You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan
Kata linguistik ataupun linguistics dalam Bahasa Inggeris, berasal dari bahasa Latinlingua
yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis, linguistic dikenali langage-langue; dan Bahasa
Itali lingua; Bahasa Sepanyol lengua. Linguistik ialah sebuah pengajian saintifik bahasa.
Terdapat tiga aspek dalam pengajian ini: bentuk bahasa, makna bahasa dan bahasa dalam
konteks.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, linguistik merujuk kepada kajian saintifik tentang
bahasa; berkaitan dengan bahasa; cabang pengkajian bahasa yang menerapkan teknik
computer dalam pengkajian bahasa dan kesusasteraan, terutama dalam pengiraan kekerapan
kata dan analisis statistik. Menurut Matthew (1997:VII), linguistik adalah ilmu yang
mengkaji bahasa atau kajian ilmiah tentang bahasa.
Pengertian bahasa menurut Kridalaksana (2005:3), adalah sistem lambang bunyi yang
disepakati untuk dipergunakan oleh para anggota kelompok masyarakat tertentu dalam
bekerjasama, berkomunikasi dan mengidentifikasikan diri.
Linguistik terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap moden dan tahap tradisional. Tahap aliran
pendekatan tradisional terbahagi kepada beberapa mazhab yang dipelopori oleh sarjanasarjana tradisional seperti mazhab tatabahasa Nesfieldian. Fowler dan Jespersen. Sarjanasarjana ini mempunyai pendekatan yang tersendiri terhadap linguistik tradisional.

2.0 Isi Kandungan


Otto Jespersen iaitu seorang ahli tatabahasa Eropah merupakan antara sarjana yang
mempelopori aliran linguistik tradisional. Beliau turut lantang menentang aliran
strukturalisme. Model nahu Jespersen berbeza daripada model nahu struktural. Model nahu
Jespersen tiak hanya berbeza daripada model nahu struktural tetapi juga mewakili langkah
yang terkedepan dalam kajian bahasa.
Antara anggapan beliau adalah asas bahasa yang merujuk kepada aktiviti seseorang manusia
yang dilakukannya untuk mendapat kefahaman orang lain. Manakala aktiviti orang lain untuk
memahami apa yang ada dalam minda orang pertama iaitu penutur dan pendengar serta
hubungan mereka tidak harus hilang daripada kelihatan.
Selepas itu, beliau turut beranggapan bahawa bahasa yang terutama ialah pertuturan.
Anggapan ini membawa maksud manusia berkemungkinan lupa bahawa keutamaan bahasa
aalah pertuturan, khususnya percakapan dialog, sedangkan kata yang ditulis merupakan
sejenis pengganti yang pada umumnya menilai tetapi dari segi yang lain adalah kurang diberi
perhatian.
Menurut Jespersen lagi, bahasa adalah satu set kebiasaan. Keterangan yang mengandungi
pengertian kebiasaan sebagai sifat-sifat semula jadi bahasa manusia ini juga membezakan
formula daripada pengucapan bebas. Semasa menangani memori formula atau pengulangan
apa yang telah dipelajari sebagai segala-galanya, pengucapan bebas melibatkan sejenis
aktiviti mental yang lain iaitu ianya harus dicipta sebagai setiap satu yang baru oleh
penuturnya.
Anggapan Jespersen yang keempat adalah penguasaan bahasa. Contohnya, anak kita
mempelajari bahasa, cukup dengan mendengar dan memahami.Hal ini diperoleh melalui

kebolehannya membuat abstraksi maksud tentang struktur yang mampu dijadikan panduan
untuk dia terus membuat ayat-ayat lain dengan sendiri, walaupun dia tidak pernah diajarkan
tentang rumus nahu, tentang kedudukan subjek, objek dalam ayat dan sebagainya.
Jespersen turut membuat perbezaan antara sistem bahasa dan persembahan sistem dalam
pengucapan sebenar setiap hari ala percakapan mengemukakan contoh-contoh tentang caracara penutur menunjukkan sikap enggan, bersetuju, menolak, menjauhi mengikut perbezaanperbezaan yang wujud dalam, percakapan. Dalam bahasa tulisan, fenomena ini tidak dapat
ditunjukkan semudah dalam bahasa percakapan.
Bahasa dapat dikaji oleh ahli psikologi sebagai aktiviti manusia. Oleh yang demikian, nahu
dapat menjadi sebahagian daripada psikologi linguistik atau linguistik psikologi. Bahasa
hendaklah dipandang sebagai selalu dalam keadaan yang sentiasa berubah. Perasaan
penutur natif merujuk kepada perasaan yang bersifat naluri, bagi bahasanya hendaklah
menjadi sebahagian daripada data linguistik.
Jespersen mencadangkan nahu deskriptif, huraian, sejarah dan nahu apresiasi (appreciative
grammar). Nahu ini hendaklah menerangkan apa yang diperkatakan dan ditulis oleh penutur
supaya ia dapat diajukan untuk pemahaman rumus secara saintifik yang dibantu oleh intuisi
penutur dan penulis.
Beliau turut berpendapat bahawa nahu harus menerangkan peraturan atau rumus bahasa.
Sebahai contoh, untuk bahasa reflektif, penyataan tentang kata kerja haruslah disertakan
dengan huraian tentang sistem kala dan penggunaan bentuk-bentuk tertentu dalam bahasa.
Nahu sebaik-baiknya bersifat historis dari beberapa segi sebab sejarah dapat membantu ahli
nahu bukan sahaja dari segi pemerian tetapi juga pandangan tentang bahasa dalam keadaan
perubahan yang kekal. Nahu sepatutnya memeriksa sama ada rumus-rumus yang dihuraikan

itu diperoleh daripada bahasa secara jelas atau sama ada beberapa rumus lain diberi
keutamaan. Haruslah ada beberapa mekanisme untuk menilai peraturan atau rumus nahu.
Jespersen begitu berminat dengan masalah nahu universal. Pada pendapat beliau, berkaitan
dengan kategori yang ditentukan dalam bahagian sintaksis sistem nahu, khususnya kategorikategori yang berupa kategori logikal, atau sama ada kategori itu semata-mata kategori
linguistik? Kategori daripada jenis logikal, jika ada pasti bertaraf kategori universal, iaitu
kategori yang dimiliki oleh semua bahasa biasa.
Idea Jespersen tentang sifat-sifat bahasa dan tujuan deskripsi linguistik didapati wajar jika
dibandingkan dengan idea ahli-ahli nahu yang sezaman dengannya. Dalam usahanya
menghuraikan bahasa, Jespersen menghadapi masalah. Dia sedar akan kepentingan makna
dalam kajian bahasa tetapi gagal untuk memuatkan aspek semantik dalam nahunya. Dia
menyedari kepentingan fonologi dalam penghuraian bahasa tetapi gagal memasukannya
dalam nahu.
Jespersen membahagikan nahu kepada tiga bahagian iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis.
Fonogi dihuraikan secara terpisah dan saling hubungan antara semua aras dihuraikan dengan
jelas. Beliau menjelaskan bahawa adalah menjadi tugas ahli bahasa supaya sentiasa berada di
fikiran

bahawa bunyi dan signifikasi, bentuk dan fungsi tidak dapat dipisahkan daripada

kehidupan bahasa itu sendiri. Walaupun begitu, Jespersen berasa bersalah apabila peranan
bunyin dan maksud tidak dapat disertakan dalam nahu bahasa Inggeris yang dihuraikannya.
Jespersen tidak bersetuju dengan ahli-ahli nahu yang lain pada aspek pendefinisian golongan
kata. Beliau tidak mendefinisikan sebarang kelas kata pun tetapi dalam nahunya dia
memasukkan ketetapan yang agak wajar jugak. Beliau menyenaraikan kata nama (substantif,
adjektif), kata ganti nama, kata kerja (termasuk verbids) dan partikel.

Dalam melakukan klasifikasi, kita harus mengambil kira makna dan fungsi dalam ayat iaitu
setiap satu perlu diperhatikan seperti bentuk,fungsi dan makna tetapi penekanan hendak
diberi kepada bentuk kerana penekanan ini dapat membawa kita menentukan kelas kata. Jika
kita menganalisis kombinasi the young boy dalam bahasa Inggeris, kita menganalisis young
sebagai kata adjektif atas sebab maknanya sebagai penerang substantif. Kata young tidak
boleh mengambil kasus genetif [s] tetapi dapat mengambil akhiran perbandingan (komparatif
dan superlatif). Dalam analisis, Jespersen menjelaskan kita harus melalui semua langkah
tersebut dan sentiasa berpendirian bahawa akhiran infleksi tidak sekali-kali merupakan sifat
sebarang kelas kata tunggal dan bahawa makna, walaupun sangat penting, adalah paling
sukar untuk dikendalikan.
Peringkat (rank) kata, menurut Jespersen, bergantung pada fungsinya dalam ayat atau
kumpulan kata (frasa). Verbid (partipal, gerund dan indefinitif) mendukungunsur utama
(primer) manakala kata kerja finite dianggap unsur kedua (sekunder).
Sendian (junction) dan nexus mengikut Jespersen merupakan dua cara yang di dalamnya
unsure sekuder dapat menerangkan atau mendefinisi unsur primer. Contoh binaan sendian
(junction) ialah a furiously barking dog dan contoh nexus ialah a dog barks furiously.
Klausa dianggap bergantung kepada nexus walaupun ia boleh mempunyai kata kerja finite,
sebab ia tidak dapat berdiri sendiri. Oleh sebab itu klausa bukan nexus bebas dalam ayat.
Setelah meneliti pandangan Jespersen tentang kategoridan pembahagian kelas kata
berdasarkan fungsinya dalam ayat, serta pandangan lain tentang nahu, pandangan ini sudah
boleh ddijadikan model untuk membenih teori yang kuat. Definisi Jespersen tentang ayat
cukup menarik. Menurut beliau ayat ialah pengucapan manusia yang bebas dan sempurna.
Kesempurnan dan kebebasan itu ditunjukkan oleh kehadirannya secara bersendirian.

You might also like