You are on page 1of 4

BAHAN 2 DIMENSI (2D)

Bahan-bahan 2D merujuk kepada bahan yang mempunyai 2D seperti lebar dan panjang.

Bahan ini adalah leper dan tidak direka bentuk untuk memberikan kedalaman.

Antara contoh bahan 2D termasuk gambar, bahan becetak dan poster yang hanya
mempunyai dua ciri, iaitu lebar dan panjang.

Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah gambar,
grafik, carta, peta, poster kad imbasan.
BAHAN 3 DIMENSI (3D)

Bahan 3D merujuk kepada bahan yang mempunyai panjang lebar dan ketinggian.

Bahan 3D adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang
sebenar.

Objek 3D terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kuboid, kon, kiub, sfera, model-model,
diorama, dan realia.

Bahan 3D dibina dan digunakan untuk membantu pelajar memahami dunia kini dan dahulu.

Bahan ini memberikan pelbagai jenis pengetahuan berbanding dengan bahan-bahan bertulis
atau lisan.

Objek 3D boleh menyokong bahan lain seperti buku teks dan menyumbang kepada
pengalaman konkrit selain memberikan rangsangan untuk kreativiti dan ekspresi.

Bahan 3D digunakan untuk mengajar pelbagai kurikulum dalam bilik darjah selain di tempat
bersejarah, di mana koleksi artifak dan objek 3D member pelajar peluang untuk meneliti,
membaca serta belajar daripada bahan yang direka cipta oleh manusia.

Antara 3D yang akan dibncangkan termasuk reali, model, diorama, dan ciptaan tiruan yang
dapat membantu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

JENIS-JENIS BAHAN 2 Dimensi (2D)


Dalam perkembangan teknologi dan bahan digital, banyak guru dan pendidik kurang memberikan nilai
kepada bahan pengajaran 2D yang ada kalanya percuma dan ada pula yang murah. Ada antara bahan
pengajaran ini boleh diperoleh dengan kos yang rendah atau tanpa kos untuk digunakan dalam bilik
darjah. Antara bahan 2D yang dimaksudkan termasuk:
1. Bahan bercetak
2. Carta
3. Graf
4. Poster
5. Gambar dan Peta
1) GAMBAR / GAMBAR FOTO.
- Gambar sama ada dalam bentuk hitam atau putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa
bentuk manusia, tempat dan
benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem.
- Panduan : i) Untuk alat bantu mengajar gunakan gambar foto yang besar agar dapat dilihat dengan jelas oleh

semua murid dalam kelas.


ii) Semasa digunakan, letak gambar foto di atas alas atau pemegang atau kaki diletakkan di atas
papan kapur, supaya gambar foto
berkedudukan tegap.
iii) Hadkan jumlah gambar foto yang bakal digunakan pada satu-satu masa.
iv) Gunakan satu gambar pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu
banyak visual
v) Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan dengan gambar foto
yang dipamerkan.
2) GRAFIK
- Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentuk hitam putih atau berwarna-warni
- Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan
interpretasi mengenai mesej yang berlainan mengenai maksud sesuatu grafik yang dilihatnya.
- Keadaan ini menjadi dasar yang digunakan di dalam Ujian Warna Rorschah Color Test oleh ahli-ahli
psikologi untuk menguji personaliti seseorang.
- Panduan :
i) Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut boleh
mencapai objektif yang diperlukan.
ii) Semakin rendah tahap penerimaan murid, semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang
diperlukan untuk memastikan mesej yang betul diterima daripada sebarang grafik yang digunakan.
3) CARTA
- Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang
kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu.
- Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun aliran
perubahan sesuatu.
- Jenis-jenis carta :

Carta Organisasi

Carta Klasifikasi

Carta Masa

Carta Jadual

Carta Urutan

Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan tahap fahaman atau penerima murid.
- Jenis-jenis graf :

Graf Bar atau Batang

Carta Organisasi yang menunjukan hubungan atau rantaiaan pentadbiran ataupun


pemerintahan di dalam sesuatu organisasikumpulan dan sebagainya.

Carta masa mengambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk meringkaskan
masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.

Graf Gambar atau Piktograf

Graf Bulat atau Pie

Graf Garisan

Graf Bar
- Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf ini
dilukis menegak, dimana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti
- Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, ini adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang
dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf Bar adalah mudah dibaca dan
amat sesuai untuk murid tahap rendah.
Graf Piktograf
- Dalam garaf ini data-data ditukar menjadi gambar atau simbol ringkas yang membawa nilai-nilai
tertentu.
- Untuk memastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat menulis
unit nilai seiap gambar atau simbol yang digunakan itu dengan jelas dan nyata.

Carta klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukan kategori bahan-bahan


tertentu, peristiwa, spesis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan
dan sebagainya.

Graf Bulat / Pie Chart


- Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen. Setiap satu
segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data.
- Graf jenis ini adalah untuk diterjemahkan jika data nilai utamanya boleh difahami oleh murid-murid.
Graf Garisan
- Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling kompleks.
- Graf garis di tulis berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skalaskala masing-masing.
- Titik ditandakan mengikut kordinat pada satu set nilai data-data.kemudian titik-titik
disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung.
- Graf gariasan dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2
dimensi seperti 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu.

Carta urutan menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara
atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta ini selalunya dibuat mendatar agar
perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu persatu.
Carta jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penjelasan mengenai masa
waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku.
4) GRAF
- Gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan boleh tampak
mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu.
Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada dua faktor penting.

5) POSTER
- Satu rekabentuk bergambar yang biasanya simbolik dan menyatakan tujuannya dengan cara yang
paling tepat serta ringkas.
- Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaaan garisan-garisan, hurufhuruf serta warna-warna di dalam
satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu.
JENIS-JENIS BAHAN 3 Dimensi (3D)
Realia Asli
- merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan

sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jenteradan lainlain.
Spesimen
- Ini merupakan sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan
tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup
tersebut.
- Biasanya spesimen didapati
dalam bentuk bahan awetan.
- Contohnya kutu daun dan udang
Model berskala
- merupakan model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal
ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran
atau pengecilan tertentu.
- Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal.
- Contohnya keretapi dan kapal terbang

Jenis-jenis Boneka

Boneka Sarung Tangan


- Sarung tangan boleh digubah menjadi
bahan dan anggota boneka.
- Jari dimasukkan ke dalam sarung
tanganuntuk mengerakkan anggota boneka

Boneka Lidi
- Diperbuat dari bahan keras @ tebal.
- Lidi panjang diletakkan pada badan boneka @
anggota
- Boneka dijulang pada lidi utama dan
lidi-lidi laun digoyangkan

Model Keratan Rentas


- Model besar yang menunjukkan keratin rentas pada satu bahagian tertentu untuk
memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut.
- Ianya selalu digunakan dengan meluas dalam subjek sains.
- Contohnya: kulit manusia / daun

Realia Awet
- Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan
disimpan didalam bendalir kimia Contoh,
ikan dan serangga
Diorama
- merupakan satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat
menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Contoh:
pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.
Model olok-olok
- merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya,
untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu.
- Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan
skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukan keadaan asal yang sebenarnya.
- Contoh : model enjin keretapi dan neraca.
Akuarium & Terrarium
- Akuarium ialah tempat untuk memelihara
hidupan dalam air.
- Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara
hidupan kecil atas tanah.

Wayang Kulit
- Rupa boneka dilukis pada kulit tebal,
diwarna dan dipotong
- Lidi halus diletakkan pada anggota
boneka
- Dimainkan di belakang skrin putih

Boneka Bertali
- Boneka bertali atau marionette
diperbuat
dari bahan keras sepert plaster of Paris atau kayu.
- Tali-tali halus disambung kepada bahagian bahagian
boneka

Topeng
- Topeng boleh diperbuat dari kertas.
- Sesuai dalam situasi main peranan dalam subjek Bahasa dan Pendidikan Moral

Kelebihan Bahan Bercetak


1. Bahan cetak amat mudah diperoleh dalam pelbagai topic dan bentuk.
2. Kebanyakan bahan boleh digunakan dengan mudah dan tidak perlu banyak penerangan.
3. Bahan ini boleh dialih dari satu tempat ke tempat yang lain.
4. Secara bandingan, bahan bercetak lebih murah dari segi penghasilan atau pembelian. Ada yang
boleh diperoleh dengan percuma.
Kelemahan Bahan Bercetak
1. Bahan bercetak ditulis dengan sasaran pembaca tertentu. Maka ada kalanya pelajar tidak dapat
memahami kandungan kerana terlalu sukar untuk mereka.
2. Ada guru yang menyuruh pelajar manghafal bahan, terutamanya fakta dan definisi. Maka, amalan
penggunaan bahan bercetak telah dianggap sebagai bahan hafalan.
3. Ada kalanya terlalu banyak perbendaharaan kata dalam satu petikan. Ini akan menyebabkan beban

kognitif terhadap pelajar.


4. Bahan bercetak tidak bersifat interaktif dan merupakan persembahan maklumat secara satu hala.
Kelebihan Menggunakan Gambar dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Antara kelebihan menggunakan gambar dalam pengajaran dan pembelajaran termasuklah:
1.

Gambar adalah murah dan mudah diperoleh.

2. Perincian visual gambar memudahkan permahaman topik-topik dalam mata pelajaran yang
mungkin sukar difahami.
3. Gambar dapat membantu dalam mengelakkan salah tanggapan serta berupaya untuk
membetulkannya.
4. Gambar memberikan rangsangan kepada sesiapa untuk melanjutkan kajian, bacaan tambahan,
dan penyelidikan. Gambar sebagai visual merupakan alat yang amat berkesan dalam hal ini.
5. Gambar dapat memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman kritis.

You might also like