You are on page 1of 2

LATAR BELAKANG3

2.0

LATAR BELAKANG

Program Mahasiswa Prihatin ini dijalankan di Pusat Jagaan Permata Rindu pada hari Ahad,
12 April 2015 yang lalu. Tarikh ini dipilih kerana anak-anak di pusat jagaan tidak bersekolah
pada hari tersebut. Hal ini kerana kehadiran mereka adalah satu keperluan untuk kami
menjalankan aktiviti di sana. Seramai 16 orang penghuni pusat jagaan dan 3 orang penjaga
rumah kebajikan tersebut turut berada di sana bagi memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
(rujuk Lampiran I)
Matlamat kami dalam melaksanakan khidmat sosial ini adalah untuk menggembirakan
anak-anak pusat jagaan di samping menceriakan kediaman mereka. Antara kaedah-kaedah
yang digunakan dalam pelaksanaan aktiviti ialah :
i.

Kaedah lawatan dan pemerhatian


- Kami telah melawat ke pusat jagaan tersebut bagi melihat aktiviti-aktiviti yang
mereka lakukan bagi mengumpulkan maklumat bagi merancang aktiviti yang

ii.

sesuai dengan keinginan mereka.


Kaedah temubual
- Kami telah menemubual Pn. Zaharah selaku penjaga penghuni rumah

iii.

kebajikan untuk lebih memahami keperluan mereka di sana.


Kaedah analisis dokumen
- Kami telah mendapatkan salinan dokumen mengenai Pusat Jagaan Permata
Rindu daripada pusat pengurusan rumah ini bagi tujuan mengumpulkan dana
untuk pelaksanaan program ini.

LATAR BELAKANG4
Peralatan yang digunakan boleh dirujuk pada Lampiran II bersama-sama dengan
jumlah yang telah dibelanjakan bagi menjayakan program khidmat sosial mini ini. Kami telah
mendapat sumbangan daripada beberapa orang individu yang berjumlah RM 360. Kami juga
telah membuat kutipan sebanyak RM 13 bagi setiap ahli kumpulan menjadikan jumlah
sebanyak RM 490. Namun begitu, terdapat juga individu yang menyumbangkan alat tulis
kepada anak-anak di pusat jagaan. Terdapat juga sumbangan peribadi daripada ahli kumpulan
kepada penghuni rumah tersebut. Senarai sumbangan ini boleh dirujuk pada Lampiran III.
Sepanjang beberapa jam kami berada di sana, beberapa aktiviti telah dijalankan.
Antaranya ialah memasak, mengecat, memgemas bilik barangan, menceriakan kawasan
sekitar dan menanam pokok bunga. Bagi aktiviti mengecat, kami telah membahagikan tugas
ini kepada beberapa orang fasilitator iaitu Arief, Izdihar, Suaidah dan Dinie. Beberapa orang
kanak-kanak yang berusia 11 dan 12 tahun juga melibatkan diri dalam aktiviti ini. Manakala
beberapa orang kanak-kanak lagi telah menjalankan aktiviti menanam pokok bunga sambil
dibantu oleh Hanisah selaku fasilitator mereka. Pembahagian tugas dan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan ini boleh dirujuk pada Lampiran IV.
Fasilitator yang terlibat adalah 10 orang pelajar dari seksyen 2M, seperti yang dapat
dilihat pada Lampiran V. Kami juga telah menerima beberapa orang sukarelawan yang juga
merupakan pelajar UNITEN Muadzam Shah untuk membantu kami dalam menjalankan kerja
sosial ini.

You might also like