You are on page 1of 1

Stesen 3 : Tarian Traditional

Aktiviti yang ketiga merupakan tarian traditional yang dipersembahkan


oleh murid-murid. Aktivit ini dijalankan di Foyer bangunan kolej baru.
Selepas ketibaan kami, wakil kumpulan kami iaitu Ken Kheu telah memilih
salah satu tarian traditional daripada beberapa jenis pilihan yang
ditetapkan oleh fasilitator. Tarian traditional yang dipilih merupakan
budaya Melayu. Suasana di situ sungguh meriah kerana kawan-kawan
sedang sibuk berlatih langkah-langkah tarian masing-masing. Masa yang
diberi untuk berlatih tarian tersebut ialah 15 minit. Selepas itu, kami
dikehendaki mempersembahkan tarian secara berkumpulan di hadapan
fasilitator.
Selapas perbincangan selama 5 minit antara kumpalan kami, kami
bersetuju untuk menjadikan tarian Joget sebagai tarian traditional Melayu
kami. Kami pun bermula untuk memikirkan langkah-langkah tarian. Lagu
terkenal yang berjaya dipilih ialah Rasa Sayang. Selepas 10 minit, kami
telah mempersembahkan tarian tersebut di hadapan facilator dan guru
Titas kami iaitu Cikgu Rose. Beliau telah mengambil gambar semasa
persembahan kami. Kami juga diberikan tepukan dan kepujian yang kuat
daripada fasilitator. Kami berasa sungguh gembira.
Walaupun masa yang ditetapkan amat singkat, tetapi kumpulan kami
masih berjaya untuk mempersembahkan tarian itu kerana semua ahli
kumpulan telah memberi kerjasama yang cukup untuk menjalankan
tugasan ini dengan lancar. Tanpa kerjesama daripada setiap ahli
kumpulan, kami tidak dapat meyelesaikan setiap tugasan yang diberi
dengan sempurna.

You might also like