You are on page 1of 3

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN PENJAJAHAN BARAT

Pendidikan Islam telah mengalami corak perubahan selepas tahun


1854 iaitu setelah di ambil alih oleh pemerintah Inggeris melalui
Syarikat Hindia Timur Inggeris. Sekolah-sekolah agama telah diberi
bantuan penuh bersyarat. Syarat yang telah mereka tetapkan ialah
pelajaran membaca, menulis dan ilmu hisab hendaklah diajar di dalam
sekolah agama di samping pelajaran jawi dan al-Quran. Bangunan
sekolah pula digunakan untuk sekolah Melayu pada waktu pagi,
manakala sekolah agama pula pada waktu petang. Walaupun terdapat
pengasingan seperti ini, namun pendidikan Islam tetap menjadi
tumpuan ibu bapa dan para pelajar pada ketika itu.

Institusi pendidikan Islam yang lebih tinggi tarafnya dikenali sebagai


Pondok. Pelbagai aktiviti keagamaan telah dilaksanakan di Pondok.
Selepas itu, sistem pendidikan Islam telah di perkemaskan lagi melalui
sistem madrasah atau sekolah agama yang dilengkapi oleh pelbagai
prasarana seperti bangunan sekolah, asrama dan pejabat pentadbiran.

Dalam Ordinan Pelajaran 1952, mata pelajaran Pendidikan Islam


menjadi sebahagian daripada kursus-kursus pelajaran di sekolah
bantuan kerajaan. Dalam Syor Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
(Laporan Razak) pula telah mencadangkan agar mana-mana sekolah
yang muridnya tidak kurang daripada 15 orang beragama Islam, maka
pelajaran agama yang diberikan kepada mereka hendaklah di bawah
peruntukan kerajaan.
Cadangan tersebut telah diterima oleh pihak kerajaan, dan dimasukkan
ke dalam Ordinan Pelajaran 1957. Turut ditetapkan, sekolah yang
mempunyai murid Islam melebihi 15 orang hendaklah wajib
mengadakan kelas agama Islam, dengan peruntukan masa sekurangkurangnya dua jam setiap minggu.

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM SELEPAS MERDEKA

Pendidikan Islam telah berkembang dengan


kemerdekaan tanah Melayu pada tahun 1957

Sukatan pelajaran pendidikan Islam


hendaklah terlebih dahulu
dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dilaksanakan di

pesat

selepas

sekolah-sekolah. Ini kerana, hal ehwal agama Islam di bawah kuasa


Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu

Dalam Syor Penyata Rahman Talib 1960, segala perbelanjaan yang


berkaitan dengan pelajaran agama Islam ditanggung oleh Kementerian
Pelajaran. Justeru itu di dalam Akta Pelajaran 1961 telah mengadakan
peruntukan kewangan untuk perkara berkaitan selain mewajibkan
sekolah-sekolah bantuan kerajaan mengadakan pelajaran agama Islam
kepada murid-murid selama dua jam seminggu sekiranya terdapat
seramai 15orang murid Islam atau lebih. Pada tahun tersebut juga
telah berkuat kuasa pembelajaran agama Islam sebanyak 120 minit
seminggu.

Sukatan pelajaran agama Islam yang pertama untuk sekolah bantuan


kerajaan telah disusun pada tahun 1959 dan telah dipersetujui oleh
Majlis Raja-Raja dan dilaksanakan mulai tahun 1962 hingga 1967.

Pada tahun 1967, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu sekali


lagi telah meluluskan sukatan pendidikan yang baru dan sukatan ini
telah dilaksanakan pada tahun 1968. Sukatan baru ini telah disusun
sesuai dengan tahap perkembangan umur murid. Di peringkat sekolah
rendah sukatan tersebut telah disusun merangkumi aspek akidah,
ibadah, sirah rasul, akhlak dan bacaan al-Quran. Manakala di
peringkat menengah pula sukatan tersebut telah disusun mengikut
kesesuaian masyarakat dan negara. Antaranya Feqah, Tauhid, Sejarah
Islam, Al Quran dan Hadis.

Pada tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah


digubal dan dilaksanakan secara keseluruhannya dan ianya diteruskan
di peringkat sekolah menengah pada tahun 1988 iaitu setelah enam
tahun KBSR dilaksanakan di sekolah rendah dengan nama Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pada waktu itu juga mata
pelajaran Pendidikan Islam dijadikan mata pelajaran teras di peringkat
menengah rendah dan menengah tinggi. Selaras dengan itu, ia
diwajibkan di dalam peperiksaan. Manakala pada peringkat menengah
atas terdapat mata pelajaran pendidikan Islam sebagai mata
pelajaran elektif selain Pendidikan Islam iaitu Tasawur Islam,
Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islam.

Pada tahun 1993 mata pelajaran Pendidikan Islam telah


diperkemaskan lagi setelah diperkenalkan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR), iaitu dengan menambah bidang asas akhlak


Islam. Ini menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam mempunyai
tiga bidang iaitu asuhan al-Quran, asas syariah Islam dan asas akhlak
Islam.

Pendidikan Islam terus diperkasakan lagi dengan mewujudkan


program J-QAF yang diilhamkan oleh Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.
Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan penguasaan jawi,
memastikan murid-murid khatam al Quran di sekolah rendah,
mewajibkan bahasa Arab dan memantapkan penghayatan fardu ain.
Program ini telah dilaksanakan pada tahun 2005.

KESIMPULAN
Setelah disingkap setiap era zaman pendidikan Islam di Malaysia,
maka dapat dirumuskan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah
membawa perubahan yang sangat besar dalam sistem pendidikan Islam di
Malaysia. Perubahan itu melibatkan cara hidup masyarakat dan agama Islam
telah diangkat sebagai agama rasmi negara kita. Bermula dengan sistem
pendidikan Islam itu tidak formal sehingga ia terus berkembang dengan
pesat dan menjadi sistem pendidikan yang formal. Namun demikian tanpa
kita sedari walaupun negara kita sudah merdeka tetapi kesan penjajahan
oleh barat terhadap pengasingan sekolah aliran akademik pada waktu pagi
dan aliran agama pada waktu petang itu masih diamalkan sehingga hari ini.

You might also like