You are on page 1of 2

Pada 20 Oktober 2016 jam lapan malam waktu Malaysia, satu kelas kokurikulum telah

dijalankan di Studio Nuansa. Kelas kokurikulum tersebut adalah kelas muzik tradisional
Melayu yang terdiri daripada beberapa orang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM)
yang tiada latar belakang mengenai muzik dan dari fakulti yang berbeza seperti Fakulti
Kejuruteraan Kimia (FKK), Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Fakulti Sains Komputer dan
Matematik (FSKM) dan lain-lain. Pada malam itu, pensyarah yang bertanggungjawab
mengendalikan kelas itu telah menjemput beberapa orang pemuzik yang membentuk satu
kumpulan yang juga merupakan pelajar untuk melakukan sesi latihan untuk persembahan
yang akan datang. Sejajar dengan itu, bagi pelajar yang menghadiri kelas itu, mereka diminta
untuk membuat pemerhatian dan menulis laporan yang tidak formal mengenai sesi latihan itu.

Muzik tradisional adalah muzik oleh sesuatu kaum. Ia bergantung kepada budaya,
adat dan penerimaan sesebuah bangsa. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang
tersendiri. Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu
bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu.
Pelbagai muzik tradisional yang terdapat di Semenanjung Malaysia bahkan Sabah dan
Sarawak. Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi
yang istimewa. Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar belakang yang menarik,
peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu.

Persembahan mereka secara utama dan umumnya mempersembahkan lagu-lagu


tradisional. Mereka menggunakan beberapa alat muzik yang secara keseluruhannya
merupakan alat muzik moden dan alat muzik tradisional yang hanya dan sering digunakan
hanyalah rebana. Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi
mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana
sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana
adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari
keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana ubi.

Selain itu, alat muzik lain yang turut digunakan ialah gitar elektrik, keyboard dan
juga seruling. Mereka juga turut menyertakan dua orang vokalis perempuan. Walaupun
menggunakan alat muzik moden, tetapi rentak dan irama yang dimainkan dan
dipersembahkan ketika latihan itu hanyalah menggunakan rentak dan irama tradisional.

Berdasarkan pemerhatian, sesi latihan itu pada mulanya agak kelam-kabut kerana
kekurangan peralatan sampingan. Seterusnya, mereka menala alat muzik mereka terlebih
dahulu sebelum mereka meneruskan sesi latihan dan memainkan beberapa buah lagu. Ketika
lagu pertama dimainkan, aliran persembahan mereka masih tidak beberapa lancar. Perkara ini
dapat dilihat apabila pemuzik sering melakukan kesalahan seperti muzik yang dimainkan lari
dari tempo sebenar dan memainkan notasi muzik atau melodi yang salah. Selepas lagu kedua,
aliran persembahan mereka bertambah baik dan ini menunjukkan mereka memerlukan
sekurang-kurangnya satu hingga dua buah lagu untuk menyesuaikan diri dan memanaskan
badan.

Akhir sekali, beberapa penambahbaikan boleh dilakukan untuk memperbaiki prestasi


persembahan. Salah satunya ialah membuat pemeriksaan peralatan sebelum dan selepas
latihan atau persembahan untuk mengelak situasi yang kelam-kabut. Seterusnya, ahli
kumpulan hendaklah menjaga kesihatan dan tidak membuat kerja yang terlampau untuk
mengelakkan keletihan yang akhirnya boleh menganggu konsentrasi dan focus, dan
mengakibatkan persembahan malah latihan menjadi kucar-kacir dan rosak.

You might also like