You are on page 1of 5

Jenis-Jenis Pengangkutan Di Malaysia

Jenis-Jenis Pengangkutan Di Malaysia. Berikut dikongsikan jenis-jenis


pengangkutan yang terdapat dan digunakan di Malaysia. Sistem
pengangkutan merupakan nadi kepada pembangunan sesebuah negara.
Ianya merupakan salah satu cara sistem perhubungan yang terpenting
yang dipraktikkan sejak dahulu lagi bagi mencapai sesuatu maksud
tertentu. Keperluan untuk perlunya sistem pengangkutan wujud walaupun
dalam masyarakat yang belum mencapai pembangunan ekonomi yang
tinggi. Apabila ekonomi sesuatu kawasan makin pesat dan membangun,
permintaan untuk sistem pengangkutan yang lebih maju semakin
meningkat.

Fungsi Pengangkutan
Selain fungsi ekonomi, pengangkutan juga mempunyai fungsi lain seperti
fungsi sosial untuk menghubungkan silaturahim sesama manusia sama ada
ahli keluarga atau sahabat handai. Dengan adanya sistem pengangkutan
yang lebih baik manusia boleh memilih untuk bekerja di sesuatu tempat
terutama di tengah bandar di mana majikan boleh menawarkan gaji yang
lumayan tetapi pada masa yang sama memilih untuk tinggal di kawasan
pilihan mereka yang berdekatan. Pengangkutan juga membolehkan manusia
mengurusakan masa santainya dengan cara terbaik.
Di bandar, sebahagian besar penyediaan kemudahan adalah untuk
memenuhi permintaan bergerak daripada pengguna, dari satu tempat ke
satu tempat yang lain. Antaranya adalah untuk menghubungkan pengguna
ke tempat bekerja, pusat perkhidmatan, sekolah dan institut pengajian,
tempat membeli belah dan sebagainya. Penyediaan mod pengangkutan yang
pelbagai, adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat memilih mod
pengangkutan yang lebih mesra pengguna, selamat, selesa dan ekonomik.

Pengangkutan juga dilihat sebagi pemangkin yang mampu melonjakkan


pembangunan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi sejajar dengan maklamat
untuk meningkatkan Pengeluaran barangan dan perkhidmatan, penjanaan,
guna tenaga dan pembangunan masyarakat seluruhnya. Pengangkutan
berfungsi sebagai faktor integrasi dan koordinasi dalam masyarakat yang
komplek terutamanya dalam masyarakat perusahaan. Pegangkutan berkait
rapat dengan pergerakan barangan.

Jenis-Jenis Pengangkutan Di Malaysia


Pengangkutan boleh dibahagiakan kepada pelbagai jenis. Jika dikaitkan
dengan mod atau ragam pengangkutan boleh dibahagikan kepada beberapa
bahagian iaitu pengangkutan darat, pengangkutan air, pengangkutan udara
dan beberapa lagi seperti dikongsikan di bawah ini.

1. PENGANGKUTAN DARAT
Pengangkutan darat biasanya dikaitkan dengan kenderaan yang
menggunakan jalan raya sebagai laluan. Antaranya ialah kenderaan
persendirian seperti kereta dan juga motosikal, pengangkutan awam seperti
bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan juga kereta sewa, serta kenderaan
perdagangan seperti lori, bas kilang dan juga treler. Setiap jenis kenderaan
mempunyai fungsi serta kapasiti masing-masing. Sebagai contoh, kenderaan
persendirian memberi kelebihan dari segi penjimatan masa, perkhidmatan
dari pintu ke pintu dan kebolehsampaian. Walau bagaimanapun, kenderaan

persendirian hanya mampu menampung 4 hingga 5 orang penumpang


untuk kereta ataupun 6 hingga 8 orang untuk kenderaan serba guna (MPV).

2. PENGANGKUTAN UDARA
Pengangkutan udara adalah pilihan untuk mengguna yang mementingkan
perkhidmatan dari segi kelajuan dan keselesaan walaupun ianya mahal.
Pengangkutan udara selalunya digunakan untuk perjalanan jarak jauh dalam
negeri atau luar negara. Ianya terbahagi kepada perkhidmatan
pengangkutan penumpang dan juga barangan (kurier). Antara syarikat
perkhidmatan udara terkenal di Malaysia adalah Malaysia Airlines (MAS) dan
AirAsia.

3. PENGANGKUTAN REL
Tahap kemajuan pengangkutan rel kini semakin maju di Malaysia. Ianya
bermula dari penggunaan kuda sehinggalah penggunaan enjin wap pada
awal abad ke-19. Penggunaan Kereta api di Malaysia pada permulaannya
adalah untuk mengangkat bijih timah yang bermula pada 1 Jun 1885 dari
Taiping ke Port Weld. Pada tahun 1920-an, kereta api mula menggunakan
diesel sehinggalah kemajuan terkini menyaksikan kereta api kini
menggunakan tenaga elektrik. Kereta api terdiri daripada beberapa
kenderaan berlandasan yang boleh bergerak bersama untuk membawa
muatan atau penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain melalui
laluan tertentu.

4. PENGANGKUTAN MARITIM (LAUT/ AIR)


Sektor perkapalan dan pengangkutan melalui jalan laut telah bertambah
dengan pesat. Ini terbukti dengan kewujudan pelabuhan dan kemudahan
maritim bertaraf dunia di Malaysia seperti di Pulau Pinang, Klang dan
Tanjung Pelepas. Perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang biasanya
digunakan menggunakan feri untuk menghubungkan penduduk di kawasan
tanah besar ke pulau-pulau di sekitarnya. Penggunaan bot/ sampan juga
masih digunakan di kawasan-kawasan pedalaman yang tidak boleh
dihubungi melalui jenis pengangkutan lain.

Kesimpulan
Tanpa sistem pengangkutan, sesuatu masyarakat itu tidak akan dapat
berkembang maju dan menerima perubahan dalam sistem sosial, ekonomi
dan sebagainya. Pengangkutan juga mempunyai fungsi yang berkaitan
dengan pertambahan penduduk, perkembangan bandar dan guna tanah.
Pengangkutan boleh mengubah bentuk perkembangan bandar. Pada masa
dahulu, pertambahan penduduk hanya tertumpu pada kawasan yang

mempunyai sosioekonomi tertentu tetapi dengan perkembangan


pengangkutan, perkembangan bandar adalah mengikut perkembangan
sistem pengangkutan.

You might also like