Professional Documents
Culture Documents
a=Z0pUL3FMZVZBUkU4Ng%3D%3D=&l=asal--usulbangsa-melayu
http://bahasamelayutuisyen.wordpress.com/2007/07/31/sejarah-bahasa-melayu/
http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm
Asal Usul Bangsa Melayu
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di
Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia
ini.
Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa
dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan TibetChina (rujuk carta alir di atas).
Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan
bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti
menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa
Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki
yang tinggi.
Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf
Pallawa:
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam
huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:
sukhatshitta)
buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah
dan rahmat
membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad
itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa
Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani,
Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
Ciri-ciri bahasa klasik:
kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya,
masyghul (bersedih)
ayat songsang