You are on page 1of 26

INOVASI

DAN PENAMBAHBAIKAN
Pusat Setempat (One Stop Centre)
Di bawah Pakej Strategi Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian
(Delivery System) - Pakej Ransangan Ekonomi (Stimulus Economic Package),
Kerajaan telah menetapkan bahawa sistem penyampaian perkhidmatan awam
yang cekap diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan
pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara. Kerajaan telah bersetuju
dengan perakuan Strategic Thrust Committee On Government Delivery System
yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, supaya diwujudkan OSC
bagi memudahkan proses pertimbangan terhadap permohonan cadangan
pemajuan yang dikemukakan kepada PBT.
Mesyuarat MNKT Ke-56 pada 28 November 2006 telah bersetuju dengan
peluasan kaedah baru OSC bagi cadangan pemajuan projek. Seterusnya,
mesyuarat MNKT Ke-57 pada 23 Mac 2007 telah bersetuju dengan
penambahbaikan sistem penyampaian prosedur dan proses serta pelaksanaan
OSC bagi semua cadangan pemajuan.
OSC di PBT telah dilancarkan pada 12 April 2007 yang bertujuan untuk
menyelaras dan mempercepatkan proses pertimbangan permohonan cadangan
pemajuan dengan keputusan dibuat di satu tempat sahaja iaitu melalui
Mesyuarat Jawatankuasa OSC yang dianggotai oleh :(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Datuk Bandar/Yang DiPertua (YDP);


4 orang Ahli Majlis;
wakil agensi-agensi teknikal dalaman di PBT; dan
wakil agensi-agensi teknikal luaran yang berkaitan dengan
cadangan pembangunan tersebut .

Melalui OSC, permohonan-permohonan yang berkaitan dengan perihal tanah,


kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kejuruteraan atau pelan lanskap
boleh dikemuka secara serentak, bertindih atau satu persatu. 5 permohonanutama adalah seperti berikut:
(i)

Permohonan Tukar Syarat dan Pecah Sempadan (KTN 124A);

(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Permohonan Penyerahan dan Pemberimilikan Semula (KTN


204D);
Kebenaran Merancang;
Pelan Bangunan; dan
Pelan Kejuruteraan.

Bagi permohonan serentak dan lengkap, keputusan terhadap permohonan


boleh diperolehi dalam tempoh 4 bulan atau kurang. Bagi memastikan OSC
berjalan lancar dan berkesan, Buku Panduan Edisi Pertama yang menerangkan
tentang tatacara pelaksanaan OSC telah dikeluarkan pada tahun 2007 kepada
semua Kerajaan Negeri, PBT, Jabatan-jabatan Teknikal, Pertubuhanpertubuhan Profesional serta Badan Bukan Kerajaan (NGO). Buku Panduan
Edisi Kedua pula telah dikeluarkan pada tahun 2008. Pelaksanaan OSC yang
berkesan memerlukan penyeragaman kepada 3 perkara utama, iaitu :
(i)

keseluruhan proses pertimbangan permohonan cadangan


pemajuan;
(ii) keperluan agensi-agensi teknikal luaran dan dalaman yang
menyemak untuk mengeluarkan ulasan & sokongan; dan
(iii) keperluan agensi teknikal yang memproses untuk
memperakukan sesuatu permohonan.
Sejak awal kewujudan OSC dan selaras dengan kehendak-kehendak di atas,
pihak Kementerian telah melaksanakan beberapa penambahbaikan seperti
berikut:
(i)

memperkenalkan Portal OSC bagi memantau


permohonan yang dikemukakan kepada PBT;

(ii)

menyediakan Template ISO proses-proses utama OSC;

status

(iii) menyediakan Template Seragam Senarai Semak Dokumen


dan Senarai Semak Terperinci Agensi Teknikal Luaran;
(iv) menyediakan Template Seragam Senarai Semak Dokumen
dan Senarai Semak Agensi Teknikal Dalaman PBT;
(v)

membangunkan OSC Online; dan

(vi) mewujudkan Pasukan Kerja Penyelarasan Pelaksanaan OSC


(PKPP OSC) untuk membantu menyelaras PBT dan pemajupemaju secara hand holding dalam mempercepatkan proses

pertimbangan
dikemukakan.

permohonan

cadangan

pemajuan

yang

MS ISO 9001:2008 Bagi Kelulusan Permohonan Cadangan


Pemajuan OSC
KPKT telah menambahbaik template prosedur kualiti yang mematuhi standard
MS ISO 9001:2008 bagi proses pertimbangan permohonan cadangan pemajuan
untuk dilaksanakan di semua OSC PBT melalui Pekeliling Bil 1,2 dan 3 Tahun
2011 bertarikh 28 Februari yang terpakai terhadap permohonan-permohonan
baru yang dikemukakan kepada PBT mulai 1 April 2011.
Prosedur kualiti melibatkan 9 proses utama, iaitu:
(i)

menerima, menyemak, mendaftar dan mengedar permohonan cadangan


pemajuan;

(ii) mengeluarkan perakuan terhadap permohonan oleh agensi memproses;


(iii) mengeluarkan perakuan terhadap permohonan oleh agensi teknikal luaran;
(iv) mengeluarkan ulasan teknikal oleh agensi teknikal dalaman;
(v) mengeluarkan ulasan teknikal oleh agensi teknikal luaran;
(vi) memantau dan menyelaras pengeluaran perakuan dan ulasan teknikal;
(vii) menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa OSC;
(viii) memantau dan menyelaras keputusan Jawatankuasa OSC yang
dikemukakan untuk pertimbangan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri;dan
(ix) mengeluarkan kelulusan rasmi.

Template Seragam Senarai Semak Dokumen dan Senarai Semak


Terperinci Agensi Teknikal Luaran yang terlibat dalam proses
kelulusan sesuatu Cadangan Pemajuan.
Bagi menyeragamkan keperluan 11 Agensi Teknikal Luaran dalam membuat
semakan dan memberi ulasan teknikal terhadap sesuatu permohonan
cadangan pemajuan, KPKT telah mengeluarkan Pekeliling Bil. 5 Tahun 2009

bertarikh 6 Mei 2009 Template Seragam Senarai Semak Dokumen dan


Senarai Semak Terperinci Agensi Teknikal Luaran Untuk Proses Kelulusan
Pemajuan Melalui OSC.
11 Agensi Teknikal Luaran tersebut adalah seperti berikut:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)
(x)
(xi)

Jabatan Mineral dan Geosains;


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
Jabatan Alam Sekitar;
Tenaga Nasional Berhad;
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia;
Jabatan Pengairan dan Saliran;
Pentadbiran Tanah Negeri;
Indah Water Konsortium;
Jabatan Kerja Raya;
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia; dan
Pihak Berkuasa Air Negeri

Template Seragam Senarai Semak Dokumen dan Senarai Semak


Terperinci Agensi Teknikal Dalaman
Template Seragam Senarai Semak Dokumen dan Senarai Semak Terperinci
Agensi Teknikal Dalaman telah disahkan oleh kerajaan negeri pada 20
Disember 2010 yang bertujuan untuk menyeragamkan keperluan-keperluan
bagi jabatan-jabatan utama teknikal di PBT dalam membuat semakan dan
memberi ulasan teknikal terhadap sesuatu permohonan cadangan pemajuan.
Jabatan-jabatan dalaman PBT tersebut adalah seperti berikut:
(i) Jabatan Perancang;
(ii) Jabatan Bangunan;
(iii) Jabatan Kejuruteraan; dan
(iv) Jabatan Landskap.

OSC Online
OSC Online telah dibangunkan pada tahun 2009 di bawah geran Demonstrator
Application Grant Scheme (DAGS) oleh Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi (MOSTI). Pelaksanaan OSC Online telah diluluskan oleh MNKT Kepada 3 Jun 2008 dan mesyuarat PEMUDAH pada 20 Jun 2008.
Pelaksanaannya telah dilancarkan 2 Februari 2010 dan pada 4 Januari 2011
dilancarkan secara real time kepada 10 PBT oleh YB. Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan. Pelaksanaan OSC Online bermula dengan projek perintis

pada tahun 2010 melibatkan 10 PBT seperti berikut:


(i) Majlis Bandaraya Johor Bahru;
(ii) Majlis Bandaraya Petaling Jaya;
(iii) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu;
(iv) Majlis Perbandaran Kuantan;
(v) Majlis Perbandaran Alor Gajah;
(vi) Majlis Perbandaran Sungai Petani;
(vii) Majlis Perbandaran Sepang;
(viii) Majlis Perbandaran Nilai;
(ix) Majlis Bandaraya Shah Alam; dan
(x) Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
Pelaksanaan sistem OSC Online diperluaskan secara berfasa seperti berikut:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

fasa 1 10 PBT;
fasa 2 35 PBT;
fasa 3 36 PBT; dan
fasa 4 17 PBT

Faedah pelaksanaan OSC Online adalah seperti berikut:


(i)

para profesional boleh mengemukakan cadangan pemajuan secara


atas talian terus kepada PBT pada bilabila masa dan dari mana
mana tempat;

(ii)

PBT juga boleh melakukan semkaan ke atas permohonan secara atas


talian. Semakan boleh dilakukan pada bilabila masa dari mana
mana tempat;

(iii) segala data dan maklumat didigitalkan untuk kegunaan harian serta
disepadukan untuk memudahkan penggunaan dan rujukan oleh agensi
dan kementerian yang berkaitan;
(iv) semua prosedur OSC diseragam dan dapat diselaraskan;dan

(v) mempertingkatkan aspek keberkesanan, pemantauan dan ketelusan


pelaksanaan OSC.

Pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of


Completion and Compliance-CCC) Oleh Para Profesional
CCC telah dikuat kuasakan sepenuhnya di Malaysia mulai 12 April 2007.
Pengenalan CCC adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan melaksanakan
pendekatan self-certification dan self-regulation dalam industri pembinaan yang
bertujuan mempertingkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan
pemajuan projek menerusi usaha-usaha mengurangkan kerenah birokrasi.
CCC menggantikan Perakuan Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness for
Occupation-CFO) yang dikeluarkan oleh PBT. Pengeluaran CCC akan dilakukan
oleh para profesional yang bertindak sebagai Principal Submitting Person (PSP)
yang terdiri daripada:
(i)
(ii)

(iii)

Arkitek Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek


Malaysia;
Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga
Jurutera Malaysia; atau
Pelukis Pelan Bangunan yang berdaftar dengan Lembaga
Arkitek Malaysia.

Bagi melaksanakan CCC, undang-undang berikut telah dipinda :


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133);


Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS
1984);
Akta
Pemajuan
Perumahan
1966
(Kawalan
dan
Perlesenan)(Akta 118);
Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318);
Akta Pendaftaran Arkitek 1967 (Akta 117); dan
Akta Pendaftran Jurutera 1967 (Akta 138).

CCC hanya boleh dikeluarkan setelah semua jabatan/ agensi berkaitan


mengesahkan bahawa pembinaan tersebut diawasi dan disiapkan dengan
sepenuhnya mematuhi setiap peruntukan undang-undang dan syarat-syarat
teknikal yang ditetapkan dalam kelulusan pelan-pelan yang dikeluarkan oleh

PBT. Bagi projek-projek perumahan, Notis Milikan Kosong (notice of vacant


possession -VP) mesti dikeluarkan serentak atau bersekali dengan CCC.
Walaupun CCC dikeluarkan oleh PSP, PBT masih mempunyai duty of care di
bawah common law bagi memastikan bangunan yang dibina selamat dan layak
diduduki seperti mana diperuntukkan di bawah undang-undang seperti berikut :
(i)

Subseksyen 70(23)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974


(Pindaan 2007) Akta A1286 dan UUK 25(4)(UKBS
1984)(Pindaan 2007) - notis kepada PSP/SP untuk
membetulkan ketidak patuhan; dan

(ii) Subseksyen 70(23)(b) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974


(Pindaan 2007) Akta A1286 dan UUK 25(5)(UKBS
1984)(Pindaan 2007) - arahan bertulis kepada PSP/SP untuk
menahan pengeluaran CCC.
PBT juga diberi kuasa untuk mendakwa pihak-pihak yang memberi perakuan
yang salah semasa mengeluarkan CCC dan boleh melaporkan kepada
Lembaga Profesional dan badan kawal selia yang berkaitan jika berlaku salah
laku.

Sistem Star Rating PBT (SSR-PBT)


Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan penyampaian
perkhidmatan PBT kepada rakyat, Mesyuarat MNKT Ke-59 pada 2 Oktober
2007 telah bersetuju dengan pelaksanaan SSR-PBT. Objektif utama SSR-PBT
adalah untuk:
(i)
(ii)

(iii)

menilai tahap pencapaian penyampaian perkhidmatan PBT;


meletakkan PBT pada tahap kedudukan yang sesuai
mengikut ranking agar PBT dapat meningkatkan daya saing
(competitiveness) masing-masing; dan
mengemaskini ciri-ciri PBT yang berprestasi tinggi supaya
PBT sentiasa menjaga dan memelihara tahap kecekapan dan
keberkesanan organisasi.

Penarafan bintang adalah mengikut markah seperti di Jadual 3.


Jadual 3 : Penarafan Bintang Mengikut Markah

Jumlah Markah (%)

Taraf Bintang

90-100
75-89
60-74
46-59
45 dan ke bawah

Pada tahun 2010, semakan semula indikator SSR-PBT telah dilaksanakan bagi
memastikan setiap indikator yang dibangunkan selaras dengan dasar-dasar
kerajaan serta sesuai dan relevan mengikut taraf PBT agar penilaian dapat
dilaksanakan secara lebih adil dan telus. Mesyuarat MNKT ke-63 pada 2
September 2010 telah meluluskan indikator baru SSR-PBT dan keputusan ini
dimaklumkan kepada Kerajaan negeri dan PBT melalui Pekeliling Bil. 2 Tahun
2010 bertarikh 27 Oktober 2010 Indikator Baru Sistem Star Rating Pihak
Berkuasa Tempatan (SSR-PBT). Jadual 4 menunjukkan jumlah indikator baru
SSR-PBT 2010.

Jadual 4 : Bidang Penilaian Utama SSR-PBT Tahun 2010

Bil

Bidang Utama Penilaian

Markah

1.
2.
3.

Pengurusan
Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras
Pengurusan Pelanggan
Penyertaan Komuniti Dan Pandangan
Penduduk
(i)
Penglibatan Komuniti
(ii) Pandangan Penduduk Borang
Soal Selidik
Jumlah:

30
35
15

Jumlah
Indikator
Majlis
Bandaraya &
Majlis
Perbandaran
116
140
58

20

40

100

354

4.

Jumlah
Indikator
Majlis
Daerah

116
139
59
40

354

Program Bridging Digital Divide (BDD)


Pelaksanaan Program BDD adalah berdasarkan National Information
Technology Committee (NITC) yang merupakan satu rangka kerja yang
komprehensif dan bertujuan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang
berpengetahuan seiring dengan Wawasan 2020. Melalui inisiatif ini, KPKT telah
diberi tanggungjawab untuk melaksanakan BDD Kemiskinan Bandar
berdasarkan objektif seperti berikut :
(i)

mengurangkan jurang digital antara kumpulan miskin bandar


dengan kumpulan-kumpulan berkemampuan di bandar;

(ii)

menjadikan kumpulan miskin bandar celik ICT agar dapat


memanfaatkan segala peluang digital yang ada;

(iii)

memberi peluang peluang sama rata kepada kumpulan


kurang berada dalam masyarakat untuk mengakses dan
menggunakan maklumat dan pengetahuan melalui ICT untuk
penciptaan nilai;

(iv)

meningkatkan pendapatan, taraf hidup dan kualiti hidup


kumpulan miskin bandar melalui inisiatif-inisiatif ICT; dan

(v)

meningkatkan penglibatan kumpulan miskin bandar ke dalam


arus
perdana
proses
pembangunan
negara
bagi
merealisasikan Wawasan 2020.

Pelaksanaan projek BDD Kemiskinan Bandar bermula dengan Projek Perintis


pada tahun 2003 yang melibatkan kerjasama antara Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah yang telah bertindak sebagai agensi peneraju bersama di lokasi seperti
berikut :
(i)
(ii)

eWarga Kota di PPR Jalan Jelatek, Kuala Lumpur; dan


eUpcom di PPR Jalan Klang Lama, Petaling Jaya.

Kedua-dua program ini telah diserahkan kepada PBT berkaitan. Program BDD
seterusnya telah diperluaskan ke peringkat Fasa 1 pada tahun 2007 dan Fasa 2
pada tahun 2009 dengan kriteria pemilihan lokasi adalah seperti berikut:
(i)

lokasi yang dicadangkan terletak di dalam kawasan komuniti


berpendapatan rendah dan mempunyai kepelbagaian kaum

dari segi demografi;


(ii)

mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pusat komuniti; dan

(iii)

kesediaan komuniti atau local champion di kawasan tersebut


yang aktif dan menyambut baik program ini. Kesedian ini
diperlukan kerana pengurusan program ini akan diserahkan
kepada komuniti tersebut setelah pihak Jabatan berpuas hati
dengan tahap penerimaan dan komitmen komuniti terhadap
program ini.

Sehingga tahun 2011, Program BDD telah dilaksanakan di 12 buah lokasi


seperti di Jadual 5.
Jadual 5 : PBT Dan Lokasi BDD
BIL.
1

FASA
1

PBT

LOKASI

MP Taiping

Kampung Baru Pokok Assam

MP Kemaman

Kampung Telaga Papan

MD Beufort

Kampung Weston

MD Sik

Kampung Teloi Tua


Projek Perumahan Rakyat
Lobak
Kampung Baru Pekan Nanas

MP Seremban

6
MD Pontian
7

MP Sibu

Kampung Baru Sri Teruntum


Rancangan Perumahan
Awam Arau
Taman Su Kuok

10

MP Jasin

Taman Sri Kemendor

11

MD Tapah

Kampung Baru Kuala Bikam

12

MD Kota Tinggi

Pekan Kota Tinggi

8
FASA
2

MP Kuantan
MP Kangar

Pelan Strategik ICT JKT


Pelan Strategik ICT Sektor Awam yang dilancarkan oleh Ketua Setiausaha
Negara pada 21 Ogos 2003 telah mengenal pasti Sistem Kerajaan Tempatan
(ePBT) sebagai salah satu dari inisiatif strategik untuk dilaksanakan bagi
meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Jabatan

Kerajaan Tempatan (JKT) telah diberi tanggungjawab sebagai agensi utama


yang akan menerajui inisiatif ini. Sehubungan dengan itu, JKT juga telah
membangunkan sistemsistem lainnya bagi melicinkan lagi operasi kerja dan
meningkatkan kualiti pengurusan serta membudayakan tadbir urus ICT yang
baik seperti berikut:
Sistem Kampung Baru (eKgBaru)
Sistem Kampung Baru ialah sistem yang dibangunkan untuk Kampungkampung Baru, Kampung Baru Rangkaian dan Kampung Bagan di serata
Semenanjung Malaysia bagi mengemukakan cadangan projek pembangunan
dan pemantauan pelaksanaan projek-projek tersebut. Seorang Pegawai
Kemajuan Perkampungan telah dilantik di setiap kampung tersebut bagi tujuan
permohonan projek. Pihak JKT dan pengurusan tertinggi pula boleh memantau
pelaksanaan projek dan mendapatkan laporan terkini terus melalui sistem.
Melalui sistem ini juga, JKT dapat menjana maklumbalas bagi tujuan
penyediaan laporan kepada mesyuarat-mesyuarat utama dan jawapan parlimen.
Input yang diperolehi dari sistem ini juga dapat digunakan bagi tujuan
penyediaan kajian impak terhadap projek pembangunan di Kampung-kampung
Baru, Baru Rangkaian dan Bagan. Selain itu, ia juga dapat dijadikan input dan
panduan kepada JKT dan pihak-pihak yang terlibat dalam hal ehwal
pembangunan kampung tersebut bagi merangka program dan projek pada
masa akan datang.
Sistem Kampung Tradisional (eKg Tradisi)
Sistem Kampung Tradisional ialah sistem yang dibangunkan bagi PBT
merekodkan segala profil mengenai kampung tradisional. Para pengguna terdiri
daripada PBT dan juga JKT di mana profil kampung yang dimasukkan dapat
membantu JKT dalam merancang, mengawal dan menyelia projek
pembangunan baru di Kampung-kampung Tradisional.
Seperti juga sistem lainnya, maklumat daripada Sistem Kampung Tradisional
dapat digunakan untuk penyediaan laporan kepada mesyuarat-mesyuarat
utama dan jawapan parlimen selain juga dijadikan input dan panduan kepada
JKT dan pihak-pihak yang terlibat dalam hal ehwal pembangunan Kampung
Tradisional bagi merangka program dan projek pada masa akan datang.
Sistem eMohon
Sistem eMohon merupakan suatu sistem yang dibangunkan bagi membolehkan

PBT mengemukakan cadangan pembangunan projek-projek kecil, kampung


tradisional, program kesihatan persekitaran dan program Local Agenda 21. Para
pengguna sistem ini terdiri daripada pegawai di PBT, SUK Negeri, pengurusan
tertinggi JKT sehinggalah ke pengurusan tertinggi KPKT.
Ianya dibangunkan bertujuan untuk membantu JKT dalam merancang,
mengawal dan menyelia projek pembangunan baru di peringkat Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) bagi projekprojek kecil, kampung tradisional, program
kesihatan persekitaran dan program Local Agenda 21. Cadangan permohonan
projek atau program yang dikemukakan oleh PBT akan disaring dan dinilai oleh
setiap peringkat pengguna yang berlainan sehinggalah diluluskan, ditangguh
atau pun ditolak.
(iv)

Sistem Profil PBT

Sistem Profil PBT pula adalah sistem yang mengumpul segala maklumat
mengenai 149 PBT di seluruh Malaysia dari segi latarbelakang, perkhidmatan
teras, kemudahan, demografi dan lain-lain. Para pengguna Sistem eProfil terdiri
daripada para pegawai di PBT mengikut seliaan bidang masingmasing,
manakala pegawai di JKT sebagai pentadbir dan pengurusan tertinggi JKT
sebagai pemerhati.
Daripada maklumat-maklumat asas yang dimasukkan oleh pihak PBT, ianya
dapat dijadikan panduan bagi JKT dalam penyediaan laporan, jawaapan
parlimen, maklumbalas mesyuarat-mesyuarat utama dan juga sebagai informasi
kepada agensi-agensi lain. JKT juga dapat merangka programprogram
pembangunan dan penambahbaikan di PBT serta penyediaan garis panduan
dengan maklumat tersebut.
(v)

Sistem Pemantauan Pembangunan PBT (ePantau)

Sistem Pemantauan Pembangunan PBT merupakan suatu sistem oleh Jabatan


Kerajaan Tempatan untuk memantau permohonan projek pembangunan yang
dipohon oleh PBT. Cadangan permohonan projek atau program yang telah
diluluskan oleh pihak PBT di Sistem eMohon akan dipantau pula
pelaksanaannya sehingga selesai di Sistem ePantau. Pengguna Sistem
ePantau terdiri dari pihak PBT yang bertanggungjawab melaporkan status
pelaksanaan projek atau program tersebut dan pihak lainnya seperti SUK negeri
selaku pemerhati dan pengguna JKT sendiri dari peringkat pegawai sehinggalah
kepada pengurusan tertinggi JKT. Selain itu maklumat daripada Sistem ePantau
juga amat diperlukan dalam penyediaan kajian impak terhadap sesuatu program
atau projek dan juga dapat dijana dalam perangkaan program dan juga projek

pada masa akan datang.


(vi) Portal eJKT
Portal eJKT dibangunkan sebagai One Stop Management yang bertindak
sebagai medium utama untuk mentadbir urus aktiviti-aktiviti pembangunan PBT.
Bagi memudahkan capaian kepada sistem-sistem yang ada di JKT, ianya
mengguna pakai konsep Single Sign On (SSO) di mana pengguna hanya
memerlukan satu identiti untuk memasuki sistem-sistem yang terlibat dan dapat
mencapai laporan sistemsistem berikut secara setempat tanpa perlu melalui
proses login berulang kali. Portal ini memuatkan pautan sistem sedia ada dan
baru di JKT yang terdiri daripada sistem-sistem seperti berikut:

(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
(g)

Sistem Kampung Baru (eKgBaru);


Sistem Kampung Tradisional (eKgTradisi);
Sistem eMohon;
Sistem ePBT Online;
Portal OSC;
Sistem Profil PBT; dan
Sistem Pemantauan Pembangunan PBT (ePantau).

SIMPLIFIED BUILDING PLAN APPROVAL (BPA)


Proses Kelulusan Pelan Bangunan Baru telah ditambahbaik
menggunakan pendekatan Building Plan Reengineering (BPR) di mana proses
pengemukaan pelan bangunan telah dipermudahkan sementara tempoh masa
memproses dan senarai semak dikurangkan. Inisiatif ini dipersetujui oleh Y.Bhg.
Tan Sri KSN pada Mesyuarat penambahbaikan OSC pada 9 Jun 2011.
Kementerian telah mengeluarkan arahan pemakaian inisiatif ini kepada semua
penggiat industri binaan berkuatkuasa terhadap permohonan pelan bangunan
baru yang dikemukakan kepada PBT mulai 15 Julai 2011.
Proses kelulusan Pelan Bangunan merupakan satu proses pertimbangan
di peringkat PBT bagi memastikan rekabentuk bangunan memenuhi peruntukan
undang-undang dan menepati peraturan dan polisi yang ditetapkan. Mengikut
amalan sebelum ini, sesuatu permohonan Pelan Bangunan bagi cadangan
pemajuan mengambil masa 67 hari untuk dipertimbangkan dan diberi keputusan.
Proses kelulusan itu melibatkan Jabatan Teknikal Kerajaan yang masing-masing
terikat dengan polisi dan keperluan yang pelbagai. 6 jabatan yang terlibat di
dalam memberikan ulasan adalah Jabatan Bangunan di PBT, Jabatan
Kejuruteraan di PBT, Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Melalui inisiatif ini, elemen
self regulation di kalangan perunding telah dipertingkatkan dengan memperakui
sendiri telah mematuhi kehendak-kehendak IWK, SKMM dan JPS. Walau
bagaimanapun JBPM masih dirujuk untuk menyemak pematuhan kepada
keperluan keselamatan kebakaran dan kesesuaian inovasi-inovasi baru
pencegahan kebakaran yang dicadangkan perunding. Insiatif ini menyaksikan
pengurangan agensi teknikal luaran yang dirujuk daripada 4 iaitu IWK, JPS,
SKMM dan JBPM menjadi 1 agensi sahaja iaitu JBPM. Bagi 3 jabatan teknikal
yang masih dirujuk di peringkat kelulusan pelan bangunan iaitu Jabatan
Bangunan, Jabatan Kejuruteraan dan JBPM semakan pematuhan yang akan
dilaksanakan adalah bersandarkan kepada keperluan-keperluan teknikal selain
daripada peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Undang-undang
Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984). Oleh yang demikian, berlaku juga
pengurangan jumlah senarai keperluan yang disemak ketiga-tiga jabatan
tersebut iaitu dari 81 kepada 19 senarai. Ianya juga melibatkan perekayasaan
terhadap prosedur dan proses kerja tanpa libatkan pindaan kepada mana-mana
peruntukan undang-undang atau pertambahan kos.
Melalui Inisiatif ini, jabatan memproses dan jabatan yang mengeluarkan
ulasan teknikal kini diberi 7 hari untuk melaksanakan tanggungjawab masing-

masing. Proses-proses lain yang berkaitan juga dipendekkan tempoh


piagamnya agar keseluruhan tempoh meluluskan Pelan Bangunan yang telah
dipermudahkan dapat dikurangkan dari 61 kepada 37 hari. Pengurangan
selanjutnya dari 37 kepada 30 hari boleh dilakukan sekiranya PBT, secara
pentadbiran, menetapkan Pelan Bangunan diluluskan oleh YDP dan kelulusan
tersebut dimaklumkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa OSC dan seterusnya
kelulusan muktamad dikeluarkan oleh jabatan yang memproses.
Memandangkan pihak-pihak IWK, SKMM, JPS tidak lagi dirujuk di peringkat
kelulusan Pelan Bangunan, perunding akan memperakukan bahawa telah
mematuhi kehendak ketiga-tiga jabatan tersebut melalui Surat Perakuan
Perunding. Salinan surat-surat ini hendaklah disertakan bersama-sama Borang
A semasa permohonan Pelan Bangunan dikemukakan dan sekali lagi semasa
Borang B untuk memulakan atau menyambung kerja dikemukakan. Ini
mengurangkan bilangan pelan yang perlu dikemukakan dan juga memberikan
penjimatan kos kepada PSP. Bagi mengelakkan pihak runner melakukan
perundingan teknikal, perunding hendaklah menamakan agen-agennya yang
dibenarkan berurusan dengan PBT semasa mengemukakan Borang A kepada
PBT. Agen yang dimaksudkan hendaklah dari kalangan yang terlibat secara
langsung termasuk mengetahui secara mendalam selok-belok mengenai
cadangan projek yang dikemukakan dan ini boleh mengurangkan aduan dan
mempercepatkan proses semasa pengemukaan pelan di OSC. Bagi pemaju
perumahan yang telah bersedia untuk memohon lesen penjualan rumah,
tempoh kelulusan Pelan Bangunan yang lebih pendek akan memastikan
permohonan lesen penjualan boleh dikeluarkan segera.
Keberhasilan inisiatif Pelan Bangunan Baru yang berimpak tinggi ini begitu
signifikan memandangkan ia turut mempermudahkan penggiat dalam
kelangsungan industri pembinaan terutama di kalangan profesional seterusnya
memaju pertumbuhan ekonomi negara di setiap peringkat.

PROSEDUR BARU PENGELUARAN PERMIT KERJA


UBAHSUAI
Dengan berkuatkuasanya sistem Certificate of Completion and
Compliance (CCC) mulai 12 April 2007, Principal Submitting Person
(PSP) diberi kuasa mengeluarkan CCC untuk memperakukan
kelayakan (fitness) sesuatu bangunan dari aspek keselamatan dan
kesihatan sebelum bangunan tersebut
boleh diduduki.
Tanggungjawab PSP terhadap fitness ini adalah berterusan
sepanjang hayat bangunan tersebut. Sementara itu, Undang-Undang
Kecil 18 (UUK18) iaitu permit di bawah Undang- Undang Kecil
Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) membenarkan sesuatu
bangunan yang telah siap dan mempunyai sijil fitness diubahsuai
tertakluk kepada pengeluaran permit oleh PBT ke atas pelan lakar
yang dikemukakan sebagai kebenaran untuk menjalankan kerja
ubahsuai yang dimaksudkan. Walau bagaimanapun dalam
melaksanakan peruntukan UUK 18 tersebut, Jabatan telah
mengenalpasti, terdapat berbagai amalan yang berbeza oleh pihak
PBT serta terdapat amalan yang tidak selaras dengan peruntukan
undang-undang.
Bagi tujuan pemahaman dan pelaksanaan yang seragam,
tafsiran kerja ubahsuai selaras undang-undang sediada telah
dinyatakan sebagai berikut, iaitu satu kerja pembinaan, perubahan
dan tambahan yang dilakukan ke atas bangunan yang telah
disiapkan tanpa melibatkan perubahan terhadap struktur, ruang,
tampak rupa luaran dan fungsi sesuatu bangunan. Seterusnya
pengkategorian kerja-kerja ubahsuai telah dijadualkan kepada 3
kategori berikut iaitu :a) Kerja-kerja ubahsuai yang dilaksanakan tanpa memerlukan permit
PBT iaitu tanpa memerlukan kebenaran PBT untuk dilaksanakan.
(tiada syarat dan prosedur dikenakan seperti di Jadual 1)
b) Kerja-kerja ubahsuai yang memerlukan permit iaitu kebenaran
PBT untuk melaksanakan kerja. (syarat dan prosedur adalah selaras
garis panduan ini dan jenis-jenis kerja seperti di Jadual 2)
c) Kerja-kerja ubahsuai yang memerlukan kelulusan PBT terlebih

dahulu sebelum mula kerja dan pelan-pelan tersebut hendaklah


dikemukakan oleh PSP. (syarat dan prosedur mematuhi UKBS 1984
seperti di Jadual 3)
Penyeragaman tafsiran dan pengkategorian jenis-jenis kerja
ubahsuai berupaya memandu pemilik-pemilik premis juga PBT
melancarkan pelaksanaan kerja-kerja ubahsuai. Pemantauan dan
penguatkuasaan oleh PBT juga boleh dilakukan secara efisyen dan
teratur
sekaligus
mempertingkatkan
sistem
penyampaian
perkhidmatan PBT.

JADUAL 1- CONTOH-CONTOH KERJA-KERJA UBAHSUAI YANG


DILAKSANAKAN TANPA MEMERLUKAN PERMIT PBT (TIADA
SYARAT DAN PROSEDUR DIKENAKAN)
1a

Kerja-kerja pembinaan luaran yang minima atau yang siap secara buatan
.kilang (manufactured):

i.

Memasang atau mengganti alat penyaman udara

ii.

Memasang grill yang telah siap daripada kilang

iii.

Menambah lampu hiasan di tiang pagar atau tiang tempat letak kereta
(porch)

iv.

Kerja-kerja mengecat luar rumah (jenis dan warna cat tertakluk kepada
garis panduan PBT).

v.

Memasang penyidai kain/ampaian

vi.

Memasang sengkuap (awning) tertakluk kepada garis panduan PBT

vii. Memasang jubin lain-lain kemasan lantai dan dinding luar dengan luas keseluruhan tidak melebihi daripada 6.5 meter persegi
viii.

Membina atau membaiki lantai lepaan simen luaran yang tidak melebihi

daripada 6.5 meter persegi


ix.

Memasang atau membaiki sesalur tegak air hujan (Rainwater Down Pipe)

x.

Memasang atau membaiki talang air hujan (gutter)

xi.

Memasang kolam ikan pasang siap

xii.

Memasang rumah pondok haiwan pasang siap

xiii.

Memasang Gazebo pasang siap tertakluk kepada garis panduan PBT

xiv.

Memasang siap/meletak rumah kotak ibadat atau rumah hijau pasang


siap

xv.

Memasang Pergola pasang siap tertakluk kepada garis panduan PBT

xvi.

Mengganti pagar berdawai sedia ada

xvii. Memasang/meletak kabin pasang siap tertakluk kepada garis panduan PBT
Contoh kerja-kerja pembinaan luaran yang minima atau yang siap secara buatan kilang (manufactured):

Memasang kolam ikan pasang


siap

1b

Memasang Pergola pasang


siap

Mengganti pagar berdawai sedia


ada

Kerja-kerja pembinaan dalaman yang minima atau yang siap secara


.buatan kilang (manufactured):

(i)

Memasang atau menganti siling berpanel selain daripada siling lepa


(plaster ceiling)

(ii)

Membina atau membaiki lantai lepaan simen dalaman yang tidak


melebihi daripada 6.5 meter persegi

(iii)
Memasang atau mengganti jubin/lain-lain kemasan lantai dan dinding
dalaman tidak
melebihi daripada 6.5 meter persegi
(iv) Kerja-kerja mengecat dalam rumah
(v)

Memasang kaunter bina dalam (built in cabinet).


Contoh kerja-kerja pembinaan luaran yang
minima atau yang siap secara
buatan kilang (manufactured):

Memasang jubin lantai dan dinding luar dengan luas keseluruhan tidak melebihi daripada
6.5 meter persegi

Memasang atau mengganti siling berpanel selain daripada


siling lepa (plaster ceiling)

Kerja-kerja mengecat dalam


rumah

1c

.Kerja-kerja elektrik

i. Kerja-kerja pendawaian untuk tujuan landskap atau hiasan, CCTV dan pintu
pagar automatik.

Contoh kerja-kerja elektrik

Kerja-kerja pendawaian untuk tujuan


CCTV

1d

Kerja-kerja pendawaian elektrik

.Kerja-kerja penyelenggaraan mekanikal

i. Kerja-kerja pembersihan penghawa dingin.


ii. Kerja-kerja mengganti tangki air dengan mengekalkan saiz tangki asal.
iii. Kerja-kerja penyelenggaraan tangki air.

Contoh-contoh kerja-kerja
penyelenggaraan mekanikal

penyelanggaraan penghawa
dingin (air-cond)

Mengganti tangki air dengan


mengekalkan saiz asal

1e

Kerja-kerja yang melibatkan perubahan dinding dalaman yang minima


.dan tidak melibatkan perubahan struktur asal

i.

Kerja-kerja bukaan

ii.

Memasang atau mengganti aksesori dinding seperti tingkap dan pintu

iii.

Penambahan pintu atau tingkap tertakluk kepada garis panduan PBT

Contoh-contoh kerja-kerja yang melibatkan perubahan


dinding dalaman yang minima dan tidak melibatkan
perubahan struktur asal

Penambahan tingkap tertakluk


kepada garis panduan PBT

Penambahan pintu tertakluk


kepada garis panduan PBT

JADUAL 2- CONTOH-CONTOH KERJA-KERJA UBAHSUAI YANG MEMERLUKAN PERMIT


(SYARAT DAN PROSEDUR ADALAH SELARAS GARIS PANDUAN INI)
2a
.Kerja-Kerja Pembinaan Luaran

i.

Mengubahsuai pagar dan tembok sedia ada

ii.

Mengubahsuai atau membaiki longkang

iii.

Memasang jeriji besi yang melibatkan kerja-kerja kimpalan


in-situ, pemotongan jeriji dan bahan pembuangan.

iv.

Mengubahsuai rumah sampah sedia ada

v.

Membina pergola

vi.

Membina takungan air yang tidak boleh melebihi kedalaman 0.5 meter

vii.

Membina rumah haiwan

viii.

Membina gazebo

ix.

Membina rumah/pondok ibadat atau rumah hijau tidak melebihi 1 meter


persegi

x.

Memasang teduhan seperti sengkuap (awning) dan struktur membran


yang melibatkan pertambahan tiang dan kabel

xi.

Sebarang perubahan kemasan melibatkan perubahan fasad

xii.

Sambungan bumbung terbuka yang tidak melibatkan struktur


tambahan

xiii.

Sambungan bangunan terbuka tidak melebihi 6.5 meter persegi

Contoh kerja-kerja pembinaan luaran

Memasang jeriji besi yang


melibatkan kerja-kerja
kimpalan in-situ dan bahan
pembuangan

2b

.Kerja-kerja pembinaan dalaman:

Membina rumah ibadat Mengubahsuai pagar dan tembok


sedia ada

i.

Memasang atau mengganti kemasan lantai atau dinding

melebihi daripada 6.5 meter persegi.


ii.

Membina kaunter dan kabinet bina dalam (built-in cabinet)

iii.

Memasang atau menggantikan siling lepa (plaster ceiling)

iv.

Membina atau membaiki lantai lepaan simen yang melebihi

daripada 6.5 meter persegi


v.

Mengubahsuai aksesori sanitari

Contoh kerja-kerja pembinaan dalaman

Membina kaunter dan cabinet


bina dalam (built-in cabinet)

Memasang atau menganti siling


lepa (plaster ceiling)

Memasang atau mengganti jubin


lantai melebihi daripada 6.5
meter persegi

JADUAL 3- CONTOH-CONTOH KERJA-KERJA UBAHSUAI YANG PERLU DIKEMUKAKAN


OLEH PSP UNTUK KELULUSAN (SYARAT DAN PROSEDUR MEMATUHI UKBS 1984)
3a

.Kerja-kerja pembinaan:

i.

Pengubahsuaian yang melibatkan pertambahan ruang melebihi 6.5


meter persegi

ii.

Pengubahsuaian yang melibatkan pertambahan tingkat berbentuk loteng


dan lantai mezzanine bagi bangunan sediada

iii.

Meroboh dan membina semula sebahagian bangunan asal

iv.

Pemasangan struktur untuk paparan iklan/billboard

v.

Apa-apa tambahan atau perubahan kepada sesuatu bangunan yang


menjejaskan atau mungkin menjejaskan susunan parit dan kebersihan

vi.

Membuat atau membina semula bumbung sesuatu bangunan atau


sebahagian daripadanya

vii.

Membina pagar tembok

viii.

Membina baru depot sampah berpusat

Contoh kerja-kerja pembinaan

Membuat atau membina


semula bumbung sesuatu
bangunan atau sebahagian
daripadanya

Ubahsuai yang melibatkan


pertambahan tingkat

Pengubahsuaian yang melibatkan


pertambahan ruang melebihi 6.5
meter persegi

3b
.Kerja-kerja Elektrik:

i.

Pendawaian semula seluruh atau sebahagian bangunan

Contoh kerja-kerja Elektrik

Pendawaian semula seluruh


atau sebahagian bangunan

3c

i.

.Kerja-kerja Mekanikal:

Memasang atau mengganti sistem mekanikal

Contoh kerja-kerja Mekanikal

Pemasangan air-cond duct

You might also like