You are on page 1of 5

LAPORAN JAMBORI PENGAKAP ASEAN KE-5

2016

Malaysia buat julung kali menjadi tuan rumah Jambori


Pengakap ASEAN Kelima (ASJ 2016) di Kem Pengakap
Tengku Muhammad Ismail di Kuala Nerus, Terengganu
dari 15 hingga 20 September.

Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr. Shafie Mohd. Salleh berkata
perhimpunan terbesar peringkat serantau ini menyaksikan
penyertaan hampir 10,000 ahli termasuk dari India, Korea
Selatan dan Maldives.
Selain mengeratkan hubungan mesra sesama ahli pengakap,
jambori kali ini memberi tumpuan kepada permerkasaan dan
penerapan nilai-nilai pembangunan kepimpinan digital dalam
kalangan peserta peserta, seiring dengan kemajuan teknologi
dan multimedia.

Beliau berkata di bawah aspirasi ini, peserta akan diberi


kesedaran dan pengetahuan untuk meningkatkan literasi
digital.

"Ini selaras dengan objektif untuk menggalakkan


pengakap menjadi pengguna internet yang lebih
bertanggungjawab dan bijak.
"Bagi tujuan itu, kami mengadakan program berkaitan
untuk peserta ASJ 2016 seperti 'Klik Dengan Bijak' (KDB)
dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM),"
Sebanyak 12 sektor aktiviti telah dirancang sepanjang ASJ
2016, antaranya ialah 'Permainan Tradisi', 'Seni Muzik Tradisi',
'Perkampungan ASEAN', 'Forum Remaja', 'Aktiviti Lasak', 'Radio
Amatur', 'Lawatan Lapangan' dan 'KDB'.
Shafie berkata semua program ini juga direka dengan tujuan
untuk membangunkan modal insan dalam kalangan peserta
Jambori untuk menjadi pemimpin masa depan yang berkendiri
tinggi.
Sementara itu, Zulkarnain berkata empat program yang akan
dianjurkan SKMM pada ASJ 2016 ialah 'KDB Talk', 'KDB Cyber
Challenge' yang bertujuan membudayakan nilai-nilai pemimpin
dan warga digital masa depan dalam sesi penerokaan.
Program 'KDB Innovation' pula akan mengaplikasikan elemen
Internet of Thing (IoT) melalui sesi reka cipta robotik dan
program 'KDB Syok' yang akan dibuat melalui format kuiz

dalam talian pula akan diadakan bagi menguji tahap penerapan


dan pembudayaan nilai-nilai pemimpin dan warga digital pintar.
Pada perhimpunan kali ini, satu mesyuarat Ketua-ketua
Pengangkap ASEAN juga akan diadakan pada 17 September.
Timbalan Setiausaha Agung ASEAN (Komuniti dan Hal Ehwal
Korporat), Dr. AKP Moachtan dan Pengerusi Pengakap ASEAN,
Wendel Aviaso dijadualkan hadir pada ASJ 2016.
ASJ pertama diadakan di Filipina pada 1993, diikuti Indonesia
(2008), Singapura (2010) dan Thailand pada 2013.
Sekolah Kebangsaan Sungai Dua sangat berbangga kerana
telah berjaya menghantar 10 orang murid. Peserta pengakap
ini sangat teruja dan berjaya menghabiskan aktiviti dan kem
perkhemahan dengan jayanya.
Mereka ialah :
1. AMMAR FIRDAUS BIN AHMAD FAIZ
2. DANISH KHALILI BIN MOHD ROSLI
3. MUHAMMAD KHAIRUL YASSER BIN SHUHAIMI
4. MUHAMMAD FATHI BIN MOHD LATTFI AMIR
5. MOHD IKMAL BIN CHE OMAR
6. PUTRA ASHRAF BIN MOHD ASRI
7. AIMAN HAZIQ BIN SHUIB
8. AQEEF FAHMI BIN ZAMRUL FAEEZAL
9. KAMIL AFIFI BIN YUSMARZUKI
10. MOHD AQIL BIN ARMAN

GALERI
JAMBORI
PENGAKAP
ASEAN KE-5
2016

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA
9

LAPORANJAMBORI
PENGAKAP ASEAN KE5 2016

You might also like