You are on page 1of 2

Budaya dan amalan membaca boleh dipupuk dalam kalangan masyarakat.

Peranan
pelbagai pihak diperlukan dalam usaha ke arah itu, memandangkan budaya
membaca belum dihayati sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Maka dicadangkan
perkara-perkara berikut untuk meningkatkan amalan membaca:
* Peranan ibu bapa membelikan bahan bacaan bermutu di rumah. Ibu bapa
perlu wujudkan ruang pembacaan untuk anak-anak. Ibu bapa juga boleh membawa
anak-anak ke kedai buku dan memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih
bahan bacaan. Mereka juga perlu memberi contoh dan teladan, iaitu mereka sendiri
perlu mempunyai budaya membaca. Sekurang-kurangnya ada akhbar harian, atau
majalah seperti Dewan Siswa atau Dewan Pelajar supaya anak-anak dapat membaca.
Sediakan sedikit peruntukan untuk membeli bahan bacaan setiap bulan.
* Peranan sekolah Sekolah perlu adakan kempen membaca. program NILAM
perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan dan guru-guru kena pastikan pelajar
menjayakannya. Panatia dan guru mata pelajaran perlu galakkan pelajar membaca.
Pusat Sumber perlu bergerak lebih ke depan dalam menarik pelajar ke perpustakaan.
Di SMKPS, Guru Media dan Perpustakaan, Encik Abdul Rahman Hamid, berusaha
gigih ke arah itu. Selain itu, pameran buku boleh diadakan di sekolah. Pembelian
bahan bacaan yang bermutu perlu ditingkatkan di sekolah. Program Akhbar Dalam
Darjah perlu diperluas. Petikan rencana yang berinformasi perlu diletakkan di
papan kenyataan sekolah supaya pelajar boleh membaca.
* Peranan kerajaan Kerajaan perlu menambah peruntukan ke sekolah untuk
membeli bahan bacaan tambahan di pusat sumber sekolah . Kerajaan perlu
mengadakan kempen membaca, sama ada di tempat awam atau menggunakan
media kerajaan seperti radio dan televisyen. Pelepasan cukai untuk pembelian buku
perlu ditambah. Setiap pejabat kerajaan dan agensinya perlu ada sudut bacaan.
* Peranan pihak swasta Mereka perlu menyokong kempen membaca pihak
kerajaan. Pekerja mereka perlu digalakkan membaca. Mereka perlu memberi
sumbangan untuk program/kempen membaca anjuran pelbagai pihak. Sudut
bacaan juga perlu diwujudkan oleh pihak swasta, misalnya di klinik, hospital,
restoran dan kompleks membeli-belah. Harga bahan bacaan yang mereka terbitkan
perlu diturunkan. Adakan promosi dan kempen membaca.
* Peranan pelajar. Pelajar perlu menghayati matlamat kempen membaca yang
diadakan.Mereka perlu ada kesedaran dalaman untuk membaca dan bukan kerana
tujuan peperiksaan semata-mata. Jangan lupakan buku apabila peperiksaan
berakhir atau apabila meninggalkan bangku sekolah.
* Peranan penulis buku dan majalah- Mereka perlu menghasilkan bahan
bacaan yang menarik dan dalam masa yang sama terapkan budaya membaca dalam
karya mereka. Mereka perlu mempelbagaikan isi kandungan karya mereka untuk

menarik hati pembaca. Wujudkan jaringan/link dengan pembaca agar pembaca


kekal membaca pada masa depan. Sertai program galakan membaca di sekolah,
anjuran kerajaan dan swasta.
Kejayaan usaha memupuk budaya membaca bergantung kepada kerjasama semua
pihak. Pembabaitan semua pihak itu dapat menjadi pemangkin budaya membaca
dalam masyarakat dan negara.

You might also like