You are on page 1of 5

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah


Nabi Adam A.S., iaitu tatkala keluarnya Nabi Adam
dari Syurga, lalu dihantar ke bumi. Perkara
pertama yang dilihatnya ialah kegelapan, yang
membuatkannya berasa takut yang amat sangat.
Lalau apabila fajar Subuh telah keluar, maka Nabi
Adam A.S. pun menunaikan solat dua rakaat.
Rakaat pertama: Bersyukur kerana terlepas dari
kegelapan malam.
Rakaat kedua: Bersyukur kerana siang telah
menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan solat Zohor ialah
Nabi Ibrahim A.S., iaitu tatkala Allah S.W.T. telah
memerintahkan padanya agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail A.S. sedang seruan itu
datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu
sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama: Bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua: Bersyukur kerana dibukakan


dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Bersyukur dan bermohon akan
keredhaan Allah.
Rakaat keempat: Bersyukur kerana korbannya
digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah
Nabi Yunus A.S., iaitu tatkala dikeluarkan oleh
Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah
memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang
ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka
bersyukurlah Nabi Yunus lalu segera menunaikan
solat empat rakaat tanda bersyukur kerana telah
diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan,
iaitu:
Rakaat
Rakaat
Rakaat
Rakaat

pertama: Kelam dengan kesalahan.


kedua: Kelam dengan air laut.
ketiga: Kelam dengan malam.
keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib
ialah Nabi Isa A.S., iaitu tatkala dikeluarkan oleh
Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya,
sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
Bersyukurlah Nabi Isa lalu menunaikan solat tiga
rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan
tersebut, iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan
selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan Dan juga
tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah
dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa
Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau
tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah
Nabi Musa A.S., iaitu tatkala Nabi Musa telah
tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,
sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan

dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan


dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu
Nabi Musa menunaikan solat empat rakaat sebagai
tanda bersyukur dengan kehilangan perasaan
dukacita tersebut, iaitu:
Rakaat
Rakaat
Harun.
Rakaat
Rakaat

pertama: Dukacita terhadap isterinya.


kedua: Dukacita terhadap saudaranya Nabi
ketiga: Dukacita terhadap Firaun.
keempat: Dukacita terhadap anak Firaun.

You might also like