You are on page 1of 2

Ayam Percik Kelantan

Oleh: Azie

Kitchen

Bahan
1

bahan:
4

ekor

ayam

potong

Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya
Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam
Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar
ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu
cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.
Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil
terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan
rasa dan bolehlah diangkat.
Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar
seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di
kedua dua belah.

Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Nota:
Boleh juga terus bakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus.

You might also like