You are on page 1of 3

1. 1.

DASAR EKONOMI BARU

2. 2. Latar Belakang Sebelum 1970, polisi pembangunan Malaysia disasarkan ke atas


pasaran eksport. Walaupun ekonomi berkembang pesat pada purata tahunan 6.0
peratus, namun terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan,
menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik Ini seterusnya memberi
kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.

3. 3. Faktor utama yang telah mengakibatkan tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 adalah
kerana faktor kemiskinan . Wujud satu keadaan kemiskinan relatif antara kaum.
Maka satu dasar diperkenalkan bertujuan untuk membasmi kemiskinan yang wujud
antara kaum, wilayah dan kawasan di Malaysia.

4. 4. Dasar Ekonomi Baru dirangka untuk 20 tahun iaitu 1970-1990 yang merangkumi
4 Rancangan Malaysia iaitu RM2 hingga RM5. Merupakan Rangka Rancangan
Jangka Panjang Pertama (RRJP1) dalam pembangunan negara

5. 5. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971 merupakan sejarah pelan
ekonomi Malaysia. DEB menekankan pencapai sasaran sosio ekonomi seiring
dengan mencapai objektif perkembangan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan
keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang mempunyai pelbagai kumpulan
etnik dan agama. Sasaran utama adalah perpaduan negara.

6. 6. Lebih dari dua per tiga ekuiti korporat di Malaysia dimiliki oleh warga asing pada
tahun 1970, sementara Bumiputera , yang mewakili dua pertiga dari jumlah
penduduknya , memiliki hanya lebih sedikit dari 2 peratus. DEB menetapkan sasaran
penstrukturan berupa 30:40:30, iaitu menjelang 1990, pegangan kaum Bumiputera
mencapai 30 peratus, rakyat Malaysia yang lain 40 peratus dan warga asing 30
peratus.

7. 7. Rasional Kemiskinan di kalangan penduduk tinggi Wujud jurang perbezaan


dalam taraf hidup antara kaum, bandar dan luar bandar Pengenalan kaum melalui
aktiviti ekonomi Cetusnya peristiwa 13 Mei 1969

8. 8. Objektif DasarUntuk mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan:
Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaumMembasmi pengenalan kaum mengikut
jenis aktiviti ekonomi

9. 9. Rangka Strategi Kebanyakan strategi pembangunan luar bandar telah memasukkan


program pembasmian kemiskinan seperti tanah baru dan pembangunan in-situ;
peruntukan bagi infrastruktur saliran dan pengairan; setinggan.

10. 10. perkhidmatan sokongan pertanian; menggalakkan pembangunan industri


kampung/kecil; infrastruktur luar bandar termasuk jalanraya, eletrik dan air; dan
perkidmatan sosial seperti kesihatan, sekolah, bantuan makanan dan penempatan
semula

11. 11. Strategi Memajukan kawasan luar bandar melalui pembangunan wilayah baru
seperti DARA,KEJORA dan JENGKA Memperbaiki mutu dan taraf hidup rakyat
khusus orang Melayu melalui pendidikan, latihan , kesihatan dan kemudahan
infrastruktur Mewujudkan kelas peniaga, pedagang dan pengusaha Melayu serta
menambahkan pemilikan modal (30%) mereka dalam sektor syarikat

12. 12. Menubuhkan beberapa agensi seperti Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA),
Permodalan Nasional Berhad (PNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank
Bumiputera dan Bank Pertanian Meninggikan daya pengeluaran, pendapatan dan
menambahkan peluang pekerjaan Memodenkan kehidupan di luar bandar

13. 13. Pencapaian Mengurangkan kadar kemiskinan ke 17% ii. Penyusunan semula
masyarakat kurang capai iii. Untuk hak milik bumiputera capai 18% sahaja
Kesimpulan Dilanjutkan di bawah Dasar Pembangunan Nasional 1990-2000

14. 14. Kadar isi rumah yang hidup di bawah taraf kemiskinan menurun dari 49.3
peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan menurun lagi
kepada 5.1 peratus pada 2002. Pada tahun 1990, bahagian ekuiti Bumiputera
bertambah kepada 20.4 peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti korporat, dan pegangan
rakyat Malaysia yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 25.1 peratus untuk
warga asing.

You might also like