You are on page 1of 4

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Falsafah Pendidikan Guru
Kandungan
Panduan Pelajar
Agihan Tajuk
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1:

Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan.

Tajuk 2:

Jenis Penyelidikan dan Pengenalan kepada Pelbagai Jenis Reka Bentuk


Penyelidikan.

Tajuk 3:

Prosedur Penyelidikan Pendidikan

Tajuk 4:

Penyelidikan Tindakan: Konsep dan Model

Tajuk 5:

Penyelidikan Tindakan: Proses

Tajuk 6:

Penyelidikan Tindakan: Rancangan dan Cadangan

Tajuk 7:

Penyelidikan Tindakan: Kaedah Pengumpulan Data

Tajuk 8:

Penyelidikan Tindakan: Pertimbangan Semasa Mengumpul Data

Tajuk 9:

Penyelidikan Tindakan: Analisis Data

Tajuk 10:

Interpretasi Data Penyelidikan Tindakan

Tajuk 11:

Penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan

Tajuk 12:

Penulisan Artikel Penyelidikan Tindakan

Tajuk 13:

Cara-cara Menyebarkan Data Penyelidikan Tindakan

Rujukan
Panel Penulis Modul
Panel Pemurni Modul
Ikon Modul

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

TAJUK 13

CARA-CARA MENYEBARKAN DATA PENYELIDIKAN TINDAKAN

13.1 Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami cara-cara menyebarkan
data penyelidikan tindakan. Pelajar akan dipandu untuk memahami cara-cara penyebaran melalui
seminar, penerbitan dan rangkaian.

13.2 Hasil Pembelajaran


1. Memperoleh kemahiran menulis laporan dan artikel penyelidikan tindakan.
2. Menerangkan cara-cara menyebarkan data dapatan penyelidikan tindakan.

13.2 Kerangka Konsep Tajuk 13


Menyebarkan Data Penyelidikan Tindakan

Seminar

Penerbitan

Rangkaian

13.4 Pengenalan Cara-cara Menyebarkan Data Penyelidikan Tindakan


Cara-cara menyebarkan data penyelidikan tindakan boleh dilaksanakan melalui beberapa kaedah.
Kaedah tersebut dinyatakan di bawah ini.

13.4.1 Seminar
Seminar pendidikan merupakan aktiviti pendidikan yang sering diadakan di Malaysia. Melalui
seminar dan perbengkelan, kertas kerja serta hasil penyelidikan akan dibentangkan untuk dikongsikan
kepada peserta. Kertas kerja serta hasil penyelidikan akan dibahaskan dan seterusnya diedarkan untuk
tatapan peserta (Akhiar dan Shamsina, 2012).

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

13.4.2 Penerbitan
Terdapat banyak penerbitan yang memuatkan hasil kajian pendidikan dan kajian tindakan untuk
dikongsikan kepada penyelidik atau guru-guru lain sama ada terbitan dalam atau luar negara.
Penyelidik boleh menerbitkan dapatan penyelidikannya di dalam jurnal-jurnal berkenaan. Antara
institusi yang aktif menerbitkan hasil penyelidikan pendidikan adalah universiti tempatan, Institut
Pendidikan Guru dan Jabatan Pendidikan negeri-negeri (Akhiar dan Shamsina, 2012).

13.4.3 Rangkaian
Rangkaian Kajian Tindakan merupakan alat yang telah direka bentuk untuk para guru dalam lapangan
kerjaya mereka dan juga untuk para pelajar agar dapat berkongsi penyelidikan yang telah dibuat dan
memberikan pandangan tentang penemuan-penemuan yang telah diperolehi oleh para penyelidik lain.
Laman ini menyediakan template online yang akan diisi oleh penyelidik. Maklumat yang telah
diberikan akan membolehkan pihak pengendali (web master) untuk mendokumentasikan pelbagai
aspek daripada penyelidikan yang telah dibuat (Akhiar dan Shamsina, 2012).

13.4.4 Rumusan
Penyebaran data penyelidikan penting bagi menghebahkan dapatan supaya ianya dapat dikongsi dan
dikritik oleh pembaca dan penyelidik lain. Perkongsian sedemikian mampu menghasilkan satu idea
baru yang boleh dijadikan panduan untuk kajian seterusnya selain data tersebut dapat digunakan
untuk panduan operasi atau amalan.

Aktiviti 12 Perbincangan
Dalam kumpulan, bincangkan bagaimana anda akan menganalisis dan menghurai data kajian yang
akan dilaksanakan.

OLL 12 Oline
Secara individu, anda dikehendaki menulis secara online kepada pensyarah anda tentang bagaimana
penyebaran data dapat dilaksanakan secara berkesan.

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

You might also like