You are on page 1of 9

2.3.

3 Sintaksis
Perkataan Sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bermaksud
dengan dan tattein yang bererti menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk
menjadi kelompok kata atau ayat. Kata suntattein ini kemudian menjadi istilah syntaxis
dalam bahasa Belanda, dan synta dalam bahasa Inggeris.
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa
yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai
kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu
bahasa. Sintaksis merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Ia
melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa
mengenai cara-cara penggabungan ayat. Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek
perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.
Menurut Abdullah Hassan,(2006), sintaksis merupakan bidang linguistik yang mengkaji
binaan ayat; bagaimana kata disusun menjadi frasa, dan bagaimana frasa disusun menjadi ayat
Menurut Syarifah Nor Syed merujuk kepada Bahasa Melayu Teks Rujukan Lengkap STPM,
sintaksis dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.
Kajian yang dimaksudkan ialah merangkumi kajian tentang hukum tatabahasa berkaitan
kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk menghasilkan sesuatu ayat yang
gramatis dan bermakna.
Menurut Dr Ali Mahmood dan Munsyi Zainal Abidin Kasim dalam buku Morfologi Dan
Sintaksis Bahasa Melayu, mereka menerangkan bahawa sintaksis ialah satu cabang ilmu yang
mengkaji bentuk, struktur dan konstruksi ayat. Sintaksis juga mengkaji proses pembinaan ayat
dan hukum-hukum atau peraturan bahasa yang menentukan bagaimana sesuatu perkataan itu
disusun dalam serangkai ayat yang bermakna.
Menurut Samsu

Yaacob dalam Senarai

Semak

Sistem

Ejaan

dan

Tatabahasa

Bahasa Melayu, sintaksis adalah suatu bidang linguistik yang mengkaji proses-proses

pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat dalam binaan sintaksis ialah frasa dan klausa.
Gabungan frasa dan klausa akan menghasilkan ayat yang dapat berfungsi dan bermakna.
Menurut Dewan Bahasa Edisi Keempat, sintaksis bermaksud satu cabang linguistik yang
mengkaji peraturan dan susunan kata dalam satu ayat.
Kesimpulannya, sintaksis boleh dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu linguistik yang
mengkaji proses pembinaan ayat. Binaan sintaksis ini seharusnya terdiri daripada beberapa
unsur seperti frasa dan klausa atau subjek dan predikat. Proses pembinaan ayat ini didasari
hukum dan peraturan yang tertentu agar ayat-ayat yang dihasilkan mengandungi makna yang
lengkap dan difahami. Pembinaan ayat yang gramatis sewajarnya saling dilengkapi
nama, frasa kerja, frasa adjektif atau

frasa

frasa sendi nama yang digabungkan dengan klausa

bebas atau klausa tidak bebas.

2.3.4 Pragmatik
Pragmatik merupakan ilmu linguistic yang mengkaji makna sesuatu ujaran. Pragmatik
mengkaji hal-hal yang meliputi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara
penutur dengan pendengar atau penulis dengan pembaca. Menurut Raminah Haji Sabran
(2013), pragmatik mengkaji penggunaan bahasa dalam konteks budaya sesuatu masyarakat,
ataupun penggunaan bahasa dalam hubungan yang sebenar.
Menurut Nababan (1987) pula, pragmatik juga diertikan sebagai syarat-syarat yang
mengakibatkan tidak serasi pemakaian bahasa dalam komunikasi; aspek-aspek pemakaian
bahasa atau konteks luar bahasa yang memberikan sumbangan kepada makna ujaran.
Menurut Ver haar (1996), pragmatik merupakan cabang ilmu linguistik yang membahas
tentang apa yang termasuk struktur bahasa sebagai alat komunikasi antara penutur dan
pendengar, dan sebagai pengacuan tanda-tanda bahasa pada hal-hal ekstralingual yang
dibicarakan.
Purwo (1990) pula mendefinisikan pragmatik sebagai kajian mengenai makna tuturan
menggunakan makna yang terikat konteks. Sedangkan memperlakukan bahasa secara
pragmatik ialah memperlakukan bahasa dengan mempertimbangkan konteksnya, iaitu
penggunaannya pada peristiwa komunikasi.

Levinson (1987) pula berpendapat bahawa pragmatik adalah kajian mengenai


penggunaan bahasa atau kajian bahasa dan perspektif fungsional. Hal ini bermaksud kajian ini
cuba menjelaskan aspek-aspek struktur bahasa dengan mengacu ke pengaruh-pengaruh dan
sebab-sebab bukan bahasa.
Menurut Wijana (1996), pragmatik merupakan cabang ilmu bahasa yang mempelajari
struktur bahasa secara luaran, iaitu bagaimana sesuatu bahasa digunakan dalam komunikasi.
Kesimpulannya, pragmatik merupakan bidang ilmu linguistik yang menjalankan kajian
tentang makna ungkapan yang ingin disampaikan oleh ahli sesuatu masyarakat dalam aktiviti
perhubungan mereka. Konsep cirri-ciri pragmatik seakan-akan seperti semantic yang mengkaji
ujaran berdasarkan penggunaan bahasa sesuatu masyarakat. Akan tetapi, kajian pragmatik ini
meliputi keseluruhan daripada kajian semantic termasuklah linguistik, falsafah bahasa,
sosiolinguistik dan antropologi. Akhir kata, Pragmatik mengkaji kebudayaan Melayu yang juga
merupakan bahasa yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menyampaikan maksud dan
maklumat sesama ahli masyarakat.

2.3.3 Sintaksis
Di negara kita, sintaksi didedahkan kepada murid-murid sejak sekolah rendah bermula
daripada tahun satu. Seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Bahasa Malaysia
Tahun Satu, sintaksi merupakan salah satu kandungan tatabahasa selain daripada morfologi.
Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan di peringkat sekolah rendah adalah seperti: 1)
Unsur utama yang terdiri daripada subjek dan predikat; 2) Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat
tanya, ayat perintah, dan ayat seruan ;3) Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif; 4) Susunan
ayat, iaitu susunan biasa dan songsang; 5) Binaan ayat, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
2.3.3.1 Unsur Utama Ayat
Satu ayat sekurang-kurangnya ada satu subjek dan satu predikat.
2.3.3.1.1 Subjek
Subjek ialah konsituen sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan. Subjek
biasanya dalam bentuk frasa nama atau berfungsi sebagai frasa nama. Subjek menjadi judul
atau unsur yang yang diterangkan dalam sesuatu ayat. Biasanya, subjek ialah perkara yang
diceritakan yang terdiri daripada orang, benda, tampat atau perkara.
Contohnya:
Subjek
Ali
Komputer itu

Predikat
membeli sebuah basikal
sudah rosak

2.3.3.1.2 Predikat
Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi
unsur yang menerangkan subjek.

Contohnya:

Subjek
Sabri
Rumah itu

Predikat
seorang peguam
sangat besar

2.3.3.2 Jenis Ayat


2.3.3.2.1 Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk membuat satu penyataan. Ayat ini
biasanya diujarkan tanpa mengharapkan akan jawapan atau gerak balas. Dalam lisan, ayat
penyata diakhiri dengan nada turun sebelum kesenyapan. Dalam tulisan pula, ayat penyata
diakhiri dengan tanda noktah.
Contohnya:
Azimah tukang masak.

2.3.3.2.2 Ayat Tanya


Ayat tanya merupakan ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. Ayat tanya
biasanya diujar untuk mendapat jawapan atau gerak balas daripada pendengar. Ayat ini diakhiri
dengan tanda soal semasa dalam penulisan. Ayat tanya diucapkan dengan meninggikan nada
suara pada akhir ayat semasa berlisan.
Contoh:
Apa benda itu?

2.3.3.2.3 Ayat Perintah


Ayat perintah terbahagi kepada empat jenis:
a) Ayat Suruhan
Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan bertujuan memberi perintah atau arahan.
Contohnya:

Sila tinggalkan tempat ini.


b) Ayat Larangan
Ayat larangan ialah ayat yang digunakan untuk larangan atau tegahan. Biasanya ayat
larangan dibentuk dengan menambah kata jangan, usah, atau tak usah di depan ayat.
Contohnya:
Jangan berdiri di sana.
c) Ayat Silaan
Ayat silaan digunakan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang. Biasanya, ayat
silaan ditandai dengan kata sila, sudi dan jemput.
Contohnya:
Jemput minum.
d) Ayat Permintaan
Ayat permintaan merupakan ayat yang bertujuan memohon pertolongan atau
permintaan. Biasanya kata minta, tolong, dan mohon digunakan untuk membentuk ayat
permintaan.
Contohnya:
Tolong tutup tingkap itu.

2.3.3.2.4 Ayat Seruan


Ayat seruan merupakan ayat yang melahirkan perasaan seperti takut, marah, takjub,
geram, sakit dan sebagainya. Ayat seruan diucapkan dengan membawa nada atau intonasi
seruan. Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru. Kata seru sering digunakan untuk membentuk
ayat seru seperti oh, amboi, aduh, wah, cis dan sebagainya.
Contohnya:
Aduhai, gagal lagi!

2.3.3.3 Ragam Ayat


Ayat aktif dan ayat pasif ialah dua bentuk ayat yang berbeza tetapi menyampaikan
makna yang sama.
Ayat Aktif
Saya memadamkan lampu.
Ibu membuat kek itu.

Ayat Pasif
Lampu saya padam.
Kek itu dibuat oleh ibu.

Ayat aktif merupakan ayat yang mempunyai kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai unsur yang diterangkan.
Contohnya:
SUBJEK + KATA KERJA + OBJEK
Yusuf mencabut rumput.

Ayat pasif pula merupakan ayat yang mengutamakan objek asal.


Contohnya:
OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
Rumput dicabut oleh Yusuf.

2.3.3.4 Binaan Ayat


Secara umumnya, binaan ayat dibahagi kepada ayat tunggal dan ayat majmuk.
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

Contohnya:
Subjek

Predikat

Encik Roslan
Puan Ziana
Adik saya

seorang guru.
membeli-belah di pasar raya.
belajar dalam Tahun Empat.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat
yang digabungkan dengan kata hubung.
Ayat Tunggal
(a) Murid itu ditegur.

Kata Hubung
kerana

Ayat Majmuk
Murid itu ditegur kerana dia selalu

(b) Murid itu selalu datang lewat.


(a) Saya akan membantu dia.

jika

datang lewat.
Saya akan membantu dia jika saya

(b) Saya berkemampuan.


(a) Perdana Menteri telah membuat

bahawa

berkemampuan.
Perdana Menteri

telah

membuat

pengumuman.

pengumuman bahawa esok ialah cuti

(b) Esok ialah cuti umum.


(a) Baju itu kotor.

umum.
Baju yang kotor itu belum bercuci.

yang

(b) Baju itu belum bercuci.

2.3.4 Pragmatik
Murid-murid di Malaysia telah didedahkan kepada unsur pragmatik iaitu peribahasa
sejak tahun satu lagi. Seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Bahasa Malaysia
Tahun 1, Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan,
perbilangan dan kata-kata hikmat yang perlu diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Simpulan Bahasa
Ayat yang

Perumpamaan
Susunan kata dalam

Pepatah
Dipanggil ringkas,

Bidalan
kata ayat yang

mempunyai dua atau

sesuatu ayat yang

berkerat-kerat /

mengandungi

tiga perkataan yang

memberi makna khas

berpatah-patah ialah

nasihat, peringatan,

mempunyai makna

berlainan dari apa

merupakan ayat yang

bimbingan, teladan

yang berlainan sama

yang diucapkan atau

mementingkan

dan lain lain.

sekali dari makna

ditulis /

ketepatan perkataan

asal perkataan

membandingkan

yang mengandungi

tersebut.

sesuatu dengan

unsur pengajaran.

benda lain

Perumpamaan yang
tidak menggunakan
kata petunjuk

You might also like