You are on page 1of 22

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

Amaran:
1. Tidak dibenarkan mengedar atau memberikan kepada orang lain, dalam apa jua
cara samada media elektronik, soft copy, hard copy dan sebagainya.
2. Tindakan akan dikenakan jika didapati pengedaran ebook ini.
3. Jika anda dapati mana-mana individu mengedarkan ebook ini, sila maklumkan
kepada emel ilhamjutawan@gmail.com ganjaran akan diberikan.
4. E-Book ini hak milik penuh penulis (Mohd Ilham Rusli) adalah individu yang sah
terhadap ebook ini dan berdaftar dengan pihak yang sah dengan kehendak
undang-undang.
Penafian:
1. Maklumat dan informasi yang diberikan dalam ebook ini sekadar informasi
secara umum.
2. Jika terdapat percanggahan dengan maklumat sebenar, sila abaikan maklumat
dalam ebook ini.
3. Informasi dalam ebook ini berdasarkan pengalaman penulis apabila berurusan
dengan pihak bank.
4. Gambar-gambar dalam ebook ini hak milik mereka yang berkenaan melalui
Google Image dan imej dari penulis sendiri.
5. Jika terdapat persamaan dengan mana-mana maklumat, hanyalah satu
kebetulan.
6. Informasi dan maklumat ini benar pada masa sebelum diterbitkan pada bulan
Julai tahun 2013.

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

AKAUN SEMASA BANK

Akaun semasa atau dalam bahasa Inggeris current account ialah akaun deposit
yang ditawarkan hampir semua institusi perbankan di Malaysia dan boleh digunakan
sama ada untuk kegunaan peribadi atau perniagaan berdasarkan kepentingan. Sebagai
pemegang akaun semasa, anda boleh membuat bayaran melalui cek/ cheque. Oleh itu,
anda harus mengetahui perkara-perkara berkenaan penggunaan cek/ cheque sebelum
membuat sebarang pembayaran menggunakan cek/ cheque.

Setiap institusi perbankan mempunyai syarat yang berbeza untuk membuka


akaun semasa. Ciri- ciri produk yang ditawarkan oleh setiap institusi perbankan juga
berbeza contohnya hanya segelintir institusi perbankan yang menawarkan akaun
semasa dengan faedah dan melalui tawaran konvesional atau Islamik. Oleh itu, anda
dinasihatkan agar membuat perbandingan sebelum membuka akaun semasa anda.
Dibawah ini akan dijelaskan satu persatu.

Kebanyakkan bank mempunyai kemudahan akaun semasa ini. Akaun ini boleh
dibuka atas nama individu, perniagaan, syarikat, pertubuhan, dan kelab. Akaun semasa
membolehkan anda menggunakan kemudahan cek dan boleh membuat transaksi
yang lebih banyak berbanding akaun simpanan biasa (selalunya akan disekat jika
terdapat banyak transaksi). Ada sesetengah usahawan akan terkejut apabila

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

mengetahui transaksi perbankan mereka disekat dengan tiba-tiba, kerana tidak


mendapat maklumat mengenai perkara ini. Seperti peribahasa, apabila terhantuk
barulah tersedar dari kesilapan.

Akaun semasa ini adalah lebih baik berbanding akaun simpanan biasa, kerana
bank melihat anda mempunyai kedudukan yang kukuh atau berkomitmen dan serius
untuk menyimpan dan berbelanja lebih di akaun ini. Disebabkan akaun simpanan
mempunyai limit tiga ribu sahaja sehari, namun pembayaran cek boleh sehingga
berjuta-juta jika duit dalam akaun jika wang mencukupi, kalau tidak dikatakan sebagai
cek tendang, perkara ini menyebabkan penalti kepada akaun anda, jika tiga kali berlaku
perkara yang sama, ada kemungkinan akaun semasa anda akan disekat.

Mari Kita Kaji Tawaran Daripada Setiap Bank Di Malaysia dan bandingkan
kelebihan masing-masing, informasi dan maklumat lanjut ini anda boleh dapati terus di
web mereka.

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

MAYBANK

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

CIMB

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

BANK ISLAM

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

RHB BANK

*Sila rujuk laman sesawang terbabit untuk mendapatkan maklumat lanjut atau
berkunjung ke mana-mana cawangan bank anda yang terdekat.

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Dalam

Mohd Ilham Rusli

e-book Bonus PERCUMA ini akan diterangkan mengenai

pendaftaran akaun semasa di yang ditawarkan oleh CIMB dan Maybank sahaja.
Tidak menjadi masalah untuk buka akaun semasa di bank pilihan anda sendiri, masingmasing mempunyai pedapat tersendiri. Maybank dan CIMB bagi saya mempunyai
kelebihan berbanding bank-bank yang lain.

Antaranya :
(a) Ramai orang mempunyai akaun Maybank dan CIMB, dan boleh online transfer
kepada anda.
(b) Cawangan-cawangan Maybank dan CIMB lebih banyak di bandar besar dan pekanpekan dan juga terdapat mesin ATM dimana-mana sahaja.
(c) Kemudahan cash deposit machine Maybank dan boleh didapati di beberapa stesen
Petronas dan stesen minyak yang lain.
(d) Kekuatan penjenamaan Maybank dan CIMB itu yang tersendiri sebagai bank
terbesar dan utama di Malaysia.
(e) Bank CIMB dalam perbankan internet mereka lebih detail, terutama bahagian
transaksi, yang mana disertakan masa apabila ada orang masukkan wang diakaun kita.

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

Jom lihat kelebihan kemudahan akaun Current Account-i Maybank:

10

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

PEMBUKAAN AKAUN SEMASA MAYBANK.

Untuk pembukaan akaun semasa di Maybank, anda perlu sediakan duit deposit
sebanyak RM 1,000 untuk individu dan RM 2,000 untuk perniagaan/ syarikat. Jangan
bimbang, apabila sudah dapat buku cek nanti anda boleh keluarkan semula duit anda
dan tinggalkan RM 100 sahaja di dalam akaun tersebut, minima RM50 juga boleh
tinggalkan dalam akaun anda.

Akaun semasa memerlukan seorang pengenal/ introducer (sebagai pengesahan


dari akaun semasa individu lain atau akaun semasa perniagaan/ syarikat yang telah
berumur lebih satu tahun). Untuk ini, saya tidak berapa risau kerana ramai orang yang
mempunyai akaun semasa di Maybank. Cuba tanya kepada ahli keluarga anda,
terutama kepada yang menjalankan perniagaan. Lebih mudah, tanya sahaja di wall
facebook anda atau di dalam kumpulan perbincangan bisnes dan juga forum online.

11

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut. Untuk individu, bawa kad
pengenalan asal dan salinan, serta dokumen sokongan yang asal dan salinan (lebih
mudah bawa lesen memandu). Untuk perniagaan, bawa bersama sijil perniagaan asal
dan salinan, cop syarikat anda dan dokumen maklumat perniagaan.

12

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

Langkah 1: Buat cop perniagaan anda terlebih dahulu.

Cop tak kisah boleh buat bulat atau empat segi, terpulang kepada pilihan anda.
Cop ini akan menjadi cop rasmi dan akan digunakan semasa pendaftaran akaun
semasa di bank. Jika ada perubahan pada cop, sila buat surat rasmi dan maklumkan
kepada bank anda. Pesanan saya agar cop yang dibuat boleh digunakan untuk jangka
masa lama, maksudnya, maklumat di cop tersebut betul-betul benar dan sah, bagi
mengelakkan kemaslahatan dikemudian hari.

13

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

Langkah 2: Pergi ke cawangan Maybank terdekat (Kunjungan Pertama)

Saya syorkan anda ke cawangan terus, kerana apabila melalui pendaftaran


online hanyalah sebagai pemberi info sahaja kepada pihak bank Maybank. Kunjungan
pertama ini adalah untuk mengambil borang akaun semasa di Maybank sahaja.

Nota : Jika anda boleh bawa pengenal/ introducer terus sekali dengan anda,
maka abaikan langkah 2 ini. Sila ke langkah 4 dulu kemudian langkah 3. Bawa
introducer bersama anda ke Maybank.

14

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

Langkah 3: Isi borang akaun semasa Maybank.

Anda akan dapat dua borang ini. Satu warna hijau dan satu kad warna putih.

Borang warna hijau tersebut ada dua muka, bahagian depan untuk individu
dan bahagian belakang untuk perniagaan/ syarikat/ pertubuhan yang berdaftar samada
dengan SSM atau lain-lain. Anda pilih salah satu, dan isi butiran peribadi. Yang kad
warna putih isikan nama akaun sebagai nama anda sendiri (jika ingin buka akaun
peribadi) atau tulis nama perniagaan anda (untuk buka akaun perniagaan). Isi lengkap
juga ruangan lain dan tandatangan.

15

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

Seperti di dalam gambar di atas, ruangan kanan adalah untuk introducer. Minta
introducer menulis nama beliau (jika individu) atau nama perniagaan (jika perniagaan),
nombor akaun mereka, cawangan dan tandatangan. Bawah tandatangan, minta dicop
jika pengenal adalah sebuah entiti perniagaan. Pengenal tidak perlu hadir bersama jika
telah melengkapkan ruangan ini.

Langkah 4: Pergi ke cawangan Maybank terdekat (Kunjungan Kedua)

Jangan lupa bawa bersama cop dan dokumen-dokumen yang dinyatakan di


bahagian atas tadi. Pergi ke kaunter pertanyaan dan beritahu ingin buka akaun semasa
(current akaun). Pegawai yang bertugas akan proses dokumen anda. Beliau akan
minta tandatangan di satu lagi kad untuk pengesahan tandatangan cek. Jika anda ingin
masukkan akaun ini di dalam Maybank2u sedia ada anda.

16

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

Langkah 5: Sediakan duit deposit (RM 1,000 atau RM 2,000).

Sediakan sahaja duit di dalam akaun simpanan anda. Pihak Bank akan hubungi
setelah akaun anda telah siap. Kebiasaannya dalam 3 hari bekerja. Jika ada cawangan
yang cepat, anda boleh terus dapat nombor akaun. Terus sahaja bank-in atau transfer
duit deposit pada hari yang sama akaun berjaya diaktifkan, supaya akaun semasa anda
tidak negatif jika lambat sehari.

Tahniah! Anda telah pun mempunyai akaun semasa di Maybank. Buku cek
selalunya siap dalam masa 1-2 minggu. Anda boleh mengeluarkan duit anda
semula dari akaun.

17

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

PEMBUKAAN AKAUN SEMASA CIMB Islamik

Seterusnya, seperti yang dijanjikan saya akan terangkan berkenaan pembukaan akaun
semasa di CIMB pula. Bagi akaun semasa CIMB sangat mudah dan duit yang
diperlukan untuk deposit amat rendah, iaitu minimum RM 1,000 sahaja, juga boleh
diambil kembali apabila sudah dapat cek. Selain itu, tidak perlukan pengenal dan tidak
perlu sediakan cop syarikat.

18

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

LANGKAH 1:
Pergi ke bank CIMB dapatkan borang dan terus isi, pastikan anda membawa dokumen
sijil SSM, salinan kad pengenalan dan sebagainya seperti panduan berurusan di
Maybank. Apa yang menariknya, anda tidak perlu sediakan atau bawa cop syarikat,
ini kerana di CIMB tidak perlukan pengenal/ introducer.
LANGKAH 2:
Pegawai bank akan uruskan dalam masa yang sama, untuk semak blacklist dan
sebagainya. Jika semua clear, lagi mudah proses akaun semasa anda. Mereka akan
suruh anda tandatangan beberapa dokumen dan masukkan wang RM1,000 melalui
ATM, apabila mereka berikan anda kad ATM. Kad ATM merupakan pilihan anda, mahu
atau tidak.

19

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

LANGKAH 3:
Dalam masa seminggu atau dua minggu cek anda akan siap lengkap dengan nama
syarikat anda. Mereka juga akan hubungi anda untuk memaklumkan apabila sudah siap
cek tersebut. Senang bukan di CIMB, mudah dan menyenangkan urusan kita.

Selamat Maju Jaya.

20

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

Dapatkan e-Book Ini Segera:

http://www.rancanganperniagaan2u.com

http://www.produkjenamasendiri.com

21

Cara Daftar Akaun Semasa di Bank

Mohd Ilham Rusli

Penulis
Mohd Ilham Rusli
Kuala Lumpur
ilhamjutawan@gmail.com
www.fb.com/milhamic

22

You might also like