You are on page 1of 2

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau ringkasnya Bank rakyat merupakan bank

koperasi Islam terbesar di Malysia dan merupakan satu institusi yang menawarkan pelbagai
perkhidmatan kepada pelanggan seperti pelaburan, pinjaman, dan simpanan. Bank rakyat bertujuan
membantu masyarakat dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka disamping mempunyai matlamat
untuk mendapatkan keuntungan. Sehingga pada harini ini, bank rakyat giat beroperasi dan
mempelbagaikan perkhidmatan mereka yang bertujuan memaksimumkan keuntungan dan untuk
memenuhi keperluan masyarakat setempat.
Pada dasarnya, bank rakyat telah ditubuhkan pada tahun September 1954 di bawah Ordinan
Koperasi 1948. Pada mulanya dikenali sebagai bank persatuan yang bertujuan untuk memenuhi
keperluan masyarakat. Pada tahun 1984, Bank Agong (Apex Bank) ditubuhkan atas kerjasama di
antara Bank Persatuan untuk memberi pengurusan yang lebih efisien. Pada tahun 1967, Bank
Kerjasama Malaysia Berhad telah mengambil alih atau telah menggantikan Bank Agong untuk
beroperasi. Dengan wujudnya peralihan ini, pelbagai elemen telah diperbaiki dan dipertingkatkan
seperti penawaran khusus kepada individu, dan menubuhkan beberapa cawangan bank yang telah
ditetapkan. Kesan daripada itu, nama Bank Kerjasama Malaysia Berhad akhirnya ditukar menjadi
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat.
Bagi memperkukuhkan dan memperbaiki perkhidmatan bank rakyat, satu akta khas telah
diwujudkan untuk memperbaiki dan mempercepatkan pengurusan pentadbiran bank rakyat iaitu
dibawah akta Akta Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad (Peruntukan Khas) 1978 (Akta 202) yang
membolehkan Bank Rakyat menawarkan pembiayaan kepada mereka yang bukan ahli atau
masyarakat setempat. Seterusnya, Tabung Simpanan Nuri untuk kanak-kanak telah diperkenalkan
untuk meringankan beban masyarakat khas kepada kanak-kanak yang akan diberi pembiayaan yang
telah ditetapkan. Selain itu, bank rakyat masih dikekalkan dibawah Kementerian Tanah &
Pembangunan Koperasi dan Kementerian Kewangan. Oleh kerana secara dominan masyarakt melayu
beragama islam, bank rakyat telah mengubah konsep atau sistem mereka dari perbankan komersial
kepada perbankan Islam iaitu segala urusan pentadbiran adalah merujuk dan sesuai kepada hukum
syarak.
Pelbagai jenis produk perbankan dan fasiliti pelanggan ditawarkan seperti pembiayaan
konsumer, komersil serta simpanan dan pelaburan dalam usaha untuk melengkapkan kemudahan
perbankan kepada anggota dan pelanggan. Pengenalan produk yang berkualiti, berpelbagai dan
berdaya inovatif yang memenuhi keperluan ramai pelanggan, peningkatan bilangan dan tahap
kecekapan saluran penyampaian serta penampilan imej korporat yang mesra berjaya meletakkan Bank
Rakyat di kedudukan yang sesuai untuk menjadi sebuah Bank Pilihan. Sehingga 31 Disember 2007,
Bank Rakyat memiliki aset berjumlah RM34.9 bilion, yang mewakili kira-kira 70 peratus jumlah aset
keseluruhan koperasi di negara ini. Bank Rakyat mempunyai 134 cawangan dengan lebih 500 mesin

juruwang automatik (ATM 435) dan mesin deposit tunai (CDM 150) serta 23 Ar-Rahnu Xchange
di seluruh negara.

You might also like