You are on page 1of 12

Bab 9

SSMN/SEDAR
BAB 9
PERKEMBANGAN DI EROPAH
Perubahan Masyarakat Dan Budaya Eropah
Maksud zaman gelap
Mundur balik kebelakang.
Merosot kualiti hidup

Bermula selepas kejatuhan tamadun Rom,masyarakat dalam keadaan mundur,merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan.
Mengalami kemerosotan dalam bidang politik,ekonomi dan sosial.

Ciri-ciri kehidupan pada Zaman Gelap.


Tiada Pentadbiran pusat
Pusat hilang kuasa
Wujud Baron kuasai tanah
Perlindungan Baron
Wujud perhambaan
Perlindungan Raja utk Baron
Ikatan hubungan rakyat tuan
tanah - Raja
Kelembapan ilmu
Gereja berkuasa miliki harta
Fokus Akhirat
Kongkongan Gereja
Gangguan orang gasar
Kegagalan bersaing dengan org
Islam.
Tumpuan Pertanian shj.
Amalan Sistem Barter.

Tiada pentadbiran pusat yang berkesan. Yang mengawal tingkah laku rakyat dan pembesar.
Kemusnahan kuasa pusat kerana tidak dapat mentadbir wilayah-wilayah.
Kemunculan golongan baron (tuan rumah) yang berkuasa di wilayah yang diduduki.
Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk menjaga keselamatan mereka sebagai balasan petani
terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah.
Petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa
menjadi hamba.
Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja dan sebagai tukaran golongan tuan tanah dikehendaki memberikan
khidmat atau membayar cukai kepada raja.
Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya raja dengan tuan tanah merupakan asas
kepada sistem feudal di Eropah.
Kelembapan ilmu pengetahuan
Institusi gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak.
Institusi gereja memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan ilmu keakhiratan.
Gereja mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.
Kegiatan perdagangan tidak meluas dan sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar.
Kegiatan perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan kerana tidak berupaya menyaingi penguasaan orang islam di
Mediterranean.
Mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian.
Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang kerana penggunaan matawang terhad.

Ciri-ciri persamaan antara sistem feudal di Eropah dengan sistem feudal masyarakat Melayu tradisional.

Bab 9
SSMN/SEDAR
Raja penaung Sistem secara
mutlak.
Ikatan hubungan Raja Pembesar
- Rakyat
Pembesar kutip Cukai
Kerahan tenaga
Wujud Perhambaan

Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negara dengan memiliki tanah di negeri masing-masing
secara mutlak.
Pembesar memberikan khidmat kepada pihak raja manakala golongan pembesar mendapatkan naungan daripada pihak istana
dan dianugerahkan tanah.
Pembesar memaksa rakyat memberikan khidmat kepada mereka dengan mengerjakan tanah.Hasil cukai dikutip untuk
diserahkan kepada raja.
Pembesar melayu akan mengerahkan rakyat untuk menjadi askar dan membina istana.
Rakyat jadi hamba kerana gagal bayar hutang/cukai.

Perubahan pada Zaman Kemuncak Pertengahan di Eropah.


Penyatuan oleh Gereja
Perubahan Ekonomi
Tingkat Pertanian
Wujud perdagangan
Muncul Bandar besar
Kelas Pertengahan.
Status berasaskan kekayaan bukan
kuasa/tanah.
Penglibatan Rakyat dalam politik.
Parlimen suara rakyat.
Hak politik rakyat.
Hubungan rakyat kerajaan.

Gereja memainkan peranan universal serta menjadi ejen penyatuan.


Perubahan ekonomi hasil pertambahan penduduk.
Peningkatan dalam aktiviti pertanian.
Kemunculan kegiatan perdagangan yang maju.
Kemunculan bandar-bandar seperti Venice,Milan dan Florest di Itali.
Melahirkan kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan,pedagang,dan ahli perbankan.
Status sosial seseorang itu tidak lagi berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan.
Perubahan politik berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam kegiatan politik.
Rakyat dapat menuntut hak menerusi institusi parlimen yang diwujudkan.
Perubahan ini memeberikan hak politik kepada rakyat.
Menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah.

Zaman Renaissance

Bab 9
SSMN/SEDAR
Maksud Renaissance
Kelahiran semula

Berasal daripada perkataan Itali,renisciment yang bermaksud kelahiran semula merujuk pada penghargaan semula ilmu dalam
tamadun Yunani dan Rom.

Tokoh Humanisme.
1. Francisco Petrarch
2. Niccolo Machiavelli
3. Giovanni Bocaccio
Sebab-sebab Renaissance berlaku di Itali.
Lahir pemkiran Humanisme

Lahir aliran pemikiran humanisme melalui penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan
permasalahan.
Bapa Humanisme
Melahirkan bapa humanisme iaitu Francesco Petrach,Niccolo Machiavelli dan Govanni Bocaccio.
Penerokaan dan Inkuiri
Kesediaan meneroka bidang dan kawasan baru kerana didorong oleh semangat inkuiri yang kuat.
Muncul Bandar Besar
Kemunculan bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat antarabangsa seperti Venice,Genoa,Florence,Rom dan Milan.
Kedudukan Strategik
Pertembungan budaya,bahasa dan agama kerana kedudukan Itali yang strategik di kelilingi Laut Mediterranean.
Pelabuhan perdagangan
Kemunculan Venice dan Genoa sebagai pelabuhan untuk menjalankan perdagangan antarabangsa.
Tumpuan seniman dan ilmuan.
Kemunculan para pedagang kaya yang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar dan menjadikannya tumpuan para
seniman dan cendekiawan.
Penaung ilmu
Golongan pedagang kaya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis,ahli muzik,saintis dan penulis.Antara patron yang
terkenal ialah keluarga Medici di Florence.
Persaingan dapatkan ilmu oleh
Berlaku persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai
patron.
bidang oleh patron.
Kunjungan dan lawatan
Para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar bagi tujuan menyiapkan tugasan secara tidak langsung
menyebarkan idea Renaissance di Itali.
Peranan Paus sebagai patron.
Paus di Rom menjadi penaung/patron kepada para seniman dan cendekiwan.
Perlihat bakat
Golongan ini mula bekerja secara bersendirian untuk mempelihatkan bakat masing-masing.
Bakat dihargai
Kemahiran seniman dihargai dan ini mempengaruhi para pelukis untuk dikenali secara individu iaitu individualisme seperti
pelukis iaitu Leonardo da Vinci,Raphael dan Michelangelo.
Perubahan Pendidikan
Perubahan konsep pendidikan dengan menggalakkan pembinaan kemahiran dalam aspek intelektual serta fizikal dikalngan
individu. Misalnya Leonardo da Vinci dan Michelangelo, selain mejadi pelukis dan pengukir agung, disanjung kerana kemahiran
dalam bidang ilmu pengetahuan yang lain.
Muncul tokoh Renaissance
Terdapat tokoh renaissance yang muncul di beberapa buah negara Eropah di England, contohnya, tokoh pemikir seperti Thomas
More, Francis Bacon, William Shakespeare.
Sebab permusuhan antara gereja Rom dengan ahli sains dan matematik di Itali.
Cemburui pencapaian bandar

Gereja Rom mencemburui pencapaian bandar seperti Florence yang dikuasai keluarga Medici

Bab 9
SSMN/SEDAR
Florence
Nak jadikan Rom cantik
Cabaran drp ahli sains & mate
Konflik kes Galileo Galilei
Berkenaan Pusat alam
Sains guna akal dan logik.
Gereja guna tradisi

Gereja Rom berhasrat menjadikan Rom secantik Florence


Gereja menghadapi masalah kerana khuatir ahli sains dan ahli metematik mencabar pemikiran mereka.
Konflik atau perselisihan pendapat berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei.
Galileo Galilei menyatakan matahari sebagai pusat alam manakala gereja menyatakan bumi sebagai pusat alam.
Para saintis logik dalam menekanan kaedah pemerhatian serta penggunaan akal dan logik dalam menerangkan sesuatu fenomena
alam.
Pihak gereja menekankan penjelasan tradisional tentang fenomena alam.

Langkah Paus menjadikan Rom sebagai pusat Renaisance di Itali.


Tumpuan lukisan dan ukir.
Upah pelukis cantikkan Rom.
Bina Katedral.
Pindah pusat seni.

Memberi perhatian kepada seni lukis dan seni ukir


Paus Julius 2 telah mengupah pelukis dan pengukir terkenal seperti Leonardo Da Vinci , Raphael, dan Michelangelo untuk
mencantikkan dan menghiasi gereja dan katedral di Rom
Membina Katedral St Peter.
Pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom.

Sumbangan tokoh zaman Renaissance


Francesci Petrach
Bapa
Dikenali Bapa Humanisme
Tubuh pustaka
Menubuhkan perpusatakaan kerana minat dalam ilmu
Simpan koleksi agong
Menyimpan koleksi karya agong zaman Yunani dan Rom yang diterjemahkan oleh cendikiawan Islam dan Paderi.
Tulis pemerhatian
Memerhati sendiri apa yang ditulis untuk mengelakkan percanggahan pendapat.
Kaedah penulisan.
Memperkenalkan kaedah penulisan melalui sistem pemerhatian.
Niccolo Machiavelli
Tokoh
Buku
Raja kuasa mutlak
Ditakut rakyat
Rakyat perlu setia
Nasionalisme
Negara Bangsa.

Dikenali tokoh Humanisme


Menghasilkan buku The Prince
Menyarankan seorang raja harus berkuasa mutlak.
Pemerintah harus ditakuti dan bukan disayangi rakyat.
Rakyat perlu memberi taat setia kepada Geraja Katolik.
Memperkenalkan aliran nasionalisme di Eropah.
Ideanya mendorong pembentukan negara bangsa di Eropah.

Leornado da Vinci
Seniman, Cendikiawan
Cantikkan gereja

Seorang tokoh seniman dan cendekiawan yang terkenal.


Melukis dan mengukir untuk mencantikkan gereja dan katedral di Rom.

Bab 9
SSMN/SEDAR
Terkenal dgan Mona Lisa
Kembang bakat
Versatil kuasai banyak ilmu.
Guna Ikuiri utk jawapan.

Menjadi pelukis terkenal dengan menghasilkan lukisan Mona Lisa.


Berjaya membina dan mengembangkan bakat sebagai manusia yang ideal.
Seorang Versatil dengan menguasai semua bidang ilmu seperti seni bina,seni ukir,kejuruteraan,botani,falsafah,geografi dan
strategi ketenteraan.
Mendahului zamannya mempunyai semangat inkuiri untuk mencari jawapan segala kejadian alam.

Buku Catatan

Membuat buku catatan dengan pelbagai lakaran ciptaan teknikal seperti busur panah gergasi digerakkan dengan roda.

Kesan yang berlaku selepas Renaissance di Eropah.


Muncul Monarki baru.
Cukai Raja kukuh.
Negara monaarki baru.
Perdagangan berkembang
Kemajuan ilmu.
Ilmu moden keonjektifan.
Emosi dan perubahan pemikiran.
Budaya dan keyakinan diri.
Perubahan dan pemikiran masy.
Inkuiri dan berani kejayaan.

Zaman Reformation
Perubahan
Gerakan

Kemunculan monarki baru yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan yang diasaskan melalui kewujudan kerajaan pusat dan
kesatuan kebangsaan.
Pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat memperkukuhkan kedudukan raja menyebabkan kuasa gereja dan
kuasa golongan bangsawan semakin kurang.
Monarki baru ini terdapat di Portugal,Castile dan Aragon (Sepanyol),England,Perancis dan Belanda.
Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas manakala kegiatan ekonomi sara diri kian
pupus.
Kemajuan dalam bidang matematik,geografi,kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi menyebabkan perkembangan
kegiatan penjelajahan dan penerokaan.
Menekankan ciri-ciri inkuiri ,keobjektifan,eksperimen dan merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan ilmu sains
seperti biologi,fizik,kimia dan perubatan.
Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia melahirkan emosi atau perasaan yang dicerminkan di dalam
muzik,lukisan,dan ukiran yang dihasilkan.
Dari segi psikologinya,unsur emosi yang dicerminkan berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan
diri.
Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik,saintifik,falsafah,dan metafizik.
Pengajaran daripada Zaman Renassance ialah kita harus mempunyai sifat inkuiri dan berani untuk meneroka perkara dan bidang
baru untuk mencapai kejayaan dalam semua jurusan.

Melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau untuk
membentuk sesuatu yang baru.
Merupakan suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke-18 yang mempunyai kaitan dengan agama Kristian.

Bab 9
SSMN/SEDAR
Counter Reformation
Menentang
Sebab Reformation
Kepincangan gereja.
Amalan tdk selari dengan Bible.
Amal gaya hidup bangsawan.
Penyelewengan gereja.
Mesin cetak Bible murah.
Menentang Indulgences
Luther mencabar gereja
Bantah dan Protestan.

Golongan agama bertindak menentang sesuatu yang baru yang ditimbulkan oleh gerakan Protestan.
Berlaku kepincangan , rasuah dan penyelewengan apabila pihak Gereja Rom telah meningkatkan usaha pembangunan
keduniaan.
Amalan golongan penguasa Gereja Katolik tidak selari dengan yang dianjurkan dalam kitab Bible menyebabkan ramai ahli
masyarakat mempersoalkan kedudukan mereka.
Golongan penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan yang tidak
mencerminkan kehidupan keagamaan.
Terdapat penyelewengan dengan penjualan sijil Indulgences , surat pengampunan bagi penganut Kristian yang melakukan dosa
merebak ke seluruh Eropah.
Adanya mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg membolehkan Bible dhasilkan masa yang singkat dengan harga yang murah.
Tindakan Martin Luther , Profesor ilmu theologi di Jerman, mula mengambil langkah menentang amalan Indulgences.
Luther percaya yang manusia itu seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya dalam amalan penghidaman dengan mencabar
kedudukan Gereja dan institusi paderi.
Luther memperkenalkan mazhab Protestan yang berasal daripada perkataan protesting yang bermaksud membantah yang
mempersoalkan kewibawaan Gereja Rom Katolik dan golongan paderi.

Kesan Zaman Reformation


2 Mazhab
Pimpinan Gerakan
Perang keagamaan
Kemusnahan masy.
Toleransi dan penyebaran .
Cabaran terbuka
Bebaskan kuasa terhadap monarki.

Kristian berpecah kepada Katolik dan Protestan


Di Switzerland gerakan pada mulanya dipimpin oleh Huldreich Zwingli kemudian dipimpin John Calvin.
Berlaku perang keagamaan di Perancis dan perang 30 tahun yang melibatkan Sapanyol, jerman, Bohemia, Denmark, dan
Sweden.
Peperangan mengikut mazhab telah mengakibatkan kemusnahan.
Dalam jangka panjang timbul sikap tolenransi antara pengikut mazhab Kristian untuk mempergiatkan pendidikan dan
penyebaran fahaman mereka.
Kuasa gereja dicabar secara terbuka.
Kuasa gereja terhadap monarki berkurangan disebabkan ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom. Cthnya
semasa pemerintahan Raja Henry VIII , raja menjadi ketua kerohanian gereja Protestan Anglican dengan memutuskan hubungan
dengan Rom.

Penjelajahan Dan Penerokaan


Kuasa-kuasa Eropah yang terlibat dalam penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15.
1. portugal
2. Sepanyol
3. Belanda
4. Inggeris

Bab 9
SSMN/SEDAR
Laluan Eropah ke Timur
Atlantik

Orang Eropah melalui Lautan Atlantik ke Timur.

Sebab-sebab penjelajahan dan penerokaan orang Eropah ke dunia luar.


Barangan Timur
Galakan Raja
Perjanjian tamatkan persaingan.
Keuntungan dagang empahr.
Penyebaran kristian.
Monarki baru dan galakkan.
Kebanggaan utk menjajah.

Ingin mendapatkan barangan seperti emas,sutera, dan rempah ratus dari Timur.
Raja Sepanyol dan Raja Portugal merupakan pemerintah yang bertanggungjawab memberikan galakan menjelajah ke Timur.
Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani untuk menamatkan persaingan mendapatkan tanah jajahan bahagian timur kepada
Portugal manakala Barat kepada Sepanyol.
Peragangan rempah ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada para pedagang Eropah.
Ingin menyebarkan agama kristian seperti yang ditekankan oleh penguasa gereja di Eropah.
Kemunculan Monarki Baru di England,Perancis,dan Belanda menggalakan penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut.
Semangat kebanggaan bangsa telah mendorong orang Eropah untuk menjelajah di luar Eropah sebagai kebanggaan bangsa.

Kesan penjelajahan orang Eropah terhadap masyarakat setempat.


Iktiraf kekuatan Eropah
Pemimpin tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah.
Syarikat Perdagangan
Syarikat berpiagam yang telah diwujudkan menjalankan perdagangan dari Eropah hingga ke Carribean,Latin
Amerika,Afrika,Indi,Asia Tenggara dan Asia Timur.
Pembekal Barangan kepada
Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.
Eropah.
Kuasai pusat dagangan
Portugis telah menguasai pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka.
Kayakan negara Eropah
Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah.
Jalan Laut dikuasai
Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi,Asai Tenggara dan Laut Cina Selatan dikuasai oleh Portugal.
Sebar Kristian
Penduduk tempatan menerima agama kristian yang dibawa oleh mubaligh kristian.
Hapus Tamadun Tempatan
Penjelajahan Sepanyol dengan melakukan penaklukan ke atas Mexico dengan menundukkan tamadun Atzec,dan menakluk Peru
dengan menghapuskan tamadun Inca.
Hijrah Masyarakat Eropah
Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah
tersebut.
Eksploitasi Buruh tempatan
Para pemodal Sepanyol mengeksploitasikan buruh pribumi untuk bekerja di lombong dan di ladang mereka.
Petempatan diluar Eropah
Petempatan orang Portugis di Melaka dan Goa manakala Filipina amat dipengaruhi oleh kuasa Sepanyol.
Sikap untuk menerima perubahan bagi mencapai kemajuan melalui Zaman Renaissance hingga zaman penjelajahan dan penerokaan di Eropah.
Ilmu
Inkuiri
Gigih
Berani

Kepentingan penerokaan ilmu pengetahuan.


Semangat inkuiri untuk melakukan perubahan.
Kegigihan dalam mencapai sesuatu matlamat.
Keberanian menghadapi cabaran tanpa mengira risiko yang bakal dihadapi semasameneroka lautan serta daratan.

Bab 9
SSMN/SEDAR
Revolusi Pertanian dan Revolusi Prindustrian
Sistem tanah di Britain
1. Tanah awam
2. Tanah milikan persendirian
Kesan Akta Pemagaran Tanah terhadap tuan tanah yang kaya.
Meluas
Bentuk ladang
Beli tanh
Tanah dipagar

Tuan tanah memiliki tanah yang luas.


Membentuk ladang pertanian.
Golongan tuan tanah dapat membeli tanah awam.
Semua tanah milik tuan tanah dapat dipagar.

Kesan Akta Pemagaran tanah terhadap petani-petani kecil


Kemampuan
Kos tinggi
Jual tanah
Kerja ladang
Buruh kilang - bandar
Hilang rezeki

Petani kecil tidak mampu memagari tanah.


Kos untuk memagar tanah tinggi.
Petani terpaksa menjual tanah.
Terpksa bekerja di ladang milik tun tanah yang kaya.
Berhijrah ke bandar untuk menjadi buruh kilang.
Petani kecil yang bergantung kepada tanah awam hilang punca rezeki.

Sebab berlaku Revolusi Pertanian di Britain.


Milik tanah dapat kelulusan pagar Perubahan dalam penggunaan dan pemilikan tanah persendirian setelah tuan tanah mendapat kelulusan Parlimen untuk memagar
tanah awam bagi membolehkan penanaman secara ladang.
Pertambahan penduduk
Britain menghadapi pertambahan penduduk,menyebabkan permintaan hasil pertanian meningkat dan menyebabkan harga
gandum meningkat.
Tanaman bergilir
Kaedah penanaman secara bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend dengan menanam pelbagai jenis tanaman secara
berterusan sepanjang tahun.

Bab 9
SSMN/SEDAR
Kesuburan tanah dijaga.
Tanaman baru.
Jentera pertanian
Baja asli
Pemasaran produk didagangkan.

Melalui kaedah ini kesuburan tanah dapat dikekalkan kerana tanaman berbeza memerlukan nutrien yang berbeza serta tanah
tidak dibiarkan kosong.
Tanaman baru diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang.
Terdapat alat yang dicipta olh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal serta penanaman biji benih dapat dilakukan
dengan pantas.
Penggunaan baja asli secara meluas telah menjadikan tanaman lebih subur dan hasil pertanian meningkat.
Lebihan produk dapat diperdagangkan melalui kaedah pemasaran yang meluas.

Kesan Revolusi Pertanian di Britain pada abad ke-18.


Punca ekonomi
Lebihan dieksport
Peladang jadi pedagang
Makanan mencukupi
Tuang tanah - tokoh
Pertanian skala besar

Pertanian menjadi punca ekonomi negara.


Lebihan produk dieksport.
Para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa.
Menyedikan makanan yang cukup kepada tenaga buruh industri di bandar.
Kedudukan tuan tanah sebagai tokoh pentig dalam masyarakat.
Muncul sistem ekonomi skala besar dengan pembukaan ladang pertanian membolehkan rakyat bekerja sebagai buruh ladang
mewujudkan golongan buruh dan majikan.

Ciptaan baru dan kegunaannya dalam Revolusi Perindustrian.


Water Frame
Cipta
Pintal
Wap

Dicipta oleh Richard Arkwright pada tahun 1769.


Alat pemintal benang.
Menggunakan kuasa wap

Spinning Jenny
Cipta
Pintal
Tangan

Dicipta oleh John Hargreaves pada tahun 1770.


Alat pemintal benang.
Menggunakan tangan dapat memintal lapan jurai benang serentak.

Enjin Berkuasa Wap James Watt


Cipta
Enjin
Lombong
Eksport

Dicipta oleh James Watt.


Memperbaiki enjin rekaan Nercomen.
Untuk melombong arang batu.
Untuk dieksport.

Faktor mempengaruhi berlaku Revolusi Perindustrian di Britain.


Lebihan modal dilabur semula

Para peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan modal dalam sektor perindustrian.

Bab 9
SSMN/SEDAR
Sikap sanggup risiko
Dana diselamatkan tidak gantung
impot.
Rekaan baru dlm industri.
Arang batu - tenaga
Semangat usahawan.

Perubahan sikap sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal dalam bidang perindustrian.
Dana dapat diselamatkan kerana Britain tidak perlu bergantung pada pengimportan bahan makanan dari luar seterusnya
membantu pertumbuhan dan perkembangan industri.
Rekaan dalam bidang sains dan teknologi dengan mencipta mesin baru dalam kegiatan perindustrian.
Penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga perusahaan.
Semangat dan kegiatan keusahawanan telah mencetuskan daya kreativiti dan inovatif tokoh-tokoh perindustria Britain.

Perubahan daripada Revolusi Perindustrian di Britain


Pengeluaran secara besar
Pengeluaran barangan dihasilkan secara besar-besaran melalui kaedah dan ciptaan mesin bagi menggantikan tenaga manusia.
Pengkususan pengeluaran.
Pemoda hanya mengkhusus kepada satu bidang industri untuk mengawal kos yang dapat mendatangkan faedah dan kemahiran
dalam bidang tersebut.
Prestasi ditingkatkan.
Prestasi barangan dari segi kuantiti dan kualiti dapat dipertingkatkan.
Pasaran dlm dan luar negeri
Produk tersebut dapat dipasarkan secara meluas di dalam negeri dan diluar negeri.
Teknologi moden cepat, murah,
Penggunaan teknologi enjin berkuasa wap dapat menjimatkan kos pengeluaran menyebabkan setiap barang menjadi murah dan
cekap luaskan pasaran
mampu dibeli masyarakat dan dipasarkan secara meluas di pasaran antarabangsa.
Rekaan dan penemuan
Pelbagai mesin direka untuk mempertingkatkan pengeluaran telah dihasilkan melalui kajian dan kreativiti para ahli teknologi
dan saintis seperti tenaga wap melalui pembakaran arang batu.
Pengangkutan - bantu kembang
Penggunaan kuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan kereta api dan kapal laut untuk mengangkut hasil
industri
industri.
Sumbangan enjin berkuasa wap terhadap sistem pengangkutan?
Pacu bot
Digunakan untuk memacu bot.
Kenderaan darat
Memacu kenderaan di darat.
Lokomatif
Lokomatif dipacu dengan enjin berkuasa wap.
Roket
Lokomatif roket dapat bergerak selaju 16 batu sejam di atas rel.
Kereta api
Kereta api menggunakan enjin berkuasa wap digunakan di Eropah dan Amerika Syarikat.
Bantu kembang industri
1875 kereta api berkuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan kereta api dan kapal laut untuk mengangkut hasil
industri Dan perkembangannya.
Kesan Revolusi Perindusrian di Britain.
Industri Ganti pertanian.
Buruh upah industri
Tuan tanah diganti pengusaha
kilang.
Dagangan Antarabangsa
Rekaan dan penemuan
Gerabak keretapi wap
Pengangkutan moden - Kapal wap

Kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan kegiatan pertanian sebagai bidang utama ekonomi negara.
Semakin ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh industri berbanding sebagai buruh pertanian.
Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat telah diganti oleh para pengusaha dan pemilik kilang.
Lebihan produk hasil daripada Revolusi Perindustrian diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan dapat
dimaksimumkan.
Kemajuan rekaan dan penggunaan kereta api berkuasa wap,menyebabkan gerabak boleh dipacu dengan lebih laju.
Enjin berkuasa wap boleh menarik lebih banyak gerabak bagi mengangkut barangan dan pekerja kilang.
Kemunculan sistem pengangkutan laut dengan penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.

10

Bab 9
SSMN/SEDAR
Sistem Kilang
Tiada Layanan
Pengunnaan Mesin
Protes pekerja
Larangan pekerja bergabung.
Hukuman berat
Buruh Kanak-kanak
Masa kerja 10 jam

Revolusi Perindustrian telah memperkenalkan sistem perkilangan terutamanya kilang tekstil.


Peringkat awal golongan buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yang sewajarnya.
Kemahiran para penenun dan tukang jahit tidak diperlukan selepas mesin membuat stoking,renda dan bahan pakaian lain
tercipta.
Pekerja mahir memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang membuat stoking dan renda dikenali sebagai Pergerakan
Luddite.
Terdapat Akta Anti penggabungan yang melarang para pekerja daripada bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang
tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan mereka.
Sekiranya pekerja didapati melanggar peraturan tersebut,mereka boleh dikenakan hukuman berat oleh pemerintah.
Kanak-kanak dipaksa bekerja di lombong arang batu.
Masa bekerja panjang melebihi 10 jam sehari.

Tindakan kerajaan mengatasi penindasan pekerja kilang.


Wujud Kesatuan dan pindaan
undang-undang.
Larangan kanak-kanak bekerja.
Masa kerja 9 jam.
Keselamatn terjamin
Buruh kanak-kanak
perempuan/wanita dilarang.
Pekerja wanita -sepuluh jam

Imperialisme
Penguasaan terhadap negara
Keuntungan politik dan eko.

Pada tahun 1824,Akta Anti Penggabungan telah dimansuhkan dan penubuhan Kesatuan Sekerja buat pertama kalinya telah
diizinkan.
Pada tahun 1833,Akta Kilang digubal di Parlimen yang melarang kanak-kanak dibawah umur sembilan tahun bekerja sebaliknya
diwajibkan ke sekolah.
Had masa bekerja bagi kanak-kanak yang layak tidak melebihi sembilan jam sehari.
Majikan perlu memastikan keselamatan para pekerja mereka terjamin.
Pada tahun 1842,Akta Lombong diperkenalkan untuk melarang penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam
perusahaan arang batu.
Pada tahun 1847,memperkenalkan Akta Sepuluh Jam menetapkan agar pekerja wanita dalam perusahaan tekstil tidak bekerja
lebih sepuluh jam sehari.

Imperialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara yang lemah.
Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi.

Faktor mempengaruhi kedatangan penjajahan Barat ke Asia.


Bahan Mentah
Kuasa Barat pada masa itu berminat untuk mendapatkan bahan mentah dalam kuantiti yang banyak serta berterusan daripada
tanah jajahan seperti rempah ratus,emas dan perak.
Luaskan Pasaran
Untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri negara mereka.
Revolusi Industri
Kesan daripada Revolusi Industri yang merebak ke Eropah menyebabkan Britain,Jerman,Belanda,Perancis dan Itali menjadi
kuasa imperialis untuk cari untung, bahan mentah, pasaran..
Sistem Pengangkutan moden.
Revolusi Pengangkutan mewujudkan sistem jalan kereta api dan penciptaan kapal berkuasa wap menyebabkan kuasa Barat
berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.

11

Bab 9
SSMN/SEDAR
Kenaikan Tarif
Niat sebar pengaruh.
Lumba
Tanggungjawab

Britain terpaksa mencari pasaran di Asai kerana Amerika Syarikat mengenakan tarif untuk melindungi industri mereka.
Pihak Barat yang juga berhasrat untuk menyebarkan pengaruh tamadun dan agama kristian ke seberang laut.
Semangat perlumbaan dikalangan negara Barat dalam kegiatan penaklukan kerana menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai
satu status kuasa yang kuat.
Orang-orang Eropah menganggap usaha mengembangkan tamadun mereka sebagai satu tanggungjawab yang disebut oleh orang
Inggeris sebagai the white mans burden,oleh Perancis sebagai mission civilisatrice,oleh Jerman sebagai tugas
menyebarkan budaya dan oleh Amerika sebagai the blessing of the Anglo-Saxon protection.

Kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara.


Terima penasihat
Para pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dan pentadbir dari Barat.
Perundangan ditukar
Sistem politik perundangan peribumi telah ditukar agar menyamai sistem Barat.
Persaing antara kuasa barat.
Persaingan kuasa-kuasa Barat mendapatkan tanah jajahan menyebabkan kuasa British telah campur tangan di Tanah
Melayu,Burma,India,Belanda di Indonesia,Perancis menjajah Indo China dan Amerika menduduki Filipina.
Ekonomi tempatan hapus.
Kegiatan ekonomi peribumi dihapuskan.
Wujud eko.komersial
Kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan untuk memenuhi keperluan industri di Britain.
Pendidikan diperkenalkan.
Sistem pendidikan yang diperkenalkan terhad di kawasan bandar untuk memberi pendidikan asas dan melatih golongan
pentadbir rendah bagi memenuhi keperluan pentadbiran penjajah.
Buruh imgran.
Kuasa Barat bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi
komersial mereka.
Demografi dan masyarakat
Perubahan demografi dan komposisi etnik berlaku di negara yang telah dijajah oleh kuasa Barat membentuk masyarakat
majmuk.
majmuk.
Pecah dan perintah.
Menjalankan dasar pecah dan perintah mengelakkan hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka.
Perpaduan ditanggung pribumi.
Tugas untuk meransang dan menjalin hubungan baik di kalangan pelbagai kaum terpaksa dipikul oleh pemerintah peribumi
selepas merdeka.

12

You might also like