You are on page 1of 24

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Falsafah Pendidikan Guru
Kandungan
Panduan Pelajar
Agihan Tajuk
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1:

Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan.

Tajuk 2:

Jenis Penyelidikan dan Pengenalan kepada Pelbagai Jenis Reka


Bentuk Penyelidikan.

Tajuk 3:

Prosedur Penyelidikan Pendidikan

Tajuk 4:

Penyelidikan Tindakan: Konsep dan Model

Tajuk 5:

Penyelidikan Tindakan: Proses

Tajuk 6:

Penyelidikan Tindakan: Rancangan dan Cadangan

Tajuk 7:

Penyelidikan Tindakan: Kaedah Pengumpulan Data

Tajuk 8:

Penyelidikan Tindakan: Pertimbangan Semasa Mengumpul Data

Tajuk 9:

Penyelidikan Tindakan: Analisis Data

Tajuk 10:

Interpretasi Data Penyelidikan Tindakan

Tajuk 11:

Penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan

Tajuk 12:

Penulisan Artikel Penyelidikan Tindakan

Tajuk 13:

Cara-cara Menyebarkan Data Penyelidikan Tindakan

Rujukan
Panel Penulis Modul
Panel Pemurni Modul
Ikon Modul

TAJUK 4

PENYELIDIKAN TINDAKAN: DEFINISI DAN KONSEP


1

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

4.1 Sinopsis
Tajuk ini menerangkan definisi dan konsep, kepentingan penyelidikan tindakan, ciri-ciri
penyelidikan tindakan dan kepelbagaian model-model Penyelidikan Tindakan.

4.2 Hasil Pembelajaran


Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan definisi, konsep dan kepentingan penyelidikan tindakan
2. Menganalisis ciri- ciri penyelidikan tindakan
3. Membanding beza model penyelidikan tindakan

4.4

Penyelidikan Tindakan

4.4.1 Sejarah Awal


Diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946.

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Mendapat perhatian rakan-rakan sekerja seperti Stephen Corey, Kenneth, Benne dan Hilda Taba
(Teachers

College,

Columbia)

bagi

menjalankan

penyelidikan

pendidikan

mengenai

penggubalan kurikulum dan peningkatan profesionalisme Pensyarah.


Idea ini berkembang luas sehingga akhir tahun 1950-an.
Pada tahun 1970-an, penyelidikan tindakan mula mendapat perhatian antarabangsa.
Di UK, idea penyelidikan tindakan timbul semula melalui usaha Lawrence Stenhouse (1975)
yang memperkenalkan konsep Pensyarah sebagai penyelidik dan melihat penyelidikan tindakan
sebagai satu elemen penting dalam perkembangan kurikulum.
Menurut Stenhouse, penglibatan aktif Pensyarah dalam proses penyelidikan adalah suatu faktor
penting yang boleh membawa kepada pembaharuan kurikulum.
Contoh PT: Ford Teaching Project (John Elliott, 1974-1976), menyiasat penggunaan kaedah
pengajaran pembelajaran inkuiri.
Elliott seterusnya mengasaskan Classroom Research Network (CARN) untuk menyokong
PensyarahPensyarah yang terlibat dalam Ford Teaching Project.
Konsep PT kemudian mula meresap ke dalam sistem pendidikan Malaysia.
Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisme perpensyarahan ialah dengan menjalankan
penyelidikan tindakan terhadap amalan-amalan pengajaran pembelajaran
Research is systematic self-critical inquiry atau penyelidikan adalah suatu inkuiri kendiri
yang kritis yang sistematik (British Journal of Educational Studies, 29(2) Jun 1981.
PT pula adalah inkuiri berbentuk renungan kendiri yang dilakukan dalam situasi sosial, bertujuan
untuk
memperbaiki amalan-amalan dalam konteks sosial dan pendidikan.

4.4.2 Definisi Penyelidikan Tindakan


Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara
kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan
meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka
sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di
mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan
tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat iaitu tinjauan,
perancangan, pelaksanaan dan refleksi.
Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan
melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas
mereka. Dalam bidang pendidikan, penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik-penyelidik
seperti pensyarah, guru-guru, pengetua, atau penuntut (mereka ini boleh menjadi sebagai
penyelidik atau peserta yang diselidik) untuk memperbaiki dari segi amalan sosial dan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

pendidikan kendiri, kefahaman terhadap amalan kendiri, situasi di mana amalan tersebut
dijalankan.
Definisi yang lain:
Mengikut Kurt Lewin (1947)

Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves


reconnaissance; (2)
taking actions; and (3) fact-finding about the result of a action

Mengikut Stephen Corey (1953)

Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems
scientifically
in order to guide, correct, and evaluate their decisions and actions.

Mengikut Carl Glickman (1992)

Mengikut Emily Calhoun (1994)

Mengikut Stenhouse (1975)

Penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran


tetapi
kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain.

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Mengikut McNiff (1988)

Penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau


meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru
menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalanamalan tersebut dan bersedia untuk
mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta
melibatkan

guru-guru lain secara bersama.

Mengikut Somekh (1989)

4.4.3 Konsep Penyelidikan Tindakan


Satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang
berada dalam sesuatu situasi sosial.
Tujuan:
i. meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan
mereka sendiri ii. meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di
mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988)
Penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat
iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

4.5

Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan

Membuat refleksi dan memperbaiki kerja sendiri


Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan
Menyebarkan dan berkongsi pengalaman kepada peserta dan mereka yang berminat.
Penglibatan dalam pengumpulan data dan empowerment.
Kolaborasi dengan mewujudkan suatu komuniti berfikiran kritis-dilakukan oleh guru dalam
konteks harian.

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Penilaian dan refleksi kendiri dan berkomitmen utk meningkatkan kefahaman praktis untuk
memperbaiki amalan pendidikan.
Pembelajaran progresif secara berterusan dalam suatu lingkaran.

4.6

Kepentingan penyelidikan tindakan

Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan
pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;
Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan;
Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif
mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;
Dapat meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif;
Dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup
menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;
Dapat membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan
untuk tindakan ; dan
Dapat merapatkan tali silaturrahim dalam kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara
kolaboratif.

4.7

Model Penyelidikan Tindakan

Terdapat beberapa model kajian tindakan yang dikemukakan oleh para penyelidik yang boleh
membantu guru untuk menjalankan kajian dalam bilik darjah.

Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu
pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani.

Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang
dihadapinya.

Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru
terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

4.7.1 Model Stephen Kemmis

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

4.7.1.1 Fasa Perancangan


Fasa pertama ini merupakan fasa perancangan tindakan untuk memperbaiki amalan setelah guru
memperolehi maklumat dan kritikan tentang tindakan amalan yang kurang berkesan atau
bermasalah. Peninjauan (reconnaisance) dan kritikan rakan sekerja boleh membantu guru
memberi focus kepada sesuatu isu yang menjadi masalah. Setelah mendapatkan isu, guru perlu

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

merancang bagaimana hendak menjalankan inkuiri. Perancangan yang dibina perlu bersifat
fleksibel untuk membolehkan adaptasi dilakukan ke atas kesan dan halangan yang tidak dapat
dilihat. Perancangan ini akan membantu guru memperhalusi apa yang ingin diberikan perhatian.
Antara soalan utama yang boleh ditanya kepada diri sendiri ialah:
1. Ada atau tidak orang yang boleh membantu memberikan maklumat atau data yang relevan untuk
dibuat inkuiri?
2. Kepada siapakah dan apakah yang perlu dirujuk?
3. Adakah cara untuk mendapatkan maklumat ini boleh dilaksanakan?
4. Berapa banyak waktu yang anda ada?
5. Bagaimanakah masa yang ada akan dibahagi-bahagikan?

4.7.1.2 Fasa Tindakan


Setelah guru dapat menjawab kesemua soalan ini, guru perlu membuat keputusan tentang
apakah tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru tidak
seharusnya khuatir tentang tindakan yang akan diambil sama ada dapat menyelesaikan masalah
dengan kadar segera atau sebaliknya. Sekiranya guru cuba menyelesaikan dengan kadar segera,
ada kemungkinan guru akan menjadi kaku dan gagal untuk bertindak selanjutnya. Perkara yang
lebih penting ialah guru akan melakukan sesuatu yang mungkin akan dapat membantunya
menyelesaikan masalah. Tindakan yang diambil perlu bersifat tindakan strategik yang akan
menghasilkan sesuatu perubahan amalan. Mungkin akan timbul pada isu seterusnya yang
memerlukan kitaran kedua kajian dibuat.

4.7.1.3 Fasa Pemerhatian


Pemerhatian akan dibuat ke atas tindakan amalan-amalan baru untuk membolehkan
bukti-bukti diperolehi dan dibuat penilaian. Pemerhatian perlu dirancang dan catatan jurnal
dibuat untuk tujuan dokumentasi dan rujukan semula. Proses tindakan dan kesannya dalam
konteks situasi perlu dibuat pemerhatian secara individu atau kelompok. Guru perlu
menggunakan lebih daripada satu cara mengumpulkan data untuk membolehkan dibuat
triangulasi. Triangulasi merupakan kekuatan untuk memperolehi data dalam sesuatu kajian.

4.7.2 Grundy dan Kemmis (1981)


Membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan strategik yang
boleh diperbaiki.
5 Mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri daripada urutan aktiviti merancang, bertindak,
memerhati dan merefleks.
6 Dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti tersebut dan beransuransur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa hilang kawalan ke atas proses penyelidikan.

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

4.7.3 Henry dan Henry (1982)


Berbentuk kolaboratif di antara guru dengan guru, guru dengan pelajar atau guru dengan ibu
bapa
Berbentuk kitaran aktiviti - merancang, bertindak, memantau dan merefleks serta menjana
pusingan yang berikutnya (lebih daripada satu pusingan Elliot (1991) berkata sekurangkurangnya 3 pusingan atau satu tahun pengkajian
Menyumbang ke atas memajukan proses pengajaran pembelajaran

4.7.4 Model John Elliott

John Elliott telah mengemukakan satu model seperti berikut:


Mengenal pasti idea umum
Mencari atau mendapatkan persetujuan
Peninjauan (reconnaissance) iaitu meneliti amalan dengan lebih terperin

Kitaran Tindakan 1
Perancangan umum
Memantau pelaksanaan kesan pelaksanaan tersebut
Peninjauan (meneliti pelaksanaan dan kesannya)

Kitaran Tindakan 2
Menyemak semula perancangan
Memantau pelaksanaan dan kesannya
Peninjauan (meneliti pelaksanaan dan kesannya)

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

4.7.4.1 Model John Elliot digambarkan seperti gambar rajah di bawah

Kitaran pertama
Kenalpasti idea permulaan

Reconnaissance

Model Penyelidikan Tindakan John Elliot (dalam Ebbutt, 1985)

4.7.5 Model Dave Ebutt

10

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

atau

Penyelidikan Tindakan menurut Ebbutt (dalam Hopkins, 1985)


Model Ebbutt bermula dengan idea umum sebagai langkah pertama. Idea umum itu dibuat
tinjauan literatur untuk menghasilkan untuk menghasilkan persoalan kajian. Perancangan
keseluruhan dibuat dan diikuti dengan persoalan kajian. Tinjauan dan pemantauan dibuat untuk
seterusnya diambil tindakan kedua atau semakan dibuat semula untuk kembali ke langkah
perancangan keseluruhan. Pilihan ketiga boleh dibuat dengan mengubah perancangan dan
kembali kepada idea umum. Proses akan berulang untuk tindakan selanjutnya.

4.7.6 Model Jack Whitehead


Whitehead (1989) telah merumuskan kitaran refleksi tindakan menggunakan penyataanpenyataan seperti berikut:
o Amalan apakah yang perlu saya berikan perhatian/apakah yang ingin saya perbaiki o Apakah
yang akan saya lakukan mengenainya?
o Data apakah yang saya perlukan untuk membolehkan saya membuat justifikasi ke atas
keberkesanan
amalan?
o Bertindak dan mengumpul data o Penilaian keberkesanan
o Modifikasi amalan yang diberikan perhatian, idea dan tindakan
o Menyerahkan penerangan dan penjelasan tentang Bagaimana saya perbaiki amalan saya yang
dibuat
kepada sekumpulan manusia yang akan mengesahkannya

11

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

4.7.7 Model Jean McNiff (1988)

Seperti Whitehead, McNiff mengambil langkah-langkah asas proses penyelidikan tindakan


seperti yang dinyatakan dalam penulisannya bersama Lomax dan Whitehead, 1996 sebagai
berikut:
Melihat semula amalan semasa
Mengenalpasti aspek yang ingin dikaji
Membayangkan langkah-langkah maju ke hadapan
Mencuba langkah-langkah tersebut
Ambil perhatian apa yang berlaku
Membuat modifikasi amalan dan terus mencubanya (cuba lagi dengan yang lain sekiranya cara
baru itu tidak memberikan kesan positif)
Memantau apa yang dilakukan
Melihat semula dan membuat penilaian ke atas tindakan atau amalan yang telah dimodifikasi
Dan seterusnya masuk ke lingkaran kedua

Menurut McNiff lagi, terdapat dua proses yang berlaku iaitu tindakan sistematik penyelidik
semasa melalui langkah-langkah di atas dan proses pembelajaran. Tindakan merangkumi proses
pembelajaran yang berlaku dan pembelajaran itu pula diperolehi melalui amalan refleksi ke atas
tindakan tersebut. Oleh itu, semasa membuat laporan, kedua-dua proses itu perlu dilaporkan.

Langkah-langkah di atas, telah dirumuskan oleh McNiff (2001) dalam modelnya seperti berikut:
Mengenalpasti bidang amalan yang ingin dibuat penyelidikan
Membayangkan langkah/jalan penyelesaian (solution)
Melaksanakan langkah-langkah penyelesaian
Menilai penyelesaian yang dibuat
Mengubah amalan berdasarkan maklumat penilaian
Kitaran penyelidikan tindakan ini akan membentuk kitaran kedua dan seterusnya apabila bidang
atau masalah baru mula ditemui pada masa yang sama. Pilin atau kitaran seterusnya terbentuk
untuk membolehkan penyelidik mengambil langkah-langkah penyelesaian yang baru. Proses ini
digambarkan dengan gambar rajah di bawah:

Model Jean McNiff

12

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

4.7.8 Model Kurt Lewin


Lewin (1946) menjelaskan bahawa sesebuah penyelidikan perlu diikuti dengan tindakan
sosial. Beliau mengemukakan satu model pilin dan setiap pilin atau kitaran itu mengandungi
lagkah-langkah perancangan, tindakan dan peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan atau
keputusan sesuatu tindakan itu (Lewin, 1948). Kitaran tersebut dapat dilihat melalui gambar
rajah di bawah:

Mengenalpasti idea umum


atau idea awal
Tinjauan atau pencarian fakta

Mengambil langkah
tindakan pertama

Merancang

Menilai

Pembetulan perancangan

Mengambil langkah tindakan


kedua

Model Kurt Lewin (1948)


Menurut Lewin, langkah pertama ini meneliti dan mengenalpasti sesuatu idea atau amalan. Ini
diikuti dengan pencarian fakta berkaitan dengan situasi yang diperlukan. Sekiranya langkah awal
ini dapat dilakukan, perancangan keseluruhan akan dibuat dan keputusannya akan dianggap
sebagai langkah pertama sesuatu tindakan.
Langkah seterusnya mengandungi langkah-langkah perancangan, pelaksanaan dan tinjauan atau
pencarian fakta dengan tujuan untuk dibuat penilaian ke atas keputusan langkah kedua ini.
Seterusnya, asas untuk langkah ketiga dibuat yang mungkin melibatkan pembetulan,
penambahbaikan atau modifikasi rancangan keseluruhan tadi.

Tahniah, kerana anda telah


dengan jayanya!
.

berjaya menamatkan

13

pembelajaran unit ini

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Buat banding beza model penyelidikan tindakan Model Stephen Kemmis


OLL

TAJUK 5

5.1.

dengan Model John Elliot.

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES

Sinopsis

Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan
penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic) (lihat rajah 2) semua peringkat itu

14

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

haruslah dilihat secara keseluruhan dan juga secara berperingkat-peringkat. proses yang
diterangkan di sini sekadar panduan, sekurang-kurangnya untuk memungkinkan penyelidikaii
kecil-kecilan dijalankan berasaskan tema yang dipilih. proses ini harus juga dilihat dari segi
keupayaannya membawa perubahan yang memerlukan tindakan untuk menyelidik dan
mengubahsuai tindakan.
kerjasama dalam pasukan yang sama minat adalah amat perlu ke arah pembaharuan melalui
pengubahsuaian tindakan dalam proses itu. cara satu-satu kumpulan pengkaji merangka tindakan
kajian boleh saja bermula di mana-mana peringkat, tetapi cara yang lebih teratur bermula dengan
tinjauan. di peringkat inilah, tumpuan tema ditetapkan, sebelum bergerak ke peringkat
perancangan, pelaksanaan dan refleksi.
5.2 Hasil Pembelajaran
Menghuraikan proses melaksanakan kajian tindakan serta masalah yang dihadapi.

5.3 Kerangka
Proses kajian tindakan: Mengenal pasti aspek amalan bagi penambahbaikan
Merancang tindakan
Membina stratergi
Melaksanakan tindakan
Mengumpul data
Menganalisis data
Membuat refleksi terhadap tindakan (sebelum, semasa dan selepas tindakan)
Merancang kitaran kedua
Mengambil tindakan susulan

5.3.1 Mengenal Pasti Masalah


Langkah utama yang penting dalam penyelidikan tindakan ialah mengenal pasti amalan yang
bermasalah dalam isu bilik darjah yang menjadi perhatian. Contohnya tahap pencapaian jawi di
kalangan pelajar, kemampuan pelajar dalam membaca Al-Quran, minat pelajar keitka belajar AlQuran dan pelnbagai masalah yang dikenal pasti oleh guru pendidikan islam ketika mengajar.
Menurut Kemsis dan Mc Taggart, 1982. Guru perlu memilih masalah topik dan masalah yang
merupakan isu yang penting kepada anda sebagai seorang guru. Masalah yang hendak dipilih
perlu masalah yang boleh diselesaikan atau bersifat penambahbaikan kepada amalan harian.
Diharapkan melalui kajian tindakan yang dilakukan dapat memberi kesan atau impak ke atas
pembelajaran murid dan merubah tabiat guru.
Kaedah mengenal pasti masalah, guru perlu membuat pemerhatian, menyoal dan membuat
refleksi tentang keadaan sebenar (seluruh kelas atau sebahagian daripada murid dalam kelas
untuk menyiasat dan mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh mereka). Dengan
membuat perbandingan tahap pencapaian murid dengan standard pencapaian yang sepatutnya
dicapai seperti mana yang digariskan oleh kementerian pelajaran Malaysia. Untuk itu penyelidik
dicadangkan berkolaborasi dengan rakan guru lain, ketua panatia atau ketua bidang sebelum
melakukan kajian tindakan.
Beberapa soalan terbuka seperti di bawah dapat membantu guru unutk mengenal pasti bidang
serta amalan yang diminati untuk dibuat kajian dalam penyelidikan tindakan.

15

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Saya ingin memperbaiki kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam ..


Saya keliru dengan kaedah yang digunakan .
Kebanyakan guru atau murid tidak minat dalam .
Saya ingin tahu lebih lanjut tentang
Buat masa ini bidang yang saya minati ialah
Saya ingin mencuba menggunakan idea tentang
Idea yang diperolehi itu perlu diubah dalam bentuk soalan kajian. Namun sebelum guru perlu
mengambil kira tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan
dilaksanakan supaya penyelidikan yang akan dibuat itu bermakna dan berfaedah.

Bagaimana untuk saya dapatkan penjelasan


Adakah kajian itu boleh diurus dan disiapkan dalam tempoh masa yang ada?
Adakah melalui kajian ini akan memberikan kefahaman yang mendalam kepada diri anda?
Adakah anda berpeluang untuk menyebarluaskan hasil kajian tindakan ini?
Adakah isu tersebut ada kaitan dengan amalan anda sebagai seorang guru dan sebagainya?
Selepas itu barulah soalan-soalan penyelidikan dibina dan dibentuk. Contoh saoalan adalah
seperti berikut:

Bagaimana saya membuat murid berasa seronok untuk belajar.


Apakah kaedah yang paling sesuai digunakan unruk mengajar matapelajaran sirah pendidikan
islam sebagai contoh?
Bagaimana pendekatan penjelasan penulisan laporan reflektif memberi kesan ke atas penulisan
dan perasaan murid?
Bagaimana cara untuk memastikan murid sentiasa istiqamah dalam amalan?
Untuk menyelesaikan masalah yang dikenal pasti, sebaiknya dijelaskan tujuan penyelidikan yang
dicadangkan, objektif pelajaran, standard kandungan, peralatan, bahan pelajaran, kekangan,
kekuatan dan bantuan, aktiviti dan jangkaan dalam persekitaran bilik darjah. Penyataan masalah
boleh dinyatakan dalam bentuk latar belakang kajian dan persoalan kajian. Latar belakang kajian
akan menjelaskan tentang seting kerja seperti peranan guru, ibu bapa dan murid, budaya belajar
di sekolah atau dalam kelas dan penulis boleh menyatakan masalah yang ingin dikaji. Tinjauan
literasi dilakukan untuk mendapatkan maklumat daripada penyelidik-penyeludik sebelum ini
terhadap isu yang berkaitan masalah yang ingin anda kaji.

5.3.2 Merancang Tindakan


Setelah penyelidik mengenal pasti masalah dan menetapkan tajuk penyelidikan, penyelidik perlu
melakukan perancangan dengan membina kerangka untuk penyelidikan tindakan. Untuk Berjaya
dalam melakukan sesuatu, perlu ada pada seseorang itu melakukan perancangan yang rapi
sebelum melakukan tindakan. Dapatkan maklumat terlebih dahulu tentang apa bagaimana
kenapa siapa dan bila. Penyelidik boleh meninjau hasil penyelidikan yang dilakukan oleh
penyelidik lain. Dengan ini penyelidik akan memurnikan lagi tajuk dan persoalan kajian
disamping mengenal pasti stratergi yang baru atau rawatan baru yang sesuai dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kerangak kajian ini merupakan tulang belakang dalam
kajian.

16

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

5.3.3 Membina Stratergi


Untuk menjawab persoalan yang digariskan, penyelidik perlu membina stratergi yang betul agar
matlamat kajian tercapai. Sebagai contoh, penyelidik ingin mengkaji penglibatan ibu bapa untuk
memastikan murid istiqamah melakukan amalan solat fardhu di rumah. Penyelidik perlu
memikirkan tentang setiap bahagian persoalan.
-

Apakah yang dimaksudkan dengan penglibatan ibu bapa?


Bagaimanakah cara penyelidik mendapatkan respon daripada ibu bapa?
Apakah cara untuk menghubungi ibu bapa?
Bagaimanakah cara untuk mengukur dan menilai data?
Bagaimanakah cara penyelidik mengetahui samaada tindakannya akan memberi kesan ataupun
tidak?
- Sudahkah penyelidik mendapatkan kebenaran daripada guru panitia pelajaran dan guru besar
atau pengetua tentang perancangan yang ingin dilaksanakan?

5.7 Melaksanakan Tindakan


Sebelum melaksanakan sesuatu tindakan, penyelidik perlu melakukan persediaan dalam pelbagai
aspek. Antaranya ialah:
- Anda telah mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak berkaitan dengan penyelidikan untuk
menjalankan aktiviti penyelidikan tersebut.
- Menyediakan instrument alat untuk mengumpul data.
- Cara untuk mengingat semula tindakan yang akan dijalankan.
- Cara untuk memastikan ketekalan tindakan.
- Kaedah menyimpan data bagi memastikan keselamatannya.
Semasa melaksanakan tindakan, penyelidik sebenarnya sedang mengumpul data. Setiap
perancangan dan persoalan kajian perlu disemak semula. Di samping itu, penyelidik perlu
menerusakan pembacaan bidang yang dikaji. Berkemungkinan akan berlaku perubahan dan
penambahbaikan.
5.3.4 Mengumpul Data.
Pelbagai teknik pengumpulan data boleh digunakan seperti penulisan diari, soal selidik, ramakan
video dan audio, pemerhatian, temu bual dan bukti dokumentasi. Teknik yang menjadi pilihan
bergantung pada soalan-soalan kajian yang ditanyakan. Triangulasi diperlukan untuk mengelakan
berlakunya bias peribadi. Ianya penting ketika membentuk kaedah dalam mengumpul data. Data
perlu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Kesahan data merujuk kepada sejauh mana
ianya benar-benar mengukur fenomena spesifik yang diselidiki. Manakala kebolehpercayaan
data pula merujuk kepada ketepatan data yang dikutip seperti yang dikehendaki dalam kajian.
Penyelidik perlu menetep jangka masa untuk melaksanakan pengumpulan data. Penggunakan
buku log dan jurnal pembelajaran akan membantu membekalkan data yang diperlukan.

17

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

5.3.5 Menganalisis Data


Kebanyakan data yang diperolehi melalui penyelidikan tindakan lebih bersifat kualitatif. Ini
bermakna penyelidik mesti menggunakan kebijaksanaannya untuk menganalisis dan membuat
interpretasi maklumat dan data yang dikumpulkan. Proses analisi data kualitatif meliputi
kemahiran membaca secara kritikal, kemahiran mencari hubungan atau perkaitan antara datadata yang diperolehi dan kemahiran menentukan jawapan kepada masalah penyelidikan yang
kompleks.
Analisis data dilakukan semasa dan selepas data dikumpulkan. Analisis semasa data
dikumpulkan bermula pada interaksi yang pertama bersama responden. Ia melibatkan data yang
dikumpulkan secara tidak formal untuk membuat perbandingan di antara data yang sedia ada
dengan data yang baru serta membantu penyelidik menentukan data manakah yang lebih penting.
Menganalis data selepas ia dikumpulkan akan melibatkan jumlah data yang lebih banyak dan
memerlukan data-data tersebut diurus, ditadbir, dikodkan, dikategorikan mengikut tema dan
corak data tersebut.

5.3.6 Membuat Refleksi Terhadap Tindakan


Penyelidikan perlu memikirkan apakah proses pembelajaran yang dipelajari daripada kajian yang
dijalankan. Catatkan proses tersebut agar dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan penyelidik,
rakan guru, ketua panitia, guru besar dan pihak pentadbir sekolah. Schein (1999) mengemukakan
satu stratergi membuat refleksi melibatkan pemerhatian, reaksi, pertimbangan dan model
intervensi:
a. Pemerhatian: menjelaskan apa yang kita lihat
b. Reaksi: meneroka reaksi emosi terhadap apa yang telah diperhatikan.
c. Pertimbangan: menganalisis, memproses dan membuat pertimbangan berdasarkan pemerhatian
dan perasaan dengan tujuan mengenal pasti apakah perkara yang didasarkan kepada perasaan
dan apakah perkara yang didasarkan kepada anaisis terhadap peristiwa yang terjadi.
d. Intervensi: merancang pendekatan seterusnya.
5.3.7 Merancang Kitaran Kedua.
Seperti yang telah dijelaskan bahawa kajian tindakan adalah merupakan proses yang berterusan
dan merupakan kitaran berulang. Setelah selesai pusingan pertama penyelidikan, terdapat
kemungkinan untuk menyediakan diri dalam kitaran kedua apabila terdapat isu baru yang timbul
semasa melakukan proses dalam kitaran yang pertama. Cuba penyelidik menggunakan
pendekatan lain hingga penyelidik dapat mencipta inovasi pengajaran yang baru dan berkesan.
Untuk kitaran yang kedua dan seterusnya hendaklah bermula daripada merancang semula
tindaka, melaksanakan tindakan, menganalisis dan membuat refleksi.
5.3.8 Membuat Tindakan Susulan.
Setelah selesai proses penyelidikan, penyelidik perlu melihat semula data secara objektif sama
ada datadata tersebut menyokong persoalan yang dikemukakan. Jika berlaku perubahan, adakah
perubahan itu signifikan? Sekiranya dapatan yang diperolehi meleset dari jangkaan, maka
penyelidik perlu menjalankan tindakan susulan. Tindakan susulan bertujuan untuk memperbaiki
kesilapan yang berlaku.

18

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

5.4 Contoh Penyediaan Kertas Kerja Cadangan Untuk Menjalankan Kajian Tindakan.
Sebelum menjalankan kajian tindakan, penyelidik mesti mendapat kebenaran daripada pihak
pentadbir atau pihak atasan sekolan bagi membolehkan penelidik mendapat sokongan dan
bantuan dalam bentuk perkongsian maklumat, sumbangan teknikal dan kewangan. Berikut
dikemukakan contoh format penyediaan kertas kerja.
I.
II.
III.
IV.
V.

Fokus kajian/ masalah kajian.


Menerangkan isu atau masalah yang berlaku dalam bilik darjah.
Maklumat tentang data pelajar yang terlibat dengan masalah tersebut.
Kemungkinan punca isu dan masalah.
Penyelidik mengemukakan cadangan untuk melakukan penambahbaikan terhadap amalan di
bilik darjah yang hendak dilakukan.
VI. Soalan kajian.
VII. Sumber literatur. VIII. Reka bentuk kajian IX. Subjek kajian.
X.
Pelan tindakan.
XI.
Stratergi pengumpulan data.
XII.
Analisis data. XIII. Jadual kerja.
XIV. Perbelanjaan.
XV. Sumber rujukan

SOALAN
Huraikan proses-proses yang perlu dilalui oleh para guru dalam melaksanakan penyelidikan
tindakan.

OLL
Sebelum melaksanakan sesuatu tindakan, penyelidik perlu melakukan beberapa persediaan.
Jelaskan persediaan-persediaan tersebut.

19

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

TAJUK 6

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

6.1 Sinopsis
Dalam melaksanakan sesuatu proses penyelidikan tindakan, memerlukan satu perancangan dan
cadangan bermula pada peringkat awal lagi. Rancangan dan cadangan yang baik dan teliti akan
menentukan kelancaran proses penyelidikan tindakan yang akan dilaksanakan. Bab ini akan
membincangkan proses perancangan dan cadangan dalam penyelidikan tindakan. Sekiranya guru
akan melakukan kajian tindakan dalam seting bilik darjah atau sekolahnya, satu kertas cadangan
perlu dibuat untuk mengemukakan kepada pengurus sekolah. Kertas cadangan itu perlu
mendapat sokongan daripada pentadbir sekolah dan pihak atasan yang lebih tinggi untuk
membolehkan sokongan dan bantuan dalam bentuk perkongsian maklumat, atau menjadi
pembantu penyelidik , atau sumbangan teknikal dan kewangan akan diberikan. Kertas cadangan
perlu dibina mengikut format tertentu yang akan dilaksanakan mengikut turutan.

6.2

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:


I. Menjelaskan cadangan dan rancangan penyelidikan
tindakan 6.3 Kerangka konsep Tajuk 6

20

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Penyelidikan Tindakan:
Rancangan Dan Cadangan

6.3.1

Fokus / aspek amalan


bagi penambahbaikan

Merancang pelan
tindakan

Jadual kerja

Soalan kajian

Melaksana pelan
tindakan

Perbelanjaan

Sumber literatur

Mengumpul data

Subjek kajian

Refleksi : analisis dan


huraian data

Sumber rujukan

Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan

Penyelidik perlu menyediakan penerangan tentang isu dan masalah bilik darjah yang
telah dikenalpasti. Bagaimanakah anda mengenalpasti masalah tersebut? Jelaskan
tentang murid yang terlibat dan kemungkinan kemungkinan punca isu dan masalah.
Sekiranya fokus kajian bukan merupakan masalah dalm bilik darjah tetapi penyelidik
sekadar ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu perubahan yang boleh
dilakukan atau keinginan memperbaiki sesuatu amalan, maka jelaskan juga matlamat
keinginan , perubahan atau penambahbaikan yang ingin dicapai.

6.3.2 Soalan Kajian


Dengan berpandukan fokus atau masalah kajian, penyelidik perlu membina soalan soalan
kajian. Pastikan bahawa soalan soalan itu relevan dengan fokus kajian. Huraian
mengenainya telah dibuat di bawah tajuk Proses Kajian Tindakan di atas.

6.3.3 Sumber literatur


Pencarian menyeluruh literatur menggunakan menggunakan sumber sumber
perpustakaan termasuk di perpustakaan maya seperti pengkalan data, teks, jurnal,
laporan tesis dan penyelidikan, akhbar, penerbitan rasmi, internet atau pakar. Maklumat
yang diperolehi akan dapat membantu dan menyokong keperluan penyelidikan. Tinjauan
literatur perlu dibuat secara meluas dan mendalam serta dapat menjelaskan isu atau

21

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

masalah secara komprehensif. Penulisan tinjauan literatur perli mengikut gaya dan
format tertentu. Contohnya format APA ( American Psychology Association ) atau MLA

6.3.4 Subjek Kajian


Persampelan kaedah memilih sampel atau subjek kajian yang terdiri daripada manusia,
peristiwa, konsep( seperti motivasi) atau objek (seperti komputer) yang ingin dikaji.
Sampel merupakan sebahagian daripada populasi manakala subjek adalah individu yang
terlibat secara langsung dengan kajian. Subjek boleh diambil daripada seluruh populasi
dalam sebuah kelas. Contoh subjek ialah kesemua 29 orang pelajar tingkatan 4B. Sampel
pula dipilih sebahagian daripada populasi sebuah sekolah. Strategi pemilihan sampel
secara rawak atau tidak akan membolehkan penyelidik mensasarkan teknik pengumpulan
data. Adakah perlu untuk menetukan saiz sampel yang dipilih sama ada kesemua sampel
dalam satu kumpulan kecil atau sebilangan daripada populasi. Saiz sampel dibuat dengan
menggunakan rumus tertentu secara spesifik.

6.3.5 Merancang pelan tindakan


Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci tentang perancangan pelan tindakan. Ini
merangkumi menjelaskan matlamat cadangan pelan tindakan yang berkait dengan masalah yang
ingin diselesaikan, sebab-sebab cadangan pelan tindakan di ambil berdasarkan asas pemikiran
atau teori dan menyenaraikan tindakan-tindakan atau aktiviti yang dicadangkan.

6.3.6 Melaksana pelan tindakan


Penyelidik perlu menjelaskan proses pelaksanaan pelan tindakan yang dijalankan secara
terperinci. Penjelasan ini perlulah merangkumi cara pelan tindakan dilaksanakan, pemerhatian
terhadap aktivitiaktiviti yang dijalankan, refleksi ke atas pengajaran, cara mentadbir ujian dan
menganalisis data.

6.3.7 Mengumpul data


Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci strategi dan teknik yang akan digunakan untuk
mengumpul data. Contohnya pemerhatian, temu bual, senarai semak, soal selidik atau
eksperimen. Kesesuaian strategi dan teknik bergantung kepada tujuan, situasi, dan kemahiran
penyelidik. Sebaiknya tiga teknik pengumpulan data digunakan untuk tujuan triangulasi.

6.3.8 Refleksi : Analisis dan huraian data


Nyatakan bagaimana data diperolehi akan dianalisis dan dibuat interpretasi. Adakah perisian
SPSS digunakan? Sekiranya perisian SPSS digunakan, nyatakan versinya dengan lengkap.
Terdapat perbezaan antara menganalisis data dan ini bergantung kepada sama ada penyelidikan
yang dilakukan itu adalah penyelidikan kualitatif atau kuantitatif. Data yang dikumpul juga boleh
berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Oleh itu jelaskan perinciannya.

6.3.9 Jadual Kerja


Jadual kerja perlu dirancang dan dibina untuk membolehkan penyelidikan dijalankan mengikut
jadual dan waktu yang ditetapkan. Contoh jadual kerja adalah seperti berikut:

22

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

AKTIVITI
Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal
Menulis proposal kajian
Merancang tindakan
Melaksanakan tindakan 1
Analisis tindakan 1
Analisis pencapaian murid dalam peperiksaan pertengahan tahun
Melaksanakan tindakan 2
Analisis tindakan 2
Analisis pencapaian murid dalam ujian setara 2
Refleksi kajian
Menulis laporan kajian

TARIKH
Feb Mac
April
April
2 31 Mei
4 6 Jun
5 8 Julai
1 30 Ogos
10 12 Oktober
15 Oktober

Jadual 1 Contoh jadual kerja

6.3.10 Perbelanjaan
Rangkakan cadangan perbelanjaan yang akan digunakan sepanjang penyelidikan dan
tindakan yang akan dilakukan. Berikut adalah contoh tentang jangkaan perbelanjaan.
BIL
1
2
3
4

BAHAN
Kertas A4 (5 rim)
Bahan cetakan riso
Dakwat setakan komputer
Lain-lain
JUMLAH

KOS (RM)
50.00
50.00
150.00
50.00
RM300.00

Jadual 2 Contoh perbelanjaan

6.3.11 Sumber rujukan


Senarai sumber rujukan atau bibliografi perlu dibuat untuk menyatakan sumber-sumber rujukan
yang telah diambil untuk menyokong penyelidikan. Senarai ini membolehkan pembaca membuat
rujukan berkaitan perkara yang dituliskan menurut pandangan orang lain atau penulis asal bahan
rujukan. Ia juga merupakan satu cara menunjukkan bahawa penyelidik bertanggungjawab dengan
perkara yang dikemukakan di samping untuk mengelakkan amalan palagiat. Sekiranya tinjauan
literatur ditulis mengikut gaya dan format APA, maka sumber rujukan juga perlulah ditulis
mengikut format APA.

6.3.12. Reka bentuk ujian


Penyelidk perlu mengemukakan secara terperinci reka bentuk penyelidikan yang
digunakan itu merupakan rekabentuk kualitatif ( etnografi, fenomena, kajian kes) atau
kuantitatif (korelasi, expost-facto) atau eksperimental(eksperimen sebenar, kuasi
eksperimen atau pre eksperimen). Sekiranya penyelidik menggunakan penyelidikan
eksperimental , nyatakan juga bentuk rawatan yang akan digunakan.

23

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Latihan
Apakah yang anda faham mengenai cadangan dan rancangan penyelidikan tindakan dan sejauh
mana ia dapat membantu anda dalam mengatasi masalah penyelidikan tindakan anda.

24

You might also like