You are on page 1of 28

BAB 1 BENTUK PIAWAI

1.1 Angka Beerti


(a) Semua digit bukan sifar dalam suatu nombor adalah angka bererti.
(i) 568 (3 angka bererti)
(ii) 36.97 (4 angka bererti)

(b) Sifar yang terletak di antara digit-digit bukan sifar adalah angka bererti.
(i) 7001 (4 angka bererti)
(ii) 3.04 (4 angka bererti)
(iii) 22.054 (5 angka bererti)

(c) Sifar yang terletak di sebelah kanan digit bukan sifar dalam suatu berpuluhan
adalah angka bererti.
(i) 0.70 (2 angka bererti)
(ii) 4.500 (4 angka bererti)
(iii) 3.00 (3 angka bererti)

(d) Sifar yang terletak di sebelah kiri digit bukan sifar dalam suatu berpuluhan
kurang daripada 1 adalah bukan angka bererti.
(i) 0.05 (1 angka bererti)
(ii) 0.0040 (2 angka bererti)
(iii) 0.07040 (4 angka bererti)

1. Bundarkan setiap nombor yang berikut betul kepada tiga angka bererti.
(a) 246 =
(b) 2463 =
(c) 24632 =
(d) 0.00745 =
(e) 0.007453 =
(f) 0.007455 =
(g) 0.007403 =

2. Bundarkan setiap nombor yang berikut betul kepada bilangan angka bererti yang
ditunjukkan dalam kurungan, [ ].
(a) 3548 (2 angka bererti) =
(b) 0.5089 (3 angka bererti) =
(c) 33.028 (1 angka bererti) =
(d) 0.40055 (3 angka bererti) =
(e) 0.681 (2 angka bererti) =
(f) 38.97 (3 angka bererti) =

3. Cari nilai bagi setiap nombor yang berikut dan memberi jawapan betul kepada 3
angka bererti.
(a) 261.9 + 75.6 0.7 =
(b) 0.062 30.12 + 1.268 =
(c) 8.068 0.08 28.35 =
(d) 0.846 0.4 0.153 2 =

1.2 Bentuk Piawai

Bentuk piawai ialah satu cara menulis nombor yang sangat besar atau sangat kecil
dalam bentuk A 10n, dengan 1 A < 10 dan n ialah satu positif atau satu negatif
integer.

1. Ungkapkan setiap nombor yang


berikut dalam bentuk piawai.

2. Ungkapkan setiap nombor yang


berikut dalam bentuk piawai.

(a) 7244

(a) 63.4

(b) 32567

(b) 2738

(c) 750000

(c) 23000

(d) 0.65

(d) 428000000

(e) 0.0428

(e) 0.0063

(f) 0.000369

(f) 0.000000038

3. Cari nilai 7.3 103 + 3.2 104, dan ungkapkan jawapan dalam bentuk piawai.
4. Cari nilai 3.3 105 + 6400 dan ungkapkan jawapan dalam bentuk piawai.
5. Cari nilai 0.0000036 2.1 10-7 dan ungkapkan jawapan dalam bentuk piawai.
6.

Ungkapkan setiap yang berikut sebagai satu nombor tunggal.


(a) 8.565 10-5
(b) 1.304 105
(c) 6.754 10-6
(d) 1.0352 104

BAB 2 UNGKAPAN DAN PERSAMAAN KUADRATIK

2.1 Mengenal Pasti Ungkapan Kuadratik

1. Ungkapan kuadratik ialah ungkapan yang berbentuk ax2 + bx + c, dengan a, b


dan c sebagai pemalar, a 0 dan x sebagai pemboleh ubah.
2. Ciri-ciri ungkapan kuadratik dalam satu pemboleh ubah:
(a) Kuasa tertinggi bagi x ialah 2.
(b) Hanya mengandungi satu pemboleh ubah.
(c) Misalnya, 5x2 6x + 3 ialah satu ungkapan kuadratik.

Nyatakan sama ada setiap ungkapan yang berikut adalah ungkapan kuadratik atau
tidak. Berikan alasan untuk jawapan anda.
(a) x2 5x + 3
(b) 8p2 + 10
(c) 5x + 6
(d) 2x2 + 4y + 14
(e) 2p+1p+62p+1p+6
(f) y3 3y + 1

3. Suatu ungkapan kuadratik dihasilkan dengan pendaraban dua ungkapan linear.


Misalnya, (2x + 3)(x 3) = 2x2 3x 9

Darabkan pasangan ungkapan linear yang berikut.


(a) (4x + 3)(x 2)

(f) 6 (m+n)

(b) (y 6)2
(c) 2x (x 5)
(d) (m + 2)(m 4) = 7(m 4).
(e) 7y (2y-3)
2.2 Pemfaktoran Ungkapan Kuadratik
Pemfaktoran ungkapan kuadratik yang berbentuk ax2 + bx + c, b = 0 atau c = 0

1. Pemfaktoran ungkapan kuadratik ialah proses mencari dua ungkapan linear yang
hasil darabnya sama dengan ungkapan kuadratik itu.
2. Ungkapan-ungkapan kuadratik ax2 + c dan ax2 + bx yang mengandungi dua
sebutan boleh difaktorkan dengan mencari faktor sepunya bagi kedua-dua sebutan
itu.

Faktorkan setiap yang berikut:


(a) 2x2 + 6
(b) 7p2 3p
(c) 6x2 9x

3. Memfaktorkan ungkapan kuadratik yang berbentuk ax2 c , a dan c adalah


nombor kuasa dua sempurna

Faktorkan setiap yang berikut:


(a) 9p2 16
(b) 25x2 1
(c) 14125x214125x2

4. Memfaktorkan ungkapan kuadratik berbentuk ax2 + bx + c, di mana a 0, b 0


dan c 0

Faktorkan setiap yang berikut:


(a) 3y2 + 2y 8
(b) 4x2 12x + 9

2.3 Persamaan Kuadratik

1.
Persamaan Kuadratik adalah persamaan yang memenuhi syarat-syarat
berikut:
(a) Ia mengandungi tatatanda kesamaan, =
(b) Ia melibatkan hanya satu anu.
(c) Kuasa tertinggi anu terlibat ialah 2.

2. Bentuk am bagi sesuatu persamaan kuadratik boleh ditulis sebagai:


(a) ax2 + bx + c = 0,

contoh: 7x2 + 9x = 0

di mana a 0, b 0 dan c 0,
contoh: 4x2 + 13x 12 = 0
(b) ax2 + bx = 0,
di mana a 0, b 0 tetapi c =
0,

(c) ax2 + c = 0,
di mana a 0, c 0 tetapi b =
0,
contoh: 9x2 3 = 0

Tulis setiap persamaan kuadratik berikut dalam bentuk am.


(a) x2 5x = 12

(f) 2y=13yy

(b) 2 + 5x2 6x = 0

(g) p4=2p2310

(c) 7p2 3p = 4p2 + 4p 3

(h) y2+54=y12

(d) (x 2)(x + 6) = 0

(i) 4p7=p(7p6)

(e) 3 13x = 4 (x2 + 2)

2.4 Punca Persamaan Kuadratik

1. Punca persamaan kuadratik ialah nilai bagi anu yang memuaskan persamaan
kuadratik itu.
2. Punca persamaan juga dikenali sebagai penyelesaian bagi persamaan tertentu.
3. Menyelesaikan persamaan kuadratik dengan kaedah pemfaktoran.
Langkah 1: Tulis persamaan kuadratik dalam bentuk am ax2 + bx + c = 0.
Langkah 2: Faktorkan ungkapan kuadratik ax2 + bx + c = 0 dalam bentuk
(mx + p)
(nx + q) = 0.
Langkah 3: Nyatakan mx + p = 0 atau nx + q = 0.
Langkah 4: Selesaikan dua persamaan dalam langkah 3.
mx+p=0

atau

nx+q=0

x=pm

Selesaikan persamaan kuadratik berikut

(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)

atau

x=qn

BAB 3 SET
3.1 Pengenalan
1.

Set ialah himpunan benda-benda dengan ciri-ciri tertentu.

2.

Benda-benda dalam suatu set dikenali sebagai unsur.

3.
Set biasanya dilabelkan dengan menggunakan huruf adjad besar dan
tatatanda digunakan untuk set ialah tanda kurung, { }.
Misalnya:
A = {1, 3, 5, 7, 9}
4.
5.

Dalam tatatanda set, simbol menunjukkan unsur bagi set.


Simbol menunjukkan bukan unsur bagi set.

Diberi bahawa P = {factor-faktor bagi 15} dan Q = {kuasa dua sempurna positif
yang kurang daripada 28}. Dengan menggunakan simbol atau atau ,
lengkapkan setiap yang berikut:
(a) 5 ___ P

(b) 20 ___ P

(c) 25 ___ Q

(d) 8 ___ Q

3.2 Mewakili set dengan gambar rajah Venn


6 . Sesuatu set boleh diwakilkan dengan gambar rajah Venn oleh bentuk geometri
yang tertutup seperti bulatan, segi empat tepat, segi tiga, dan lain-lain.
7. Satu titik di sebelah kiri bagi satu objek dalam gambar rajah Venn menunjukkan
objek itu ialah satu unsur bagi set.
8. Apabila gambar rajah Venn mewakili bilangan unsur dalam suatu set, tidak ada
titik diletakkan di sebelah kiri nombor itu

3.3 Menentukan sama ada sesuatu set adalah set kosong atau tidak

9. Set kosong ialah set yang tidak mengandungi sebarang unsur.


10. Set kosong diwakilkan dengan menggunakan simbol atau kurungan kosong, {
}.
Misalnya, jika set A ialah suatu set kosong, maka A = { } atau A = dan n (A) = 0.
11. Jika B = {0} atau {} tidak bermaksud B ialah suatu set kosong. B = {0}
bermaksud terdapat unsur 0 dalam set B. Manakala B = {} bermaksud terdapat
unsur dalam set B.

3.4 Subset

Subset
1. Set A ialah subset bagi set B jika semua unsur dalam set A terdapat dalam set B.
2. Hubungan set A ialah subset bagi set B ditulis sebagai AB.AB.
Contoh:
A = {11, 12, 13} dan B = {10, 11, 12, 13, 14}
Semua unsur set A terdapat dalam set B.
Oleh itu AB.Oleh itu AB.

3.
ABAB boleh digambarkan dengan menggunakan gambar rajah Venn
berikut:

4.

Simbol diguna untuk menandakan bukan subset kepada.

5.

Set kosong adalah subset bagi semua set.

Misalnya, AA
6.

Set itu sendiri adalah subset.

Misalnya, BBBB

7.

Bilangan unsur, n bagi suatu subset adalah 2n.

Misalnya, jika A = {3, 7}


Maka n = 2, bilangan subset bagi set A = 22 = 4
Semua subset bagi set A ialah { }, {3}, {7} and {3, 7}.

3.5 Set Semesta


1.
Set semesta ialah set yang mengandungi semua unsur yang menjadi bahan
perbincangan.
2.

Set semesta diwakilkan dengan menggunakan symbol, .

Diberi set semesta, = {nombor bulat < 9}, A = {nombor perdana} dan B =
{gandaan bagi 4}.
(a) Senaraikan semua unsur bagi set A dan set B.
(b) Lukiskan gambar rajah Venn untuk mewakilkan hubungan antara set-set
yang berikut.
(i)

dan A

(ii) , A dan B

3.6 Set Pelengkap

1. Set pelengkap bagi set B dalam set semesta, ialah satu set yang mengandungi
semua unsur dalam set semesta yang bukan unsur B.
2. Set pelengkap bagi set B diwakilkan dengan menggunakan symbol B.
Contoh:
Jika = {17, 18, 19, 20, 21, 22, 23} dan
B = {17, 20, 21}
B = {18, 19, 22, 23}

3.7 Persilangan Set


1. Persilangan dua set, P dan Q, diwakilkan sebagai P Q, ialah satu set yang unsurunsurnya terdiri daripada semua unsur sepunya set P dan set Q.
2. Persilangan bagi set P, set Q dan set R, diwakilkan sebagai P Q R, ialah satu
set yang unsur-unsurnya terdiri daripada semua unsur sepunya set P, set Q dan set
R.
4.Set pelengkap bagi persilangan dua set, P dan Q, diwakilkan sebagai (P Q),
ialah satu set yang mengandungi semua unsur dalam set semesta, , yang bukan
unsur P Q.
5. Set pelengkap (P Q) diwakilkan oleh rantau berlorek yang ditunjukkan dalam
gambar rajah Venn di bawah.

3.8 Kesatuan Set


Kesatuan dua set, A dan B, diwakilkan sebagai A U B, ialah satu set yang unsurunsurnya terdiri daripada semua unsur dalam set A atau set B atau kedua-dua set
itu.
Gambar rajah Venn di bawah menunjukkan A U B:

Kesatuan tiga set, A, B dan C, diwakilkan sebagai A U B U C, ialah satu set yang
unsur-unsurnya terdiri daripada semua unsur dalam set A, set B atau set C atau
ketiga-tiga set itu.
Gambar rajah Venn di bawah menunjukkan A U B U C:

Gambar rajah Venn di bawah menunjukkan bilangan unsur dalam set semesta, ,
set P, set Q dan set R.

Soalan 1
Gambar rajah Venn di bawah
menunjukkan bilangan unsur dalam
set semesta, , set P, set Q dan set R.

Diberi n(Q) = n(P U R), cari n ().

Soalan 2
Gambar rajah Venn di bawah
menunjukkan set semesta, =
{Pelajar-pelajar tingkatan 3}, set A =
{Pelajar-pelajar yang memain piano}
dan set B = { Pelajar-pelajar yang
memain biola}.

Diberi n() = 60, n(A) = 25, n(B) = 12


dan n(A B) = 8, cari bilangan pelajar
yang tidak memain kedua-dua jenis
alat muzik.

Soalan
1. Senaraikan semua subset bagi set P = {r, s}.
2. Rajah menunjukkan gambar rajah Venn dengan set semesta, = Q U P.
Senaraikan semua subset bagi set P.

3. Diberi bahawa set semesta, = {x : 30 x < 42, x ialah integer} dan set P =
{x : x ialah nombor dengan keadaan hasil tambah dua digitnya ialah nombor
genap}.. Carikan set P.
4. Diberi bahawa set semesta, = {x : 3 < x 16, x ialah integer},
Set A = {4, 11, 13, 16},
Set B = {x : x ialah nombor ganjil} dan
Set C = {x : x ialah gandaan bagi 3}.
Unsur bagi set (AC)'B(AC)'B ialah
5. Rajah di bawah menunjukkan sebuah gambar rajah Venn dengan bilangan
unsur dalam set P, set Q dan set R

Diberi bahawa set semesta, =PQR and n(Q')=n(QR).=PQR and


n(Q')=n(QR). Cari x.

6. Rajah di bawah ialah gambar rajah Venn yang menunjukkan bilangan peserta
kuiz dalam set P, set Q dan set R.
Diberi bahawa set semesta, =PQR=PQR , set P = { peserta kuiz
Sains}, set Q = { peserta kuiz Matematik} dan set R = {peserta kuiz
Sejarah}.

Jika bilangan peserta yang mengambil bahagian hanya satu kuiz sahaja ialah
76, cari jumlah semua peserta itu.
7. Rajah di bawah ialah gambar rajah Venn yang menunjukkan bilangan murid
bagi set K, set L dan set M.
Diberi bahawa set semesta, =KLM=KLM , set K = {Kelab Karate}, set
L = {Kelab Lumba Basikal} dan set M = {Kelab Menembak}.

Jika bilangan murid yang menyertai kedua-dua Kelab Lumba Basikal dan
Kelab Menembak adalah 8 orang, cari bilangan murid yang menyertai dua
kelab sahaja.

8. Gambar rajah Venn di ruang jawapan menunjukkan set X, set Y dan set Z
dengan keadaan set semesta, =XYZ=XYZ
Pada rajah di ruang jawapan, lorekkan
(a) X'Y,(b) (XY')Z

9. Gambar rajah Venn di ruang jawapan menunjukkan set P, set Q dan set R
dengan keadaan set semesta, =PQR
Pada rajah di ruang jawapan, lorekkan
(a) Q R,
(b) (P'R)Q.

BAB 4 PENAKLUKAN MATEMATIK


4.1

Pengenalan

1. Pernyataan ialah sejenis ayat yang maksudnya sama ada benar atau palsu,
tetapi bukan kedua-duanya.
2. Ayat yang merupakan pertanyaan, arahan atau seruan adalah bukan
pernyataan.
Contoh 1:
Tentukan sama ada setiap ayat yang berikut ialah pernyataan atau tidak. Berikan
sebabnya.
(a) 3 + 3 = 8
(b) Satu pentagon mempunyai 5 sisi.
(c) Bolehkan 40 dibahagi oleh 3?
(d) Cari perimeter bagi satu segiempat sama yang sisinya 4cm.
(e) Tolong!

3. Mengenal pasti sama ada sesuatu pernyataan yang diberi itu benar atau
palsu.
Contoh 2:
Tentukan sama ada setiap pernyataan yang berikut benar atau palsu
(a) 7 ialah nombor perdana
(b) 10 > 7
(c) 3 ialah faktor kepada 8.

4. Mewakili sesuatu situasi dengan menggunakan nombor dan simbol matematik


Suatu pernyataan benar atau palsu boleh ditulis dengan menggunakan nombor
dan simbol matematik.
Contoh 3:
Bina (i) satu pernyataan benar, (ii) satu pernyataan palsu, dengan menggunakan
nombor dan simbol matematik yang berikut.
(a) 2, 4, 8, , =
(b) {a, b, c}, {d} , U =

4.2 Pengkuantiti Semua dan Sebilangan


1.
Pengkuantiti adalah perkataan yang menerangkan bilangan objek atau kes
tertentu dalam satu pernyataan.
2.
Pengkuantiti semua, sebarang dan setiap menerangkan setiap objek atau
kes memenuhi syarat tertentu.
3.
Pengkuantiti sebilangan, beberapa dan satu daripada sebahagian
menerangkan satu atau beberapa objek atau kes memenuhi syarat tertentu.

Contoh:
Dengan menggunakan pengkuantiti semua atau sebilangan, lengkapkan setiap
yang berikut supaya membentuk satu pernyataan benar.
(a) _______ poligon mempunyai bilangan bucu dan sisi yang sama.
(b) _______ nombor gandaan bagi 9 adalah nombor genap.
(c) _______ nombor bulat boleh dibahagi tepat dengan 7.
(d) _______ faktor untuk 4 adalah faktor untuk 20.

Bina satu pernyataan benar dengan menggunakan pengkuantiti semua atau


sebilangan berdasarkan objek dan ciri yang diberi.
(a) Objek: nombor gandaan bagi 4
Ciri: boleh dibahagi tepat dengan 5
(b) Objek: heksagon sekata.
Ciri: 6 sisi sama.
(c) Objek: sudut tirus
Ciri: kurang daripada 90o

4.2 Operasi Ke atas Pernyataan

(A) Menafikan suatu pernyataan dengan menggunakan perkataan bukan atau


tidak.
1.
Penafian suatu pernyataan ialah satu proses yang menukar kebenaran
pernyataan itu, iaitu, menukar pernyataan yang benar kepada palsu dan sebaliknya
dengan menggunakan perkataan bukan atau tidak.

Contoh 1:
Tukarkan nilai kebenaran bagi pernyataan yang diberi menggunakan perkataan
tidak atau bukan.
(a) 17 ialah satu nombor perdana.
(b) 39 adalah gandaan bagi 9.

2.
Satu pernyataan baru boleh dibentuk dengan menggabungkan dua
pernyataan menggunakan perkataan dan.

Contoh 2:
Kenal pasti dua pernyataan yang telah digabungkan dengan perkataan dan.
(a) Semua pentagon mempunyai 5 sisi dan 5 bucu.
(b) 33 = 27 dan 43 = 64

Contoh 3:
Bentukkan satu pernyataan baru daripada dua pernyataanyang diberi dengan
menggunakan perkataan dan.
(a) 19 ialah satu nombor perdana.
19 ialah satu nombor ganjil.
(b) 15 5 = 10
15 5 = 75

3.
Satu pernyataan baru juga boleh dibentuk dengan menggabungkan dua
pernyataan menggunakan perkataan atau.
Bentukkan satu pernyataan baru daripada dua pernyataan yang diberi dengan
menggunakan perkataan atau.

(B) Nilai Kebenaran Pernyataan Gabungan yang menggunakan Perkataan Dan


1.
Gabungan dua pernyataan dengan perkataan dan menghasilkan satu
pernyataan baru yang
(a) benar, apabila kedua-dua pernyataan yang digabungkan itu benar,
(b) palsu, apabila salah satu atau pun kedua-dua pernyataan yang digabungkan
itu palsu.

Jadual kebenaran:
Katakan p = pernyataan 1 dan q = pernyataan 2.
Nilai kebenaran bagi p dan q adalah seperti berikut:

Contoh 5:
Tentukan nilai kebenaran bagi setiap pernyataan berikut:
(a) 12 (3) = 36 dan 15 7 = 8.
(b) 5 > 3 dan 4 < 5.
(c) Heksagon mempunyai 5 sisi dan setiap sudut pedalamannya ialah 90o.

(C) Nilai Kebenaran Pernyataan Gabungan yang menggunakan Perkataan Atau


1.
Gabungan dua pernyataan dengan perkataan atau menghasilkan satu
pernyataan baru yang
(a) palsu, apabila kedua-dua pernyataan yang digabungkan itu adalah palsu,
(b) benar, apabila salah satu atau kedua-dua pernyataan yang digabungkan itu
benar.

Jadual kebenaran:
Katakan p = pernyataan 1 dan q = pernyataan 2.
Nilai kebenaran bagi p dan q adalah seperti berikut:

Contoh 6:
Tentukan nilai kebenaran bagi setiap pernyataan berikut:
(a) 60 boleh dibahagi dengan 4 atau 9.
(b) 53 = 25 atau 43 = 64.
(c) 5 + 7 > 14 atau 9 = 2.

4.3 Implikasi

(A) Mengenal pasti antejadian dan akibat bagi suatu implikasi


1.

Bagi dua pernyataan p dan q, ayat jika p, maka q dikenali sebagai implikasi.

2.

p dikenali sebagai antejadian.

q dikenali sebagai akibat.

Contoh:
Kenal pasti antejadian dan akibat bagi setiap implikasi yang berikut.
(a) Jika m = 2, maka 2m2 + m = 10
(b) Jika PQ=P, maka QPJika PQ=P, maka QP

(B) Implikasi dalam bentuk p jika dan hanya jika q


1.
Dua implikasi jika p, maka q dan jika q, maka p boleh ditulis sebagai p jika
dan hanya jika q.
2.
Begitu jugak, dua pernyataan boleh ditulis dari satu pernyataan yang
berbentuk p jika dan hanya jika q seperti berikut:
Implikasi 1: Jika p, maka q.
Implikasi 2: Jika q, maka p.
Contoh 1:
Diberi bahawa p: x + 1 = 8
q: x = 7
Bina satu pernyataan matematik dalam bentuk implikasi.
(a) Jika p, maka q.
(b) p jika dan hanya jika q.

(C) Akas bagi satu implikasi


1.

Akas bagi implikasi jika p, maka q ialah jika q, maka p.

Contoh:
Nyatakan akas bagi setiap implikasi yang berikut.
(a) Jika x2 + x 2 = 0, maka (x 1)(x + 2) = 0.
(b) Jika x = 7, maka x + 2 = 9.

4.4 Hujah
(A) Premis dan Kesimpulan
1.
Penghujahan ialah process membuat suatu kesimpulan berdasarkan beberapa
pernyataan yang diberi.
2.

Pernyataan yang diberi itu dinamakan premis.

3.

Suatu hujah adalah terdiri daripada premis dan kesimpulan.

Contoh 1:
Kenal pasti premis dan kesimpulan dalam hujah yang berikut.
(a) Satu pentagon mempunyai 5 sisi. ABCDE adalah satu pentagon. Maka, ABCDE
mempunyai 5 sisi.

(B) Bentuk Hujah


1.
Berdasarkan dua premis yang diberi, satu kesimpulan boleh dibuat untuk tiga
bentuk hujah yang berlainan.

Hujah Bentuk I

Premis 1: Semua A adalah B.


Premis 2: C adalah A.
Kesimpulan: C adalah B.

Contoh 2:
Buat satu kesimpulan berdasarkan dua premis yang berikut.
Premis 1: Semua gandaan bagi 5 boleh dibahagi tepat dengan 5.
Premis 2: 45 ialah satu gandaan bagi 5.
Kesimpulan: _______________

Hujah Bentuk II

Contoh 3:
Buat satu kesimpulan berdasarkan dua premis yang berikut.
Premis 1: Jika suatu nombor ialah faktor bagi 18, maka nombor itu ialah faktor bagi
54.
Premis 2: 3 ialah faktor bagi 18.
Kesimpulan: _______________

Hujah Bentuk III

Contoh 4:
Buat satu kesimpulan berdasarkan dua premis yang berikut.
Premis 1: Jika P ialah subset bagi Q, maka P Q = P.
Premis 2: P Q P
Kesimpulan: _______________

You might also like