You are on page 1of 20

MEMPERKASA PENDIDIKAN NEGARA

Komitmen Kerajaan Malaysia untuk


meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia
sangat tinggi. Hasilnya, sistem pendidikan
mengalami perkembangan pesat sejak
50 tahun yang lepas. Sepanjang tempoh
tersebut, pelbagai kejayaan telah berjaya
diukir.
Kadar literasi
warga dewasa
mencapai 92%.
Malaysia menang
Anugerah
Commonwealth
bagi Amalan Terbaik
Pendidikan.

Kadar enrolmen
pendidikan menghampiri
enrolmen peringkat
universal bagi sekolah
rendah (92%), sekolah
menengah rendah (85%)
dan sekolah menengah
atas (78%).

Pencapaian yang boleh dibanggakan


1

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA


NEGARA (NKRA) PELUASAN AKSES
KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN
BERKEMAMPUAN
Malaysia di bawah kepimpinan Dato Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak telah memperkenalkan
Program Transformasi Kerajaan (GTP). Program
ini merupakan usaha kerajaan membawa
perubahan dalam sistem penyampaiannya.
Sehubungan itu, NKRA Pendidikan telah
menjadi salah satu teras dalam GTP yang telah
dilancarkan oleh Perdana Menteri pada
28 Januari 2010.
Memastikan semua kanakkanak mendapat permulaan
pendidikan berkualiti.
Membangunkan
budaya pencapaian untuk
memacu transformasi dalam
sistem pendidikan.

Dua fokus utama NKRA Pendidikan


2

Meningkatkan
standard pendidikan
Malaysia ke peringkat
antarabangsa.

Memastikan semua pelajar


mendapat akses yang sama
kepada pendidikan berkualiti
tanpa di pengaruhi oleh
pendapatan keluarga.

Sebab NKRA Pendidikan diperkenalkan


3

7 PERKARA NKRA PENDIDIKAN


1. Prasekolah

2. Literacy and
Numeracy Screening
(LINUS)
3. Sekolah
Berprestasi
Tinggi (SBT)

Sub NKRA Pendidikan

7. Pemantapan
Bahasa
Inggeris
6. Piagam Guru
4

4. Tawaran Baharu
Kepada Pengetua/
Guru Besar.

5. Program
Pembangunan
Prestasi Sekolah
(SIP)

PENJELASAN SUB NKRA


1. Prasekolah
Kerajaan berhasrat memberi pendidikan awal
yang berkualiti kepada semua kanak-kanak.
Tindakan ini diambil kerana asas yang kukuh
dapat memastikan peningkatan minat
dan kesinambungan kepada pendidikan di
peringkat yang lebih tinggi.
77% enrolmen.
4,589 prasekolah baharu beroperasi pada
2010 dan 2011.
38,301 murid dari keluarga berpendapatan
rendah menerima bantuan yuran pada
tahun 2010 dan 2011.

Kejayaan NKRA Pendidikan


di bawah GTP 1.0
5

2. LINUS
Program ini ingin memastikan setiap kanakkanak menguasai kemahiran asas literasi dan
numerasi selepas mengikuti 3 tahun
pendidikan rendah. Bagi memastikan
sasaran ini tercapai, Kementerian Pelajaran
mewujudkan jawatan Fasilitator LINUS
(Fasilinus) di semua Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) bagi memantau dan menyelaras
pelaksanaan LINUS serta membantu guruguru LINUS dalam pengajaran.
Dianggarkan 1.35
juta murid tahun
1 3 sekolah rendah
menduduki saringan
LINUS.
Murid tahun 2 pada
tahun 2011 mencapai
kadar 97.5% literasi &
98.6% numerasi.

Kejayaan NKRA Pendidikan


di bawah GTP 1.0
6

3. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)


SBT dilaksanakan untuk memastikan sekolah
yang cemerlang diberi pengiktirafan yang
sewajarnya dan boleh dijadikan benchmark
kepada sekolah lain. Usaha ini bertepatan
dengan hasrat NKRA Pendidikan yang mahu
menyediakan pendidikan yang berkualiti dan
mampu dinikmati oleh semua pelajar sekolah.
Sekolah mendapat
pengiktirafan sebagai
Sekolah Berprestasi
Tinggi.
Memberi lebih
autonomi dan
akauntabiliti kepada
SBT bagi meningkatkan
kecemerlangan.

Kejayaan NKRA Pendidikan di bawah GTP 1.0


7

4. Tawaran Baharu Kepada Pengetua/Guru


Besar
Tawaran baharu ini diperkenalkan sebagai
perangsang kepada Pengetua dan Guru Besar
dalam bentuk ganjaran kewangan dan bukan
kewangan untuk mereka meningkatkan lagi
kecemerlangan sekolah masing-masing. Hal
ini dititikberatkan kerana ujian menunjukkan
pemimpin sekolah mempunyai impak yang
tinggi ke atas pencapaian murid.
203 Guru Besar dan
Pengetua telah menerima
Bayaran Insentif Tawaran
Baharu (BITB) pada 2010
dan 2011.

Kejayaan NKRA Pendidikan di bawah GTP 1.0


8

5. Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP)


Program ini bermatlamat mengurang bilangan
sekolah dalam Band 6 dan 7 melalui programprogram khusus yang dirancang untuk
sekolah-sekolah berprestasi rendah. Antara
program yang disenaraikan ialah penempatan
Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC)
dan Rakan Pembimbing Pembangunan
Sekolah (SIPartner).
Semua sekolah kerajaan telah dirank
dan dibandkan kepada 7 Band mulai
2010.
40% penurunan bilangan sekolah
dalam Band 6 dan 7.
Membangunkan sistem data yang
bersepadu peringkat kebangsaan
melalui Sistem Analisis Peperiksaan
Sekolah (SAPS).

Kejayaan NKRA
Pendidikan
di bawah GTP 1.0
9

6. Piagam Guru
Piagam Guru diperkenalkan dalam GTP 2.0
bagi meningkatkan peluang kerjaya yang
lebih baik serta pengurusan prestasi yang
cekap melalui satu instrumen penilaian yang
berteraskan kompetensi yang jelas.
Membolehkan kenaikan pangkat yang lebih cepat
untuk golongan guru yang berprestasi tinggi.
Penempatan semula ke tugasan lain bagi guru-guru
yang berprestasi rendah.

10

7. Pemantapan Bahasa Inggeris


Kementerian Pelajaran berusaha untuk
meningkatkan kemahiran guru Bahasa
Inggeris secara intensif dan pembelajaran
imersif untuk semua guru yang kurang mahir.
Inisiatif yang terdapat dalam GTP
2.0 ini juga berkehendakkan guruguru Bahasa Inggeris menduduki
Cambridge Placement Test.

11

Nampaknya kerajaan telah


berusaha keras memastikan
kualiti pendidikan anakanak saya terjamin. Terima
kasih kerajaan kerana
memperkenalkan NKRA
Pendidikan.

Saya dan abang


boleh mendapat
ilmu yang
berstandard
antarabangsa
emmmm bestnya
ke sekolah.

12

Selama ini saya risau


pendapatan keluarga
saya yang sederhana
menyebabkan anakanak saya mendapat
kualiti pendidikan yang
rendah. Nampaknya
kerisauan itu boleh
di buang jauh-jauh
sekarang

Transformasi Pendidikan Negara


Usaha kerajaan Malaysia untuk meningkatkan
kualiti pendidikan negara tidak terbatas
kepada pengenalan NKRA Pendidikan
semata-mata. Pelbagai langkah lain diambil
seperti memperkenalkan PERMATA dan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025.

MEMPERKASA PERMATA NEGARA


INFO PERMATA
Memastikan Dasar Asuhan dan Didikan Awal KanakKanak Kebangsaan dilaksanakan secara berkesan
dan mewujudkan modal insan negara yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani,
sosial dan komunikasi.
Terdapat empat program PERMATA iaitu PERMATA
Seni, PEMATA Pintar, PERMATA Insan dan PERMATA
Perkasa Remaja.
Modul PERMATA mula dilaksanakan pada 2009 di
311 buah Taska PERMATA Kemas, 35 buah Taska
PERMATA Perpaduan, 32 buah Taska PERMATA
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT),
186 buah Taska Tempat Kerja dan Taska Komuniti.
13

INFO PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


MALAYSIA 2013 2025
Pelan yang bersifat komprehensif dan demokratik
kerana dirangka setelah mengambil pandangan
daripada pakar pendidikan di dalam dan di luar
negara. Terdapat 11 anjakan iaitu:1. Menyediakan kesamarataan akses kepada
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa;
2. Memastikan setiap murid profisien dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai;
4. Transformasi keguruan sebagai profesion
pilihan;
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah;
6. Mengupayakan Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN), PPD dan sekolah untuk menyediakan
penyelesaian khusus berasaskan keperluan;
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia;
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan
penyampaian pendidikan;
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan
sektor swasta secara meluas;
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi
setiap ringgit; dan
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
14

Bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar sekolah


rendah dan menengah.
Diskaun 50% kadar tambang komuter KTMB.
Rebat RM200 pembelian telefon mudah alih pintar.
Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 untuk pelajar
tingkatan enam dan Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang
upaya kekal dan kematian pengguna bas sekolah
berpermit.
Projek perintis Taska Kanak-Kanak OKU.
50% pengurangan kadar bayaran pasport bawah
12 tahun.
20% diskaun penyelesaian sekali gus pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN).
10% diskaun bagi bayaran pinjaman PTPTN secara
konsisten.

Bantuan kerajaan kepada pelajar melalui Bajet 2013


15

MEMPERKASA PENGAJIAN TINGGI


Selain usaha-usaha untuk meningkatkan
kualiti pendidikan di peringkat sekolah,
kerajaan Malaysia juga sangat komited kepada
usaha meningkatkan kualiti pendidikan di
peringkat pengajian tinggi. Antara usaha yang
telah dijalankan ialah menubuhkan Majlis
Profesor Negara (MPN), Pusat Kecemerlangan
Pengajian Tinggi (Hicoe), Program MyBrain15
dan Program Duta Universiti (UAP).
Majlis Profesor Negara (MPN)
INFO MPN
Majlis ini menggabungkan kepakaran 1,426 orang
profesor dari seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA).
Berperanan membantu kerajaan dengan
menyumbangkan input dalam penggubalan dasardasar negara, terutama bagi menjayakan Model Baru
Ekonomi (MBE).
Menambah jumlah Profesor Diraja dan mewujudkan
kategori Profesor Kanan yang diletakkan di bawah
Gred Turus dalam perkhidmatan awam, tanpa perlu
memegang sebarang jawatan di universiti awam.
16

Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICOE)


INFO HICOE
Mengiktiraf sumbangan
dan prestasi mereka
dalam bidang akademik
dan penyelidikan. Ia
merupakan jentera bagi
Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) untuk memangkinkan
pembangunan inovasi secara
menyeluruh.
Penubuhannya juga adalah
selaras dengan sasaran
dalam Teras Ketiga Pelan
Strategik Pengajian Tinggi
Negara (PSPTN), untuk
mewujudkan 20 buah Pusat
Kecemerlangan bertaraf
antarabangsa menjelang
2020.
Bukti kerajaan melaksanakan
pendekatan pendemokrasian
program pembangunan
ekonomi dan pengukuhan
struktur sosial melalui
penglibatan banyak pihak.
17

PROGRAM MyBrain15
Program MyBrain15 yang merupakan satu program
pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah
dan menjadi salah satu projek agenda kritikal bagi
melahirkan individu berkepakaran antarabangsa.
Di bawah program ini, kerajaan menyasarkan
untuk melahirkan seramai 60,000 pemegang PhD
dalam kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun
2023.
Program-program yang dilaksanakan menerusi
Program MyBrain15 adalah MyPhD, MyMaster, PhD
Industri dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).

18

PROGRAM DUTA UNIVERSITI (UAP)


Program Duta Universiti yang dirangka di bawah
Strategi Lautan Biru Kebangsaan 5 ialah inisiatif
merentasi kementerian yang membabitkan
mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih
bagi melaksanakan aktiviti bermanfaat kepada
masyarakat.
Mahasiswa yang dipilih sebagai Duta Universiti
diyakini mampu berperanan sebagai ejen
perubahan dan perantara bagi menggerakkan
program berbentuk kemasyarakatan yang telah
dikenal pasti.
UAP melibatkan seramai 63 orang pelajar daripada
enam buah IPTA (USM, UIAM, UTM, USIM, UiTM
dan UPSI).
4 inisiatif iaitu Innovation & Technology; Nurturing
Interest in Math & Science; Lifelong Learning; dan
Micro Entrepreneuers.

19

Banyak betul Kerajaan Malaysia


membantu pelajar. Yang terkini ialah
Biasiswa 1Malaysia Development Bhd.
(1MDB). Sebanyak 500 pembiayaan
diberi kepada pelajar yang mendapat
8A+ dalam SPM. Bantuan sebegini
pastinya banyak membantu
meringankan beban perbelanjaan
pendidikan untuk anak-anak.

20

You might also like