You are on page 1of 6

Uraian Rukun Iman

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Umar Ibni Al-Khattab r.a bahawa di dalam
pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullah saw di dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai
sahabat-sahabat Rasulullah saw maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah saw
yang bermaksud:Jibril telah berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadaku mengenai iman maka jawab
Rasulullah, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab,
kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan dan peruntukan bagi
kamu sama ada baik atau buruk adalah semua daripada Allah swt, maka Jibril pun berkata kamu telah
berkata benar.
Jadi, dari ayat Al-Quran dan hadith dapatlah disimpulkan bahawa iman itu ialah 6 perkara
iaitu:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Percaya kepada Allah


Percaya kepada Malaikat
Percaya kepada Kitab
Percaya kepada Rasul
Percaya kepada Hari Kiamat
Percaya kepada Qada dan Qadar

1. Percaya Kepada Allah Swt


Arti beriman dengan Allah Taala itu ialah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan perkaraperkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah Taala.

Beriman dengan Allah juga bermaksud:


1.
Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah
2.
Membenarkan dengan yakin akan keEsaan Allah, baik dalam perbuatanNya menjadikan alam
dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap makhluk
3.
Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, suci
dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai segala yang baharu

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orangorang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang ) bertaqwa
(Surah Al-Baqarah:21)
Artinya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di ala ini termasuk bumi
langit dan planet-planet yang lain, yang dapat dilihat atau tidak, semuanya adalah kepunyaan Allah
swt
Percaya kepada Allah ini adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman yang lain
kerana dengan adanya Allah maka adanya yang lain-lain itu.
2.

Percaya kepada Malaikat

Bahwa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya tidak boleh dilihat, bukan
lelaki dan bukan perempuan. Hidup mereka sentiasa taat kepada perintah Allah tanpa sesekali

menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allah daripada cahaya. Sabda Rasulullah saw
(terjemahanya):
Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap &
dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah(Hadith riwayat
Muslim)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
1.
2.
3.

Nama dan Tugas Malaikat


Jibril Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi & rasul-rasulNya untuk
disampaikan kepada manusia
Mikail Mengawal cekerawala termasuk matahari, bulan, bintang-bintang, hujan & panas
dan lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah
Izrail Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang
dikehendaki oleh Allah
Israfil Meniup sengkekala apabila tiba masanya
Raqib Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia
Atid Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia
Mungkar Menyoal manusia di dalam kubur
Nakir Menyoal manusia di dalam kubur
Ridhwan Mengawal syurga
Malik Mengawal neraka
Antara tugas-tugas Malaikat seperti:
Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul
Bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah
Berdoa untuk orang-orang beriman

Peranan Malaikat di Akhirat seperti memberi salam pada ahli syurga, mengazab ahli neraka
dan seumpamanya
Hikmat Beriman Kepada Malaikat
1.
Seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh Malaikat maka dia akan sentiasa
menjaga tingkah laku yang berkelakuan baik, menjaga tutur kaya yang walau dimana dia berada
2.
Seseorang akan segera insaf dan tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana menyedari
setiap tutur kata dan gerak laku yang tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib & Atid
3.
Seseorang muslim akan sentiasa melakukan apa yang disuruh Allah dan menghindar apa yang
dilarang Allah supaya selamat di alam kubur kerana dia mengetahui apabila dia mati, dia akan
ditanya dan diseksa oleh Malaikat di dalam kubur
3. Percaya Kepada Kitab
Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah swt telah menurunkan beberapa buah kitab kepada
rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal ibadat
untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki kehidupan manusia di dunia
1.
2.
3.
4.

Kitab-kitab yang wajib diketahui ialah:


Zabur : Nabi Daud (dalam bahasa Qibti)
Taurat : Nabi Musa (dalam bahasa Ibrani)
Injil : Nabi Isa (dalam bahasa Suryani)
Al-Quran : Nabi Muhammad saw (dalam bahasa Arab)

Firman Allah swt yang bermaksud:


Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu tetapi akhirnya
mereka telah berselisih faham), maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar
gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada
yang engkar dengan balasan azab neraka), dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab
suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara manusia
mengenai apa yang mereka pertikaikan
(Surah Al-Baqarah: 213)
Al-Quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh Allah & penutup kepada segala
kitab-kitab yang terdahulu
4. Percaya Kepada Rasul
Seseorang Islam diwajibkan beriman bahawa Allah telah mengutuskan beberapa orang rasul
yang dipilihNya daripada jenis manusia yang cukup sempurna. Mereka membimbing manusia kepada
kehidupan yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat
1.
2.
3.
4.
1.
2.

3.
4.
5.

Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul:


Siddiq Benar pada segala percakapan, perkhabaran & perbuatan
Amanah Jujur dan tidak membuat kesalahan
Tabligh Menyampaikan semua perintah Allah kepada manusia
Fathonah- Bijaksana
Erti Rasul dari segi bahasa : Utusan yang menyampaikan sesuatu perutusan seseorang kepada
orang lain
Erti Rasul dari segi istilah: Lelaki utusan Allah yang menerima wahyu Allah untuk dirinya
yang wajib disampaikan kepada umat manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan
diredhai Allah
Dari segi keaslian : al-Quran tetap asli tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh
manusia manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli
Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat, manakala kitab-kitab lain untuk tempohtempoh tertentu sahaja
Bahasa Al-Quran adalah bahasa arab yang hidup pemakainnya sepanjang masa, iaitu sentiasa
digunakan oleh ramai dan banyak negara di seluruh dunia

Hikmah Beriman Dengan Kitab-kitab


Menunjukkan bahawa agama yang dating daripada Allah adalah satu sahaja iaitu Islam yang
terkandung di dalam kitab-kitab yang datAng daripada Allah mendahului. Para Nabi semasa ke
semasa sehinggalah kitab al-Quran
Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang
berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datAng daripada Allah

Perbezaan dari segi syariat perkara penting berkaitan pelaksanaan dalam agama boleh berlaku.
Yang ditegah secara tegas ialah perbezaan dari segi akidah atau perkara-perkara usul. Ini terbukti

dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi dengan nabi yang lain berbeza, tetapi akidah dan
perkara pokok yang lain semuanya sama
Semua para Nabi adalah Islam. Tidak ada percanggahan antara al-Quran dan Taurat
sebagaimana juga tidak ada pertentangan dengan Injil dan kitab-kitab lain.
Percaya Kepada Hari Akhirat
Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segala macam akidah
dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang manusia telah
memperkatakan masalah ini. Para ahli fakir selalu menempatkan persoalan ini sebagai inti
penyelidikan, sebab beriman kepada hari akhirat akan membawa manusia kepada keyakinan adanya
satu kehidupan duniawi dan penciptaan manusia. Demikianlah pentingnya masalah ini hingga
turunnya ayat-ayat Allah menerangkan kedudukan hari Akhirat.

1.

2.
3.
4.
5.

1.
2.

3.
4.

Lima fasa pola beriman kepada hari Akhirat:


Tahap kehancuran makhluk yang ada di muka bumi. Terjadi gempa bumi, di mana gununggunung menjadi debu, air laut mendidih meluap-luap, bintang-bintang berguguran, langit
bergulungan, sedang manusia mabuk dan pitam. Kemudian musnahlah segala makhluk sama ada
yang bernyawa mahupun tidak, hanya Allah yang tetap kekal
Hari kebangkitan di mana manusia akan dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan dipadang
Mahsyar
Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia dahulu. Tidak ada yang tersembunyi sama ada
yang jahat mahupun yang baik, sekalipun sebesar zarah
Hari menghisab di depan mahkamah keadilan Allah, dimana manusia akan memperolehi
keputusan yang paling adil tanpa ada penganiayaan
Hari keputusan di mana manusia akan menerima ganjaran yang setimpal dengan amalannya.
Di sini saat yang dijanjikan akan dipenuhi sebagai tujuan penciptaan manusia. Mereka yang
banyak amal kebajikan ditempatkan di syurga dan banyak amalan kejahatan akan ditempatkan di
neraka

Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat


Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya alam akhirat yang merupakan tempat
manusia menerima balasan dan juga tempat yang kekal abadi untuk semua manusia
Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Rabul-Alamin selaku
pemerintah dan penguasa serta tuan punya Alam, pencipta dan pemilikan hari Akhirat dan segala
isi kandungannya
Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan Hari Akhirat
Mengalakkan orang Islam melakukan maruf (kebaikan) dan meninggalkan kejahatan

Beriman Kepada Qada Dan Qadar'


Maksud Takdir
1.
Takdir ataupun ketentuan Allah terhadap makhluknya khususnya manusia dapat dibahagikan
kepada dua:
2.
Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab musabab
3.
Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya, khususnya manusia

Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allah


1.
Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha Adir dan
tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allah tentukan kepada
manusia di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu
hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik adalah buruk bagi kita dan
demikianlah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui
2.
Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk yang berlaku ke atas diri kita.
Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan
kepada kita
Peringkat-Peringkat Iman
1.
Iman Taqlid Iman ikut-ikutan, hanya semata-mata mengikut pendapat orang lain
2.
Iman Ilmu Beriman semata-mata kerana berilmu dan berdasarkan pada fikiran tidak terletak
di hati
3.
Iman Ayan Iman yang terletak di dalam hati. Iman ini dimiliki oleh orang-orang soleh
4.
Iman Hak Iman sebenar yang terlepas dari nafsu syaitan. Iman ini dimiliki oleh golongan
muqarabbin, iaitu orang yang hampir dengan Allah
5.
Iman Hakikat Iman peringkat tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Iman ini hidup
semata-mata untuk Allah dan Rasul serta hari Akhirat seperti para sahabat nabi
Iman Bertambah Dan Iman Berkurang
Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan. Perkara-perkara yang perlu
dilakukan untuk meneguhkan iman:
1.
Melawan hawa nafsu
2.
Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela
3.
Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji
4.
Melahirkan keikhlasan berbakti & berkorban semata-mata kerana Allah
5.
Memperbanyakkan amalan-amalan sunat
6.
Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasan Allah
Kepentingan Mempelajari Ilmu Akidah
Antara beberapa kepentingan mempelajari ilmu akidah termasuklah:
1.
Supaya terhindar daripad ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap
Allah swt
2.
Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya
3.
Memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan
yang boleh merosakan akidah
4.
Audit dan Timbangan Amalan. Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat
ialah hisab dan timbangan amalan
5.
Balasan Syurga dan Neraka. Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa orang yang
mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan
dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukan ke dalam neraka
6.
Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang
cuba memesongkan akidah seseorang

Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan Manusia

1.
2.

Akidah Sebagai Asas


Akidah Sebagai Penentu atau Pendorong

Penyelewengan Dan Kerosakan Akidah


1.
Melalui Percakapan atau ucapan
2.
Melalui Perbuatan
3.
Melalui Iktikad dalam hati
Pembinaan Akidah
1.
Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara khusus
2.
Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang
disuruh oleh Allah
3.
Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam
4.
Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik
5.
Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah
6.
Bertawakal kepada Allah
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum
kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah(berterusan). Secara tidak
langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara
yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.

You might also like