You are on page 1of 2

Kelab Ragbi Apachee,

MRSM Tun Ghafar Baba,


77000 Jasin,
Melaka.
Yang Dipertua MUAFAKAT,
MRSM Tun Ghafar Baba,
77000 Jasin,
Melaka.

PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK TEMPAHAN JERSI PASUKAN RAGBI


APACHEE.
Merujuk perkara di atas, saya selaku kapten pasukan ragbi Apachee MRSM Tun
Ghafar Baba ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan untuk menempah
satu set jersi pasukan ragbi yang baharu.
2. Untuk makluman pihak tuan, pasukan ragbi Apachee telah Berjaya
mengharumkan nama maktab dengan berjaya memenangi tempat kedua
semasa Pertandingan Ragbi Terbuka Muar dan tempat ketiga peringkat negeri
Melaka.
3. Sehubungan dengan itu, saya selaku kapten pasukan ragbi berharap agar
pihak tuan dapat memberikan sumbangan bagi menempah jersi pasukan yang
baharu sebagai insentif dan pembakar semangat kepada pasukan kami untuk
lebih cemerlang pada tahun hadapan.
4. Berikut adalah jumlah sumbangan yang dipohon
Jumlah harga 10 helai jersi

= RM 100 x 10

Jumlah harga 10 pasang seluar

= RM 30 x 10

Jumlah harga 10 pasang stoking

= RM 20 x 10

______________________________________________________________
Jumlah keseluruhan

= RM 1500

______________________________________________________________
5. Diharapkan agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permintaan kami
sebaik mungkin.
Kerjasam pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh,

.
(MOHAMAD NOR SUFIAN BIN MD RAFEE)
Kapten Ragbi Apachee
MRSM Tun Ghafar Baba.

You might also like