat
Hindia
Timur
Belanda
(V.O.C)

1)
Perang
JohorJambi

Faktorfaktor
kemerosot
an Johor

4)
Penglibata
n Bugis di
Johor

1)

2)
Perebut
an
kuasa

3)
Perpecahan di
antara
pembesar
istana

Perang Johor-Jambi
Jambi terletak di pantai timur Sumatera merupakan jajahan takluk Johor.
Jambi menyaingi Johor dan cuba mendapatkan kebebasan.
Jambi meminta bantuan Belanda. Jambi menyerang pelabuhan Johor di Batu
Sawar dan Johor Lama pada tahun 1673.
Jambi berjaya menyerang dan memusnahkan Johor Lama dan Sultan Abdul Jalil
Riayat Shah III terpaksa berundur ke Pahang.
Laksamana Tun Abdul Jamil dengan bantuan askar upahan Bugis berjaya
menawan balik Johor pada tahun1679.

2) Perebutan takhta
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Sultan Mahmud telah dibunuh ketika sedang
diangkat di atas tandu.
Oleh kerana tidak mempunyai zuriat atau waris, maka Bendahara Tun Abdul Jalil
dilantik sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV.
Raja Kecil mendakwa dirinya anak Sultan Mahmud dan menyerang Johor
dengan bantuan tentera Minangkabau (Orang Laut).
Raja Kecil berjaya menguasai Johor dan memulakan pemerintahannya dengan
gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.

3) Perpecahan di antara pembesar istana

4)

Setelah Laksamana Tun Abdul Jamil mengambil alih tugas bendahara, beliau
berkuasa melantik raja dan pemangku raja.
Beliau telah melantik menantunya untuk dijadikan raja dengan gelaran Sultan
Ibrahim Syah pada tahun 1677.
Pembesar Tun Habib Abdul Majid berasa diketepikan dan beliau hilang peluang
menjadi Sultan.
Kestabilan Johor terjejas disebabkan persengketaan yang berlaku di antara
golongan pembesar istana.
Penglibatan Bugis di Johor
Sultan Sulaiman membuat pakatan dengan orang Bugis menghalau Raja Kecil.
Orang Bugis berjaya tawan Riau dan halau Raja Kecil pada 1722.
Kuasa Bugis bertambah apabila berkahwin dengan kerabat diraja Johor.
Orang Melayu rasa tergugat dan minta bantuan Belanda halau Bugis dari Johor.
Persaingan Melayu dan Bugis berterusan hingga Johor mengalami zaman
perpecahan.

5) Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C)


V.O.C telah ditubuhkan oleh pedagang Belanda dan mula bertapak di Betawi
pada abad ke-17.
Belanda bimbang kemunculan kuasa Bugis di Johor akan menjejaskan
kedudukannya di Melaka.
Belanda dan Bugis berperang dan Belanda Berjaya mengalahkan Bugis di Teluk
ketapang dan Riau. David Ruhde dilantik sebagai Gabenor Belanda di Riau.
Belanda cuba menguasai Johor.
Keadaan ini menjejaskan perdagangan Johor.

ZAMAN PENJAJAHAN

PENJAJAHAN: Definisinya : Pendudukan oleh suatu negara dan menjalankan


pemerintahan sendiri. Pemerintahannya menggunakan kekuatan bersenjata terhadap
negara yang dijajah.
Faktor Pendorong Penjajahan
Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik yang berada di tengah-tengah jalan
perdagangan antara timur dan barat. Sumber alam semulajadinya yang melimpah luah
seperti rempah, bijih timah dan hasil-hasil hutan menarik minat kuasa asing dari eropah
untuk menguasainya. Selain itu juga Kelemahan dalam negeri negeri di Tanah Melayu
dan Persaingan kuasa kuasa Barat telah mendorong berlakunya penjajahan di Tanah
Melayu. Portugis, Belanda, British dan Jepun adalah kuasa-kuasa asing yang telah
menjajah Tanah Melayu dan mengaut hasil bumi Tanah Melayu untuk kepentingan
mereka. British merupakan negara penjajah yang paling banyak meninggalkan kesan
ke atas sosio budaya di Tanah Melayu. Penjajahan di Tanah Melayu bermula apabila
Portugis menakluki Melaka pada 1511 sehingga 1641, Belanda pada tahun 1641
sehingga 1824, British pada tahun 1824 sehingga 1957 dan Jepun pada tahun 1941
sehingga 1945.
Penjajahan Portugis Di Melaka

1)
Penemuan
jalan laut

4)
Galakan
Putera
Henry

Sebabsebab
kedatang
an
Portugis
ke Melaka
3) Penyebaran
agama Kristian

1) Penemuan jalan laut

2)
Menguas
ai
perdagan
gan
rempah

Bartholomeow Diaz telah berjaya menemui jalan laut yang menghubungkan


perjalanan Barat ke Timur melalui Tanjung Harapan di Selatan Afrika.
Pada awalnya, Vasco da Gama terlebih dahulu tiba di India sebelum Lopez de
Sequeira di Melaka.

2) Menguasai perdagangan rempah


Kepulauan Melayu terkenal dengan hasil perdagangan rempahnya seperti lada
hitam, buah pala dan bunga cengkih yang selama ini dimonopoli pedagang
Islam.
Perdagangan rempah mendapat permintaan dan nilai yang tinggi di Eropah.
Sekiranya Portugis Berjaya menguasai laluan Selat Melaka, secara tidak
langsung mereka dapat memonopoli perdagangan rempah dan memiliki
keuntungan yang lumayan.
3) Penyebaran agama Kristian
Majoriti masyarakat di Kepulauan melayu beragama Islam.
Orang Barat berdendam dengan orang Islam akibat daripada kesan Perang Salib
dan ingin menghapuskan kerajaan Islam di timur seperti Melaka yang menjadi
pusat penyebaran agama Islam.
Mereka tidak mahu agama Islam terus berkembang. Mereka juga ingin
menyebarkan agama Kristian anutan mereka.
4) Galakan Putera Henry
Putera Henry melancarkan slogan Gospel, Gold and Glory bagi menggalakkan
rakyatnya menjelajah ke Timur.
Galakan tersebut mencetuskan semangat justeru menyebabkan semakin ramai
rakyatnya belayar ke Timur.
Kronologi Penjajahan Portugis di Melaka

Kedatangan Lopez de Sequiera tahun 1509 sebagai wakil Raja Portugal untuk
tujuan berdagang disambut baik pemerintah Melaka

Penahanan Lopez de Sequiera dilakukan kerana motifnya ingin menguasai


Melaka didedahkan oleh pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat

Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka pada tahun 1511 dan menuntut


tahanan Portugis dibebaskan. Sultan berundur ke Muar dan seterusnya ke
Bentan

Portugis membina kubu A'Famosa pada tahun 1512 untuk mengukuhkan


benteng pertahanannya

Cubaan Sultan Mahmud Shah mendapatkan Melaka gagal apabila kubunya di


Bentan dimusnahkan Portugis pada tahun 1526

Penjajahan Dan Campur Tangan British Di Tanah Melayu


Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya campur
tangan dan perluasan kuasa Inggeris di negeri-negeri Melayu termasuk Sabah dan
Sarawak. Antara faktor-faktor tersebut seperti faktor ekonomi, politik dan sosial.
Faktor Ekonomi
Pada kurun ke-19, beberapa ciptaan terbaru telah berjaya ditemui yang memerlukan
penggunaan bijih timah. Bijih timah amat diperlukan dalam perusahaan mengetin
makanan dan minuman. Pelaksanaan dasar imperialisme Barat ini adalah lanjutan
kepada perkembangan sistem ekonomi kapitalisme dan pengamalan suatu dasar
ekonomi yang dikenali sebagai merkantilisme pada abad ke-16 dan ke-17. Kapitalisme
ialah sistem ekonomi yang menggalakan pengumpulan modal, hak milik persendirian,
persaingan untuk pasaran dan perniagaan untuk keuntungan. Sementara merkantilisme
merupakan sistem yang menjadikan sesebuah negara kaya dan berkuasa. Dengan
kata lain, sistem ini menekankan kekayaan dan kekuasaan sesebuah negara.
Rentetan itu, pihak barat terutamanya British berlumba-lumba melaksanakan dasar
imperialisme bagi tujuan menambahkan sumber dan hasil ekonomi mereka.Tanah
Melayu amat terkenal dengan kekayaan hasil bumi, ini merupakan sebab utama British
ingin menjajah dan menguasai segala punca ekonomi dan mengeksploitasi hasil bumi
yang ada. Apa yang jelas ialah pelaksanaan dasar kolonialisme British khasnya ke atas
Tanah Melayu bertujuan untuk mendapatkan keperluan bahan mentah dan
mengembangkan pasaran dan pelaburan British.
Faktor Politik
1. Masalah Perpaduan Yang Berlaku Di Negeri-Negeri Melayu
Perang saudara antara pembesar-pembesar Melayu dalam merebut takhta dan
kawasan. Contohnya di Perak, British mengambil kesempatan ini akibat perebutan
takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap Cina British
campur tangan di Selangor kerana mengambil kesempatan dari perbalahan pembesarpembesar Melayu iaitu antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi yang bersaing untuk
menguasai daerah Klang yang kaya dengan Bijih Timah. Selain itu, banyak lagi
masalah perpaduan yang berlaku di negeri-negeri Melayu yang lain.
2. Perubahan Politik Dan Dasar Di Britain

Pihak Barat telah melaksanakan dasar kolonialisme dan imperialismenya dalam usaha
mengembangkan pengaruhnya ke seluruh pelusuk dunia. Perkembangan dasar ini
adalah hasil daripada perubahan sistem politik, pandangan hidup, dan penciptaan
teknologi baru. Semenanjung Tanah Melayu adalah destinasi yang menjadi tumpuan
utama pihak Barat terutamanya British kerana banyak sumber dan hasil bumi yang
belum dieksploitasi oleh penduduk tempatan.
Pihak British telah melihat Semenanjung Tanah Melayu sebagai pangkalan utama yang
boleh mendatangkan keuntungan besar kepada mereka untuk menyokong
perkembangan yang berlaku di dalam negara. Pembukaan Terusan Suez dalam tahun
1869, mempercepatkan urusan perdagangan. Kesan daripada perkembangan ini,
kegiatan perdagangan antara Asia dan Benua Eropah semakin meningkat kerana
perjalanan yang jauh antara kedua-dua kawasan ini telah dipendekkan. Peningkatan
perdagangan ini dapat dilihat daripada pembukaan beberapa pelabuhan yang baru
seperti Singapura yang telah menjadi pelabuhan antarabangsa selepas tahun 1870.
3. Faktor Kebimbangan Campur Tangan Kuasa-Kuasa Asing
Selain British, kuasa Barat lain seperi Perancis, Itali, Jerman, dan Rusia sedang
bersaing untuk meluaskan jajahan taklukan masing-masing. Pada tahun 1870-an
kuasa-kuasa asing seperti Itali, Perancis, Jerman dan Rusia bersaing untuk
mendapatkan tanah jajahan yang akan dijadikan sebagai pembekal bahan-bahan
mentah. Tanpa pengawalan politik dan campur tangan dalam pentadbiran tempatan,
kuasa-kuasa ini boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan dan hubungan
perekonomian dengan raja-raja Melayu. Justeru itu, campur tangan dianggap jalan
terbaik bagi British untuk mengelakkan fenomena ini.
4. Penyebaran Agama Kristian
Kuasa barat juga mempunyai keyakinan yang sama dengan menggunakan ungkapan
tugas untuk menyebarkan dan mengembangkan Agama Kristian di Asia Tenggara dan
hasilnya ramai penduduk di tanah jajahan menganut agama ini. (Gold, Gosper, and
Glory)

Sistem Residen Di Tanah Melayu

Merupakan satu strategi British untuk mengawal pentadbiran secara langsung di


Negeri-negeri Melayu. Kesan dari sistem residen: Pembangunan ekonomi negeri,
Perubahan pengaruh politik dan Perkembangan sosial.
Perak
Perak merupakan negeri melayu terawal yang menerima kemasukan Residen
British dan mengambil kesempatan ini akibat perebutan takhta kerajaan Perak
dan perbalahan antara kumpulan Kongsi gelap Cina.
Perebutan takhta Perak antara Raja Yusof, Raja Ismail dan Raja Abdullah
dikenali sebagai Perang saudara.
Perang larut antara puak Hai San dan Ghee Hin.
Raja Abdullah meminta bantuan Sir Andrew Clerk, Perjanjian pangkor
ditandatangani dan J.W.W Birch dilantik menjadi Residen.
Selangor
Masalah kutipan cukai dijadikan alasan.
Rompakan terhadap pedagang di sepanjang pantai negeri Selangor.
Perang Klang: perbalahan antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi merebut
kawasan bijih timah.
Pada bulan Ogos 1874 Frank Swettenham dilantik sebagai penasihat rasmi
sultan dan J.G Davidson dilantik sebagai Residen.
Sungai Ujong
British campur tangan kerana perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk
Bandar untuk mengutip cukai bijih timah di sungai Linggi.
Sir Andrew Clarke campur tangan. Datuk Bandar kehilangan kuasa dan W.I
Tatham dilantik sebagai Residen.
Sungai Ujong menerima penasihat Inggeris yang baru bernama W.I Tatham
Negeri Sembilan
Melalui usaha-usaha Sir Frederick Weld, daerah-daerah di Negeri Sembilan satu
persatu jatuh ke tangan British.
Martin Lister diterima menjadi Residen British.
Pahang
Perang saudara berlaku antara Wan Ahmad dengan Wan Mutahir kerana
jawatan Bendahara.

F.Swettenham dihantar ke Pahang untuk perdamaian. Sultan Ahmad menerima


Residen British bernama J.P.Rodger.

Sarawak
James Brooke menduduki Sarawak setelah menunaikan janji kepada Raja Muda
Hashim utk menghapuskan pemberontakan.
James Brooke ditabalkan menjadi Raja Sarawak pada 1824.
Sabah
Sebahagian Sabah adalah di bawah Kesultanan Brunei sejak kurun ke 16.
Dipajakkan kepada Charles Lee Moses pada 1865 yang seterusnya dijual
kepada Baron Von Overbeck.
Pada 15 Julai 1946, Sabah diisytiharkan sebagai tanah jajahan British.
Reaksi Awal Masyarakat Tempatan
Penentangan di Naning (1831 1832) ialah kerana Dol Said (Abdul said), iaitu
Penghulu Naning tidak bersetuju dengan cadangan British untuk membayar cukai 1/10
daripada hasil ekonomi kepada Kerajaan British di Melaka yang telah mengambil alih
dari pentadbiran Belanda pada 17 Mac 1824. Perang Naning tercetus pada bulan Julai
1831, apabila British menghantar sepasukan tentera untuk menagkap Dol Said dan
memaksa pengikutnya supaya menerima cadangan British. Dalam serangan pertama,
tentera British tewas. Seterusnya British melancarkan serangan kedua pada tahun
1832. Dol Said kemudiannya telah mendapat sokongan penduduk Rembau, Seri
Menanti dan Sungai Ujong. Akhirnya penentangan Dol Said dapat ditumpaskan oleh
British dan belua menyerah diri pada bulan Februrai 1834.
Penentangan di Perak, setelah Perjanjian Pangkor dimeterai pada 20 Januari 1874,
J.W.W.Birch telah dilantik sebagai Residen Perak. J.W.W.Birch tidak mendapat
kerjasama daripada Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar melayu yang lain kerena
kebanyakkannya tidak suka dengan tingkah laku beliau. Ketidakpuasanhati terhadap
Sistem Residen dan sifat peribadi telah menyebabkan J.W.W Birch telah menyebabkan
berlakunya komplot pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak, Perak.
Penentangan di Pahang bermula apabila British mmeperkenalkan Sistem Residen di
negeri itu dengan melantik J.P.Rodger sebagai Residennya. Pemberontakan di pahang
telah berlaku dibawah kepimpinan Dato Bahaman, Tok Gajah dan mat Kilau pada tahun
1891. Antara sebab-sebab berlakunya pemberotakan di Pahang ialah kerana: Sultan
dan pembesar negeri kehilangan kuasa; (b) Undang-undang Tanah menyekat
kebebasan Sultan/Pembesar; (c) Undang-Undang dikendalikan oleh British; (d) British
menggantikan penghulu-penghulu tempatan; (e) pembesar dan orang awam tidak
berpuas hati.

Di Kelantan, pemberontakan rakyatnya pada tahun 1909 terhadap Penasihat British


yang bernama James Scott Mason dipimpin oleh seorang pedagang tempatan iaitu Haji
Mat Hassan Munas atau yang terkenal dengan gelaran Tok Janggut. Penentangan
rakyat Kelantan kerana seorang pembesar tempatan di Pasir Putih yang bernama
Engku Besar Jeram Tun Ahmad merasa tidak puasa hati dengan kehilangan kuasa.
Selain itu, rakyat Kelantan tidak puas hati kerana pengenalan system tanah baru 1915
dimana rakyat terpaksa membayar sewa tanah yang tetap. British juga telah
mengenakan cukai terhadap setiap hasil pertanian seperti padi dan kelapa. British
akhirnya berjaya menumpaskan pemberontakan Tok janggut yang mati terbunuh pada
24 Mei 1915.
Di Terengganu, Haji Abdul Rahman Limbong telah bangun menentang British.
Pemberontakan Tani berlaku pada tahun 1928 iaitu dalam zaman pemerintahan Sultan
Sulaiman badrul Alam Shah. Rakyat tidak puas hati hati kerana British mengenakan
cukai kepala, memperkenalkan system pendidikan Barat dan memperkenalkan Pas
kebenaran bagi sesiapa yang ingin membuka tanah baru untuk bercucuk tanam.
Orang-orang Melayu telah menyerang balai polis dan pejabat daerah di Kuala Berang
pada 21 Mei 1928. British berjaya menumpasknnya dengan Haji Abdul rahman Limbong
dibuang negeri di Mekah.
Penentangan di Sabah, Mat Salleh atau Mohammad Salleh ialah seorang pahlawan di
Sabah yang bangkit menentang pemerintahan Kompeni Berpiagam Borneo Utara di
Sabah. Mat Salleh dilahirkan di Inanam dan berketurunan Bajau-Suluk. Beliau
berkahwin dengan seorang puteri Sulu yang bernama Dayang Bandung. Beliau
merupakan pembesar di hulu Sungai Sungut dan memerintah kawasannya dengan
bebas. Pada tahun 1894, Mat Salleh telah bangkit menentang Kompeni Berpiagam
kerana kompeni campur tangan di kawasannya. Kompeni telah menyerang dan
membakar kampung Mat Salleh di Sungai Sugut apabila beliau membuat aduan
tentang pergaduhan di antara pegawai British dengan Iban. Kompeni juga telah
membina jalan raya dari jalan keretapi merentasi kawasan Ranau yang dikuasai oleh
Mat Salleh. Selain itu, kompeni juga mengenakan pelbagai cukai ke atas rakyat dan
mengerah buruh paksa.
Pada tahun 1897, Mat Salleh menyerang dan memusnahkan pelabuhan kompeni di
Pulau Gaya. Beliau kemudiannya membina sebuah kubu di Ranau untuk meneruskan
serangannya. Kompeni membalas dengan menyerang dan memusnahkan kubu Mat
Salleh di Ranau. Mat Salleh tidak dapat ditewaskan tetapi beliau terpaksa beundur ke
kawasan pedalaman. Kompeni khuatir Mat Salleh akan menyerangnya lagi. Oleh itu,
Pengarah Urusan Kompeni iaitu William Cowie mengesyorkan supaya diadakan
perdamaian di antara kompeni dan Mat Salleh. Satu rundingan damai telah diadakan di
antara Cowie dengan Mat Salleh. Kompeni telah memungkiri janjinya. Pada tahun
1897, Kompeni telah membuat keputusan untuk mengambilalih kawasan Tambunan.
Mat Salleh sangat marah dan membina sebuah kubu di Tambunan untuk
mempertahankan diri. Pada tahun 1900, pasukan kompeni telah menyerang kubu Mat
Salleh di Tambunan. Mat Salleh terbunuh dalam serangan tersebut pada bulan Februari
1900.

Penentangan oleh Antanum, Pada tahun 1915, seorang Murut dari kawasan pedalaman
Sabah telah bangkit menentang Kompeni Berpiagam Borneo Utara. Orang Murut
bangkit menentang kompeni kerana Mereka dilarang menebas hutan rimba untuk
membuka tanah pertanian, Mereka terpaksa membina jalan raya di kawasan
pedalaman tanpa dibayar gaji dan Mereka percaya bahawa pembinaan jalan raya itu
telah mengusir roh nenek moyang dan menimbulkan kemarahan yang akan
mengakibatkan kemarau selama 4 tahun.Kebangkitan orang Murut dipimpin oleh
pemimpin murut yang bernama Antanum. Pemberontakan tercetus pada tahun 1915
apabila orang Murut menyerang dan membakar Pensiangan. Kemudian mereka
menyerang Rundum tetapi Rundum dapat diselamatkan oleh Kompeni. Oleh itu,
pemberontakan ini juga dikenali sebagai Pemberontakan Rundum. Selepas itu,
Antanum dan pengikutnya (seramai 900 orang) telah membina sebuah kubu di Sungai
Selangit. Kubu itu diserang oleh askar kompeni. Antanum serta 400 orang pengikutnya
telah terkorban.
Penentangan di Sarawak di bawah pemerintahan Brooke telah berlaku banyak
perubahan dari segi politik, ekonomi dan social. Perubahan ini telah menyebabkan
penduduk pribumi bangun untuk menentangnya kerana perubahan ini telah melanggar
adat dan kepercayaan mereka. Antaranya ialah penentangan oleh Syarif Masahor,
Rentap dan Banting. Syarif Masahor dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor
Sarikei di Sungai Rajang. Beliau adalah pembesar yang sangat dihormati dan disegani
oleh orang Melanau dan Iban. Walau bagaimanapun, kuasa Syarif Masahor telah
tergugat apabila James Brooke mengambilalih kawasan Sungai Rajang daripada Sultan
Brunei pada tahun 1853. James Brooke kemudian membina sebuah kubu di Kanowit di
Sungai Rajang.
Tindakan Brooke telah mencabar kewibawaan Syarif Masahor sebagai pembesar di
Sungai Rajang. Syarif Masahor telah berpakat dengan Dato Patinggi Abdul Gapur di
Kuching untuk menyerang kubu Brooke di Kanowit dan mengusirnya keluar dari
Sarawak. Tentera bersekutu Syarif Masahor dan Dato Patinggi Abdul Gapur telah
menyerang kubu Kanowit dan membunuh 2 orang pegawai Inggeris, iaitu Charles Fox
dan Henry Steel. Pada tahun 1860, angkatan perang Syarif Masahor telah menyerang
Kuching tetapi dapat dipatahkan oleh pasukan tentera Brooke di bawah pimpinan
Charles Brooke. Syarif Masahor dapat menyelamatkan diri dan berlindung di Brunei.
Namun James Brooke telah memaksa Sultan Brunei supaya Syarif Masahor dibuang
negeri ke Singapura. Dengan itu, Syarif Masahor dihantar ke Singapura dan meninggal
dunia di situ pada tahun 1890. Dato Patinggi Abdul Gapur cuba menyerang Kuching
dari Pontianak tetapi beliau ditahan oleh Belanda dan dipenjarakan di Betawi.
Rentap ialah seorang pahlawan Iban yang bangkit menentang pemerintahan James
Brooke di Sarawak. Rentap ialah ketua orang Iban yang sangat berpengaruh di hulu
Sungai Sekrang. Beliau digelar Raja Darat. Nama sebenar beliau ialah Libau. Rentap
tidak suka kemaraan kuasa Brooke ke kawasan orang Iban. Pada tahun 1853, Rentap
menyerang kubu James Brooke di Sungai Sekrang dan membunuh seorang pegawai
Brooke yang bernama Alan Lee. Kemudian Rentap meminta sebuah kubu yang kuat di
Bukit Sadok di hulu Sekrang. Kubu itu dilengkapkan dengan meriam besi yang besar
yang telah dirampas dari Pontianak, Kalimantan. Kubu di Bukit Sadok sangat kuat

sehingga serangan Charles Brooke sebanyak 2 kali pada tahun 1854 gagal menawan
kubu tersebut.
Pada tahun 1861, Charles Brooke telah menyerang Bukit Sadok dengan sebuah
meriam tembaga bernama Bujang Sadok yang dibuat di Kuching. Kali ini, kubu Rentap
di Bukit Sadok dapat ditawan oleh Charles Brooke. Rentap berjaya melepaskan diri ke
kawasan pedalaman
Kesan Penjajahan
1. Penjajah Inggeris paling banyak meninggalkan kesan politik, sosial, pentadbiran,
ekonomi dan agama ke atas negeri ini jika dibandingkan dengan penjajah
Portugis dan Belanda.
2. Inggeris menggunakan pelabagai kaedah untuk terus menjajah Tanah Melayu:
menubuhkan Negeri-Negeri Selat (Pulau pinang dan Melaka), campur tangan di
Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak, membentuk Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (Pahang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan) dan Negeri-Negeri
Melayu Tak Bersekutu (Johor, Kelantan, Kedah, Perlis dan Trengganu)
3. Kucar kacir politik berlaku di semua negeri seperti perang saudara, perebutan
takhta dan perlombongan, kegiatan lanun dan pertelingkahan antara kongsikongsi gelap.
4. Walaupun Inggeris telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Perseketuan yang
bertujuan untuk menambahkan kuasa Raja-Raja Melayu bagi Negeri Melayu
Bersekutu, tetapi pada hakikatnya kuasa raja-raja Melayu semakin lemah.
5. Pada tahun 1910, Inggeris telah mengemukakn dasar desentralisasi
(pengurangan kuasa pusat) ke negeri-negeri. Dasr ini telah tidak mendapat
sokongan kerana faktur kemelesetan ekonomi dunia, bantahan raja-raja melayu
dan keinginan untuk membentuk sebuah Perseketuan Tanah Melayu.
6. Dasar desentralisasi terbantut apabila Jepun menyerang Tanah Melayu pada
tahun 1941. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan bangkitnya
semangat kebangsaan rakyat untuk merdeka dari penjajahan.
7. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya (PKM) telah cuba
mengambil alih pentadbiran negara selama tiga hari. Setelah Inggeris kembali ke
tanah ayer, PKM mengisytiharkan pering gerila untuk mearmpas kuasa sehingga
Inggeris mengisytiharkan darurat di negera ini. Rakyat menolak faham komunis.

PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Kebangkitan Semangat Nasionalisme


Semangat kebangsaan bermaksud sifat-sifat seperti cinta akan negara, taat setia
kepada tanah air, inginkan kemajuan dan kemakmuran untuk tanah air dan sedia
berkorban demi tanah airSemangat kebangsaan atau nasionalisme mendorong rakyat
menuntut kebebasan daripada penjajahan British. Perkembangan semangat
kebangsaan di Tanah Melayu untuk menentang British telah dipengaruhi oleh beberapa
peristiwa di luar negara.
Kebangkitan Islam di Timur Tengah pada akhir kurun ke-19

Gerakan Pan-Islam yang bertujuan menyatukan seluruh umat Islam di bawah


naungan Empayar Turki untuk menentang penjajahan oleh kuasa asing tercetus di
Turki apabila kuasa Barat bertapak di Turki
Gerakan Pan-Islam yang bermula di Turki mempengaruhi umat Islam di Tanah
Melayu untuk menentang penjajahan British.
Gerakan Islah yang diasaskan di Turki oleh Sayid Jamaiuddin al-afghani dan
Syeikh Muhammad Abduh bertujuan menentang penjajahan British di Turki.
Pengaruh Gerakan Islah disebarkan ke Tanah Melayu oleh pelajar yang menuntut
di Universiti Al-Azhar di Mesir setelah mereka kembali ke Tanah Melayu.
Kemajuan dalam sistem perhubungan dan percetakan membolehkan penduduk
Tanah Melayu mengikuti perkembangan di luar negara.
Pada awal kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan
pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah khususnya di Mesir.
Mereka terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani
dan Sheikh Muhammad Abduh.
Setelah kembali ke tanah air pelajar tersebut memulakan Gerakan Islah di Tanah
Melayu yang dikenali sebagai Kaum Muda.
Pemimpin Kaum Muda terdiri daripada, Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Haji
Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Syeikh Ahmad al-Hadi
Kaum Muda menyebarkan idea pembaharuannya melalui majalah Al-Imam.
Majalah Al-Imam mula diterbitkan di Singapura pada tahun 1906 dan berjaya
mempengaruhi perkembangan pemikiran orang Melayu.
Penerbitan Al-Imam terhenti pada tahun 1908.
Majalah Al-Imam telah digantikkan oleh majalah lain seperti Neracha, Al-lkhwan,
Pengasuh dan Saudara.
Madrasah seperti Madrasah al-Masyhur al-Islamiah, Madrasah al-Diniah Kampung
Lalang dan Madrasah al-Ihya Assyariff dibina oleh kaum Muda untuk menyebarkan
ajaran mereka dengan lebih berkesan.

Kaum Muda menerima tentangan daripada Kaum Tua.


Akhbar seperti Suara Benar dan Lidah Benar diterbitkan oleh Kaum Tua bagi
menentang idea pembaharuan Kaum Muda.
Intelektual Mematangkan Perjuangan

Golongan intelektual berpendidikan Melayu terdiri daripada


a) guru-guru Melayu lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
b) tokoh agama Islam

Antara tokoh nasionalis dari golongan intelektual berpendidikan Melayu ialah


a) Harun Aminurrashid- guru lepasan MPSI
b) Ibrahim Haji Yaakob - guru lepasan MPSI
c) Abdul Hadi Hasan - pengarah MPSI

Golongan intelektual berpendidikan Inggeris yang terdiri daripada mereka yang arif
tentang sistem pentadbiran dan perundangan turut memperjuangkan semangat
nasionalisme.
Golongan intelektual berpendidikan Inggeris ini telah menggesa British
meningkatkan
a) peluang pendidikan untuk orang Melayu
b) taraf ekonomi orang Melayu
c) peluang orang Melayu untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Perjuangan Nasionalisme Melalui Akbar dan Majalah dan Peranan Akhbar dan
Majalah Melayu
Warta Melayu terbitan di Singapura pengarang pertamanya Dato' Onn Jaafar
memperjuangkan hak orang Melayu dalam bidang sosio ekonomi dan mahukan orang
Melayu diberikan lebih banyak peluang dalam perkhidmatan awam kerajaan. Utusan
Melayu tempat terbitan di Singapura pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
menggalakkan orang Melayu menyertai persatuan politik untuk memperjuang nasib
bangsa dan tanah air.

Akhbar dan majalah memainkan peranan penting dalam kebangkitan semangat


nasionalisme di Tanah Melayu kerana akhbar dan majalah
a) merupakan saluran bagi orang ramai melahirkan pendapat mereka tentang
kesedaran kebangsaan.
b) membolehkan pemimpin menyalurkan idea tentang kesedaran kebangsaan
kepada orang ramai.
Antara peranan dan perjuangan akhbar-akhbar ini ialah:a) Mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu.
b) Memajukan kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu.

c) Menyeru orang Melayu bersatu dan berusaha menghapuskan semangat


kenegerian.
d) Menuntut kedudukan yang lebih baik untuk orang Melayu dalam bidang
pentadbiran, ekonomi, dan pendidikan.
Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu ialah contoh akhbar yang memainkan
peranan utama dalam membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan orang
Melayu pada tahun 1930-an.
Perjuangan Nasionalisme Melalui Akbar dan Majalah di kalangan Orang Cina dan
Orang India
Masyarakat Cina dan India di Tanah Melayu mempunyai akhbar mereka sendiri.
Akhbar mereka memuatkan berita kegiatan sosial dan ekonomi kaum masing-masing
di Tanah Melayu, berita tentang peristiwa yang berlaku di China dan di India dan
menyiarkan berita ringkas tentang peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negeri.
Akbar-akbar tersebut ialah:
Akhbar masyarakat Cina adalah seperti Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit
Poh dan Modern Daily News.
Masyarakat India pula mempunyai akhbar seperti Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan
Tamil Murasu.
Masyarakat Jawi Peranakan (kacukan India-Melayu) menerbitkan akhbar berbahasa
Melayu seperti Jawi Peranakan, Sekolah Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung
Penagri.
Masyarakat Cina Peranakan (Baba dan Nyonya) menerbitkan akhbar berbahasa
Melayu seperti Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor. Khabar Uchapan Baru dan
Bintang Peranakan.
Kemunculan Pertubuhan Melayu Sebagai Gerakan Berorganisasi Menentang Penjajah
Orang Melayu menubuhkan pertubuhan setelah akhbar menimbulkan kesedaran politik
di kalangan orang Melayu.Pertubuhan orang Melayu seterusnva memainkan peranan
penting dalam gerakan kesedaran nasionalisme. Pemimpin di Negeri-negeri Melayu
telah menubuhkan persatuan Melayu di negeri masing-masing sebagai mencontohi
penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMMS). Ciri-ciri persatuan Melayu yang
ditubuh:
bersifat kenegerian
dianggotai golongan Melayu berpendidikan Inggeris yang berkhidmat dalam
perkhidmatan awam British
perjuangan persatuan bersifat sederhana
setia kepada raja-raja Melayu
bekerjasama dengan British
menggesa British memberi lebih banyak peluang kepada orang Melayu untuk
berkhidmat dalam perkhidmatan awam British di Tanah Melayu.

Tahun Di tubuhkan
1926
1937
1938
1939

Persatuan Melayu yang ditubuhkan


Kesatuan Melayu Singapura
Persatuan Melayu Perak dan Persatuan Melayu Melaka
Persatuan Melayu Pahang dan Persatuan Melayu Selangor
Persatuan Melayu Kelantan dan Persatuan Melayu Sarawak

Sebagai contoh Persatuan Melayu Selangor telah menggesa kerajaan British


menubuhkan angkatan tentera laut dan tentera udara Tanah Melayu, menambahkan
bilangan askar Melayu dalam tentera darat Tanah Melayu dan menempatkan lebih
ramai pegawai Melayu dalam perkhidmatan awam Persekutuan dan negeri. Pada tahun
1939, Kongres Melayu SeTanah Melayu telah berjaya dianjurkan oleh Kesatuan Melayu
Singapura dengan Persatuan Melayu Selangor. Kongress Melayu Se-Tanah Melayu
yang pertama berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1939 berjaya menarik
kehadiran semua persatuan Melayu bertujuan mewujudkan perpaduan kebangsaan di
kalangan orang Melayu bagi memajukan bangsa Melayu. Kongres Melayu Se-Tanah
Melayu yang kedua berlangsung di Singapura pada tahun 1940 menyeru semua
persatuan Melayu memajukan kebajikan orang Melayu di negeri masing-masing.
Manakala kongres Melayu ketiga tidak dapat diadakan kerana Jepun telah menyerang
Tanah Melayu pada tahun 1941.
Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)
Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ditubuhkan pada tahun 1934 untuk
memupuk semangat persaudaraan di kalangan penulis Melayu.
Cogan kata PASPAM ialah Hidup Bahasa Hidup Bangsa.
Persidangan peringkat kebangsaan PASPAM yang pertama diadakan di Taiping.
Persidangan tersebut dianggap amat bererti kerana:
a) semangat kenegerian dapat dipecahkan
b) semangat kebangsaan terpupuk
PASPAM mengadakan persidangan peringkat kebangsaan seterusnya yang telah
diadakan di Pulau Pinang, Singapura. Ipoh dan Seremban.
Kesatuan Melayu Muda
KMM ditubuhkan oleh Ibrahim Yaakob pada tahun 1938. Kebanyakan ahli KMM ialah
guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Pemimpin KMM termasuk
Ahmad Boestamam. Mustapha Hussain dan Ishak Muhammad. KMM mendukung dasar
tidak bekerjasama dengan British dan menentang dasar British secara terbuka. Tujuan
KMM ialah memupuk semangat perpaduan dan kesedaran di kalangan orang Melayu
untuk memperjuangkan hak orang Melayu, berjuang untuk menggulingkan penjajah
British dan memerdekakan Tanah Melayu dan menyatukan Tanah Melayu dengan
Indonesia di bawah Melayu Raya. KMM bertindak melalui:
KMM telah berpakat dengan Jepun secara sulit untuk menggulingkan British.
KMM menyemarakkan semangat anti-British melalui akhbar Warta Malaya.

Pergerakan KMM membimbangkan British.


Ibrahim Yaakob telah ditangkap dan dipenjarakan di Singapura pada tahun 1941.
Kemunculan Pertubuhan Orang Cina Dan India Sebagai Gerakan Berorganisasi
Menentang Penjajah
Sebelum Perang Dunia Kedua, pertubuhan kaum Cina dan kaum India berperanan
menjaga kepentingan kaum masing-masing, menumpukan perhatian kepada perkara
yang berlaku di negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada negara asal
mereka. Contoh pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu yang menumpukan perhatian
kepada negara China ialah :
Hsing Chong Hui
Chung Ho Tang
Golongan orang Cina yang menumpukan perhatian kepada politik Tanah Melayu terdiri
daripada mereka yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat atau Cina Peranakan.
Persatuan orang-orang Cina Peranakan British ditubuhkan pada tahun 1900
berperanan melindungi kepentingan orang Cina peranakan di Negeri-negeri Selat,
menggalakkan orang Cina peranakan menuntut pendidikan teknikal dan pendidikan
tinggi dan menunjukkan taat setia kepada kerajaan British. Pemimpin Persatuan Orangorang Cina Peranakan British termasuk:
Tan Jiak Kim
Lim Boon Keng
Song Ong Siang
Seah Liang Seah
Antara tokoh Cina peranakan yang berkecimpung dalam politik Tanah Melayu ialah
Tan Cheng Lock.
Orang India juga menubuhkan persatuan untuk menjaga kepentingan orang India di
Tanah Melayu. Persatuan India Pusat Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun
1936.Pemimpinnya ialah A.M. Soosay. Persatuan ini terbentuk daripada 12 persatuan
India dan 4 dewan perniagaan berperanan untuk memperjuangkan hak dan
kepentingan orang India di Tanah Melayu.
Pembentukan Kesatuan Malaya ( Malayan Union)
Malayan Union
Sekembalinya penjajah Inggeris ke Tanah Melayu selepas penjajah Jepun berundur,
Inggeris mmeperkenalkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali dengan nama
Malayan Union (Kesatuan Malaya). Rancangan ini telah diluskan oleh Parlimen British
pada 10 Oktober 1945. Pada 12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael telah dilantik
sebagai wakil Kerajaan Inggeris untuk mendapatkan tanda tangan dari Raja-Raja
Melayu. Malayan Union telah diluluskan pada bulan Januari 1946.

Tujuan diperkenalkan
Tujuan Inggeris memperkenalkan Malayan Union ialah ntuk menyatupadukan wilayah
dan meningkatkan kecekapan pentadbiran. Inggeris tidak bersedia menanggung
perbelanjaan pentadbiran yang besar untuk Negeri-Nnegeri Melayu Bersekutu, NegeriNegeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Berseketu. British menyimpan rasa
dendam terhadap orang-orang Melayu kerana sebelum ini orang-orang Melayu telah
bekerjasama dengan Jepun. Jadi, Malayan Union dapat mengurang dan mengawal
kuasa orang Melayu. Percubaan Inggeris kearah pemerintahan sendiri oleh masyarakat
tempatan tetapi mengikut ciri politik Inggeris. Sebagai langkah penyatuan politik dalam
kalangan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum Melayu, Cina dan India dengan
matlamat untuk membentuk sebuah masyarakat yang kuat.
Punca-Punca Penentangan Terhadap Malayan Union

Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu : Raja-raja melayu hanya


menjadi ahli majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.Mereka juga kehilangan
takhta dan maruah sebagai perlingdungan orang melayu.
Tamadun orang Melayu terhakis: Tamadun Melayu yang telah dibina oleh kerajaan
Melayu seperti sistem beraja, bahasa Melayu dan tulisan Jawi akan terhakis.
Kerakyatan yang terlalu liberal/ jus soli: Peruntukan kerakyatan jus soli dalam
Malayan Union akan mengancam status quo sebagai peribumi. Jumlah orang Melayu
juga akan menjadi kecil.

Membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengancam raja-raja Melayu :


Orang Melayu tidak dapat menerima tindakan MacMichael yang mengancam akan
menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta sekiranya baginda tidak menerima
Malayan Union. Raja-raja Melayu juga tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding
dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat.

Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union boleh dilihat dalam tiga
bentuk, iaitu secara individu, melalui akhbar dan secara kolektif.

Pada 23 Januari 1946,Dato Onn Jaafar telah menulis surat kepada Utusan
Melayu menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan United
Malays organization (U.M.N.O.) sebagai menentang Malayan Union.
Raja-raja Melayu juga telah mengambil tindakan membantah Malayan Union
Sultan Johor yang menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan.
Bantahan orang Melayu telah menimbulkan kesedaran terhadap raja-raja Melayu
supaya berganding bahu dengan rakyat Melayu menentang Malayan Union.

Orang Melayu mendapat sokongan daripada bekas pengawai British yang


pernah Berkhidmat di Tanah Melayu. Golongan ini seperti Frank Swettenham,
Clementi Smith telah menentang cadangan Malayan Union secara terbuka
dalam akbhar The Times di London.
Orang Melayu menyuarakan bantahan secara berterusan melalui Majlis, Utusan
Melayu dan Warta Negara.
Utusan Melayu pula pada 12 Oktober 1945,menyeru supaya raja-raja Melayu
memikirkan kesannya jika Malayan Union tidak ditentang.
Pada 14 November 1945,Warta Negara juga telah memuatkan berita yang
menggesa orang Melayu supaya menentang Malayan Union.
Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah
cara Sir Harold Macmichael memperoleh tandatangan raja-raja Melayu.
Mereka juga membantah Malayan Union yang akan menghapuskan kedaulatan
negeri-negeri Melayu dan kedudukan mereka sebagai anak negeri.
Demonstrasi telah diadakan di beberapa bandar besar di Tanah Melayu seperti
Kota Bharu, Kelantan, Alor Star, Kedah dan Johor Bahru.
Persatuan-persatuan Melayu ditubuhkan atau dihidupkan semula sebagai alat
untuk menentang Malayan Union secara berorganisasi. Antaranya, Persatuan
Melayu Terengganu dan Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor.Persatuanpersatuan Melayu telah menghantar telegram & surat bantahan ke Pejabat
Tanah Jajahan di London. Persatuan tersebut menolak sama sekali pentadbiran
Malayan Union.
kongres melayu yang telah untuk membantah pengisytiharan malayan union
yang akan diadakan pada 1 april 1946.
sembilan orang wakil daripada persatuan-persatuan negeri melayu
dan
mesyuarat diadakan di pejabat akhbar majlis di kuala lumpur. kongres kedua
memutuskan tiga perkara penting sebagai tindakan lanjut menentang malayan
union.

Persekutuan Tanah Melayu


YDPA sebagai ketua negara yang dipilih dikalangan sembilan Raja Melayu. Ketua
Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.
Sebuah Parlimen dibentuk yang dianggotai oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Syarat kewarganegaraan diketatkan seperti kewarnegaraan diberikan kepada semua
orang yang lahir di tanah Melayu selepas merdeka, kewarnegaraan juga diberikan
kepada mereka yang berumur 18 tahun keatas, dilahirkan di tanah Melayu dan telah
menetap selama lima tahun dan kewarnegaraan juga diberi kepada mereka yang
berumur 21 tahun keatas walaupun lahir di luar Tanah Melayu tetapi telah menetap
selama lapan tahun serta boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu

dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan. Agama Islam dijadikan sebagai agama


Perseketuan, tetapi kebebasan beragama diberikan.

Kemunculan Parti Politik


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Telah ditubuhkan pada 11 Mei
1946 oleh Dato Onn Jafar. Belau memegang jawatan itu sehingga tahun 1951.
Matlamat utama penubuhan parti adalah untuk menetang gagagsan Malayan Union dan
menyatupadukan orang-orang Melayu serta mmepertahnkan kedudukan hak istimewa
orang-orang Melayu. Anggota-anggota UMNO berpegang kepada slogan Hidup
Melayu. Perkara ini disuarakan sendiri oleh Dato Onn Jaafar semasa perhimpunan
Agong UMNO, pda bulan September, 1947. Pada tahun 1948, UMNO dijadikan sebagai
sebuah parti politik. Perlembagaan UMNO telah dilulusakn pada 29 Mei 1946 yang
memuatkan tujuan, penubuhan bahagian dan cawangannya. Sebanyak 39 bahagian
telah ditubuhkan sehingga tahun 1951 dengan keahlian seramai 100375 orang.
Perikatan Pemuda UMNO dan Pergerakan Wanita UMNO ditubuhkan sebagai sayapsayap UMNO pada tahun 1947. UMNO telah muncul sebagai sebuah parti yang terkuat
mewakli orang-orang Melayu di negara ini.
Kongres India Malaya (MIC) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1946. Presidennya yang
pertama bernama Tun V.T.Sambanthan. Antara tujuan utama penubuhan MIC (a)
adalah untuk memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum
India di Tanah Melayu; memperjuangkan politik bersama bagi seluruh Tanah Melayu.
Pada bulan April 1955, MIC telah masuk ke dalam gabungan UMNO dan MCA. Ahlinya
sehingga tahun 1955 aialah seramai 20,000 orang.
Pertubuhan Cina Malaysia (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Idea
penubuhan MCA telah digagaskan oleh Leong Yew Koh. Presiden pertama MCA ialah
Tun Chen Lok. Tujuan utama MCA adalah untuk melindungi hak dan kepentingan orang
Cina serta memelihara keharmonian kaum dalam sebuah negara yang bersatu. Pada
peringkata permulaan MCA bertindak sebagai sebuah badan kebajikan. Pada tahun
1952, MCA telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik secara rasmi. Pada tahun
1950 keahlian MCA telah meningkat seramai 188, 000. Pada tahun 1952, MCA dan
UMNO telah membentuk gabungan yang bernama PERIKATAN.
Ancaman Komunis

Darurat adalah satu istilah yang digunakan oleh kerajaan British untuk
memulihkan keadaan huru hara di Tanah Melayu antara tahun 1948 sehingga
tahun 1960.
Hura hara ini telah dimulakan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang cuba
mengambil kuasa politik di Tanah Melayu secara kekrasan.
Semasa Darurat, PKM cuba melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan
membunuh para peladang dan pelombong. Selain itu, anggota PKM juga telah
membunuh anggota Polis dan tentera serta orang ramai yang mereka anggap
menentang perjuangan mereka.
Darurat telah mengakibatkan penderitaan hidup rakyat Tanah Melayu. Ramai
yang telah terkorban.
Pada peringkat awal, British menganggap ancaman komunis hanya bersifat
sederhana sahaja. Walaubagaimanapun, tanggapan British itu tidak benar. Itulah
sebabnya Britih telah menambahkan kekuatan polis dan tentera untuk
menghadapi pemberontakan komunis selama 12 tahun di Tanah Melayu.
Kemuncak keganasan pemberontakan komnis di negara ini ialah pembunuhan
Pesuruh Jaya Tinggi British di Tanah Melayu, Henry Gurney, di Kuala Kubu Baru,
Selangor, pada 6 Oktober 1951. Beliau telah digantikan oleh Gerald Templer
sebagai Pesuruhjaya British yang baru.
Kerajaan British telah menubuhkan kampong-kampong baru untuk penempatan
orang-orang Cina sebagai satu langkah untuk mengawal edaran bekalan
makana jatuh ketangan anggota komunis.
Kerajaan
British
gagal
membendung
pemberontakan
komunis.
Walaubagaimanapun Darurat diishtiharkan tamat pada 31 Julai 1960 oleh
Kerajaan Perseketuan Tanah Melayu. Kegiatan komunis secara kecil-kecilan
masih berlaku terutama di sempadan Siam dengan Tanah Melayu.
Kesan-kesan Darurat telah menyebebakan Kerajaan British mengemukakan
Undang-Undang Darurat 1948 yang menyekat kebebasan individu untuk
berucap, berhimpun dan bergerak. Selain itu, Darurat juga telah membuktikan
bahawa tidak semua orang-orang Cina menyokong perjuangan PKM.

Rundingan Kemerdekaan

UMNO merupakan parti yang ditubuhkan untuk menyatupadukan orang-orang


Melayu. Ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dengan dato Onn Jaafar menjadi
ketuanya yang pertama.
Tujuan utama penubuhan UMNO ialah untuk mewujudkan kerajaan sendiri dan
mencapai kemerdekaan dari Inggeris. UMNO berperanan penting dalam
perundingan kemerdekaan.
Kongres India Malaya (MIC) pula ditubukan pada 8 Ogos 1946 dengan John Tivy
sebagai Presidennya yang pertama. Matlamat terpenting penubuhan MIC adalah
untuk menjaga kepentingan masyarakat India dari segi politik, ekonomi dan
sosial

Malaysian Chinese Association (MCA) secara rasmi telah ditubuhkan pada 27hb
Februari 1949. Presidennya yang pertama bernama Tan Cheng Lock. Matlamat
penubuhan parti ini ialah untuk melindungi hak dan kepentingan ekeonomi,
politik dan sosial kaum Cina di tanah Melayu.
Usaha-usaha awal untuk meggabungkan parti-parti berbilang kaum bermula
apabila UMNO dan MCA membentuk pakatan untuk menghadapi pilihan raya
Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Pada tahun yang sama
Tunku Abdul Rahman dan Tun Cheng Lock telah membentuk parti PERIKATAN
diperingkat nasional. Pada tahun 1955 MIC pula menyertai parti PERIKATAN.
Justeru, parti PERIKATAN telah menjadi parti berbilang kaum yang pertama dan
terbesar di Tanah Melayu.
Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke
London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan
tanah melayu. Rombongan tersebut dianggotai oleh empat orang wakil parti
PERIKATAN, empat orang wakil Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan
Inggeris di Tanah Melayu.
Hasil daripada rundingan tersebut Perjanjian London telah ditandatangani pada 8
Februari 1956. Tarikh rasmi kemerdekaan tanah melayu telah ditetapkan pada
31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan
tersebut di Padang Bandar Hilir Melaka apabila beliau dan rombongannya
kemabli dari London ketanah ayer.

Suruhanjaya Reid

Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan dengan senari keanggotaannya seperti


berikut: Lord Reid dari England sebagai Pengerusinya, dikuti dengan Sir Ivor
Jennings (England); Sir William Mc Kell (Australia), B.Malik (India) dan Hakim
Abdul Hamid (Pakistan).
Suruhanjaya telah mengadakan mesyuarat sebanyak 118 kali (antara June dan
Oktober 1956) dan telah menghantar sebanyak 131 memorendum dari pelbagai
kalangan rakyat termasuklah satu dari raja-raja Melayu.
Suruhanjaya telah menghantara deraf Perlembagaan dalam bulan Februari 1957
yang kemudiannya telah diteliti semula oleh sebuah Jawatankuasa yang terdiri
dari: 4 wakil-wakil Raja-Raja Melayu, 4 wakil parti Perikatan, Pesuruhjaya, Ketua
Setiausaha dan Peguam Negara. Laporan dari Jawatankuasa tersebut telah
menyebabkan Perlebagaan Perseketuan Tanah Melayu telah di terima oleh
Majlis Perundangan perseketuan pada 15 Ogos 1957.

Tanah Melayu Merdeka

Akhirnya Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957


dengan turunnya bendera Union Jack di hadapan bangunan Sultan Abdul
samad, Kuala Lumpur, pada malam 31 Ogos, 1957. Ribuan rakyat telah hadir.
Pada 31 Ogos, 1957, secara rasmi wakil Queen Elizabith, England, telah
menyerahkan kuasa berakhirnya pentadbiran Inggeris di tanah Melayu secara
rasmi kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, selaku Perdana Menteri
Pertama Perseketuan Tanah Melayu di dalam satu perhimpunan seramai 30,000
di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Rakyat dari pelbagai kaum hadir untuk
mendenagar periytiharan kemerdekaan negera oleh Tunku Abdul Rahman Putra
al-Haj dengan teriakan Merdeka.
Duli yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman, Yam Tuan negeri Sembilan, telah
dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong yang pertama bagi Perseketuan Tanah
Melayu.

Pembentukan Malaysia
Idea pembentukan Malaysia dilahirkan pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat
oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu,Tunku Abdul Rahman. mewujudkan
satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu
dan wilayah-wilayah jajahan British (Singapura,Borneo Utara sabah,Sarawak dan
Brunei).
Faktor-faktor penubuhan:
Mengelakkan ancaman dan pengaruh komunis di Singapura.
Keseimbangan kaum.
Kemajuan ekonomi bersama dan perkongsian faedah ekonomi.
Mempercepatkan kemerdekaan dan memberi kemerdekaan kepada Sabah,
Sarawak, Singapura dan Brunei.
Perkembangan politik di sarawak.
Menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera.
Reaksi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
Pada mulanya semua menentang kerana tiada faedah ekonomi. Parti Negara
Sarawak (PANAS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SNAP) menentang secara
jelas.
Kebanyakan pihak ingin mencapai kemerdekaan sendiri sebelum menyertai
Malaysia.
Parti pertama di Sabah oleh kadazan Parti Kebangsaan Sabah Bersatu oleh
Donal Stephen menentang dan inginkan kemerdekaan untuk Sabah. Pertubuhan
Kebangsaan Sabah Bersatu oleh orang-orang Islam telah menerima rancangan
Tunku. Lewat 1962 banyak yang menyokong Malaysia seperti Donal Stephen.

Sultan Brunei Sultan Omar Ali Sarifuddin secara peribadi menyokong Malaysia.
Pada awalnya kebanyakan rakyat Brunei berminat dengan penubuhan Malaysia
namun kemudian mereka berminat untuk mendapat kemerdekaan sendiri.
Penentangan yang hebat dari A.M Azahari Parti Rakyat Brunei dia berpendapat
Malaysia ialah cara Inggeris untuk menjajah semula mereka.
Singapura di bawah Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat PAP mulanya
amat berminat dengan Malaysia. Namun mereka menentangnya kerana
beraggapan ia merupakan cara British untuk mengekalkan pengaruhnya. Namun
akhirnya dalam konflik politik Lee kuan yew bersetuju untuk menerima Malaysia.

Proses penubuhan Malaysia

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia: Ditubuhkan di Singapura pada


23 Julai 1963,dipengerusikan oleh Donald Stephens.Tujuan : menerangkan
dengan lebih jelas konsep Malaysia, terutama kepada penduduk di Sabah,
Sarawak dan Brunei.

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK): Ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk


merangka syarat-syarat Perlembagaan Persekutuan. Diketuai oleh, Setiausaha
Tanah jajahan British, Lord Landsdowne, Tun Abdul Razak Dato Hussein dan
wakil-wakil kerajaan British, Sabah, sarawak& Singapura.

Suruhanjaya Cobbold: Ditubuhkan pada Januari 1962 untuk mendapatkan


pandangan penduduk di Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan
Malaysia. Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang
rancangan penubuhan Malaysia, Menilai kesemua pandangan yang diberi,
Membuat syor-syor bersesuaian.

Pengisytiharan Persekutuan Malaysia dibuat secara rasmi pada 16 Sept 1963.


Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 kerana ekonomi dan kewangan,
persaingan politik PAP dan MCA, masalah perkauman, perbezaan pendekatan
Perikatan dan PAP.

SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA


Jentera pentadbiran negara adalah terdiri daripada kabinet, kementerian, jabatan,
badan-badan berkanun iaitu lembaga-lembaga yang berfungsi sebagai alat
pemerintahann negara. Disamping itu diwujudkan juga suruhanjaya-suruhanjaya bagi
melaksanakan beberapa tugas utama dalam pengurusan negara..Sejak negara ini
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pemerintahan negara sentiasa
diperkemaskan. Negara Malaysia pada masa kini dikenali seagai salah sebuah negara
di dalam dunia yang mempunyai pengurusan pentadbiran yang sistematik dan cekap.
Sistem Kerajaan Malaysia

Setelah kedatangan Inggeris pada abad ke 19, berlaku perubahan yang ketara
dalam sistem politik dan pentadbiran negara. Hal ini berlaku apabila Inggeris
mulai campur tangan dalam pentadbiran negara dengan mengemukakan model
pentadbiran British.
Keadaan ini berlanjutan sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun
1957 di mana struktur pentadbiran yang baru diterima pakai sepenuhnya. Sistem
ini dikenali sebagai sistem pengasingan kuasa.
Antara perkara yang diperkenalkan dalam sistem tersebut ialah pengasingan
Badan Eksekutif dengan Badan Kehakiman. Asal usul pengasingan sistem
pemerintahahan Teori ini dikemukakan oleh Montesqiue.
Dalam konteks negara Malaysia pada hari ini, pengasingan ini dapat dilihat
dalam tiga bentuk pemerintahahn yang utama:
(a) Badan Eksekutif (Pentadbiran)
(b) Badan Legislatif (Perundangan)
(c) Badan Judisiari (Kehakiman)
Walaupun sistem pengasingan kuasa ini wujud, namun pada hakikatnya
penagsingan kuasa tersebut sukar dijalankan secara menyuluruh. Ini ialah
kerana setiap badan mempunyai perkaiatan antara satu dengan lain. Contohnya,
Badan Pentadbiran jga terlibat dalam penggubalan undang-undang dan kuasa
Badan Kehakiman dapat dilihat apabila Perdana Menteri memberi nasihat
kepada YDPA siapa yang layak untuk dilantik sebagai Hakim setelah berbicara
dengan ketua Hakim Negara.

Komponen Utama Sistem Kerajaan Malaysia


Komponen utama system Kerajaan Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa
bahagian, seperti:

Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang paling tinggi kedudukannya. Ia
dianggotai oleh sembilan orang sultan dan empat orang genor atau Yang Dipertua
Negeri. Antara bidang tugas utama Majlis Raja-raja ialah:
Memilih YDP dan Timbalan YDPA.
Memberi persetujuan atau menolak tentang hal ehwal agama Islam dan adat
itiadat bagi seluruh Perseketuan Tanah Melayu kecuali Sabah dan Sarawak.
Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada mana-mana
undang-undang atau memebri nasihat tentang perlantikan mana-mana jawatan
yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
Mengesahkan perlantikan Ketua Hakim Negara, dua orang Hakim Besar dan
hakim Mahkamah Agong serta dua orang Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Audit
Negara, Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Ahli-Ahli Suruhanjaya
Pilihan Raya setelah berunding dengan Perdana Menteri.
Majlis Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa untuk bertindak memelihara hak
istimewa orang-orang Melayu jika timbul sebarang masalah.
Yang Di Pertuan Agong

YDPA bertindak sebagai Ketua Negara dan secara tidak langsung bertindak
sebagai ketua kepada tiga cabang pemerintahan negara pentadbiran,
kehakiman dan perundangan.
YDPA dilantik lima tahun sekali setelah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja Melayu
lima tahun sekali dari kalangan sembilan orang raja-raja melayu yang dipilih oleh
Majlis Raja-Raja.
Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan menyatakan YDPA bertindak sebagai
punca kuasa eksekutif. Ini bermakna segala urusan kerajaan dijalankan atas
nama baginda.
Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa dalam
menjalankan setiap tugas eksekutif, baginda mesti bertindak atas nasihat
Jemaah Menteri atau seorang menteri.
Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa budi bicara
baginda untuk melantik Perdana Menteri.
Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 memberi kuasa kepada baginda untuk
melantik Jemaah Menteri. Tugas YDPA dalam hal ini perlu mengikut susunan,

iaitu dimulakan dengan pelantikan PM dan diikuti oleh Jemaah Menteri atas
nasihat PM.
Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada
Baginda untuk mempersetujui atau tidak mempersetujui pembubaran Parlimen.
Mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.
Melakukan kesalahan yang terkandung dalam Kanun Keseksaan dan UndangUndang di Malaysia.

Badan Eksekutif
Di Malaysia, kuasa eksekutif dijalankan oleh pentadbiran peringkat Persekutuan,
kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan.Tugas utama kabinet ialah menggubal dan
menjalankan dasar tertinggi negara. Ia diketuai oleh Perdana Menteri dan diikuti oleh
menteri-menteri lain. Perdana Menteri dilantik oleh YDPA, manakala menteri-menteri
lain dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif
peringkat negeri di setiap negeri akan dijalankan oleh Raja/ Sultan/ Yang Dipertuan
Negeri. Raja/ Sultan/ yang Dipertuan Negeri berkuasa untuk memperkenankan
pelantikan Menteri Besar/ Ketua Menteri daripada kalangan mereka yang mengetuai
parti yang berjaya memenangi undi majoriti dalam pilihanraya peringkat negeri. Raja/
Sultan/ yang Dipertuan Negeri juga akan memperkenan pelantikan ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)/ Jemaah Menteri atas nasihat Menteri Besar/
Ketua Menteri.
Badan Perundangan
Perundangan adalah merujuk kepda undang-undang yang digubal oleh badan khas
yang dipertanggungjawab dari segi perlembagaan. Fungsi utama perundangan adalah
untuk menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang sebagai memberi
kesan kepada kehendak badan perundangan. Kuasa perundangan di Malaysia
ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Penggubalan undang-undang
dalam bentuk perundangan dijalankan oleh Parlimen Malaysia bagi peringkat
Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri.
Badan Perundangan Persekutuan dan negeri bukan yang tertinggi (supreme). Keduadua badan ini menggubal undang-undang dalam sempadan yang ditetapkan oleh
Pelembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Negeri-Negeri. Perkaraperkara perundangan dibahagi dua anatara kedua-dua badan ini. Parlimen Malaysia
membuat dan meluluskan undang-undang.
Undang-Undang yang dibuat sebelum hari kemerdekaan terus berkuatkuasa di negara
ini sehingga pindaan atau pembatalan terhadapnya dibuat oleh badan-badan berkuasa
tertentu. Sehingga kini sudah banyak pindaan dan pembatalan yang dibuat. Badan
perundangan peringkat Persekutuan terbahagi tiga iaitu: kepada Yang di-Pertuan

Agong, Majlis Raja-Raja dan Parlimen Dalam melaksankan kuasa legislatif atau
perundangan, Parlimen memainkan peranan yang amat penting. Fungsinya dapat
dilihat semasa proses penggubalan rang undang-undang dijalankan.
Badan Kehakiman
Kehakiman merupakan satu badan hakim-hakim dalam satu system perlembagaan.
Dari segi kuasa dan peranan terdapat kehakiman berbeza-beza antara satu negara
dengan negara lain. Para hakim terus diberi kuasa mentafsir dan melaksanakan
undang-undang dengan kuasa yang diberikan kepada mereka. Kuasa ini termaktub
didalam perlembagaan persekutuan Malaysia. Dalam system demokrasi liberal yang
diamalkan dinegara ini, kehakiman merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan yang
memainkan peranannya dalam proses pegimbangan kuasa. Untuk melaksanakan
semua fungsi kehakiman ini, perlembagaan persekutuan Malaysia telah menyediakan
peruntukkan untuk mewujudkan system makhamah supaya tugas-tugas kehakiman
dapat dilaksanakan. Makhamah ini mempunyai kuasa yang besar terhadap badan
perundangan dan kuasa eksekutif kerana:

Mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara.


Mentafsir sesuatu undang-undang
Mengisytiharkan sesuatu undang-undang bertulis Persekutuan atau Negeri.
Mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah dari segi undangundang.

Undang-undang yang dibuat oleh hakim dan badan perundangan adalah berkaitan
antara satu dengan lain dalam lingkungan falsafah undang-undang. Di sini, badan
perundangan bertugas membuat/menggubal undang-undang dan pihak makhamah
pula mlaksanakan undang-undang itu, jika ia digubal dengan betul. Pihak makhamah
boleh mentafsir bahagian-bahagian tertentu undang-undang (akta, enakmen atau
ordinan) sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan bidang kuasanya. Walau
bagaimanapun, makhamah tidak boleh meminda undang-undang ini disebabkan bidang
kuasa pemindahan adalah hak badan perundangan atau parlimen sahaja.
Sebelum kedatangan Barat, masyarakat Tanah Melayu telah pun mempunyai sistem
perundangan sendiri. Dalam hal ini, negeri-negeri di semenanjung Tanah Melayu
menggunakan Undang-undang Adat Melayu sementara di Sabah dan Sarawak dikenali
sebagai Undang-undang Adat Bumiputera. Walau bagaimanapun, undang-undang yang
wujud pada waktu itu banyak dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Islam. Setelah
kedatangan penjajah British, undang-undang asal telah banyak mengalami perubahan.
Undang-undang Inggeris telah digunakan secara meluas, terutama Comman Law dan
Kaedah-kaedah Ekuiti. Undang-undang Malaysia pada hari ini diperoleh daripada lima
punca yang utama, iaitu :

Undang-undang bertulis, iaitu Perlembagaan dan Perundangan Persekutuan dan


Negeri.
Keputusan-keputusan Mahkamah.
Undang-undang Inggeris.

Undang-undang Islam
Undang-undang Adat

Sistem dan Corak Kehakiman di Malaysia


Mahkamah di Malaysia dibahagikan kepada dua :
1. Mahkamah Persekutuan

- Mahkamah Atasan
- Mahkamah Rendah
- Mahkamah Khas

2. Mahkamah Negeri

- Mahkamah Syariah
- Mahkamah Adat

MAHKAMAH PERSEKUTUAN
1. Mahkamah Atasan

- Mahkamah Agong
- Mahkamah Rayuan
- Mahkamah Tinggi Tanah Melayu dan Borneo

2. Mahkamah Rendah

- Mahkamah Sesyen
- Mahkamah Juvana
- Mahkamah Majistret Kelas I dan Kelas II
- Mahkamah Tuntutan Kecil
- Mahkamah Penghulu

3. Mahkmah Khas

- Mahkamah Tentera
- Mahkamah Perusahaan
- Mahkamah Buruh
- Mahkamah Khas Raja-Raja
- Mahkamah Negeri

MAHKAMAH NEGERI
1. Mahkamah Syariah

- Mahkamah Syariah Rayuan

- Mahkamah Tinggi Syariah


2. Mahkamah Adat
(Sabah dan Sarawak)

- Mahkamah Adat Daerah


- Mahkamah Pegawai/ Ketua Adat
- Mahkamah Penghulu

Jentera Pentadbiran
Kabinet

Dari segi sejarah, jemaah menteri/kabinet telah dimulakan sebelum negara kita
merdeka iaitu pada tahun 1951 melalui penegenalan sistem ahli. Seorang ahli
akan dilantik dimana jawatannya adalah sama seperti tugas seorang menteri.
Melalui sistem ini juga, beberapa buah jabatan kerajaan akan dilantik di bawah
kawalan seorang ahli. Seorang ahli yang dilantik pada waktu itu adalah
bertanggungjawab langsung kepada Pesuruhjaya Tinggi British. Sistem ahli ini
berakhir apabila pilihanraya umum pertama diadakan pada bulan Ogos, 1955.
Jemaah Menteri yang ulung telah mengadakan mesyuarat pertama di Majlis
Undangan Perseketuan, Kuala Lumpur pada tahun 1957. Dalam mesyuarat
tersebut, buat pertama kalinya pemimpin-pemimpin tempatan telah mengambil
alih tempat pegawai-pegawai Inggeris.
Mesyuarat ini telah dipenegerusikan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.
Dalam Kabinet ini, menteri-meneteri terdiri daripada pemimpin-pemimpin
Perikatan (UMNO-MCA-MIC) yang menang dalam Pilihan Raya Umum 1955.
Sistem cabinet ini berlanjutan sehingga kehari ini.

Bidang Kuasa Kabinet

Kabinet adalah sebuah badan yang melaksanakan kuasa eksekutif yang diketuai
oleh Perdana Menteri. Hingga kini terdapat 25 orang anggota kabinet termasuk
Perdana Menteri dan seorang Timbalan Pedana Menteri..
Mereka bertanggungjawab secara kolektif ke atas semua keputusan yang dibuat
oleh kabinet. Oleh kerana kabinet merupakan badan tertinggi di negara ini yang
bertanggungjawab dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan, maka beberapa
buah jawantankuasa tetap kabinet telah diwujudkan seperti Jawatankuasa
Kabinet Mengenai Pekerja-Pekerja Asing. Lazimnya Timbalan Perdana Menteri
mempengerusikan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kabinet.

Di samping jawantankuasa ini, terdapat beberapa buah majlis dibentuk untuk


menyeleraskan pentadbiran negara dengan Timbalan perdana Menteri atau
menteri-menteri kanan yang ditentukan dari semasa kesemasa menjadi
pengurusnya. Majlis Tanah Negara, Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan,
Majlis Kewangan Negara dan Majlis Angkatan Tentera.
Keemua majlis-majlis ini dipengerusikan oleh menteri-menteri yang
bertanggungjawab dalam portfolio-portfolio berkenaan. Kesemua majlis-majlis di
atas adalah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Majlis-majlis lain
yang ditubuhkan oleh kerajaan melicinkan perjalanan jentera pentadbiran seperti
Majlis Tindakan Negara, Majlis Tindakan Ekonomi dan Negara Majlis
Keselamatan Negara.
Majlis Tindakan Negara merupakan majlis pentadbiran yang tertinggi. Ia
diwujudkan bagi menyelaras pelaksanaan semua rancangan dan projek
pembangunan kerajaan. Semua Menteri cabinet perlu hadir dalam Majlis ini.
Majlis Tindakan Ekonomi Negara diberi tanggungjawab khusus mengenai aspek
ekonomi negara, dan majlis keselamatan negara bertindak menyelaraskan
tugas-tugas yang berkaitan dengan keselamatan negara.

Fungsi Perdana Menteri

Perdana Menteri adalah ketua Jemaah Menteri atau lebih dikenali sebagai
kabinet. Dengan lain perkataan Pedana Meneteri adalah Ketua Kerajaan.
Perdana Menteri adalah lantikan YDPA dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat
yang dipilih oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum dari parti yang menang
dengan majoriti.
Meskipun YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu mempunyai kedudukan tertinggi
dalam Perlembagaan, tetapi Perdana Menteri adalah peneraju politik yang
tertinggi di dalam negara.
Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk mencalonkan sesiapa sahaja
dari Dewan rakyat atau Dewan Negara untuk dilantik oleh YDPA sebagai
anggota kabinet.
Sebagai Ketua Kabinet, Perdana Menteri mempunyai hak untuk menentukan
agenda mesyuarat mingguan kabinet.

Kementerian

Tugas-tugas Menteri akan dilaksanakn oleh sebuah badan yang dikenali sebagai
kementerian. Kemneterian merupakan satu agensi tertinggi dalam jnetera
pentadbiran Perseketuan. Portfolio Perdana Menteri berada di Jabatan Perdana
Menteri dengan beberapa orang menteri yang memegang pelbagai portfolio
seperti undang, agama Islam, perpaduan negara dan tugas-tugas khas.
Bagi kementerian yang besar, tugas Menteri akan dibantu oleh seorang Timbalan
Menteri yang juga dilantik oleh YDPA.

Di Malaysia, hingga setakat ini ada 27 buah kemneterian yang boleh ditambah
atau dikurangkan. Ketua pentadbir utama kemneterian ialah Ketua Setiausaha
manakala Ketua pentadbir utama di Jabatan perdana Menteri adalah Ketua
Setiausaha Negara yang juga secara otomatis mengelai semua ketua-ketua
setiausaha kementerian.

Jenis-Jenis Kementerian dan Bidang Kuasa

Jabatan Perdana Menteri tugas utama kementerian ini adalah untuk


melaksana dan memastikan semua dasar-dasar kerajaan tercapai. Antara
bahagian-bahagian terpenting dalam JPM ialah Unit Perancang Ekonomi (EPU)
dan Jabatan Perkhidamatan Awam (JPA).
Kemeterian Kewangan adalah satu dari antara kementerian yang kanan
berfungsi merancang system kewangan untuk kemajuan negara.
Kementerian Pertahanansatu lagi kementerian kanan yang bertugas utamanya
ialah melaksana dan mengurus system pertahanan Malaysia.
Kementerian Keselamatan dalam Negeri sebuah kementerian kanan yang
bertanggungjawab tentang keselamatan negara. Jabatan PDRM dan Bahagian
penguatkuasaan ISA berada dibawah kementerian ini.
Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi - membangun sektor
komoditi bagi memberi sumbangan kepada ekonomi negara.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menguruskan perkara-perkara yang
berikaitan hal ehwal dalam negeri seperti mengendalikan kad pengenalan.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memastikan sains dan teknologi
negara bergerak maju dan memberi sumbangan kepada pembangunan negara.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membangun belia dan memajukan sukan
bagi mencapai matlamat wawasan 2020.
Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk
rakyat.
Kemneterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memastikan pembangunan
perumahan dan kemudahan untuk rakyat dirancang dengan baik.
Kemneterian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan memupuk kebudayaan
negara berteraskan dasar Kebudayaan nasional.
Kementerian Pelancongan - merancang program galakan pelancungan ke
Malaysia untuk meningkatkan pendapatan negara.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menjaga kebajikan


penduduk di luar bandar.
Kementerian Penerangan memastikan system penyaluran maklumat kerajaan
melalui media eletronik, komunikasi bersemuka dan perfileman bagi mewujudkan
masyarakat bermaklumat.dn pada masa yang sama memberi kesedaran kepada
pengguna
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat mewujudkan
masyarakat penyayang dalam institusi keluarga dan lain-lain institusi
masyarakat.
Kementerian Pengangkutan menyediakan system pengangkutan yang
bersepadu untuk mewujudkan rangkaian pengangkutan yang canggih dan
cekap.
Kementerian Sumber Manusia mewujudkan sumber manusia bertaraf dunia.
Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Dalam Negeri menjaga kebajikan
pengguna agar menajdi pengguna bijak.
Kementerian Kerjaya membangun dan memajukan infrastuktur, industri
pembinaan dan perkhidmatan profesioanl yang berkualiti supaya dapat
menyumbang kepada ekonomi negara.
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi memastikan infrastruktur tenaga, air
dan komunikasi memberikan faedah kepada pengguna.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyediakan
kemudahan untuk bakal usahawan bagi mewujudkan pembanugunan usawahan
yang tulen dan berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan beraya saing dalam
semua sektor.
Kementerian Pelajaran Malaysia salah sebuah kementerian yang kanan
menyediakan sumber tenaga manusia yang berilmu dengan menyediakan
peluang-peluang pendidikan.
Kementerian Luar menjaga dan menjalin hubungan dengan negara lain.
Kementerian Perdagangan Antara Bangsa dan Industri satu lagi kemneterian
yang kanan berfungsi untuk mewujudkan perdagangan dengan negara luar bagi
faedah negara.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menguruskan sumber asli negara
ketahap yang minimum.
Kementerian Wilayah Perseketuan melaksanakan pembangunan Wilayah
Perseketuan
Kementerian Pengajian Tinggi satu kemeneterian yang baru ditubuhkan untuk
khusus mengurus hal ehwal pengajian tinggi negra.

Bidang Kuasa
Bidang kuasa kementerian adalah luas. Masing-masing kementerian mempunyai
peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan tetap bagi menjalankan dasar,
rancangan dan program pembangunan negara demi kesejehteraan rakyat. Setiap
kemneterian terdapat Bahagian Undang-Undang, Perancangan dan Pengurusan.

Menteri dengan bantuan Timbalan-Timbalan Meneteri serta Setiausaha-Setiausaha


Parlimen mempunyai kuasa mengikut kedudukan jawatan masing-masing dalam
sesebuah kementerian.
Suruhanjaya

Untuk memastikan jentera pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancer dan


sistematik, kerajaan telah menubuhkan dua jenis suruhanjaya iaitu Suruhanjaya
Tetap dan Suruhanjaya Sementara.
Contoh Suruhanjaya Tetap ialah Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya
Sementara ialah Suruhanjaya Di Raja Mengenai Pita Linggam.
Bagi menjamin suruhanjaya ini bebas dan tidak ada campur tangan daripada
pihak tertentu, ahli-ahli suruhanjaya dilantik secar khas. Mereka dilantik oleh
YDPA setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Antara Suruhanjaya Tetap
ialah:
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam - berfungsi untuk melantik, menegsahkan,
memasukkan kedalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan
pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tata tertib ke atas anggota bagi
perkhidmatan perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan - melaksanakan urusan pengambilan dan
perkhidmatan anggota perkhidmatan pendidikan dengan cekap dan berkesan.
Suruhanjaya Pasukan Polis bertanggungjawab melantik, mengesahkan,
memasukkan kedalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan
pangkat, pertukaran dan menjalankan kawalan tata tertib keatss anggota
pasukan polis.
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Undang-Undang bidang kuasanya
adalah untuk mengurus perkhidmatan kehakiman dan undang-undang dari
perlantikan, kenaikan pangkat, pemecatan dan lain-lain aspek yang relevan
seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Perseketuan.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) - berfungsi untuk mendengar
pandangan-pandangan dari rakyat Malaysia sama ada individu, organisasi serta
institusi dalam perkara-perkara yang berkaiatan dengan hak asasi individu
seperti yang tecatat dalam Perlembagaan Perseketuan.

Badan Berkanun
Badan-badan berkanun memainkan peranan yang penting selepas kementerian.
Kebanyakan badan berkanun terletak di bawah sesuatu kementerian. Pada masa kini,
terdapat sebanyak 74 buah badan berkanun Persekutun dengan anggotanya seramai
99,533 orang dan 86 buah badan berkanun negeridengan 24,403 orang anggota.
Antara badan-badan beerkanun tersebut ialah:

Bank Negara Malaysia (BNM)


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Lembaga Getah Malaysia (LGM)
Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Pertubuhan Berita Nasional (Bernama)
Lembaga Tabung Haji (LUTH)
Lembaga Koko Malaysia (MCB)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Universiti Sains Malaysia Dan Semua IPTA di Malaysia
Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM)
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
PELEMBAGAAN DAN PROSES POLITIK

Perlembagaan Malaysia
Sejarah Pengubalan Perlembagaan: Malayan Union ke Persekutuan Tanah Melayu
Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bermula dengan usaha awal
pihak British merancang menjadikan Negeri-negeri Melayu sebagai jajahan Takluk
(Koloni) Britain sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia ke II, melalui
rancangan pembentukan Malayan Union. Penubuhan Malayan Union Pada 10 Oktober
1945 kerajaan Inggeris mengemukakan Kertas Putih untuk melaksanakan satu sistem
pentadbiran baru yang dikenali sebagai Kesatuan Malayan di Tanah Melayu. Sir Harold
Mac Michael dilantik untuk mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu. Pada bulan
Januari 1946 kerajaan Inggeris meluluskan perlembagaan Malayan Union.Malayan
Union mencadangkan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak,
Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis; dan Negeri Selat (Pulau Pinang
dan Melaka) manakala Singapura menjadi tanah jajahan berasingan. Antara sebab
Malayan Union diperkenalkan adalah seperti berikut

untuk memelihara kepentingan Inggeris di Tanah Melayu


untuk membentuk pentadbiran yang sistematik di Tanah Melayu dengan
menyeragamkan pentadbiran di bawah Malayan Union
untuk menjimatkan kos pentadbiran di negeri-negeri Melay
untuk menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.

British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu memberi kerjasama


dengan Jepun sebelum ini. Malayan Union dianggap dapat mengurang dan mengawal
kuasa orang Melayu.

Penentangan Terhadap Malayan Union


Penentangan yang hebat daripada orang Melayu menyebabkan Malayan Union
kemudiannya dibubarkan dan ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Penubuhan
UMNO Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Datuk Onn Jafar telah
mengadakan mesyuarat tergempar untuk mengadakan tunjuk perasaan di seluruh
bandar utama seperti di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Alor Star. Kongres ini juga
seterusnya mengisytiharkan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) untuk memelihara kepentingan orang Melayu pada 11 Mei 1946. Kongres juga
mengisytiharkan perjanjian-perjanjian Sir Harold Mac Michael adalah tidak sah dan
mendesak Malayan Union dimansuhkan.
Ciri-ciri perbezaan Malayan Union 1946 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1948
Terdapat perbezaan yang jelas antara Malayan Union dengan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat pada keduanya. Ciriciri Malayan Union. Antara ciri-ciri yang dicadangkan dalam Malayan Union ialah:

Ia terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka
disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini dibantu oleh
Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan Persekutuan.
Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang diberi kuasa penuh
terhadap perkhidmatan awam. Beliau dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat
Undangan dan Majlis Kerja.
Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan dan baginda diberikan peranan sebagai
penasihat Gabenor dan Ketua Majlis Penasihat Melayu. Sultan hanya sebagai
satu gelaran dan mereka hanya bersuara dalam soal yang menyentuh agam
Islam dan adat resam Melayu.
Kerakyatan adalah berdasarkan prinsip jus soli iaitu kerakyatan Tanah Melayu
diberikan kepada:
Orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah
Melayu atau Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15
Februari 1942 akan diberi kerakyatan, semua orang yang dilahirkan di Tanah
Melayu selepas penubuhan Malayan Union. Kanak-kanak yang berumur bawah
18 tahun yang ibu bapanya warganegara turut diberi kerakyatan.
Cdangan pembentukkan Malayan Union ini jelas merugikan masyarakat Melayu
terutama dari segi kerakyatan melalui prinsip jus soli.
Malayan Union kemudiannya mendapat tentang hebat daripada orang Melayu
dan sebahagian kecil sahaja dari orang bukan Melayu.

Kerana kehilangan kedaulatan raja-raja. Pemberian kewarganegaraan secara jus


soli. Ia akan menjejaskan majoriti orang Melayu yang akhirnya menjejaskan
ekonomi dan politik mereka serta hak istimewa Melayu juga terancam.
Malayan Union digubal tanpa meminta pandangan orang Melayu. Cara Sir
Harold Mac Michael mendapatkan tanda tangan raja-raja Melayu tidak disukai.
Beliau dikatakan menggunakan kekasaran dan paksaan.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948


Malayan Union kemudiannya mendapat tentangan hebat orang Melayu daripada
seluruh Tanah Melayu bermula dari Johor hingga ke utara tanah air. Respon daripada
penubuhan Malayan Union ini juga UMNO kemudiannya ditubuhkan pada 11 Mei 1946,
bukan sahaja menentang Malayan Union tetapi juga berjuang untuk menuntut
kemerdekaan. Namun pihak British tetap isytiharkan Malayan Union pada 11 April 1946
namun dipulaukan oleh orang Melayu. Melihat kepada penentangan yang hebat itu
Inggeris akhirnya membubarkan Malayan Union kerana yakin tanpa sokongan orang
Melayu ia tidak akan berjaya. Malayan Union kemudiannya digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan Jawatankuasa Kerja 1946 Bulan Julai 1946
kerajaan British telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja untuk menggubal
perlembagaan baru bagi menggantikan Perlembagaan Malayan Union. Antara ciri
jawatankuasa ini ialah:

terdiri daripada 4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British
Jawatankuasa ini bertanggung jawab merangka sebuah perlembagaan baru
yang boleh diterima oleh orang Melayu
British menubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India, tujuannya untuk dapatkan orang
bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Perlembagaan Persekutuan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari


1948. Antara ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah:

Sembilan buah negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka terlibat di dalam
Persekutuan. Namun Singapura kekalkan dibawah jajahan British.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi


British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Persekutuan.
Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi
Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat
Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorg pemohon mestilah lahir di
Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 12 tahun. Seorang pemohon
asing mestilah bermastautin selama 15 tahun . Umur minimum bagi kedua-dua
situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu
yang baik.
Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan
mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Jawatan Menteri Besar diwujudkan untuk menggantikan jawatan residen British
dan kuasa kerajaan negeri diperluaskan meliputi kewangan, kesihatan dan
kerajaan tempatan.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan 1948 ini, kedaulatan raja-raja Melayu
dipertahankan walaupun tiada lagi kuasa mutlak.
Malah syarat kewarganegaraan juga diperketatkan bagi menjaga hak
keistimewaan orang Melayu.
Dengan pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 ini
British kemudiannya menubuhkan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dengan
tujuan memberi latihan dan pengalaman kepada rakyat tempatan kepada sistem
demokrasi dan berkerajaan sendiri.

Peruntukan Utama Perlembagaan


Perlembagaan ialah satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan
undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran
sesebuah Negara. Kini, Perlembagaan Malaysia mengandungi sebanyak 183 Perkara
yang tergolong dalam 15 Bahagian. Antara kandungannya menyebut mengenai kuasa
kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-Pertuan Agung,
Parlimen dan Kabinet.
Konsep Ketertinggian Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah undang-undang tertinggi Negara dan
menjadi punca kepada semua undang-undang. Oleh itu, untuk memastikan
ketertinggian perlembagaan ini kekal, maka beberapa garis panduan telah ditetapkan
dan dipatuhi iaitu:

Perlembagaan menentukan apakah Perkara Persekutuan yang kerajaan


Persekutuan boleh lakukan dan Perkara Negeri yang kerajaan negeri boleh
lakukan.
Perlembagaan menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya.
Contohnya undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan,
pelajaran, hal ehwal luar negara dan sebagainya. Jika parlimen campur tangan
dalam pembentukan undang-undang di luar perkara Persekutuan maka undangundang tersebut adalah tidak sah.
Kedudukan YDPA sebagai ketua negara, lambang taat setia rakyat, lambang
negara, ketua Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Walau
bagaimanapun ia tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh
Perlembagaan. Baginda adalah raja berperlembagaan iaitu bertindak mengikut
nasihat jemaah Menteri.
Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh
perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketiga-tiga cabang kerajaan (perundangan,
pentadbiran dan kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang
dikenakan oleh Perlembagaan.
Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh
menahan seorang warganegara dari pulang ke tanahairnya dan tidak boleh
memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan
mana-mana individu melainkan menurut undang-undang.

Peruntukan Istimewa Perlembagaan


Hak-Hak Asasi
Kebebasan asasi seseorang individu adalah diperuntukan dalam Bahagian 2
Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan asasi boleh dibahagikan kepada 2 kategori
iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan terhad . Kebebasan asasi hanya boleh diubah
dengan majorit dua pertiga daripada jumlah kesemua ahli Dewan Perundangan.
Perkara-perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut:
Keabdian dan Kerja Paksa
Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan bahawa tidak
seorang pun boleh ditahan sebab abdi dan kerja paksa. Segala jenis kerja paksa
adalah dilarang tetapi parlimen boleh dengan undang-undang, membuat peruntukan
bagi perkhidmatan kerahan untuk maksud-maksud Negara. Kerja yang berkaitan
dengan menjalankan hukuman penjara tidaklah dianggap sebagai kerja paksa.
Kesamarataan Di Sisi Undang-Undang

Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa semua orang adalah


sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama. Fasal 2
memperuntukkan seseorang warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas
sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Walaubagaimanapun pengecualian
terdapat dalam Perkara 153 yang memperuntukan layanan istimewa bagi orang Melayu
dan kaum bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak dalam beberapa
lapangan.seperti pemegangan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian
biasiswa-biasiswa dan pengeluaran permit serta lesen.
Larangan Buang Negeri dan Kebebasan Bergerak
Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa tidak seorang
pun warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam
Persekutuan. Setiap warganegara berhak bergerak dengan bebasnya dan bermastautin
di mana-mana bahagian Persekutuan. Walaubagaimanapun hal ini tertakluk kepada
undang-undang imegresen yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak. Keadaan ini
tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan denga keselamatan Persekutuan
seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan hukuman yang dikenakan kepada
pesalah.
Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuhkan persatuan
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan kebebasan kepada
semua warganegara untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan . Namun
demikian, parlimen boleh memberi atau mengenakan sekatan tertentu bagi kepentingan
keselamatan, ketenteraman awam atau moral. Adalah menjadi satu kesalahan untuk
menyoal perkara-perkara sensitif seperti hak-hak keistimewaan orang Melayu dan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Kebebasan Beragama
Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam
sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi setiap warganegara Malaysia berhak
mengamalkan agama masing-masing. Setiap Individu berhak untuk mengembangkan
agamanya, tetapi undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan boleh
mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama
dikalangan orang yang menganut agama Islam. Walau bagaimanapun, kebebasan
diberikan kepada kerja-kerja mubaligh di kalangan orang bukan Islam.
Manakala di Sabah dan Sarawak pula, undang-undang negeri yang ingin menyekat
apa-apa agama, iktikad dan kepercayaan di kalangan orang Islam berkehendakkan
undi sebanyak 23 daripada jumlah bilangan anggota Dewan Undangan Negeri. Tiaptiap kumpulan agama berhak untuk:

Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.


Menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud agama dan
khairat.
Memperoleh dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya
mengikut undang-undang.

Kesamarataan dalam Pelajaran


Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan tentang hak
mengenai pelajaran. Tidak terdapat sebarang perbezaan terhadap mana-mana
warganegara semata-mata kerana agama, kaum, keturunan, tempat lahir untuk
mendapatkan pendidikan, iaitu:

.Dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang diselenggara oleh


suatu pihak berkuasa awam tentang kemasukan murid-murid atau pelajar
mengenai bayaran.
Tentang memperuntukkan kewangan dan bantuan kewangan pihak berkuasa
awam bagi menanggung atau membiayai murid-murid atau pelajar-pelajar di
mana-mana yayasan pelajar tertakluk kepada Perkara 153.

Tiap-tiap kumpulan agama diberi kebebasan untuk menubuh dan menyelenggara


yayasan-yayasan untuk pelajaran kanak-kanak atau mengenai agama kumpulan itu.
Selain itu, tidak terdapat perbezaan semata-mata sebab agama dalam mana-mana
undang-undang berkaitan dengan yayasan itu, tetapi dalam undang-undang
persekutuan dan negeri, boleh mengadakan bantuan kewangan khas bagi
menyelenggara Yayasan Islam atau mengajar mengenai agama Islam kepada
penganutnya. Tidak seorang pun diwajibkan menerima apa-apa ajaran mengenai apaapa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang bagi
sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.
Hak Untuk Berharta
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tidak seorang pun
boleh dilucutkan hartanya kecuali menurut undang-undang. Undang-undang juga tidak
boleh membuat peruntukan untuk mengambil atau menggunakan harta dengan paksa
tanpa pampasan yang mencukupi.
Perlindungan
Daripada
Undang-Undang
Kebelakangan dan Perbicaraan berulang

Jenayah

Yang

Berkuatkuasa

Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan


perbicaraan berulang Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Melalui Perkara 7,

memperuntukkan tidak seorang pun yang boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan
yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan itu
dilakukan dan tidak sesiapa juga boleh menanggung hukuman yang lebih berat bagi
sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa
kesalahan itu dilakukan.
Fasal 2 memperuntukkan bahawa seseorang yang telah dibebaskan ataupun disabitkan
dengan kesalahan tidak boleh dibicarakan sekali lagi di atas kesalahan yang sama
kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula
diperintahkan oleh mahkamah atasan mengenai perkara yang dia telah dibebaskan
ataupu disabitkan kesalahan itu.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu Serta Hak Kaum Bumiputera Yang Lain
Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu
ditakrifkan sebagai:

Seorang yang beragama Islam,


Bertutur bahasa Melayu,
Mengamalkan adat istiadat Melayu,
Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau
pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak (termasuk bukan Melayu) termasuk


golongan yang menerima keistimewaan seperti mana yang diperoleh orang Melayu di
Semenanjung. Dalam hal ini, walaupun sesuatu keistimewaan diberikan kepada orang
Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, kepentingan bagi kaum lain juga
hendaklah dilindungi. Antara perkara yang termasuk dalam soal hak keistimewaan
orang melayu sebagai bumiputera ialah:
Perkhidmatan Awam
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tanggungjawab
kepada YDPA atas nasihat Jemaah Menteri untuk menentukan perizaban bagi orang
Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Amat penting untuk YDPA merizabkan
untuk orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak suatu kadar bilangan
jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan awam persekutuan memandangkan
sebelum ini bilangan orang Melayu yang memegang jawatan dalam pentadbiran
kerajaan sangat kurang. Pada masa Tanah Melayu dijajah oleh British, kebanyakan
jawatan-jawatan rendah dalam pentadbiran dipegang oleh orang-orang India dan Sri
Lanka yang mahir bertutur dalam bahasa Inggeris. Manakala jawatan-jawatan tinggi

pula dipegang oleh orang British. Penduduk pribumi pula bekerja sebagai nelayan dan
petani. Untuk memperbaiki keadaan ini, para perwakilan daripada kaum Melayu, Cina
dan India yang merangka perlembagaan telah sepakat bahawa bilangan orang Melayu
dalam pentadbiran mestilah ditambah dan diberi keutamaan.
Lapangan Ekonomi
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menghuraikan tentang keistimewaan
khas orang Melayu dan Bumipetera Sabah dan Sarawak dalam lapangan ekonomi.
Dalam hal ini undang-undang Persekutuan menggariskan jika sesuatu permit atau
lesen yang dikehendaki bagi menjalankan urusan perniagaan dan perdagangan, YDPA
hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk
mengeluarkan permit atau lesen bagi menentukan kadar perizaban kepada orang
Melayu.
Peruntukan ini adalah untuk menolong orang Melayu melibatkan diri dalam bidang
perdagangan dan perindustrian memandangkan selama ini orang Melayu ketinggalan
dalam bidang ekonomi. Semenjak penjajahan British sehinggalah kemerdekaan, orang
Melayu masih kurang menceburkan diri dalam perdagangan dan perniagaan. Usaha
kerajaan adalah untuk menghapuskan pengenalan bangsa mengikut pekerjaan,
terutama bidang perniagaan yang kebanyakannya didominasi oleh bangsa asing.
Usaha kerajaan selanjutnya ialah pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun
1970-an dengan harapan orang Melayu akan memiliki sekurang-kurangnya 30%
daripada jumlah kegiatan perdagangan dan perindustrian di Negara ini.
Pendidikan
Bagi mengelakkan orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi, pembelaan
pendidikan orang Melayu sangat penting. Ini memandangkan nasib orang Melayu
dalam bidang ekonomi bergantung pada pendidikan. Justeru, kemudahan khas perlu
diadakan kepada orang Melayu agar dapat bersaing dengan kaum lain khasnya dalam
bidang ekonomi.
Fasal 2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan YDPA
bertanggungjawab untuk melindung kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum
Bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perizaban kepada mereka
seperti biasiswa, bantuan dan keistimewaan-keistimewaan pelajaran dana lain-lain
kemudahan pelajaran yang diadakan oleh kerajaan Persekutuan. Dalam hal ini, YDPA
boleh memberi arahan kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab
untuk melaksanakannya.
Walau bagaimanapun, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia
memperuntukkan perlindungan untuk kepentingan kaum lain. Misalnya Fasa 4,

memperuntukkan YDPA tidak boleh memberhentikan apa-apa biasiswa, bantuan dan


keistimewaan pelajaran kepada mana-mana orang selain orang Melayu dan
Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Salah satu peruntukan utama untuk orang Melayu
ialah kemasukan anak-anak Melayu ke universiti dan skim biasiswa.

Demokrasi Berparlimen Dan Sistem Pilihan Raya Malaysia


Pilihan Raya di Malaysia dijalankan bagi menunjukkan bahawa negara mengamalkan
sistem demokrasi berparlimen. Sistem pilihan raya mula diperkenalkan pada tahun
1955 dan terus diadakan setiap lima tahun sekali sehingga kini. Fungsi utama
pilihanraya adalah:

Untuk menentukan pemindahan kuasa tanpa kekerasan dan pertumpahan


darah.
Menunjukkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi.

Di Malaysia, terdapat dua bentuk pilihan raya iaitu Pilihan Raya Umum dan pilihan
Raya Kecil dan segala urusan pilihan raya diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Penamaan Calon dan Berkempen


Beberapa syarat perlu dipatuhi bagi calon yang bertanding dalam pilihan raya samada
di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, iaitu:

Berumur 21 tahun ke atas,


Warganegara Malaysia,
Berakal/ Waras,
Tidak sabit kesalahan oleh mana-mana mahkamah (penjara satu tahun atau
denda lebih RM2000),
Tidak memegang mana-mana jawatan bergaji,
Tidak muflis,

Bermastautin secara tetap dalam kawasan pilihanraya dan telah mendaftar


sebagai pengundi.

Pilihanraya hanya akan diadakan sekiranya terdapat lebih dari calon yang didaftarkan
untuk bertanding dalam satu kawasan piliharaya, jika tidak calon akan dianggap
sebagai menang tanpa bertanding. Calon boleh bertanding atas nama parti atau
perseorangan.

Pada hari penamaan calon, bakal calon perlu menyerahkan beberapa dokumen kepada
pegawai bertugas, seperti:

Kertas penamaan calon, diserahkan antara jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi
pada hari penamaan calon.
Wang pertaruhan sebanyak RM 10,000 untuk calon Dewan Undangan Negeri
dan RM 30,000 untuk calon Parlimen. Wang disertakan bersama-sama kertas
penamaan calon.
Wang pertaruhan akan hilang sekiranya calon gagal mendapat undian sekurangkurangnya satu perlapan daripada jumlah undi yang diperoleh semua calon
dalam bahagian piliharaya tersebut.
Calon yang bertanding atas nama parti politik boleh menggunakan simbol parti
masing-masing, manakala calon bebas boleh menggunakan simbol-simbol yang
disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya .

Semasa berkempen, calon-calon dikehendaki mematuhi etika pilihanraya bagi


memastikan suasana aman dan tenteram. Pada waktu ini, mereka dibenarkan
membelanjakan RM 50,000.00 bagi pilihan raya Dewan Rakyat dan RM 30,000.00 bagi
pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Selain itu, semasa berkempen mereka
dibenarkan menggunakan kaedah mereka sendiri untuk memancing pengundi seperti
mengedarkan risalah, surat, pelekat, poster, ceramah atau berkempen dari rumah ke
rumah. Walau bagaimanapun, mereka tertakluk kepada beberapa syarat iaitu:

Tidak menggunakan tingkah laku atau peribadi seseorang sebagai bahan untuk
berkempen dan memancing undi.

Memastikan semua risalah atau bahan bercetak mengandungi alamat pencetak


dan penerbit.
Dilarang memberi rasuah dan sogokan.
Dihalang menggunakan kekerasan, paksaan atau halangan.

Pengundian
Sebelum keluar mengundi, pengundi perlu mendaftarkan diri dengan SPR (Suruhanjaya
Pilihan Raya). Selain itu, pengundi juga tertakluk kepada syarat-syarat yang telah
ditetapkan dalam Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan iaitu:

Warganegara Malaysia,
Berumur 21 tahun ke atas,
Bermastautin di sesuatu bahagian pilihan raya,
Mengundi dalam satu bahagian pilihanraya sahaja .

Bagi warganegara yang berada diluar kawasan pilihanraya, mereka dibenarkan


mengundi melalui pos. Antara individu yang dibenarkan untuk mengundi pos ialah:

Anggota perkhidmatan awam,


Pegawai SPR yang bertugas pada hari pengundian,
Anggota Polis,
Pegawai tentera yang berugas di perbatasan/ hutan belentara,
Pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar Negara semasa pengundian
dijalankan.

Selain itu, individu juga boleh hilang kelayakan untuk mengundi sekiranya beliau:

Tidak sempurna akal.


Sedang menjalani hukuman penjara.
Dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah

Proses Pilihanraya:
1) Hari penamaan calon
2) Deposit
3) Penggunaan symbol
4) Kempen
5) Hari mengundi
6) Barung SPR
7) Pengiraan Undi

8) Kebenaran memasuki kawasan mengundi


9) Cara-cara mengundi
10) Undi pos
11) Ejen mengundi
12) Pengiraan undi
13) Penjumlahan rasmi undi
14) Petisyen pilihan raya
15) Penyata perbelanjaan pilihan raya
16) Penyimpanan dan pelupusan
Pengundian hanya boleh dijalankan di tempat-tempat yang telah diwartakan sahaja.
Setiap pusat mengundi akan diketuai oleh seorang ketua yang dilantik oleh SPR untuk
menyelia semua urusan pengundian.

Pengiraan Undi
Proses pengiraan undi akan dilakukan pada tempat mengundi atau berkelompok dan
undi-undi pos bagi setiap bahagian pilihan raya dikira ditempat yang ditetapkan oleh
Pegawai Pengurus Pilihan Raya. Semasa pengiraan dan penjumlahan undi, hanya
orang berikut yang di benarkan mengira undi:

Anggota dan pegawai SPR


Pegawai yang dilantik oleh SPR
Kerani yang mengira undi
Calon, ejen pilihanraya serta ejen mengira undi

Keputusan Undi
Keputusan pilihan raya akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya
mengikut kawasan tersebut. Mana-mana calon yang mendapat undi terbanyak akan di
anggap menang dalam pilihan raya tersebut. Seterusnya, keputusan bagi seluruh
kawasan pilihan raya akan diumumkan dan parti yang menang dengan kelebihan kerusi
majoriti akan membentuk kerajaan. Walau bagaimanapun, keputusan pilihan raya boleh
di cabar melalui mahkamah sekiranya berlaku:

Penyogokan atau perbuatan yang menyalahi undang-undang


Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya
Calon atau ejen calon hilang kelayakan
Berlaku penipuan dan ugutan

PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Masyarakat
Kamus Dewan (2005) menyatakan: Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan
kumpulan kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat
wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya, melalui hubungan bersemuka.
Melalui pergaulan, maka berlakulah hubungan sosial yang sifatnya berulangan seperti
gotong royong, menjayakan majlis-majlis perkahwinan, menyambut hari-hari kebesaran
agama dengan ziarah menziarahi, mengadakan rumah tebuka, jamuan rakyat dan
sebagainya. Kekerapan perpaduan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat
tersebut sebagai satu unit sosial.
Masyarakat Majmuk
Dalam konteks memahami kerangka masyarakat Malaysia beberapa konsep perlu
diteliti serta difahami untuk memudahkan pemahaman tentang perkara tersebut.
Antaranya konsep masyarakat majmuk dan masyarakat pelbagai kaum. Menurut J.S
Furnival, masyarakat majmuk ialah masyarakat yang hidup berdampingan, tetapi
berlainan dalam satu entiti politik. Walaupun pendapat Furnival itu mengambil contoh
Burma dan Indonesia tetapi sebenarnya perkara yang sama juga turut berlaku di sekitar
Tanah Melayu.
Dengan kata lain, pendapat Furnival itu dapat difahami sebagai satu masyarakat yang
hidup bersama tetapi tidak bersatu. Setiap kaum mempunyai bahasa, budaya, agama

dan nilai pemikiran yang berbeza. Setiap perhubungan itu lebih bersifat ekonomi iaitu
dalam urusan jual beli. Masyarakat pelbagai kaum yang tidak lagi dicirikan oleh
perbezaan yang besar di kalangan mereka. Ini bermakna masyarakat kepelbagaian
mempunyai ciri-ciri yang berlawanan dengan ciri-ciri masyarakat majmuk.
Ciri-ciri masyarakat majmuk adalah seperti:

Pelbagai jenis manusia


Bercampur tetapi tidak bersatu
Berdekatan tetapi berpisah dalam sistem politik yang sama atau penempatan
berasingan
Berpegang kepada budaya, agama, bahasa, idea, dan kaedah sendiri
Bergaul tetapi tidak bercantum
Pengasingan pekerjaan mengikut kaum

Proses Pembentukan Masyarakat Majmuk


Penjajahan British

Penjajahan British merupakan faktor utama terjadinya masyrakat majmuk di


Malaysia dan ia juga sebenarnya telah mengakibatkan berlakunya perubahan
dalam sejarah pentadbiran Negara.
Semasa British mentadbir Tanah Melayu, pelbagai cara telah dibuat untuk
mengubah sistem pemerintahan kerajaan tradisi kepada pemerintahan bercorak
barat.
British juga telah memperkenalkan sistem Divide & Rule iaitu pecah dan
perintah yang mana mereka telah membahagikan kawasan mengikut provinsi
tertentu kemudian memerintah kawasan tersebut mengikut cara kesatuan.
Dasar British ini telah menyebabkab ketiga-tiga kaum itu hidup berpisah antara
satu sama lain.
Melalui Dasar ini juga British telah menentukan peranan setiap untuk tidak
berinteraksi antara kaum tersebut. British tidak mahu tiga kaum utama itu
bersatu dan seterusnya akan menentang pihak British.

Perkembangan Sektor Ekonomi (Getah dan Bijih Timah)

Kemajuan ekonomi tanah Melayu serta permintaan yang tinggi terhadap bijih
timah dan getah di pasaran dunia (Revolusi Industri di Eropah) telah
menyebabkan pihak British mula sedar bahawa pembangunan ekonomi tanah
Melayu dapat berjalan lancar sekiranya terdapat bekalan buruh yang banyak dan
murah.

Oleh sebab itu mereka telah memberi peluang kepada kemasukan imigran
secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Lanjutan daripada itu telah membawa
kepada pembukaan kawasan perlombongan bijih antaranya di Larut pada tahun
1850 dan di Selangor pada tahun 1860.
Selain daripada itu, ia juga disebabkan oleh kemasukan imigran dari India yang
dibawa oleh British sekitar awal abad 20 ekoran daripada perusahaan automobil
di Amerika yang amat pesat membangun. Permintaan yang tinggi juga telah
menyebabkan lebih banyak kawasan baru di buka untuk tanaman getah.

Penghijrahan Kaum Dari Luar Tanah Melayu


Ekoran kedatangan golongan imigran ini, secara tidak langsung telah menyebabkan
berlakunya kepelbagaian dalam masyarakat dan seterusnya membawa kepada
kemajmukan dalam masyarakat di Tanah Melayu ketika itu.Terdapat beberapa faktor
penghijrahan golongan imigran yang boleh dikelaskan sebagai faktor penolak dan faktor
penarik.
Faktor Penolak:

Pertambahan penduduk sama ada di India mahupun di China. Negara India


misalnya, pertambahan penduduk yang begitu pesat sehingga menyebabkan
kekurangan dari segi pengeluaran dan pembekalan makanan. Maka ia telah
menyumbang kepada masalah kemiskinan yang kronik.
Ketidakstabilan politik, sebagai contohnya, China. Ia adalah kerana
pemberontakan dan cubaan mengulingkan Dinasti Manchu di Kwangtong dan
Kwansi oleh orang Cina yang berbangsa Han.
Bencana alam.
Di India, kerap berlaku banjir besar dan kemarau yang melampau telah
menyebabkan pengeluaran hasil tanaman semakin merosot. Begitu juga hal
yang berlaku di China, sehingga memaksa mereka berhijrah ke Tanah Melayu.

Faktor Penarik:

Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu yang amat memberangsangkan telah


menarik minat imigran Cina dan India untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
Ia adalah kesan daripada aktiviti perlombngan bijih timah dan perusahaan getah
yang dijalankan oleh Kerajaan British di Tanah Melayu.

Kedatangan imigran ini juga adalah bagi memenuhi keperluan buruh-buruh


dalam kedua-dua perusahaan tersebut. Contohnya, perlombongan bijih timah
dikuasai oelh imigra Cina dan perusahaan getah di monopoli oleh buruh dari
India.

Agama Dan Kepercayaan Masyarakat di Malaysia


Masyarakat Melayu
Agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Ianya ditegaskan di dalam
Perkara 3 Perlembagaan Malaysia. Al Quran merupakan asas perundangan
yang utama dalam Islam. Ia menjadi sumber rujukan dan Kitab Unggul umat
Islam. Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman)
yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta
damai.
Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul iaitu
hanya percaya pada kekuasaan Allah. Melahirkan manusia yang mempunyai
cara hidup yang tersusun dan sistematik.
Akidah ialah kepercayaan sepenuhnya kepada keesaan Allah dan apa-apa yang
diwahyukan oleh Allah.
Tauhid ialah kepercayaan sepenuh jiwa dan raga kepada keesaan Allah.
Syariah ialah undang-undang dan hukum (peraturan) Islam yang terkandung
dalam kitab suci Al-Quran dan Sunnah (Hadis).
Dalam Islam, terdapat tiga konsep yang penting iaitu Iman, 'amal dan Ihsan.

Iman: berkaitan dengan kepercayaan (aqidah) seorang Muslim.


Amal: segala perbuatan baik dan tingkah laku yang mendapat balasan pahala.\
Ihsan: menyentuh adab-adab seorang Muslim.
Hubungan manusia dengan Allah: Orang islam harus taat dan patuh kepada
Allah dalam menjalankn amal ibadat.
Hubungan manusia dengan manusia: Orang islam di suruh supaya hormati
bangsa lain, berbaik-baik, bantu membantu dan hidup bersama
Hubungan manusia dengan alam: Orang islam juga perlu menjaga dan
memelihara serta memulihara alam kerana manusia adalah khalifah yang
mentakbir bumi mengikut ajaran Agama Islam.

Masyarakat Cina
Golongan ini membawa bersama agama dan kepercayaan yang mereka anuti ke
negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing
tanpa halangan.
Toisme: Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina
ialah fahaman Taoisme (sistem falsafah Cina). Diasaskan oleh Lao Tze.

Kepercayaan ini lebih cenderung kepada semangat cintakan alam semulajadi


dan kedamaian. Taoisme berasal dari perkataan Tao bermaksud jalan atau
cara. Ia bermatlamat untuk mencapai ketenangan jiwa, kedamaian dan
keharmonian emosi.
Confucianisme: Satu lagi anutan masyarakat Cina ialah fahaman
Confucianisme yang diasaskan oleh Kung Fu Tze (Confucius). Confucianisme
diasaskan di China oleh Kung Chung-Ni atau Kung Fu-Tze. Kung Fu-Tze cuba
mengembalikan nilai-nilai tradisional yang bertatasusila dan berakhlak dalam
masyarakat Cina. Ajaran ini amat mementingkan organisasi kekeluargaan.

Keserasian dalam keluarga iaitu:Ia juga memperkenalkan satu sistem moral


yang sangat penting dikenali sebagai Lima Jenis Perhubungan (Wu Lun) iaitu:
A) Hubungan pemerintah dengan rakyat
B) Hubungan suami dengan isteri
C) Hubungan bapa dengan anak
D) Hubungan abang dengan adik
E) Hubungan sahabat dengan sahabat

Konsep Yin dan Yang:


Semua benda yang ada di dunia ini adalah gabungan unsur-unsur pasif yang
dikenali sebagai Yin dan unsur aktif yang dikenali sebagai Yang. Gabungannya
akan membawa keharmonian.
Jen:
Jen (perikemanusiaan) ajaran supaya membuat kebaikan sesama manusia.
Bermatlamat untuk membentuk individu yang bermoral. Manusia mempunyai
sifat baik secara semula jadi.
Chun Zhi:
Chun Zhi ialah peribadi agung. Iaitu mempunyai pendirian yg tetap, penuh kasih
sayang, toleransi dan tdk sombong. Merupakan konsep manusia yang benar,
sempurna dan terbaik. (seperti insan kamil)

Masyarakat India
Agama Hindu ini agak berbeza berbanding agama-agama lain kerana ia tidak
mempunyai pembawa dan tidak diketahui kemunculannya. Ahli sejarah berpendapat
bahawa agama Hindu lebih merupakan agama kebudayaan daripada agama wahyu.
Ciri agama Hindu :

Kepercayaan kepada banyak Tuhan: bentuk politestik: konsep trimurti


Tuhan Pencipta (Brahma), Tuhan pelindung (Vishnu), Tuhan pembinasa (Siva)

Konsep Karma dan Kelahiran Semula / Penjelmaan semula:


Kitab-kitab Vedas: mempunyai riwayat hidup dan amalan
Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula
(samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma)
seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain.

Lain-lain Masyarakat
Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan
ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para
pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Asas ajaran Kristian ialah pengesaan Tuhan,
persaudaraan, dan kasih sayang. Mengikut Jesus, Tuhan ialah esa, penyayang dan
pengampun.
Masyarakat Sarawak : Mereka berpegang kepada ajaran animisme sejak dahulu lagi
dan sekarang ia banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur fahaman Hindu-Budhha. Agama
Kristian dibawa masuk oleh kuasa-kuasa Barat dan kini sebahagian besar orang Iban
beragama Kristian. Orang Iban juga berpegang kuat kepada miring iaitu kepercayaan
tradisional seperti jampi serapah yang dilakukan bertujuan menolak bala.
Masyarakat Sabah : Mereka juga percaya kepada konseptulah iaitu malapetaka
yang ditimpa apabila melanggar adat atau peraturan. Mempunyai upacara
pemujaan keamatan (pesta menuai).
Kebudayaan
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun
tidak dapat dinafikan. Adat dan budaya yang merangkumi seluruh aspek bermula dari
kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua
masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan
oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat
tersebut. Pengetahuan terhadap kebudayaan adalah penting bagi rakyat Malaysia
kerana banyak salah faham dan prasangka timbul daripada gagasan untuk
mewujudkan kebudayaan kebangsaan Malaysia yang berteraskan kebudayaan
peribumi. Ini kerana kebudayaan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan
masyarakat kerana tidak akan ada kebudayaan sekiranya tidak ada masyarakat.

Pada umumnya, istilah kebudayaan sukar diberi takrif yang tepat kerana kebudayaan
itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas. Malahan boleh dikatakan hampir
setiap pengkaji cuba memberi definisi kebudayaan mengikut tafsiran masing-masing.
Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang
berasal daripada perkataan buddhi yang membawa maksud budi dan akal. Perkataan
culture dalam bahasa Inggeris diambil daripada bahasa Latin, colore yang bererti
mengolah dan mengerjakan. Berpandukan dua definisi ini mungkin dirasakan belum
memadai untuk memberi gambaran yang jelas tentang maksud kebudayaan,
Dalam pengertian umum,kebudayaan merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau
seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi
ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Mengikut takrif kamus dewan
pula, kebudayaan membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun,
peradaban dan kemajuan.
Antara ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia adalah seperti:

Merupakan perkongsian suatu masyarakat


Diperolehi melalui proses pembelajaran
Tidak dapat berpisah dengan bahasa
Kewujudan nilai-nilai tertentu
Mengikut keadaan bentuk muka bumi
Diwarisi secara turun temurun

Jenis-Jenis Kebudayaan
Masyarakat Melayu
Dari segi bahasa, bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu adalah daripada kelompok
bahasa Austronesia. Bahasa ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mengikut tiga
kumpulan manusia berdasarkan kedudukan geografi masing-masing. Tiga kumpulan
tersebut adalah di semenanjung dan Kepulauan Melayu yang meliputi Malaysia,
Indonesia, Filipina dan Madagascar, kedua Malenesia, dan kepulauan sekitarnya serta
ketiga Polinesia dan kepulauan sekitarnya. Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu
ialah bahasa Melayu. Sebelum kedatangan barat, tulisan yang digunakan oleh orang
Melayu ialah tulisan jawi, iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Dari segi hukum adat, dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah
Melayu, iaitu adat Perpatih dan adat Temenggung. Adat Perpatih diamalkan oleh
masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan
muafakat. Oleh itu rajanya bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan
harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan. Adat Temenggung menjadi amalan

masyarakat Melayu seluruh Semenanjung kecuali Negeri Sembilan. Adat ini


menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Selain itu,
adat ini turut mendapat pengaruh yang banyak daripada agama Islam. Secara
keseluruhannya, kebudayaan masyarakat Melayu dapat difahami melalui jadual
dibawah.

Klasifikasi
Perayaanperayaan
keagamaan

Perayaanperayaan
keagamaan

Kesenian

Jenis-jenis

Huraian

Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri setahun sekali yang


diraikan dalam bulan syawal mengikut
kalendar Islam. Pada hari ini diraikan sebagai
hari kemenangan dan hari kegembiraan
setelah semua umat islam berpuasa selama
sebulan pada bulan Ramadan mengikut
kalendar Islam, iaitu bulan sebelum bulan
Syawal.

Aidiladha

Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari


Raya Korban. Pada hari ini, masyarakat
Melayu akan berkorban binatang ternakan
mereka sebagai mengenang kesanggupan
Nabi Ismail mengorbankan diri demi ketaatan
kepada Allah (SWT).

Nuzul Quran

Hari Nuzul Quran merupakan hari ke-17 dalam


bulan Ramadhan sempena hari penurunan alQuran.

Maulud Nabi

Maulud Nabi merupakan sambutan


keputeraan Nabi Muhammad ( saw).

hari

Awal Muharam

Hari pertama dalam tahun Islam ( Tahun


Hijrah) iaitu hari pertama dalam bulan
Muharam.

Wayang kulit

Wayang Kulit merupakan persembahan


bayangan patung yang menggunakan bahasa
Melayu-Siam Selatan. Seni hiburan ini popular
di Pantai Timur serta mengandingi unsur dan

pengaruh daripada Hindu dan Islam.

Perkahwinan

Pakaian

Mak Yong

Sejenis dramatari berunsurkan Negara Thai


seperti gerakan tangan, jari dan posisi kaki.
Demikian juga alatan muziknya seperti geduk
dan gedombak. Tarian ini menggambarkan
kehalusan dan keindahan istana.

Kuda Kepang

Sejenis tarian yang mendapat pengaruh Hindu


dan Islam. Dramatari ini tanpa dialog yang
mengisahkan satu cerita atau keadaan emosi
umum dengan muzik.

Menora

Sejenis
dramatari
yang
mengisahkan
Jataka,Buddha bercirikan Negara Thai telah
diserap ke dalam kebudayaan Melayu.
Persembahannya menunjukkan percantuman
unsur Negara Thai dengan Melayu.

Joget Gamelan

Popular di Terengganu dan Pahang. Ia berasal


dari Indonesia. Tarian ini di bawa oleh orang
Bugis dari Kepulauan Riau. Ia menceritakan
cerita Panji seperti Raden Galuh Cendera
Kirana dan Raden Ini Kertapati.

Merisik

Proses bertanya oleh keluarga lelaki terhadap


keluarga perempuan sekaligus berjanji.

Bertunang

Persetujuan dan perjanjian antara dua pihak


untuk melangsungkan akad nikah.

Pelamin dan
bersanding

Pelamin ialah tempat pengantin duduk


berdampingan (bersanding) dan bentuknya
bertingkat. Pelamin melambangkan singgah
sana raja dan pengantin akan bersanding
seumpama raja yang bersemayam di singgah
sana kerana pada hari perkahwinan,
pengantin dianggap raja sehari.

Sarung

Sarung boleh dipakai oleh wanita atau lelaki


dalam bentuk kain lepas yang diikat di
pinggang. Mempunyai tiga sifat iaitu kepala
kain, badan kain, dan tepi kain. Bagi wanita

sarung dipakai bersama baju kurung dan bagi


lelaki sarung boleh dipakai bersama baju
Melayu sahaja ataupun bersama seluar
dengan dijadikan kain samping.
Pakaian Cik Siti
Wan Kembang

Pakaian diraja yang masyhur di Kelantan.


Terdiri daripada tiga helai kain iaitu sehelai
kain sarung songket diikat seribu di pinggang,
kain selendang dibelit di dada seperti
berkemban dan bahu terdedah ditutup dengan
kain limar panjang yang ditenun. Bersamanya
dipakai pending, tali pinggang dan kalung
emas bertatah permata.

Pakaian Puteri
Perak

Pakaian diraja Perak berciri seluar Acheh.


Baju berleher cekak musang dan seluar Acheh
daripada songket.Samping dipakai bersama
pending emas dan selendang songket
dilampai di bahu.
Berasal dari Johor dan kini dipakai di seluruh
Negara oleh perempuan dan lelaki. Lelaki
bajunya lebih pendek dan diletakkan tiga
kocek.
Dipakai oleh wanita Melayu di seluruh negara.
Sesetengah wanita Cina peranakan turut
memakainya. Bajunya dibuat labuh hingga ke
lutut, berbelah di hadapan dan dipakai
bersama tiga kerongsang.
Asalnya pakaian diraja Pahang dan Johor. Ia
merupakan gabungan antara baju kurung
cekak musang dan baju kebaya labuh.
Berbelah di hadapan dan diperbuat daripada
songket.

Baju Kurung Teluk


Belanga

Baju Kebaya
Labuh

Baju Riau Pahang

Secara amya, kebudayaan berfungsi melindungi diri terhadap alam, mengatur


hubungan manusia dan sebagai wadah bagi segenap lapisan masyarakat. Kebudayaan
tersebar melalui perlakuan manusia,sama ada baik ataupun buruk. Dengan kata lain,
kebudayaan merangkumi segala kelakuan manusia yang tidak statik tetapi dinamik
serta berubah mengikut perkembangan manusia dan persekitaran. Justeru dapat
dirumuskan bahawa kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia sama
ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam
sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat itu

dan diwarisi secara turun temurun. Pendek kata kebudayaan termasuklah bentuk
sosial, politik, adat istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat.

Masyarakat Cina
Masyarakat Cina turut mempunyai pengalaman kebudayaan dan adat resam. Antara
Amalan yang boleh dilihat sebagai kebudayaan dan adat resam mereka ialah:
Kalendar Orang Cina: Perhitungan hari orang Cina ini bermula dari hari pertama anak
bulan dan berakhir selama 29 atau 30 hari. Setiap tahun mengandungi 12 bulan dan
setiap tahun dikenali dengan nama binatang-binatang tertentu. Apabila cukup 12 tahun,
nama yang pertama akan diulang. Nama-nama tersebut ialah tikus, lembu jantan,
harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.
Keinginan Mendapat Anak Lelaki Pertama: Keinginan mendapat anak lelaki
sememangnya kuat di kalangan masyarakat Cina kerana anak lelaki akan mengekalkan
nama keluarga dan orang yang mengendalikan upacara roh kepada ibu bapa yang
meninggal dunia.

Pelajaran: Masyarakat Cina sejak dari beribu-ribu tahun dahulu amat mementingkan
pelajaran. Di Tanah Melayu dalam abad ke-19 dan ke-20, anak-anak Cina merupakan
yang paling ramai bersekolah berbanding dengan anak-anak Melayu dan India.
Masyarakat Cina beranggapan, bagaimana miskinpun seseorang itu bahawa mereka
patut diberi peluang yang sama untuk diberi pelajaran. Pelajaran diharap dapat
memajukan seluruh keluarga dan membantu sanak saudara kelak.
Upacara Pengebumian: Masyarakat Cina sering mengadakan perarakan apabila
berlaku sebarang kematian. Perarakan ini akan diiringi bunyian muzik dan biasanya
menelan kos yang besar. Oleh itu, seseorang yang menyambut hari lahir yang ke- 60
menandakan orang itu sudah layak untuk memasuki persatuan keranda dan ia perlu
membayar yuran bulanan supaya apabila ia mati kelak ia mempunyai keranda yang
baik. Selain itu, dari segi perayaan masyarakat Cina juga mempunyai beberapa
perayaan yang disambut dalam satu tahun. Antara perayaan tersebut ialah:
Perayaan
Tahun Baru Cina
(Chinese New Year)

Huraian
Perayaan ini lebih mengutamakan perjumpaan keluarga yang diadakan
menjelang hari tersebut. Masyarakat Cina memastikan sebelum
perayaan ini menjelang, hutang hutang dibayar dan semua akaun

ditutup. Persediaan bagi perayaan ini dibuat sejak hari ke- 24 bulan ke12 lagi. Perayaan ini berlanjutan selama 3 minggu.
Chap Goh Mei

Perayaan ini diraikan pada hari ke-15 selepas tahun baru yang juga
merupakan hari terakhir sambutan Tahun Baru cina.

Perayaan Ching Ming

Perayaan ini diraikan pada hari terakhir bulan kedua dalam tahun lunar.
Pada hari ini, kaum keluarga melawat kubur nenek moyang untuk
dibersihkan dan bersembahyang.

Perayaan Hantu Lapar

Perayaan ini diraikan pada hari ke-15 dalam bulan ketujuh. Perayaan ini
lebih popular di Pulau Pinang. Hari ini diraikan sempena ingatan
terhadap seseorang bernama Mu Lien yang juga dikenali sebagai Ti
Tsang Wang yang menyelamatkan ibunya daripada syaitan-syaitan yang
kelaparan.

Perayaan Kuih Bulan

Perayaan ini diraikan pada hari ke-15 dalam bulan kelima. Ia diraikan
sempena mengingati kejayaan kumpulan pemberontak yang menentang
pemerintahan kerajaan Mongol pada abad ke-14 di Negara China. Kuih
Bulan dijadikan alat untuk menyampaikan mesej dalam intinya.
Tanglung yang turut menjadi sebahagian daripada perayaan ini
sebenarnya mengambil daripada kegunaannya pada waktu itu yang
dijadikan sebagai medium isyarat dari puncak bukit ke puncak bukit
yang lain.

Dari segi pakaian, masyarakat Cina kini kebanyakkannya telah menggunakan pakaian
moden yang bercirikan barat. Namun, pakaian tradisi golongan wanita Cina masih
digunakan hingga kini. Salah satu darinya ialah samfoo. Samfoo terdiri daripada
kombinasi blaus dan seluar. Pakaian ini lebih kerap digunakan oleh golongan tua.
Sejenis lagi ialah cheongsam.
Dari segi makanan, makanan asas bagi masyarakat Cina di negara ini ialah nasi.
Namun, jenis makanan utama terdiri daripada Kantonis, Hokkien, dan Szechuan. Jelas
menunjukkan masyarakat Cina mempunyai identiti atau budaya mereka tersendiri.
Budaya yang diamalkan jauh berbeza daripada budaya masyarakat tempatan dan
kaum pendatang yang lain.
Masyarakat India
Masyarakat India juga mempunyai nilai-nilai kebudayaan dan adat tradisi mereka yang
tersendiri. Kebudayaan kaum ini juga dibawa dari tanah asal mereka dan kini
kebudayaan mereka turut mengalami asimilasi dengan budaya tempatan. Masyarakat
India mempunyai berbagai-bagai perayaan. Tiga jenis perayaan utama ialah Deepavali,

Thaipusam dan Thai Ponggal. Selain dari itu, masyarakat Hindu juga merayakan
beberapa perayaan lain yang diraikan di kuil-kuil tertentu di seluruh negara.
Perayaan

Huraian

Deepavali

Perayaan ini juga dipanggil perayaan lampu. Diraikan dalam bulan Kartikal
dalam agama Hindu yang biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November.
Masyarakat India meraikan hari ini sebagai simbol keterangan yang boleh
menghalau kuasa jahat (kegelapan). Disebelah pagi pada hari perayaan ini,
mereka akan bangun dan mandi dengan minyak wangian, mengenakan
pakaian baru dan bersembahyang ataupun ke kuil.

Thaipusam

Thaipusam ialah perayaan yang mula dirayakan di Tamil Nadu (India selatan).
Namanya diambil daripada bahasa tamil sendiri iaitu Thai (selalunya merujuk
pada bulan Januari atau Febuari) dan Pusam (perayaan). Perayaan ini sering
diraikan secara besar-besaran di tiga buah kuil utama Balathandayuthabani di
Pulau Pinang dan kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, Selangor dan Kuil Sri
Subramaniam di Ipoh. Masyarakat Hindu biasanya membayar nazar pada
perayaan ini.

Thai Ponggal

Perayaan ini merupakan perayaan penuai atau petani. Ia dirayakan pada


awal bulan Thai,. Perayaan ini kurang disambut di bandar,tetapi masih
diraikan oleh masyarakat India yang tinggal di ladang-ladang atau estet-estet.

Dari segi pakaian, golongan wanitanya kerap menggunakan sari iaitu sejenis pakaian
daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan dikeliling badan dan dipakai bersama
dengan sehelai blaus. Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis iaitu sejenis kain
berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan vesti atau kurta iaitu pakaian putih
untuk ke kuil atau perayaan tertentu. Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi
ataupun roti-roti tertentu. Antara jenis roti yang popular ialah chappati, parratta dan
puri. Nasi dan roti dimakan bersama dengan kari atau dal. Masyarakat India tidak
makan daging babi dan lembu.
Masyarakat Sabah
Masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah juga mempunyai berbagai-bagai kebudayaan
dan adat resam. Misalnya apabila berlaku kematian, proses pengebumian melibatkan
seluruh masyarakat. Unggun api dihidupkan untuk menghalau hantu dan roh-roh jahat.
Selain itu, wujud konsep-konsep seperti mihad iaitu menangisi mayat, memojuk iaitu
memandikan mayat, menguman iaitu menghiasai mayat dan mendandan mayat,

lobong iaitu kubur serta panukup iaitu kenduri. Bagi kelahiran proses memberi nama
bayi juga melibatkan perbincangan dengan ahli keluarga dan jiran. Adat mintuhun pula
ialah adat menjejakkan kaki bayi ke tanah.
Dalam kehidupan masyarakat Bajau, terdapat empat kategori norma atau nilai iaitu
hubungan lelaki dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian.
Masyarakat Kadazan-Dusun juga menghasilkan kraf tangan seperti tudung terendak,
perangkap binatang daripada buluh, perangkap tikus, perangkap tupai dan perangkap
burung.
Masyarakat Sabah
Bagi masyarakat Iban, sejenis budaya lama yang popular dipanggil perburuan kepala
(head hunting). Seorang lelaki akan memburu kepala untuk ditunjukkan kepada bakal
mertuanya ataupun sebagai lambang kepahlawanan mereka. Kini amalan ini sudah
tidak diamalkan. Masyarakat Iban mengamalkan konsep muafakat yang dipanggil utai
basai gagamit ( tidak ada masalah besar yang tidak boleh diatasi). Masyarakat Iban
tinggal di rumah panjang. Rumah ini didiami oleh beberapa buah keluarga. Rumah
panjang terbahagi kepada beberapa bilik dan setiap bilik dihuni oleh sebuah keluarga
yang biasanya keluarga asas. Rumah panjang suku Kelabit pula tidak ada bilik untuk
keluarga, Cuma terdapat bilik memisahkan ruang sebelah luar dengan ruang sebelah
dalam.
Bagi rumah orang Iban, disebelah belakang bilik ialah tempat makan dan dapur. Jika
ada keramaian, makanan dihidang di beranda (ruai). Sebelah luar bilik juga terdapat
ruang yang dipanggil panggan iaitu tempat tidur orang bujang dan tetamu lelaki. Di
bawah rumah ialah tempat binatang ternakan seperti babi dan ayam.
Masyarakat Iban mempunyai upacara-upacara khas dalam adat kematian. Ia
melibatkan seluruh ahli rumah panjang dan perundingan dengan tuai rumah (ketua
rumah). Dalam kelahiran pula, bayi yang baharu dilahirkan dimasukkan garam ke
mulutnya. Proses ini dipanggil garam. Sementara ibunya akan melalui proses
berkindu ataupun berdiang unggun api selama 41 hari dan 41 malam. Dari segi
kesenian, masyarakat ini banyak menghasilkan kraf tangan seperti anyaman, kain
selimut dan bakul daripada rotan. Jenis-jenis tarian mereka pula adalah seperti ngajat,
berpencaha, berkuntau, main kerichap dan main chekak. Sehingga hari ini, masyarakat
Sarawak masih mengekalkan beberapa tradisi, misalnya Datun Julut di kalangan orang
Bidayuh. Tarian ini ditarikan dengan lemah gemalai oleh pemuda-pemudi dengan
iringan muzik. Kaum Iban pula terkenal dengan tarian perang yang dikenali sebagai
ngajat bunuh. Tarian ini melambangkan unsur kebudayaan mereka yang gagah berani
menentang sebarang bentuk penjajahan.

Masyarakat Melanau juga aktif menghasilkan kraftangan seperti bakul, tikar, perangkap
ikan, tudung saji di samping menghasilkan ukiran kayu dan perahu. Masyarakat
Sarawak juga sangat terkenal dengan tenunan kain pandaknya yang juga dikenali
sebagai Pua Kumbu.
Masyarakat Majmuk Dan Impak Ke Atas Hubungan Etnik

Perpaduan dikalangan masyarakat majmuk Malaysia telah membawa negara


mencapai kemajuan dalam semua bidang seperti ekonomi, politik, sosial,

psikologi dan kejiwaan sekaligus merealisasikan Wawasan 2020.


Menjelang 2020 Malaysia akan mencapai sebagai sebuah negara perindustrian
dan maju sepenuhnya dimana masyarakatnya bersatu dan yakin, hidup dalam
demokkratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan

ekonomi, bersaing, dinamik, giat dan kental.


Kini hasil kemajuan ekonomi dan kestabilan politik masyarakat majmuk Malaysia

dalam tempoh tiga dekad lalu telah menjadi ikutan beberapa negara lain.
Rangkaian usaha yang telah dilaksanakan membawa pelbagai kejayaan yang
boleh dimegahkan. Dalam masa yang sama, kejayaan ini juga telah
menimbulkan cabaran baru yang mesti ditangani untuk mempertahankan

prestasi dalam pelbagai bidang.


Cabaran tersebut ialah usaha mengekalkan perpaduan nasional kerana usaha
ini sudah menjadi semacam satu tuntutan alamiah terhadap sesebuah

masyarakat yang bersifat majmuk.


Melalui perpaduan, masyarakat majmuk Malaysia akan mengamalkan satu
bentuk persefahaman yang matang dan demokrasi Malaysia berasaskan
musyawarah dan muafakat.

Asas Integarasi Dan Perpaduan Nasional Di Malaysia


Perpaduan nasional: penyatuan berbagai-bagai kelompok yang mempunyai latar
belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza, menjadi satu entiti fizikal. Penyatuan ini
lebih merupakan penyatuan yang berbentuk luaran. Cthnya: penyatuan Sabah,
Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung menjadi sebuah negara merupakan suatu
usaha untuk mencapai perpaduan nasional. Proses integrasi adalah lebih luas. Ia
merupakan penyatuan kelompok-kelompok yang berbeza latar belakang, menjadi satu
entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama. Satu proses bagi
mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari
segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan penempatan dalam sesebuah unit politik.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Rakyatnya terdiri daripada pelbagai
etnik dan kaum. Malahan, kepelbagaian ini adalah kekuatan yang mewarnai corak
negara ini. Tidak hairanlah Malaysia menjadi model sebuah masyarakat majmuk
kepada masyarakat yang lain. Oleh itu, perpaduan dan intergrasi nasional adalah satu
keperluan bagi menjamin rakyatnya hidup dalam suasana aman damai. Perpaduan
nasional umumnya merujuk kepada penyatuan berbagai-bagai kelompok yang
mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza. Usaha ke arah
perpaduan dapat dilihat melalui penyatuan Sabah, Sarawak dengan negeri-negeri
Semenanjung. Selain itu, usaha tersebut juga boleh dilihat melalui usaha kerajaan
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan meletakkan kumpulan etnik yang
berlainan latar belakang di satu kawasan perumahan yang sama.
Manakala konsep integrasi adalah lebih luas. Ia dikatakan satu proses yang abstrak,
satu penyatuan yang sebati dan berpanjangan. Integrasi merupakan satu proses yang
menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti. Ekoran
kejadian 13 Mei 1969, kerajaan mula menumpukan usaha-usaha dan strategi-strategi
ke arah mewujudkan integrasi nasional. Ringkasnya, perpaduan dan integrasi nasional
adalah matlamat asas baginagara Malaysia. Konsep perpaduan sangat penting dalam
usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh dan bersatu padu.
Secara tidak langsung, perpaduan dapat menjamin keselamatan negara, kestabilan
ekonomi, politik dalam jangka masa panjang. Bagi memantapkan lagi perpaduan di
kalangan rakyat pelbagai etnik dan kaum, kerajaan telah mewujudkan beberapa strategi
melalui pendekatan ekonomi, politik dan pendidikan untuk mencapai matlamatmatlamat perpaduan.
Usaha dan Langkah Kerajaan untuk Mengatasi Halangan Perpaduan dan
Intregrasi Nasional
Rusuhan etnik 13 Mei 1969 telah menjadi satu titik utama ke arah pemikiran semula
dasar-dasar negara dan prosesr e-enggineer ing masyarakat dilakukan dengan
komprehensif meliputi semua bidang iaitu ekonomi, sosial dan politik. Kerajaan telah
melancarkan usaha-usaha tertentu dalam menangani halangan-halangan. Antaranya
ialah usaha politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Langkah ini dijalankan secara
serentak dan saling bertindan. Ia bertujuan merapatkan semula jurang antara kaum
yang selama ini wujud dalam hubungan sosial mereka.
1. Perpaduan Politik
Perpaduan politik di Malaysia dapat dilihat bermula pada tahun 1950-an. Sistem
kerajaan campuran dari segi kepelbagaian kaum merupakan salah satu cara
bagimenggabungkan fahaman politik berbilang kaum dan diperkembangkan lagi melalui

sistempolitik yang fleksibel. Ini jelas kelihatan apabila munculnya parti Perikatan
yangmerupakan hasil gabungan dengan parti UMNO, MCA dan MIC. Keanggotaan parti
komponen dalam parti ini juga semakin bertambah setelah kemunculan Barisan
Nasional. Sistem ini juga tidak mengenepikan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak
yang boleh menyertai kerajaancampuran pada peringkat pusat di Kuala Lumpur.
Kerajaan Demokrasi juga merupakan satu alternatif untuk mengatasi masalah
perpaduan yang wujud.
Semua warganegara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang
negara boleh menyuarakan pendapat dan kritikan. pemilihan calon dalam pilihanraya
juga adalah bebas dan adil. calon yang memenangi pilihanraya dengan suara majoriti
berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui Dewan
Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.
2. Perpaduan Ekonomi
Proses perkembangan ekonomi telah dirangka untuk membolehkansemua kaum
menyertaisemua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Untuk mencapai hasrat
tersebut, kerajaantelah mengambil langkah dengan mengintegrasikan ekonomi.
Beberapa dasar pembangunan telah digubal seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pembangunan Nasional, dan lain-lain dasar pembangunan ekonomi negara. Dasardasar ini diambil untuk memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor
utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan lebih sama rata dan saling
melengkapi antara satu sama lain.
Tujuan dasar-dasar ini diperkenalkan adalah kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk
meninggikan taraf hidup rakyatnya. Dasar- dasar ini juga merupakan satu usaha
kerajaan untuk melibatkan semua rakyat menyertai pembangunan negara supaya
negara boleh mencapai kemajuan yang lebih membanggakan.Dengan terhapusnya
gejala perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat melahirkan perpaduan
dalam kegiatan ekonomi dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Ini akan meninggikan
lagi taraf pembangunan ekonomi Negara.
3. Perpaduan Sosial dan Kebudayaan
Strategi jangka pendek adalah melalui pelaksanaan aktiviti yang menggalakkan
interaksi dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yangberbilang kaum.
Strategi jangka pendek dilaksanakan secara berterusan diperingkat kebangsaan,
negeri, daerah dan kawasan-kawasan Rukun Tetangga. Aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur dan
keturunan etnik mencakupi bidang sosial pendidikan, sukan, rekreasi, kesenian dan

kebudayaan serta kesihatan dan alam sekitar, kebajikan, keagamaan, ekonomi dan
keselamatan.
Lawatan-lawatan integrasi juga dianjurkan untuk para penduduk melawati wilayahwilayah lain ketika majlis-majlis perayaan umum negara. Dengan adanya aktiviti yang
berterusan ini, akan membolehkan rakyat berinteraksi dan menjalinkan perhubungan
antara mereka. Di samping itu, dapat mewujudkan suasana persefahaman yang mesra
dan harmoni. Sementara itu, strategi jangka panjang pula dilaksanakan melalui dasardasar dan program-program kerajaan yang menjurus ke arah perpaduan nasional
seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Sosial Negara,
Program Latihan Khidmat Negara dan sebagainya termasuklah program-program
sukan, kebudayaan dan perayaan-perayaan seperti majlis-majlis rumah terbuka
Malaysia sempena menyambut hari perayaan-perayaan umum kumpulan-kumpulan
etnik di Malaysia.
Akhirnya apabila perpaduan dapat dijadikan sebagai satu budaya masyarakat Malaysia
kita akan mencapai perpaduan dalam erti yang sebenar mewujudkan bangsa Malaysia
yang kita telah tentukan sebagai matlamat terulung negara.
4. Perpaduan Pendidikan
Matlamat pendidikan Negara adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
dalam memupuk semangat kewarganegaraan dan rasa bangga terhadap bangsa dan
agama. Dasar yang dimainkan oleh pendidikan pula sangat penting dalam proses
integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak
merdeka hingga ke hari untuk menyeragamkan sistem pendidikan. Jawatankuasa
Barnes, Laporan Fenn-Wu,Ordinan Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman
Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung isu pendidikan
berperanan untuk memupuk perpaduan.
Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah
untuk memastikan agar semua kaum atau etnik diberi perhatian dan peruntukan serta
kemudahan yangsama dan adil dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di
dalam bandar atau di luar bandar.Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya
terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Hanya
menerusi pendidikansaja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa
semangat kekitaan sejak kecil hinggalah dewasa
Pendekatan Integrasi dan Perpaduan Nasional Di Malaysia
Pelbagai proses dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti proses
akomodasi, akultrasi, asimilasi, amalgamasi

Akomodasi adalah merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan


etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan
tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing .

Akulturasi bererti penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau


kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza sehingga unsur
kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
Berbeza degan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan
kehilangan jati diri asal masyarakat penerima.

Asimilasi dapat difahami sebagai satu proses percantuman dan penyatuan


antra kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok
dengan kebudayaan dan identity yang sama.

Asimilasi mutlak boleh berlaku apabila terhapusnya sesuatu kebudayaan


sehingga tidak nampak apa-apa perbezaan lagi dengan kebudayaan lain.
Contoh terbaik adalah kejayaan pemerintahan Thailand menjadikan orang-orang
Melayu di Selatan Thai menagmbil nama-nama Thai sebagai tanda berlakunya
asimilasi dengan bangsa Thai. Mislanya, nama Wan Sulaiman telah disiamkan
menjadi Waeselame.

Amalgamasi adalah merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau
ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Misalnya,
pendekatan yang paling berkesan adalah menerusi perkahwinan campuran
antara pelbagai etnik seperti orang Cina berkahwin dengan orang India.
Negara Bangsa

Konsep Negara Bangsa adalah gabungan tiga komponen utama iaitu individu,
negara dan bangsa.
Individu: Individu atau manusia amat penting sebagai penggerak kepada
pembinaan negara bangsa dan negara.Individu secara sendirian tidak dapat
membentuk negara bangsa tetapi perlu kepada gabungan membentuk
kumpulan.
Negara : sebuah unit politik yang mempunyai kedaulatan dan tanggungjawab
serta kuasa untuk menjalankan pemerintahannya sendiri.
Bangsa: kumpulan etnik yang disatukan dibawah satu sistem pemerintahan dan
perundangan serta mempunyai tanggungjawab yang sama untuk mematuhi
perlembagaan bangsa tersebut.
Ciri-ciri sebuah negara : Penduduk, Wilayah, Pemerintah, Kedaulatan

Negara Bangsa : sebuah negara berdaulat yang rakyatnya bersatu padu serta
mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi kepada sistem
pemerintahan dan undang-undang yang dilaksanakan di negara tersebut.
Penduduk perlu menerima hakikat untuk berkongsi kehidupan dengan kaum lain
dalam sebuah negara yang sama.
Nilai kebangsaan terdiri daripada pelbagai bentuk seperti bendera kebangsaan,
lagu kebangsaan, atau dasar negara yang menyatupadukan rakyat.
Kesan pembentukan negara bangsa: membina bangsa Malaysia yang berdaya
tahan, melahirkan rakyat yang mempunyai nilai murni.

Cabaran Pembinaan Negara Bangsa


Perpaduan
Pemasyarakatan Dan Pemasyarakatan Semula: Corak pemasyarakatan dan
pemasyarakatan semula di kalangan pelbagai kaum di Malaysia sebelum ini lebih
menumpu kepada budaya sendiri sahaja. justeru usaha kerajaan ialah memastikan
setiap anggota sesuatu kelompok didedahkan dengan seluas-luasnya kepada cara
hidup, keadaan hidup, dan masalah hidup kaum-kaum lain.
Anggota-anggota setiap institusi sosial seperti pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan
serta agensi-agensi formal dan tidak formal telah sama-sama menggiatkan usahausaha pemasyarakatan dan pemasyarakatan semula ahli-ahlinya bagi tujuan yang
sama. Melalui kurikulum dan juga ko-kurikulum di sekolah dan juga universiti generasi
muda dapat berdamping dengan kaum lain. Begitu juga keadaannya dengan program
Rukun Tetangga.
Pengurangan Identifikasi Kelompok: Pengurangan identifikasi kelompok di kalangan
penduduk tempatan telah digalakkan. Melaluinya darjah keterbukaan diri terhadap
kumpulan dan budaya lain dapat dipertingkatkan. Sedikit sebanyak strategi yang diatur
dapat dilaksanakan, di antaranya melalui pertubuhan dan juga kegiatan sukan yang
melibatkan semua kaum.
Pengurangan Tuntutan Kumpulan: Ada sesetengah kumpulan kaum di negara ini
yang menyuarakan tuntutan-tuntutan yang boleh menimbulkan konflik dan tidak selari
dengan matlamat pembangunan negara. Pengurangan tuntutan-tuntutan ini dilakukan

sekalipun ini bererti pengorbanan demi untuk memupuk toleransi dan hubungan yang
akrab antara kumpulan. Usaha-usaha seperti penggabungan parti-parti politik ke dalam
satu badan (seperti Barisan Nasional) merupakan di antara usaha kearah ini.
Pengwujudan Hubungan Kohesif: Hubungan kohesif antara kumpulan-kumpulan
etnik di negara kita dipupuk dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap kumpulan
dapat memahami kumpulan-kumpulan lain dengan lebih mendalam. Perlaksanaan
dasar mengenai hal tertentu seperti perumahan, perniagaan dan sebagainya
menggunalkan strategi yang mendorong perdampingan individu pelbagai etnik.
Pengagihan Kekayaan
Melalui Dasar Ekonomi Baru kerajaan telah mengadakan usaha-usaha ke arah
memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi. Kerajaan bukan sahaja ingin mengurangkan jurang
perbezaan pendapatan, bahkan tumpuan utamanya ialah ke arah pengurusan semula
corak gunatenaga dan hakmilik agar semua kaum akan dapat menikmati faedah-faedah
dari proses membangun.
Antara strategi yang telah dilaksanakan adalah seperti memodenkan kawasan luar
bandar bagi meninggikan daya

pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin.

Kedua, membangunkan masyarakat

bumiputera dalam sektor perdagangan dan

industri supaya setanding dengan bukan bumiputera dalam kegiatan ekonomi moden
termasuklah menambahkan hakmilik bumiputera dalam pemilikan saham dalam sektor
syarikat dan yang ketiga, menyusun semula corak gunatenaga mengikut sektor dan
jenis pekerjaan secara berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi supaya dapat
mencerminkan susunan kaum.
Strategi perindustrian untuk menyusun semula masyarakat dalam konteks ekonomi
yang berkembang memberi keutamaan kepada usaha-usaha menggalakkan tenaga
buruh yang banyak, penyertaan orang-orang Melayu dan kaum bumiputera lain dalam
semua peringkat pengurusan dan pengeluaran, perkongsian modal dan lain-lain
kegiatan ekonomi berasaskan sumber alam tempatan, perusahaan berorientasikan

eksport dan galakan penempatan perusaan-perusahaan di negeri-negeri yang kurang


maju.
Jati Diri
Jati diri bertujuan untuk mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang
matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia
berasaskan masyarakat Malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan yang boleh
menjadi contoh kepada banyak negara membangun. Untuk itu, Malaysia membangun
dengan tidak meniru negara-negara maju tetapi mengikut acuan sendiri.
Identiti Nasional
Identiti nasional bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak
ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adab, kebudayaan dan kepercayaan
agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan

mereka

kepada negara. Antara strategi yang dilaksanakan ialah program citrawarna yang
diadakan setiap tahun menonjolkan kebudayaan negeri-negeri berbeza, selain
meningkatkan sektor pelancongan negara.

DASAR-DASAR UTAMA NEGARA


Dasar Pembangunan Ekonomi
Dasar Ekonomi baru (DEB)

Dasar ini telah dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia
Kedua (1971 -1975). Pembentukan DEP adalah bermatlamat untuk
membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum.
Rancangan untuk mencapai matlamat DEB terkandung dalam Rangka
rancangan Jangka Panjang (RRJP) dari tahun 1971-1990.
Strategi DEB dilaksnakan dengan menggnakan serampang dua mata, iaitu: (a)
mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih banyak peleuang
pekerjaan kepada semua kaum; (b) menyususn semula masyarakat untuk
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Asas yang menajdi dasar penggubalan DEB adalah disebabkan pengagihan


ekonomi yang tidak seimbang antara kaum, terutama sekali orang Melayu yang
masih ketinggalan dalam ekonomi kerena faktor kemiskinan.
Bagi memastikan matlamat untuk membasmi kemiskinan tercapai, strategi
ditumpukan kepada golongan miskin di luar bandar dan bandar. Pada tahun
1970, terdapat kira-kira 49.3 % penduduk berpendapatan dibawah paras
kemiskinan (disekitar 200RM), dan kira-kira 86% adalah terdiri dari penduduk
luar bandar.
Usaha kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan dapat dilihat dengan
penyediaan pelbagai program kemudahan untuk keselesaan hidup rakyat seperti
pembinaan jalan-jalan raya, jambatan, bekalan ayer, bekalan letrik, sekolah,
pusat kesihatan, dan lain-lain bantuan seperti bekalan baja, bantuan buku teks,
makanan dan minuman untuk pelajar-pelajar sekolah yang miskin dan
sebaginya.

Antara pencapaian yang telah diperoleh DEB adalah seperti berikut:

Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut


kaum. Pendapatan kaum bumiputera berjaya dinaikkan dan dapat
mengurangkan perbezaan pendapatan dengan kaum lain, terutama kaum Cina.
Pokoknya kadar kemikinan bagi semua kaum telah dapat diturunkan.
Penyusunan semula corak guna tenaga untuk orang-orang Melayu yang selama
ini kurang dalam bidang ikhitisas dan teknik.
Penyususnan semula hak milik dalam sektor syarikat.
DEB telah brjaya mengubah hamprr keseluruhan system sosial masyarakat
majmuk di Malaysia.
Peningkatan ekonomi negara dan kejayaan DEB terbukti apabila didapati inflasi
berjaya dikekalkan pada kadar 4.6% dan keseluruhan kadar kemiskinan
menurun daripada 42.4% pada tahun 1976 kepada 17.1% pada tahun 1990.
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Kerajaan telah melancarkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) bersama


dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJPK2) pada tahun 1991.
RRJPK (1991 2000) yang mengandungi DPN merupakan era baru bagi
Malaysia khususnya dalam menempuh negara maju menjelang tahun 20202.
Faktor: Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana
masayarakat yang bersatu padu angat penting untuk memperkukuh lagi
kestabilan sosial, politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang
berterusan.
Walaupun DEB telah berjaya dari segi pelaksanaan, tetapi proses kejureteraan
ala DEB ini memrlukan masa yang lama dengan mengambil kira peruibahan
dunia.

DPN membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju dalam semua
segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup,
kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.
Pencapaian: DPN telah berjaya menumpukan aktivitinya dalam program
pembasmian kemiskinan di kalangan golongan termiskin (hardcore poor)
disamng mengurangkan kemiskinan. DPN berjaya menggerakkan usaha kearah
penubuhan masayarakat Perdagangan dan Perindstrian Bumiputra (MPPB)
DPN berjaya memberi lebih tumpuan kepada sumber manusia termasuk system
nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan
ekonomi yang sama.

Dasar Wawasan Negara

RRJP3 telah digubal berasaskan dasar yang dinamakan Dasar Wawasan


Negara (DWN), dengan tema meningkatkan keutuhan dan daya saing negara.
Faktor: Membangun Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan
pengetahuan.
Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan
melalui pengukuhan pelaburan dalam negeri disamping menarik pelaburan asing
(FDI).
Memabasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil
seperti orang asli. Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia
bagi menyokong masyarakat yang berassakan pengetahuan.
Meningkatkan penglibatan kaum bumiputra dalam semua sektor utama ekonomi.
Pencapaian: Malaysia kini muncul sebagai negara berjaya mengekalkan
pertumbuhan ekonomi pada kadar yang memberangsangkan di dalam dunia
Malaysia berjaya menghadapi persaingan antara bangsa dan rantau berikutan
dengan pelaksanaan WTO dan AFTA.
Peningkatan produktiviti merupakan nadi kepada pertumbuhan ekonomi dan
daya saing.
Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan iaitu dengan pembangunan
tenaga manusia yang berpengetahuan.
S& T (sains dan teknologi) dan R & D (penyelidikan dan pembangunan sumber
daya manusia) kini menjadia agenda negara. Ini dapat dilihat dengan penubuhan
Kementeriann sains, Teknologi dan Inovasi, peranan SIRIM, Teknologi Park dan
sebagainnya.
Malaysia muncul sebagai negara ICT dengan Cyber Jaya menjadi pemacunya.
Syarikat-syarikat swasta negara telah mendapat tempat di pasaran dunia dalam
perdagangan brat seperti pembinaan lebuh raya, lapanagan terbang, bangunanbangunan seperti di Cina, India, negara-negara Teluk, Iran dan lain-lain.

Dasar Pembangunan Sosial


Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Di dalam era negara menuju kemerdekaan, telah ada kesedaran di pihak


kerajaan untuk menyeragam dan mengemaskan system pendidikan negara.
Oleh sebab itulah lahirnya dasar pendidikan kebangsaan melalui Penyata Razak
1956 dan dimaktubkan di dalam ordinan pelajaran 1957.
Dasar pendidikan telah disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan
Laporan Rahman Talib. Laporan tersebut kemudian dimaktubkan dalam akta
pelajaran 1961
Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk
mengkaji semula dasar pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
perlaksanaannya untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu-padu dan
berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih agar
pembangunan negara dapat di capai. Laporan ini dikenali sebagai Laporan
Kabinet

Falsafah

Matlamat utama dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah mentaupadukan


kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kereja (tenaga
rakyat) bagi keperluan ekonomi.
Hasrat serta aspirasi negara dalam memberi penekanan kepada usaha
melahirkan insan yang berilmu dah berakhlak, seimbang dan harmonis yang
boleh mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada
keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara.

Strategi Pelaksanaan

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa parantara yang utama.


Mengadakan ko-kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua
jenis sekolah bagi mewujudkan.
Mewujudkan system peperiksaan yang sama bagi semua.
Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
Meningkatkan mutu pendidikan keseleruhannya dengan menyediakan
pendidikan yang menyeluruh seimbang dan bersepadu.
Mengadakan peluang pendidikan asas selama 9 tahun.

Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan


peruntukkan secara adil dan memeberi perhatian khas kepada kumpulan yang
kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman.
Menyediakan pendidikan rendah mengikut kurikulum baru sekolah rendah
(KBSR) yang berasaskan 3 M, iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun
1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM)
pada tahun 1989.
Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula
kurikulum sekolah vokasional pada tahun 1978.
Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat
universiti, terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.
Mempertingkat pendidikan kerohanian moral dan disiplin.
Menjadikan bahasa kebangsaan dan inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib
di ajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi
mempelajari bahasa-bahasa lain seperti bahasa cina dan bahasa Tamil.
Menggalakkan aktiviti kurikulum yang memupuk disiplin, seperti Pasukan KadeT
tentera , kadet Polis, Pengakap, Puteri Islam dan lain-lain.

Pencapaian
Dasar Pendidikan kebangsaan telah berjaya mencapai matlamatnya seperti berikut:

Menjadikan sistem pendidikan nasional lebih tersusun dan terancang rapi


semenjak negara mencapai kemerdekaan 1957 di semua peringkat dari sekolah
rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Bahasa Melayu telah dapat dinobatkan sepenuhnya menjadi bahasa rasmi
negara dan bahasa ilmiah yang berwibawa dalam semua disiplin.
Sekolah, kolej dan universiti telah berjaya mengrientasikan para pelajar untuk
mencintai negara dan bersatupadu.
Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan aliran Cina dan Tamil dapat menegkalkan
pengajaran bahasa Cina dan Tamil, tetapi pada masa yang sama memumpuk
pelajar-pelajarnya setia kepeda YDPA dan kerajaan Malaysia.
Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diperkukuhkan lagi kemudiannya dengan
Falsafah Pendidikan Negara yang mahu mengimbangkan kualiti manusia dalam
bidang akal, emosi dan rohani.

Dasar Kebudayaan kebangsaan


Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah seperti berikut:

Berteraskan kebudayaan asal rantau ini.


Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima menjadi unsur
kebudayaan kebangsaan.

Islam Merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan kebudayaan


kebangsaan justeru Islam adalah Agama rasmi Negara.
Falsafah: Dasar kebudayaan Kebangsaan bertujuan untuk mencapai tiga
matlamat: Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan
memupuk dan memulihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
kebudayaan kebangsaan serta memperkaya dan mempertingkatkan kualiti
kehidupan manusia dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan
sosial ekonomi.
Pelaksanaan Dasar Kebudayaan kebangsaan telah dilaksanakan oleh beberapa
agensi penting Kerajaan Perseketuan. Antaranya ialah penubuhan sebuah
kementerian khas yang dikenali dengan nama Kmeneterian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan.
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan agensinya seperti Dewan bahasa dan
Pustaka telah banyak menyumbang usaha kearah memertabatkan budaya, seni
dan warisan tanh ayer, mislanya, penerbitan majalah Budaya pada setiap bulan.
Universiti-universiti tempatan juga berperanan penting seperti ATMA (Institut
Alam dan Tamadun Melayu) yang telah ditubuhkan di UKM, Bangi sejak
beberapa tahun lalu.
Pencapaian: Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah menampakkan hasilnya
apabila Kek Wa berjaya menganjurkan sambutan sambutan untuk perayaan Hari
Raya Puasa, Hari Krismas, Hari Deepavali, Hari Tahun Baru Cina, Pesta Gawai
pada setiapa tahun sebagi acara rasmi negara.
Selain itu, Kek Wa juga bertanggungjawab memilih tokoh-tokoh Sasterawan
Negara dan Seniman negara pada setiap tahun.

Dasar Belia Negara.

Untuk menanam semangat cinta kepada Rukun Negara


Untuk menggalakkan perpaduan, kesukarelaan dan berdikari.
Menggalakkan penyertaan dalam proses pembangunan negara.
Memupuk nilai-nilai serta moral yang tinggi, di samping menekankan kualiti
kesihatan dan kesedaran minda.
Memiliki Ilmu pengetahuan dengan lebih komprehensif.

Plan Tindakan Pembangunan Belia Nasional.

1. Pembangunan Ekonomi
2. Pembangunan sumber manusia
3. Program Rakan Muda
4. pembangunan sosial
5. Sistem penyampaian
6. Peranan media dan komunikasi
7. peranan pertubuhan belia
8. Pembangungan Belia Tidak Berpersatuan
9. Pembangunan Kepimpinan
10. Penyelidikan dan pembangunan
11. Politik dan integrasi International.
Antara pencapaian Dasar Belia Negara dinegara inii, beberapa perkara telah berjaya
dilaksanakan:

Penubuhan Majlis Belia Malaysia (MBM), sebuah badan tertinggi belia di dalam
Malaysia. MBM amat aktif dalam memprkasakan belia di semua bidang.
Hari Belia Negara diadakan pada setiap 15 hb Mei pada setiap tahun dengan
berjaya menghimpunkan semua pertubuhan belia tanah ayer yang diikuti dengan
pemilihan Tokoh-Tokoh Belia dalam pelbagai bidang.
Pusat-pusat belia diwujudkan di seluruh negera dengan pembinaan kompleks
belia yang disediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan kualiti aktiviti
belia negara.
Menjalin hubungan kerjasama belia antara bangsa seperti menyetai program
WAY (World Yoouth Association) dan lain-lain aktiviti keantarabangsaan.

Pelan Integriti Nasional

Falsafah: Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat


dan prinsip Perlembagaan Perseketuan.
PIN mencerminkan cirri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia, disamping
PIN mengambil kira perkembangan antara bangsa, pengalaman negara-negara
lain dan impak globalisasi.

PIN adalah kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan matlamat


yang hendak dicapai dalam Perlembagaan Perseketuan dan Rukun Negara
serta beberapa dasar startegik sebelumnya.
Objektif: Memberikan halatuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka
dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatupadu,
berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika.
Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelabagi sektor dalam usaha
peningkatan integriti supaya ntegriti menajdi budaya masyarakat dan diamalkan
dalam semua bidang.
Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat
serta mendorong perkembangan masyaraka sivil yang menyunjung prinsip
integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.
Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara,
dan peningkatan kesejehteraan hidup anggota masyarakat.
Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani
cabaran abad ke 21 khususnya ketika menghadapi rempuhan globalisasi dengan
lebih berkesan.

Strategi Pelaksanaan Pelan Tindakan Integriti


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Institusi keluarga
Komuniti
Masyarakat Sivil
Institusi Sosiobudaya
Institusi Agama
Institusi Ekonomi
Institusi Politik
Institusi Pentadbiran

Wawasan 2020
Konsep wawasan 2020 telah di ilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad, perdana
Menteri Malaysia yang ke-4 pada majlis pelancaran penbuhan Majlis Perdagangan
Malaysia pada 28 februari 1991. Wawasan 2020 menggambarkan langkah-langkah
yang perlu diambil oleh negara bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
industri yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan
bukanlah hanya meliputi aspek ekonomi tetapi juga aspek-aspek lain seperti politik,

sosial, budaya, psikologi dan kerohanian. Kemajuan ini juga haruslah mengikut acuan
negara sendiri dan bukannya hasil tiruan negara-negara maju sekarang.
Cabaran-Cabaran Terhadap Pencapaian Wawasan 2020

Membentuk sebuah negara bangsa bersatu-padu. Pembentukan Bangsa


Malaysia hanya boleh di capai apabila semua rakyatnya hidup sejahtera dengan
perkongsian persamaan hak dan keadilan.
Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas teguh dan mempunyai
keyakinan diri.
Membangun msyarakat demokratis yang matan. Ini penting kerana hak rakyat
untuk melibatkan dalam pemerintahan negara juga mempengaruhi kemajuan.
Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai
agamanya.
Mewujudkan sebuah masyarakat yang matang dan bersifat toleran. Sifat toleran
atau bertolak-ansur amat penting dalam masyarakat berbilang kaum dan budaya
seperti di Malaysia.
Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains dan serta berprogresif.
Pembangunan sains dan teknologi harus di ambil kira untuk membentuk sebuah
masyarakat sains dan berprogresif
Mewujudkan sebuah masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang.
Sebuah system sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendir
harus dibentuk.
Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Pengagihan
kekayaan secara adil dan saksama di kalangan rakyat berbilang kaum, harus
dilaksanakan agar kemajuan ekonomi dapat dinikmati bersama oleh
rakyat.Mewujudkan sebuah masyarakat yang makmur. Malaysia harus mencipta
satu system ekonomi yang dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan
untuk berjaya dalam persaingan dan mencapai kemakmuran.

Dasar Luar Negara


Penggubalan Dasar Luar Negara

Dasar luar Malaysia ialah kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan
untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejehteraan
ekonomi dan lain-lain kepentingan negara.

Dasar luar dalam zaman pemerintahahnTunku Abdul rahman Putra al-Hal,


Perdana Menteri Malaysia Pertama dikenali sebagai pro-Barat dan anti-Komunis.
Rasionalnya ialah kerana negara baru sahaja mencapai kemerdekaan.
Dalam era Tun Abdul razak Hussein, Perdana Menteri Kedua, dasar luar
Malaysia mentikberatkan pembangunan dan integrasi sosial dengan
mengadakan lebih banyak hubungan diplomatic dengan semua negara tanpa
mengira ideologi politik.
Pada zamn pentadbiran Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Keempat,
penekenan telah dibuat untuk kerjasama pertahanan dan keselamatan negara.
Semasa era pemerintahan Tun Dr.Mahathir Mohamad, dasar luar negara lebih
mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar sebelumnya.
Selain itu soal keamanan dan keadilan masayrakat antarabangsa juga turut
menjadi agenda penting.

Objektif Dasar Luar Negara

Untuk menjaga, mmepertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena


antara bangsa.
Menjaga dan mepertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan
Malaysia
Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah
melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.
Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial
diperingkat antara bangsa.
Mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam
semua bidang.
Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara
lain.

Kerjasama Serantau
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Penubuhan Asean dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan persetujuan


negara-negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.
Pada 8 Ogos 1997, Semua pemimpin negara tersebut termasuk Malaysia telah
menandatangani satu deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Keanggotaan

Asean bertambah apabila Brunei menyertai ASEAN pada tahun 1984. Pada
1997, Vietnam , laos dan Myanmar telah menyertai ASEAN.
Bagi Malaysia, ASEAN merupakan satu keutamaan dalam menentukan arah tuju
dasar luar negara. Malaysia mementingkan pengukuhan ASEAN kerana
sekiranya kestabilan ASEAN terjejas, ini akan memberi kesan negatif kepada
Malaysia terutama dari segi politik dan ekonomi.
Dalam ASEAN Malaysia telah banyak mengadakan hubungan perdangan dan
perindustrian kerjasama ekonomi, politik, sosial, kebudayaan, pendidikan,
kesihatan dan sukan.
Dalam soal keselamatan ASEAN, telah bersetuju menjadikan rantau ini sebagai
rantau yang bebas daripada persaingan kuasa besar. Konsep zon aman, bebas
dan berkecuali (zopfan) disemua negara-negara anggota ASEAN.
Selain itu, semua negara ASEAn juga setuju untuk mengelakkan rantau ini
daripada menjadi persaingan tempat tenaga nuclear dan menerima konsep
south eat asia nuclear weapons free zone.
Bagi Malaysia, ASEAN akan sentiasa menjadi tunggak dasar hubungan luar
Mlaysia. Pada masa ini, Malaysia berusaha gigih untuk menjayakan kerjasama
ASEAN +3. Ini merupakan kerjasama ASEAN, Korea, jepun dan China.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggariskan 3
pendekatan baru Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan
ASEAN seperti yang telah di persetujui dalam siding kemuncak ASEAN di Laos.

Malaysia dan Pertubuhan Antarabangsa


Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)

OIC adalah singkatan kepada Organization of Islamic Conference atau


pertubuhan persidangan negara-negara Islam.
Malaysia adalah anggota OIC sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1971 dengan
Tunku Abdul Rahman Putra , Perdana Menteri Malaysia Pertama menjadi
setiausaha Agung OIC yang pertama.

Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia berpendapat bahawa hubungan negaranegara Islam sangat mustahak. OIC bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama
anatara semua negara dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan
teknologi.
Malaysia juga melihat kehadiran OIC untuk membendung usaha jahat yang
menindas umat islam di seluruh dunia.

Peranan Malaysia

Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan OIC seperti


penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) atau menangani masalah yang
dihadapi oleh negara-negara islam seperti di Afghanistan, iraq, Palestin, Bosnia
Herzigovina dan yang lain-lain.
Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC seperti
PETRONAS di Iran dan Sudan.
Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuaratmesyuarat yang penting bagi memajukan negara-negara Islam menerusi aktiviti
OIC sebagai contoh, selaku pengerusi Sidang kemuncak OIC pada bulan
oktober 2003. Malaysia telah berjaya mempengaruhi negara-negara OIC
mewujudkan plan tindakan deklarasi Putrajaya. Tujuannya adalah untuk
memastikan OIC tetap relevan dengan perkembangan zaman.
Kini Malaysia dimandatakan oleh anggota-anggota OIC untuk menjadi menjadi
Pengerusinya.

Pertubuhan-Pertubuhan Bekas Jajahan British (KOMANWEL)

Pertubuhan ini dianggotai oleh negara-negara bekas jajahan British, termasuk


Malaysia. Malaysia telah menajdi anggota sebaik sahaja negara mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957.
Matlamat utama penubuhan Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan
dan perpaduan pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, perundangan,
pertanian antara semua negar bekas jajahan British.
Malaysia telah memainkan pernanan penting dalam komanwel seperti
penentangan terhadap isu apartheid di Afrika selatan. Dalam persidangan ketuaketua negara Komanwel di Bahamas 1985, di Vancouver 1987, Malaysia telah
menyarankan badan dunia ini memainkan peranan yang lebih aggresif dalam
menangani isu-isu ketidakadilan perdangan dunia, penjajahan politik dan
ekonomi serta masalah apartheid.
Antara faedah yang telah di terima oleh Malaysia sebagai anggota komanwel
Malaysia telah mendapat bantuan ketenteraan selama 10 tahun selepas
kemerdekaan. Selain itu, Malaysia juga telah menagadakan latihan ketenteraan
bersama dengan beberapa buah negara komanwel.
Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh negara-negara maju dalam
komanwell umpanya pemberian status skim keutamaan am GSP bagi barangan
Malaysia. Dengan adanya skim ini, cukai bagi barangan Malaysia akan

direndahkan dan secara tidak lansung akan meningkatkan persaingan barangan


Malaysia dengan barangan negara lain di pasaran luar.
Melalui Rancangan Colombo Malaysia mendapat khidmat nasihat mengenai
pendidikan, pertanian, teknikal, kesihatan dan sebagainya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai


kemerdekaan.
Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua warga negara
anggota serta tidak ada negara yang boleh campur dalam hal-ehwal negara lain.
PBB juga adalah bermatlamat untuk melahirka sebuah masyarakat dunia yang
aman.
PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan denga politik dunia
iaitu Perhimpunan Agong PBB dan Majlis Keselamatan
PBB melaksanakan aktiviti-aktiviti sosioekonomi menerusi Sekretariat PBB
seperti WHO, ILO, UNESCO, IMF, UNPROFOR, UNISOM dan UNCTAD.
Kepercayaan PBB kepada Malaysia jelas dapat dibuktikan dengan pemilihan
Malaysia untuk memimpin negara-negara Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk
membincang isu-isu pembangunan dunia.
Malaysia telah bekerjasama dengan PBB menghantar Pasukan Pengaman PBB
seperti di Congo (1961), Somalia (1993), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq
(1990).
Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah. Contohnya,
WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup.
UNESCO telah memajukan system pendidikan negara.

Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

NAM atau singkatan bahasa Inggerisnya the Non-Aligned Movement iaitu


Pergerakan Negara-Negara Berkecuali telah diasaskan pada tahun 1961
bersempena Sidang Kemncak NAM yang pertama di Belgrade, Yogoslavia.
Asas penubuhan badan tersebut adalah tindak balas kepada dua kuasa besar
dunia pada masa itu USA dan Rusia.
Malaysia telah menyertai NAM pada tahun 1969. NAM berpegang kepada prinsip
tidak berpihak kepada Blok Barat atau Blok Timur. NAM menghormati

kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara serta tidak campur


tangan dalam hal ehwal negara lain.
Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam pergerakan NAM kerana dasar NAM
secocok dengan pendirian Malaysia.
Malaysia telah diberi pengormatan apabila dilantik sebagai Naib Presiden NAM
dalam Persidangan NAM di Balgrade pada tahun 1989. Dalam persidangan itu
Malaysia telah dilantik menganggotai Kumpulan 15 (G-15) yang merupakan
sebuah kumpulan elit yang ditugaskan untuk membincang isu-isu yanag
berkaiatan dengan kerjasama politik dan ekonomi negara-negara NAM.
Malaysia kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke 13 sehingga tahun
2006 dengan 114 anggota.

Peranan Malaysia dalam NAM

Malaysia sebagai Pengerusi NAM berperanan untuk meberikan kepimpinan yang


jitu dengan cara mewakili negara-negara yang majoritinya terdiri dari negaranegara membangun untuk bersuara dan mengambil langkah-langkah yang
praktikal serta berkesan kea rah mengekalkan keamanan dunia melalui dengan
cara: mempromosi keamanan melalui platform-platform politik seperti PBB,
diplomasi pelbagai hala.
Malaysia berperanan memberikan tumpuan dan penekanan kepada isu-isu lain
seperti ekonomi dan perdagangan, kerjasama Selatan-Selatan, pembangunan,
pembasmian kemiskinan, pembangunan sosial dan kemanusiaan bersifat
sejagat serta isu-ius yang berkepentingan NAM.
Keberkesanan peranan Malaysia sebagai Pengerusi NAM terserlah melalui
inisiatif-inisiatif penyuburan semula NAM dengan terbitnya Deklerasi Kuala
Lumpur bersempena Sidang Puncak NAM ke 13di Kuala Lumpur.
Keyakinan negara-negara anggota NAM kepada Malaysia kerena berjaya
meyakinkan anggota-anngota NAM bahawa NAM tetap relevan dan tidak wajar
mengalami sindrom inferiority complex ketika berhadapan dengan dunia masa
kini.

Malaysia kini telah menunjukkan kematangannya sebagai sebuah negara yang


berdaulat dimana dasar-dasar luarnya adalah progresif dan bermaruah. Malaysia kini
lebih dikenali sebagai negara contoh tebaik dalam kalangan negara membangun dunia.
Malaysia bersikap tidak memihak kepada mana-mana blok, tetapi berbaik-baik dengan
semua negara dunia. Walaubagaimanapun, sikap bebas serta keyakinan menyuarakan

suara secara bebas tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Media asing selalu
memburu-burukan Malaysia. Pemilihan Malaysia sebagai pemimpin utama dalam NAM
dan OIC adalah bukti dasar luar Malaysia telah berjaya menawan hati lebih dari 114
buah negara di dalam dunia.

Terima kasih.
Emel: izzwe_3064@yahoo.com.my

You might also like