You are on page 1of 21

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

NO. KES : 10/2 365/14


ANTARA
KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PERUSAHAAN LOGAM
DAN
LYSAGHT GALVANIZED STEEL BERHAD
NO.

AWARD: 1058 TAHUN 2016

Korum

Y.A. DATO' RASIDAH BINTI HJ. CHIK Pengerusi


DR. TEH CHOONG HEE Panel Majikan
ENCIK MOHD RADZUAN BIN ZAKARIA Panel Pekerja

Tempat

Mahkamah Perusahaan Malaysia, Cawangan Perak

Tarikh Rujukan

8 Mei 2014

Tarikh Sebutan

1 Julai 2014, 4 Ogos 2014, 19 Ogos 2014,


30 September 2014, 30 Oktober 2014,
13 November 2014, 14 April 2015,
13 Mei 2015 dan 2 Julai 2015.

Tarikh Bicara

15 September 2015

Representasi

Encik Vijayan Veeriah


Pegawai Perhubungan Perusahaan
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
(Wakil Pihak Yang Menuntut)
Encik Tan Kee Tett
Pegawai Perhubungan Perusahaan
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia
(MEF)
(Wakil Pihak Syarikat)

Rujukan

1. Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia
di bawah Seksyen 26(2), Akta Perhubungan Perusahaan 1967
(selepas ini disebut sebagai Akta) berkaitan dengan pertikaian
perusahaan yang wujud di antara Kesatuan Pekerja-Pekerja
Perusahaan Logam (selepas ini disebut sebagai Pihak Kesatuan) dan
Lysaght Galvanized Steel Berhad (selepas ini disebut sebagai Pihak
Syarikat).

2. Pertikaian perusahaan ini adalah berkaitan dengan Perjanjian Kolektif


yang ke 13 antara Pihak Kesatuan dan Pihak Syarikat berkaitan
dengan terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan yang akan
dimasukkan ke dalam Perjanjian Kolektif ini dan yang akan terpakai
kepada pekerja-pekerja di dalam lingkungan skop perjanjian ini.

3. Pihak Kesatuan dan Pihak Syarikat telah memulakan rundingan awal


bagi maksud Perjanjian Kolektif ke 13 ini dan beberapa perbincangan
berkaitan dengan Artikel-Artikel yang hendak dimasukkan ke dalam
Perjanjian Kolektif tersebut telah diadakan. Namun begitu pihak-pihak
gagal mencapai persetujuan damai berkaitan dengan terma-terma dan
2

syarat-syarat kepada Perjanjian Kolektif tersebut. Oleh sebab itu


pertikaian perusahaan ini telah dirujuk kepada Y.B. Menteri Sumber
Manusia, Malaysia dan pada 8 Mei 2014, Y. B. Menteri telah merujuk
pertikaian perusahaan ini ke Mahkamah Perusahaan di bawah
Seksyen 26(2) Akta untuk satu keputusan dibuat mengenainya.

4. Cadangan Perjanjian Kolektif ke 13 ini mempunyai 37 Artikel dan 1


Appendix. Mahkamah ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji
sikap kedua-dua pihak kerana walaupun pertikaian perusahaan ini
telah dirujuk ke Mahkamah, namun kedua-dua pihak masih berusaha
untuk meneruskan rundingan dan perbincangan berkaitan dengan
artikel-artikel yang hendak dimasukkan dalam Perjanjian Kolektif ini.
Perbincangan antara Pihak Kesatuan dan Pihak Syarikat ini telah
menunjukkan hasil yang amat memberansangkan dimana sebanyak
34 Artikel dari 37 Artikel telahpun dipersetujui. Interim Award bagi
artikel-artikel yang dipersetujui ini telah dikeluarkan pada 7 Ogos 2015
melalui Interim Award No. 967 Tahun 2015.

5. Oleh itu kini hanya terdapat 3 Artikel dan 1 Appendix sahaja yang tidak
dapat diselesaikan dan perlu diputuskan oleh Mahkamah. ArtikelArtikel tersebut adalah:

i.

Artikel 29 - Bonus

ii.

Artikel 35 - Transport Allowance

iii.

Artikel 36 - Implementation

iv.

Appendix - Salary Scheme


3

6. Adalah menjadi tugas Mahkamah apabila mengendalikan kes-kes


yang melibatkan pertikaian perusahaan untuk mempastikan kuasakuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 30(4), (5) dan (6) Akta
perlu dipatuhi dimana Mahkamah perlu memberi perhatian kepada
kepentingan awam, implikasi-implikasi kewangan dan kesan award ke
atas ekonomi negara dan ke atas industri berkenaan dan juga kesan
terhadap industri yang berhubungan atau serupa. Disamping itu
Mahkamah juga perlulah bertindak mengikut ekuiti, perasaan nurani
dan merit kes tanpa memikirkan kepada perkara-perkara teknikal dan
berbentuk undang-undang.

7. Setelah mengambilkira perkara-perkara yang dinyatakan diatas,


Mahkamah dengan ini meneruskan dengan artikel-artikel yang
dipertikaikan. Untuk tujuan perbicaraan ini beberapa dokumen telah
dikemukakan oleh kedua-dua pihak iaitu:

i.

Companys Bundle of Documents

COB-1

ii.

Union Bundle of Documents

UOB-1

iii.

Union Supplementary Bundle of Documents -

UOB-2

iv.

Union Comparative Table

UOB-3

8. Pihak Syarikat telah mengemukakan seorang saksi iaitu Encik Chua


Tia Bon, Pengarah Eksekutif Syarikat untuk memberi keterangan.
Sementara Pihak Kesatuan tidak mengemukakan sebarang saksi
4

untuk tujuan perbicaraan ini sebaliknya bergantung kepada hujahan


yang dikemukakan. Menurut saksi ini, Pihak Syarikat tidak bersetuju
dengan tuntutan Pihak Kesatuan untuk ketiga-tiga artikel dan Salary
Scheme ini memandangkan tuntutan Pihak Kesatuan untuk artikelartikel dan Salary Scheme ini adalah terlalu melampau (excessive) dan
tidak munasabah. Mengikut saksi ini dalam tempoh 33 tahun, Pihak
Syarikat telahpun melakukan pelarasan keatas gaji dan faedah-faedah
sebanyak 12 kali dimana setiap kali semakan dilakukan, akan terdapat
kenaikan kepada gaji dan faedah-faedah.

9. Menurut saksi ini lagi Pihak Syarikat telah memperuntukkan gaji yang
tinggi dan faedah-faedah yang baik kepada semua pekerja jika
dibandingkan dengan gaji dan faedah yang diberikan oleh syarikatsyarikat lain. Selain daripada itu perniagaan juga telah menjadi amat
mencabar disebabkan oleh peningkatan harga bahan-bahan mentah,
kenaikan bekalan tenaga letrik dan
perburuhan.

juga peningkatan dalam kos

COW-1 juga menyatakan kenaikan gaji telah diberi

kepada semua pekerja setiap tahun dan gaji juga telah dinaikkan
setiap kali Perjanjian Kolektif diperbaharui.

10. Untuk Artikel 29, bonus tahunan yang terpakai ketika ini adalah 45 hari
dari gaji terakhir semua pekerja dan disamping itu Pihak Syarikat juga
turut membayar bonus insentif perubatan sebanyak 24 hari. COW-1
menyatakan melalui Perjanjian Kolektif yang terdahulu, Pihak Syarikat
telahpun menaikkan bonus dari 43 hari ke 45 hari dan bonus insentif
5

perubatan pula dari 20 hari ke 24 hari, oleh itu Syarikat telahpun


membayar bonus yang tinggi kepada semua pekerja dan sekiranya
cadangan Pihak Kesatuan diikuti, sudah tentu ia akan menjejaskan
kos pengeluaran Syarikat.

11. Bagi Artikel 35 pula, Pihak Kesatuan memohon untuk elaun


pengangkutan dinaikkan dari RM60.00 sebulan ke RM150.00 sebulan.
Mengikut COW-1 Pihak Syarikat tidak dapat bersetuju dengan
cadangan kenaikan ini memandangkan elaun pengangkutan ini
telahpun dinaikkan dari RM23.00 ke RM60.00 sebulan dalam
Perjanjian Kolektif yang terdahulu. Tambahan pula pembayaran elaun
ini adalah sebagai subsidi kepada pengangkutan pekerja-pekerja.

12. Selanjutnya berkaitan dengan Artikel 36 pula, COW-1 menyatakan


pelarasan gaji sebanyak 15% seperti yang dituntut oleh Pihak
Kesatuan adalah terlalu tinggi dan ianya tidak dapat dipersetujui oleh
Pihak Syarikat. Sebaliknya Pihak Syarikat membuat tawaran balas
sebanyak 4% untuk pelarasan gaji ini. Menurut COW-1 lagi, Pihak
Syarikat tidak pernah gagal untuk memberi pelarasan gaji untuk tahun
2013, 2014 dan 2015. Mengikut COW-1 lagi Pihak Syarikat
menawarkan pelarasan gaji sebanyak 4% memandangkan gaji yang
telah dibayar oleh Pihak Syarikat kepada semua pekerja adalah tinggi.
Selain dari itu Pihak Syarikat juga turut memberikan kenaikan gaji
tahunan kepada semua pekerja.

ARTIKEL 29 BONUS

13. Untuk Artikel 29, bonus tahunan yang terpakai ketika ini adalah 45 hari
dari gaji terakhir semua pekerja. Selain dari itu Pihak Syarikat juga
turut membayar bonus insentif perubatan sebanyak 24 hari. Pihak
Kesatuan telah memohon peningkatan bonus tahunan dari 45 hari ke
90 hari dan bonus insentif perubatan dari 24 hari ke 30 hari. Pihak
Kesatuan menyatakan mereka memohon untuk kenaikan bonus ini
kerana mereka mempercayai Pihak Syarikat mempunyai keupayaan
dari segi kewangan untuk membayar kenaikan bonus tahunan dan
bonus insentif perubatan kepada semua pekerja. Bonus insentif
perubatan yang dituntut adalah pertambahan kepada 6 hari sahaja dan
tidak semua pekerja layak untuk mendapatkan bonus ini. Wakil Pihak
Kesatuan dalam hujahan bertulisnya menghujahkan berdasarkan
UOB-2, Pihak Syarikat mencatitkan keuntungan purata RM10 juta dari
tahun 2008 sehingga 2012. COW-1 dalam pemeriksaan balas
bersetuju dan mengesahkan bahawa purata keuntungan RM10juta
telah dinikmati oleh Pihak Syarikat setiap tahun dan dari jumlah ini
sebanyak RM5 juta telah dibayar kepada pemegang saham setiap
tahun sebagai dividen.

14. Mengikut wakil Pihak Kesatuan, Pihak Syarikat dapat menikmati


keuntungan hasil dari titik peluh dan usaha yang disumbangkan oleh
pekerja-pekerja dimana pekerja-pekerja

telah bekerja dengan

bersungguh-sungguh

Syarikat

bagi

mempastikan
7

memperolehi

keuntungan. Pihak Kesatuan menegaskan Pihak Syarikat mampu


membayar bonus kepada semua pekerja seperti yang dicadangkan
oleh Pihak Kesatuan berdasarkan kepada keupayaan kewangan
Pihak

Syarikat. Wakil

Pihak

Kesatuan

juga

telah membuat

perbandingan dengan Tasek Corporation Berhad dan UAC Berhad


dimana bonus yang dibayar adalah 2 bulan dari gaji asas. Oleh yang
demikian Pihak Kesatuan memohon agar Mahkamah mengawardkan
bonus sebanyak 3 bulan gaji dan juga bonus insentif perubatan untuk
30 hari seperti yang dicadangkan oleh Pihak Kesatuan.

15. Wakil Pihak Syarikat sebaliknya menyatakan perbandingan yang


dibuat oleh wakil Pihak Kesatuan tidak sepatutnya dijadikan
perbandingan kerana kedua-dua syarikat tersebut adalah dari industri
yang berbeza dengan Pihak Syarikat dimana Tasek Corporation
Berhad adalah pengeluar/pembuat simen sementara UAC pula
mengeluarkan asbestos dan ceiling board. Berkaitan dengan bonus
insentif perubatan pula, wakil Pihak Syarikat menyatakan kesemua
pekerja adalah layak untuk mendapat bonus ini tetapi ianya adalah
tertakluk kepada beberapa potongan seperti yang diperuntukkan.
Selain daripada bonus, Pihak Syarikat juga turut membayar tunggakan
bayaran lebihmasa (OTARR) walaupun pada hakikatnya Pihak
Syarikat tidak berkewajipan untuk membayarnya.

16. Berkaitan dengan pembayaran dividen kepada pemegang-pemegang


saham, wakil Pihak Syarikat menyatakan pemegang-pemegang
saham ini telah melaburkan modal mereka dalam jumlah yang banyak
kepada Syarikat. Oleh sebab itu sudah tentulah mereka layak untuk
menerima pulangan hasil dari pelaburan mereka dalam bentuk
dividen. Sekiranya mereka tidak dibayar dengan dividen yang
berpatutan, maka sudah tentu mereka akan menarik balik modal yang
telah dilaburkan dan ini akan menjejaskan keupayaan Syarikat untuk
meneruskan operasinya dan dan seterusnya akan memberi impak
yang negatif kepada kesemua pekerja.

17. Panel Majikan dan Panel Pekerja dalam cadangan yang dikemukakan,
berpendapat bayaran bonus yang terpakai ketika ini iaitu 45 hari dari
gaji terakhir pekerja adalah suatu kuantum yang munasabah
berdasarkan kemampuan kewangan dan prestasi Syarikat, oleh itu
kadar tersebut sepatutnya dikekalkan. Mahkamah bersetuju dengan
pandangan yang diberikan oleh kedua-dua ahli panel memandangkan
pembayaran bonus adalah atas budibicara majikan dan ianya adalah
tertakluk kepada keadaan kewangan dan prestasi Syarikat. Walaupun
Syarikat memperolehi keuntungan setiap tahun, Syarikat juga
mempunyai

obligasi

untuk

menjaga

kepentingan

pemegang-

pemegang saham dengan membuat pembayaran dividen yang


menarik kepada mereka. Sekiranya dividen yang minima diberikan,
maka sudah tentu para pelabur tidak berminat lagi untuk melabur
dengan Pihak Syarikat dan akan menarik balik pelaburan mereka,
maka ia akan menjejaskan operasi Syarikat dan seterusnya memberi
9

kesan kepada semua pekerja. Selain daripada itu Syarikat juga perlu
memperuntukkan sebahagian keuntungan mereka bertujuan untuk
memajukan lagi Syarikat seperti mendapatkan peralatan dan mesin
baru untuk meningkatkan lagi pengeluaran. Berkaitan dengan bonus
insentif perubatan pula, Syarikat telahpun menambah insentif ini dalam
Perjanjian Kolektif yang terdahulu dan Mahkamah bersetuju dengan
kedua-dua ahli panel iaitu jumlah ini adalah munasabah dan
berpatutan, dengan itu Mahkamah berpendapat bonus dan insentif
perubatan tidak sepatutnya dinaikkan.

18. Oleh itu Artikel 29 perlulah dibaca seperti berikut:

ARTICLE 29 BONUS

(a)

The Company shall pay a guaranteed annual bonus at the


end of each calendar year equivalent to forty-five (45) days
last drawn basic rate of pay.

In addition, twenty-four (24) days medical incentive bonus


will be given subject to the following regulations.

10

MEDICAL INCENTIVE

Employees shall be entitled to receive full twenty-four (24)


days of Medical Incentive Bonus provided that the
employee who has not taken medical leave of more than
four (4) days or made more than four (4) visits to clinic in
any one calendar year.

Visit to clinic after working hours will not affect this


incentive. Employees who do not comply with the above
terms i.e. taken more than four (4) days medical leave or
made more than four (4) visits to the clinic, every
additional medical leave taken or any additional two (2)
visits made to the clinic shall be deducted from the
twenty-four (24) days Medical Incentive Bonus as follows:-

More than four (4) days medical leave taken or more than
four (4) visits made to the clinic:

(i)

For every additional one day medical leave taken:

One (1) day will be deducted from the twenty-four


(24) days Medical Incentive Bonus.

(ii)

For every additional two (2) visits made to the clinic:

11

One (1) day will be deducted from the twenty-four


(24) days Medical Incentive Bonus.

However, the above incentives do not override the


Employment Act 1955 under Section 15(2).

(b)

Bonus payment shall be on basic salary only, excluding


overtime and allowances of any description.

(c)

New employees in any one (1) year shall be paid


proportionate bonus based on completed months of
service calculated up to 31st December of that year.

(d)

Payment of the bonus for the year shall be made by the


Company in January of the following year.

(e)

Employees who resign prior to 31st December shall not be


entitled to pro-rated bonus.

12

ARTICLE 35 TRANSPORT ALLOWANCE

19. Pihak Kesatuan telah memohon agar elaun pengangkutan dinaikkan


dari RM60.00 ke RM150.00 sebulan. Menurut wakil Pihak Kesatuan
memandangkan Pihak Syarikat tidak menyediakan kemudahan
pengangkutan kepada semua pekerja-pekerjanya, maka adalah wajar
elaun pengangkutan ini dinaikkan kerana pekerja-pekerja perlu
menggunakan pengangkutan mereka sendiri untuk ke tempat bekerja.
Sebelum ini telah menjadi amalan Pihak Syarikat untuk menaikkan
elaun ini setiap 3 tahun memandangkan terdapat kenaikan dalam
harga petrol. Semua pekerja terpaksa menggunakan pengangkutan
mereka sendiri dan elaun pengangkutan ini telah digunakan untuk
membayar petrol disamping menyelenggara pengangkutan mereka.
Wakil Pihak Kesatuan telah membuat perbandingan dengan Metal
Industry Employee Union and Yew Lean Foundry & Co. Sdn. Bhd.
dimana elaun pengangkutan yang dibayar oleh syarikat ini adalah
RM4.00 setiap hari yang berjumlah RM104.00 sebulan (RM4.00 x 26
hari). Oleh sebab itu Pihak Kesatuan kini memohon agar elaun
tersebut

dinaikkan

ke

RM150.00 sebulan

dan jumlah

yang

dicadangkan ini adalah munasabah. Oleh itu Pihak Kesatuan


memohon agar award dikeluarkan bagi jumlah ini.

20. Pihak Syarikat sebaliknya menyatakan elaun ini telah dinaikkan lebih
dari 100% dalam Perjanjian Kolektif yang terdahulu. Pihak Syarikat
menegaskan pengangkutan dari tempat tinggal pekerja ke tempat
13

kerja bukanlah menjadi tanggungjawab Pihak Syarikat. Elaun


pengangkutan ini hanya diberi sebagai subsidi untuk pengangkutan
pekerja-pekerja. Menurut Pihak Syarikat lagi jumlah ini dibayar kepada
semua pekerja tanpa mengira jarak tempat tinggal mereka ke tempat
kerja. Memandangkan elaun ini telahpun dinaikkan sebelum ini, maka
Pihak Syarikat menghujahkan elaun ini tidak perlu dinaikkan dalam
perjanjian Kolektif ini sebaliknya ianya sepatutnya dibiarkan status
quo. Berkaitan dengan perbandingan yang dibuat oleh wakil Pihak
Kesatuan, Pihak Syarikat menghujahkan syarikat Yew Lean Foundry
terletak di Pulau Pinang, oleh itu terdapat pekerja-pekerja syarikat
tersebut yang perlu membayar tol atau bayaran feri untuk ke tempat
kerja, oleh itu adalah wajar elaun yang tinggi diberikan. Berbanding
dengan kes di hadapan Mahkamah ini dimana pekerja-pekerja tidak
perlu membayar tol atau bayaran feri. Selain dari itu bayaran elaun
pengangkutan untuk Yew Lean Foundry ini dibayar secara harian
berbanding dengan pekerja Syarikat, elaun pengangkutan ini dibayar
secara bulanan tanpa mengambilkira samaada terdapat cuti umum
atau pekerja dalam cuti sakit ataupun cuti tahunan. Oleh itu wakil
Syarikat menghujahkan jumlah RM60.00 adalah munasabah dan
mencukupi.

21. Kedua-dua ahli panel majikan dan pekerja berpendapat peruntukan


yang sedia ada dan yang masih terpakai ketika ini sepatutnya
dikekalkan memandangkan jumlah tersebut adalah munasabah.
Mahkamah bersetuju dengan pendapat kedua-dua ahli panel. Pihak
Syarikat telahpun menaikkan elaun ini dalam Perjanjian Kolektif yang
14

lalu dari RM23.00 ke RM60.00 sebulan. Ini adalah satu pertambahan


dan peningkatan yang amat tinggi tambahan pula ianya adalah
merupakan subsidi kepada pekerja sahaja. Mahkamah berpendapat
Pihak Syarikat amat bermurah hati dalam memberikan peningkatan
lebih dari 100% dalam Perjanjian Kolektif terdahulu. Oleh itu Artikel 35
adalah dikekalkan dan dibaca seperti berikut:
ARTICLE 35 TRANSPORT ALLOWANCE

All employees shall be paid a transport allowance of RM60.00


(Malaysian Ringgit : Sixty Only) per month.

ARTICLE 36 IMPLEMENTATION

22. Pihak Kesatuan memohon agar Artikel 36 ini dikekalkan kecuali Artikel
36(a). Pihak Kesatuan memohon agar pelarasan gaji sebanyak 15%
mulai 1 Januari 2013 diberikan sebaliknya Pihak Syarikat menawarkan
pelarasan gaji sebanyak 4%. Pihak Kesatuan menghujahkan bahawa
CPI dan isu kenaikan 2/3 adalah cacat berdasarkan alasan-alasan
seperti berikut:

i.

Suppression of CPI - Wakil Pihak Kesatuan telah merujuk


kepada artikel yang ditulis oleh Dr. Fong Chan Onn dimana
penulis telah menyatakan memandangkan kenaikan gaji pekerja
di Malaysia adalah berkaita dengan CPI Negara, maka terdapat
15

perbezaan CPI Malaysia berbanding dengan dunia yang


menyebabkan terdapat jurang dalam gaji pekerja di Malaysia;

ii.

Pihak Syarikat

mempunyai kedudukan kewangan untuk

memenuhi tuntutan oleh Pihak Kesatuan; dan

iii.

Penurunan nilai mata wang telah memberi impak yang besar


keatas kos sara hidup.

23. Pihak Syarikat sebaliknya menyatakan Pihak Kesatuan telah gagal


menunjukkan sebarang justifikasi apabila menuntut pelarasan gaji
sebanyak 15%. Menurut Syarikat lagi jumlah 15% ini adalah terlalu
tinggi dan amat berlebihan. Berdasarkan kepada CPI yang dikeluarkan
oleh Jabatan Pendaftaran Negara 3 tahun sebelum 1 Januari 2013,
jumlah kenaikan untuk 3 tahun adalah 6.59%. Oleh itu 60% dari 6.59%
adalah 3.89% dan dalam kes ini Pihak Syarikat telah menawarkan
pelarasan yang adil iaitu sebanyak 4%. Menurut wakil Pihak Syarikat,
Pihak Kesatuan gagal untuk mengemukakan sebarang bukti untuk
menunjukkan pekerja-pekerja Lysaght Galvanized Steel menghadapi
financial stress sehingga menjejaskan kesihatan mereka. Pihak
Syarikat telah mengemukakan senarai pay-slip (m.s 36-55 COB) untuk
menunjukkan pekerja-pekerja dibayar gaji dan elaun yang tinggi.
Malah pekerja-pekerja Syarikat tidak pernah mengalami keadaan
dimana gaji mereka tidak dinaikkan, sebaliknya setiap tahun mereka
telah menerima kenaikan gaji dan setiap 3 tahun Syarikat juga turut
membuat pelarasan gaji.

16

24. Panel majikan berpendapat kenaikan 4% seperti yang dicadangkan


oleh Pihak Syarikat adalah satu kuantum yang berpatutan. Panel
Pekerja pula mencadangkan kenaikan sebanyak 7% dibenarkan.
Mengikut ahli panel pekerja, berdasarkan kepada purata keuntungan
yang diperolehi, Syarikat berkemampuan untuk membayar kenaikan
gaji sebanyak 7% ini dan kadar ini adalah juga kadar pelarasan gaji
yang telah diberikan oleh kilang berhampiran (rujuk COB-3). Setelah
mengambilkira

kedudukan

kewangan

syarikat,

Mahkamah

berpendapat pelarasan gaji sebanyak 6% adalah munasabah dan


berpatutan dalam kes ini dan Mahkamah mempercayai Syarikat
berkeupayaan untuk membayar pelarasan gaji sebanyak 6%

ini.

Mahkamah tidak menafikan Pihak Syarikat begitu sensitif dan amat


prihatin dengan kebajikan pekerja-pekerja dan Pihak Syarikat telah
memberi banyak kemudahan kepada pekerja-pekerja mereka. Walau
bagaimanapun dalam keadaan ekonomi sekarang dimana harga bagi
kesemua barangan asasi telah meningkat, adalah wajar pelarasan
sebanyak 6% ini diberikan. Oleh itu Artikel 36 hendaklah dibaca seperti
berikut:
ARTICLE 36 IMPLEMENTATION

i)

Annual increment on due date which has been paid to the


employees on 1st January 2013/1st July 2013 and 1st
January 2014/1st July 2014 will not be paid the difference
of the old rate and new rate.

17

ii)

All employees shall be granted a salary adjustment of 6%


based on the salary of 31st December 2012 rounded up to
the nearest cent and backdated to 6 months from the
date of dispute referred to the Court.

iii)

Arrears will only be payable for salary adjustment of 6%


backdated to 6 months from the date of dispute referred
to the Court.

iv)

No arrears will be paid for other payments including


overtime work, work on annual leave, work on rest days
and public holidays and any other allowances etc.

APPENDIX SALARY SCHEME

25. Mahkamah bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh wakil


Pihak Syarikat berkaitan dengan perkara ini. Adalah menjadi amalan
Syarikat bahawa pekerja-pekerja dibahagikan mengikut kategori
unskilled, semi-skilled skilled dan special grade. Bagi pekerjapekerja

yang

baru

sahaja

memulakan

pekerjaan,

mereka

dikategorikan sebagai pekerja unskilled dimana mereka perlu


mempelajari pekerjaan mereka dan untuk itu mereka dibayar dengan
gaji minima. Untuk kategori ini, kadar yang sediaada adalah RM21.00
setiap hari dan untuk maksud Perjanjian Kolektif ini, Pihak Syarikat
18

telah mencadangkan kadar tersebut dinaikkan ke RM35.00. Selain dari


itu Pihak Syarikat juga telah mencadangkan untuk menaikkan gaji
minima bagi setiap kategori. Disamping itu kadar kenaikan juga akan
dinaikkan dan juga terdapat gaji maksimum bagi setiap kategori.
Cadangan Pihak Kesatuan untuk tidak mewujudkan kadar gaji
maksima adalah sesuatu yang jelas tidak boleh diterima. Dalam kes
Konsortium Insurans Berhad v. Kesatuan Kebangsaan PekerjaPekerja Perdagangan, Award No. 150 Tahun 2003 telah dinyatakan
seperti berikut:
We accept the Companys contention that there must be
a maximum salary scale for the job for the Industrial Court
had often held in numerous cases in recent past that there
must be rates for the job a top value for the job.

26. Walau bagaimanapun COW-1 dalam keterangannya menyatakan bagi


pekerja-pekerja yang telah mencapai tahap gaji maksima, Pihak
Syarikat sanggup bertolak ansur dan bersetuju untuk memberikan
pelarasan gaji dan kenaikan tahunan kepada mereka, namun begitu
gaji maksima perlu dikekalkan dalam Salary Scheme. Mahkamah
mendapati Pihak Syarikat dalam kes ini begitu prihatin dan mengambil
berat terhadap kebajikan pekerja-pekerja mereka dan telah mencuba
sedaya upaya untuk memenuhi setiap tuntutan Pihak Kesatuan,
namun begitu mereka juga perlu memberi perhatian kepada
perkembangan dan peningkatan produktiviti Syarikat. Oleh itu Pihak
Kesatuan sepatutnya memahami tanggungjawab yang perlu digalas
19

oleh Pihak Syarikat dimana Pihak Syarikat perlu memutuskan dan


menimbang

keperluan-keperluan

untuk

memajukan

dan

meningkatkan syarikat dengan tuntutan oleh Pihak Kesatuan.


Berdasarkan kepada alasan diatas, Mahkamah bersetuju dengan
Salary Scheme yang dicadangkan oleh wakil Pihak Syarikat dan
menerimapakai Salary Scheme tersebut untuk maksud Perjanjian
Kolektif ini. Salary Scheme tersebut adalah seperti berikut:

Minimum

Minimum

Maximum

Increment

Salary

Production 1
Special Grade

RM39.00

RM2.30

RM65.00

Skilled

RM38.00

RM2.00

RM57.00

Semi skilled

RM37.00

RM1.90

RM51.00

Unskilled

RM35.00

RM1.80

RM42.00

Special Grade

RM42.00

RM2.50

RM77.00

Skilled

RM40.00

RM2.30

RM66.00

Semi skilled

RM37.00

RM2.10

RM57.00

Maintenance

Production II (Applicable to former employee of Besikayu Sdn. Bhd.


only)
Special Grade

RM42.00
20

RM2.50

RM67.00

Skilled

RM40.00

RM2.20

RM60.00

Semi skilled

RM37.00

RM1.90

RM51.00

Unskilled

RM35.00

RM1.80

RM41.00

Kesimpulan

27. Sebagai kesimpulan, sekali lagi ingin ditekankan disini dalam


menurunkan award ini,

Mahkamah telah mengambilkira

dan

mempastikan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen


30(4), (5) dan (6) Akta telah dipatuhi dimana Mahkamah perlu memberi
perhatian kepada kepentingan awam, implikasi-implikasi kewangan
dan kesan award ini ke atas ekonomi negara dan ke atas industri
berkenaan dan juga kesan terhadap industri yang berhubungan atau
serupa. Selain dari itu Mahkamah telah bertindak mengikut ekuiti,
perasaan nurani dan merit kes yang substantial tanpa memikirkan
kepada perkara-perkara teknikal dan berbentuk undang-undang.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 22 SEPTEMBER 2016.


~ SIGNED~
(DATO' RASIDAH BINTI HAJI CHIK)
PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
CAWANGAN PERAK

21

You might also like