You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SIBU,

JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA PROGRAM


GOTONG ROYONG DI SEKOLAH KEBANGSAAN
PULAU SIBU

TEMPAT:

SK. PULAU SIBU, MERSING, JOHOR

ANJURAN:

UNIT KECERIAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SIBU,
MERSING, JOHOR

KERTAS CADANGAN
Gotong Royong Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu

1.0 Tujuan Mengemukakan Kertas Kerja


Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran
untuk mengadakan gotong royong di Sekolah Kebangsaan Danau Kota.

2.0 Pendahuluan
Biro Keceriaan, Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu dengan kerjasama
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) bercadang mengadakan gotong royong
membersihkan kawasan sekolah serta memulihara taman-taman dan
mempertingkatkan keceriaan kawasan SK Pulau Sibu.

3.0 Objektif
3.1 Merapatkan silaturrahim dan memupuk kepersefahaman yang jitu
diantara ibubapa, guru dan murid SK Pulau Sibu.
3.2 Memberi peluang kepada ibubapa bekerjasama dengan guru-guru
dengan lebih optimum dalam memartabatkan institusi pendidikan anak
mereka.
3.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih
kondusif dan lebih terjamin akan
sekolah semasa waktu belajar.

keselamatan anak-anak serta warga

4.0 Kumpulan Sasaran


Semua warga SK Pulau Sibu iaitu Ibubapa, Murid-murid dan Guru-guru serta
semua kakitangan sekolah.

5.0 Rasional Menjayakan Program


5.1 Bersama-sama mengembeling tenaga anatara guru, ibu bapa dan
kakitangan sekolah dalam membantu menceriakan kawasan sekolah.
5.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang
ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar.
5.3 Memberi gambaran yang lebih jelas kepada ibu bapa akan suasana
pembelajaran dan pengajaran yang dilalui oleh anak anak mereka sewaktu di
sekolah.

6.0 Justifikasi
Guru,

kakitangan

sekolah

dan

Ibubapa

dapat

bekerjasama

dalam

menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta
perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu
pagi dan petang. Menghayati konsep sekolahku rumahku

7.0 Anjuran
Unit Keceriaan SKPS, PIBG, SK. Pulau Sibu.

8.0 Lokasi Cadangan


Kawasan sekolah SK Pulau Sibu

9.0 Cadangan Tarikh Perlaksanaan


19 Jun 2010 bersamaan hari Sabtu

10.0 Struktur Organisasi


Penasihat:
(1) Guru Besar
(2) Pengerusi PIBG.
(3) Penolong Kanan Kokurikulum.
(4) Kaunselor.
JAWATANKUASA KURSUS.
Pengerusi

: En. Abedilah b. Abd. Ghani

Naib Pengerusi

: En. Saiful Bahri b. Saudi

Setiausaha

: Cik. Siti Hajar b. Sanussi

Ahli Jawatankuasa:
En. Mohd. Yassin b. Mat Adam
En Mohd. Radhi b. Mat Ludin
En. Mohd Jarkashi b Redzuan
En. Mohd Asrul Isham b Sobri
Ym. Tuan Ramzuzzaman b. Tuan Omar

11.0 Tentatif Program


8:00 pagi

Berkumpul di Tapak Perhimpunan

8:15 pagi

Ucapan YDP PIBG

8:20 pagi

Ucapan GB SKPS

8:25 pagi

Taklimat ringkas

8:45 pagi

Gotong Royong Bermula

10:00 pagi

REHAT

10:45 pagi

Aktiviti Gotong royong diteruskan lagi

11:45 pagi
12:00 tengahari

Berkumpul dan menyimpan alatan


Jamuan dan Bersurai

13.0 Anggaran Perbelanjaan


1. Peralatan mengecat

RM200.00

2. Alatan membersih

RM 200.00

2. Jamuan

RM100.00
Jumlah

RM500.00

14.0 Penutup
Program gotong royong ini adalah salah satu rancangan bagi Unit Keceriaan
bagi tahun 2010 dan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan
bantuan dari pelbagai pihak terutama dari ibubapa dan guru-guru SK Pulau
Sibu. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar
mencapai slogan "Sekolahku, rumahku".

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..................................................

(En. Abedilah b Abd. Ghani)

(En. Zainal Aznam b A. Kadir)

Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu,

Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu,

86000 Mersing, Johor

86000, Mersing, Johor.

You might also like