You are on page 1of 5

SK RANCANGAN SEPUPOK

D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SUBIS


98150 BEKENU
SARAWAK

KERTAS KERJA

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL MURID
SK RANCANGAN SEPUPOK

TAHUN 2014

1.0

PENGENALAN

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru dapat


mengamal dan membudayakan sikap kasih saying terhadap muridmurid di sekolah. Program ini dirancang berdasarkan beberapa konsep
asas berikut:
1.1Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki
kepedulian

(concern)

terhadap

setiap

perkara

sifat
yang

berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan nilai


kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi
bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan
sabar.
1.2Guru penyayang

menjiwai

bahawa

murid

mereka

merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian,


dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi
setiap masa seterusnya menginsafi bahawa kehadiran
murid merupakan rahmat kepada sekolah.
1.3Membudayakan amalan penyayang juga merupakan sifat
professional guru dalam perhubungannya dengan murid,
ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
Amalan guru penyayang ini akan dijalankan secara berterusan agar
menjadi budaya dan amalan guru di sekolah.

2.0

OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan Program Amalan Guru Penyayang ialah:


2.1Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
2.2Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat
kepada sekolah.
2.3Menyedari bahawa setiap murid adalah asset kepada
sekolah.
2.4Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan
3.0

masyarakat kepada sekolah.


KUMPULAN SASARAN

3.1

4.0

Semua guru dan murid SK Rancangan Sepupok

CADANGAN DAN PELAKSANAAN


4.1Sepanjang tahun (bermula Januari 2014 hingga November
2014)

5.0

LOKASI PELAKSANAAN PROGRAM


5.1Sekolah Kebangsaan Rancangan Sepupok

6.0

JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi
Besar)

: Encik Walter Suring anak Mawat (Guru

Naib Pengerusi I : Puan Afrida anak Mancha (PK HEM)


Naib Pengerusi II : Encik Jefferey bin Edris (PK Kurikulum)
Encik Lagie anak Janda (PK Kokurikulum)
Penyelaras

: Cik Nurul Nazila binti Abu Hassan

Ahli Jawatankuasa

: Encik Jutie anak Ujak


Encik Micheal anak Lapek
Puan Audrey anak Anthony
Puan Patricia Dumang anak Bansi
Puan Josephine Elbrina anak Ritang
Puan Linda anak Kasa
Puan Ellen anak Jipow
Cik Nazihah binti Mohamad
Cik Siti Rusmani binti Saad

7.0

CADANGAN AKTIVITI
7.1Bagi fasa pertama pelaksanaan Amalan Guru Penyayang,
sekolah akan melaksanakan aktiviti berikut:

i.
ii.

Mengalu-alukan kedatangan murid.


Memberi penghargaan kepada murid
iii.
Pelaksanaan Program Mentor Mentee

8.0

PENUTUP

Adalah diharapkan melalui program ini, para guru dapat


mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang terhadap
murid di sekolah. Kejayaan pelaksanaan program ini menjadi
tanggungjawab semua pihak yang terlibat.

Disediakan oleh,

Cik Nurul Nazila binti Abu Hassan


Penyelaras Program Amalan Guru Penyayang
SK Rancangan Sepupok

Disokong oleh,

Puan Afrida anak Mancha

PK Hal Ehwal Murid


SK Rancangan Sepupok

Disahkan oleh,

.
Encik Walter Suring anak Mawat
Guru Besar
SK Rancangan Sepupok

You might also like