You are on page 1of 4

Dasar Penswastaan

1. Dasar Penswastaan telah dilancarkan pada tahun 1983 untuk menyokong Dasar Pensyarikatan Malaysia.
2. Tugas dan tanggungjawab sektor awam akan dipindahkan kepada sektor swasta di bawah dasar ini.
3. Tujuan pelaksanaan dasar ini adalah untuk meningkatkan mutu produktiviti dan kecekapan pentadbiran
negara.
4. Meringankan beban kewangan kerajaan dan mengatasi masalah pentadbiran kerajaan.
5. Meningkatkan kecekapan, daya dan mutu pengeluaran.
6. Mengagihkan sumber ekonomi dengan cekap dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
7. Mempercepatkan pencapaian objektif mewujudkan golongan usahawan dan peniaga Bumiputera.
Bentuk-bentuk Penswastaan
Perniagaan -

Penjualan ekuiti adalah khusus bagi syarikat kerajaan dan melibatkan pemindahan
ketiga-tiga komponen organisasi iaitu tanggungjawab pengurusan, aset dan kakitangan.

Pajakan

Melibatkan pemindahan hak menggunakan asset untuk tempoh tertentu dengan bayaran
pajakan

Kontrak pengurusan

Melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan sektor swasta untuk


mengurus entiti kerajaan dengan membayar yuran pengurusan.

Bina-kendali-pindah dan Bina-Kendali -

Melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan sektor


swasta untuk mengurus entiti kerajaan dengan dibayar
yuran pengurusan.

Dasar Pensyarikatan
1. Dasar ini telah dilancarkan pada 25 Februari 1983 oleh Tun. Dr. Mahathir Mohamad dalam pelancaran
Forum INTAN sebagai konsep pengkorporatan Malaysia.
2. Dasar Pensyarikatan Malaysia meningkatkan kerjasama antara kedua-dua sektor awam dan swasta
bagi meningkatkan dan membangunkan kemajuan negara untuk faedah bersama negara.
3. Dalam konteks dasar ini, sektor awam akan menyediakan dasar-dasar yang sesuai bagi perkhidmatan
sokongan yang mampu diberikan manakala sektor swasta pula menyediakan dasar-dasar untuk
meningkatkan aktiviti ekonomi dan perindustrian.
4. Tujuan dasar ini adalah untuk menghapuskan salah faham antara sektor awam dan sektor swasta.
5. Menggalakkan perkongsian dan pertukaran maklumat antara sektor awam dan sektor swasta.
6. Mewujudkan kerjasama yang erat dan berkesan antara sektor awam dan sektor swasta dalam usaha
perkongsian maklumat, berusaha mempertingkatkan pembangunan ekonomi, sosial dan pentadbiran
negara.
7. Mengecapi keuntungan yang diperoleh sektor swasta melalui pengutipan cukai.

Model Ekonomi Baru


1. MEB akan memacu Negara Malaysia menjadi sebuah maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020.
2. Dikenali sebagai Rancangan Kemakmuran Ekonomidan Sosial.
3. Rancangan ini telah disarankan di bawah RMK-10 (2011-2015) iaitu jangka lima tahun di bawah
NKRA (National Key Results Areas).
4. MEB telah dirancang berdasarkan 5 pelan strategik.
5. Tujuan dasar ini adalah untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang berproduktiviti tinggi
dan mewujudkan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
6. Menggiatkan semula sektor pertanian dan memajukan sektor perkhidmatan dan pembuatan.
7. Memberi ruang kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur dan meningkatkan taraf dan kualiti hidup
isi rumah.
Teras 1
Mengubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan
metodologi NKRA
Empat perkara yang dipegang oleh kerajaan
-

Falsafah 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


Program Transformasi Kerajaan / GTP Government Transformation Programme
Program Tranformasi Ekonomi / ETP Economic Transformation Programme
RMK-10 dan RMK- 11

Langkah transformasi di bawah National Key Results Area (NKRA)


-

Mengurangkan jenayah
Membanteras rasuah
Mempertingkatkan pencapaian pelajar
Meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah
Mempertingkatkan infrastruktur asas luar Bandar
Menambaik baik sistem pengangkutan awam Bandar

Empat nilai asas pelengkap:


- Budayakan kreativiti dan inovasi
- Pentingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan
- Nilai untuk wang (value for money)
- Nilai integriti
Tumpuan kepada infrastruktur bukan fizikal (pembangunan modal insan) dan menambaik baik usaha
pembangunan modal insan dalam sektor awam.

Teras 2
Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.
Terdapat 12 Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk menjana pendapatan negara
-

Pemborongan dan peruncitan


Minyak dan gas
Minyak sawit dan produk berkaitan
Pelancongan
Perkhidmatan kewangan
Elektrik dan elektronik
Teknologi maklumat dan Komunikasi (ICT)
Perkhidmatan pendidikan
Pertanian
Greater Kuala Lumpur bandar bertaraf dunia
Penjagaan kesihatan swasta
Perkhidmatan perniagaan

Sektor ekonomi yang tidak


tersenarai:
-

Nanoteknologi
Teknologi hijau
Automotif
Aeroangkasa dan logistik

Merancakkan aktiviti pelaburan - MIDA berhubung dengan Negara China, India serta Timur Tengah
Mengadakan perkongsian antara kerajaan dengan swasta Projek Lebuh Raya, Projek Loji Jana
Elektrik dan Tanah Lembaga Getah Msia.
Membiayai syarikat modal teroka awam MTDC dan MAVCAP
Membina infrastruktur bertaraf dunia Landasan elektrik berkembar dan liji kumbahan (berteknologi
hijau)
Melaksanakan Dasar Baru Tenaga Rasionalkan harga tenaga ( pasaran, kepelbagaian sumber tenaga,
kecekapan penggunaan tenaga ditingkatkan dalam sektor industri,
pengangkutan, komersial dan kediaman)
Pembangunan Kluster menjadikan Bandar raya sebagai destinasi tarikan baharu kepada pelabur,
Membangunkan Enterpris Kecil dan Sederhana bertujuan untuk memajukan ekonomi

Teras 3
Pembangunan sosioekonomi secara inklusif
Pemilikan Ekuiti Bumiputera melalui Penginstitusian penubuhan EKUINAS (PNB)
-

Tabung Pelaburan Amanah Hartanah (meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera)


Daya saing dan daya maju MPPB (Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera)
ditingkatkan untuk program pembangunan kemahiran dan keusahawanan dan pelbagai agensi
pembangunan bumiputera.
Melahirkan banyak professional bumiputera

Majlis dibentuk untuk merancang, memantau dan menyelaras pelaksanaan agenda


pembangunan Bumiputera.
Penghapusan Market Distortations dan penyelewengan melalui Dasar Keadilan Sosial.

Teras 4
Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia
-

Meningkatkan kualiti pelajar nisbah guru siswazah di sekolah rendah dan prestasi pelajar
dalam mata pelajaran kritikal BM, BI, Sains dan Matematik

Menubuhkan Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Amanah (Trust School) perkongsian
awam swasta dalam pengurusan kerajaan.

Melaksanakan program PERMATA

Mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

Memperluas liputan geran sepadan Tabung Pembangunan Sumber Manusia dan Program
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) latihan hands on

Meningkatkan kompetensi graduan - meningkatkan staf PhD dan program pembiayaan


pengajian kedoktoran

Meningkatkan kecekapan pasaran tenaga kerja

Teras 5
Mewujudkan persekitaran kondusif kea rah mempertingkatkan kualiti hidup
-

Merangka Pelan Fizikal Negara ke-2 untuk merancang sistem perbandaran strategik dan
terurus.
Taman Botanik dan PUsat Pelancongan Malaysia Truly Asia di KL disediakan.
Meningkatan kemudahan asas di kawasan luar Bandar
Meningkatkan kecekapan pengangkutan awam melalui SPAD Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat
Rakyat sihat dan produktif dan bangunkan masyarakat progresif
Kenalkan Feed In Tariff dan Dana Tenaga kemampanan alam sekitar
Perumahan mampu bagi setiap lapisan masyarakat
Jamin keselamatan melalui rondaan polis di hot spot, tindakan RELA, Jabatan Pertahanan
Awam dan 496 pemasangan CCTV seluruh negara

You might also like