You are on page 1of 2

JURNAL REFLEKSI

MINGGU 1 ( 25 Januari 2016 29 Januari 2016)


Pada minggu pertama berpraktikum, kami seramai 6 orang guru pelatih dari IPG
Kampus Pulau Pinang telah melaporkan diri di SK Kampung Selamat, Pulau Pinang. Kami
terdiri daripada opsyen Matematik (2 orang), Sains (2orang) dan Tesl (2 orang). Kami telah
bertemu dengan Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau telah memberi sedikit
taklimat berkenaan perihal sekolah. Kami telah diberi jadual waktu dan mendapat seorang guru
pembimbing bagi setiap opsyen. Guru pembimbing iaitu Puan Jamaliah Binti Hashim banyak
membantu kami terutamanya dalam subjek Matematik sekolah rendah dari segi pedagogi
pengajaran guru dan juga akiviti pengajaran guru.
MASALAH
Minggu ini merupakan minggu pertama saya berpraktikum dan juga merupakan
praktikum ketiga saya sepanjang berada di IPGKPP. Bagi minggu pertama ini, saya
menjalankan proses beberapa kali shadowing dan baru mengajar 1 hari secara formal di
dalam kelas. Hasil dapatan saya memasuki kelas bagi melihat pengajaran dan pembelajaran
guru di sini menunjukkan bahawa saya bakal menghadapi masalah kawalan kelas. Meskipun,
aktiviti yang dirancang telah dijalankan di dalam bilik darjah tetapi masih terdapat murid yang
tidak mengendahkan arahan. Mereka kerap kali bercakap sesama rakan di dalam kelas.
ANALISIS MASALAH
Masalah kawalan kelas merupakan perkara penting. Hal ini kerana, saya tidak dapat
menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan. Permasalahan ini perlu diselesaikan
dengan seberapa segera. Sesi P&P perlu diteruskan dengan walau apa cara. Murid-murid perlu
disampaikan dengan isi pelajaran yang perlu mereka pelajari. Oleh itu, langkah mengatasi
masalah ini perlu dicari dan di aplikasikan dalam bilik darjah agar sesi P&P berjalan dengan
lancar.
Dalam pada itu, murid juga melakukan masalah di dalam bilik darjah kerana guru baru
memasuki kelas. Maksudnya, murid-murid akan berubah sikap mereka apabila menerima guru
baru di dalam kelas mereka. Mereka akan menganggap bahawa guru baru ini akan berlembut
dengan mereka dan tidak akan memarahi mereka. Oleh itu, keadaan murid di dalam kelas
sukar dikawal dan mereka akan cuba untuk bercakap, berjalan malah keluar kelas tanpa
memberitahu guru.

CADANGAN
Dengan pengenalpastian masalah utama iaitu kawalan kelas terganggu akibat kemasukan guru
baru di sesebuah kelas. Maka saya telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi
masalah kawalan kelas ini.

Menunjukkan ekspresi muka yang garang pada kali pertama memasuki kelas.
Membuat peraturan kelas iaitu mempunyai ganjaran dan hukuman.
Melantik ketua disiplin bagi setiap kumpulan bagi memperingatkan rakan sekumpulan
untuk mematuhi disiplin.

TEMPOH MASA
Saya bercadang untuk menyelesaikan masalah ini dalam jangka masa 2 minggu iaitu
dari 1 Februari 2016 sehingga 12 Februari 2016.
TINDAKAN SUSULAN
Saya akan berbincang dengan pensyarah penyelia, guru pembimbing dan rakan
praktikum untuk bertukar-tukar idea serta pandangan dalam mengatasi masalah kawalan kelas
ini. Saya juga akan meminta rakan praktikum saya memerhatikan cara pengajaran saya agar
beliau

dapat

memperbaiki

kelemahan

saya

serta

dapat

memberikan

cadangan

penambahbaikan. Saya akan cuba untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah ini dari
semasa ke semasa. Saya yakin dengan usaha yang berterusan, masalah ini dapat diselesaikan
dengan jayanya. Berdasarkan semua masalah yang telah saya nyatakan jelas menunjukkan
bahawa murid-murid ini memerlukan bimbingan guru.

(________________)
Tandatangan Pelajar Guru

Tarikh:

(________________)
Tandatangan Guru Pembimbing

Tarikh:

(________________)
Tandatangan Pensyarah Pembimbing

Tarikh:

You might also like