You are on page 1of 1

Terdapat berbagai-bagai jenis perumahan yang dirancangkan dalam pembangunan di

Wilayah Iskandar Malaysia. Kesemuanya akan menyaksikan pertumbuhan yang sangat pesat dan
ianya juga akan mencerminkan Iskandar Malaysia sebagai bakal sebuah bandar metropolis. Bagi
mengimbangi pembangunan pesat dalam Wilayah Iskandar Malaysia di antara peringkat
pendapatan penduduk, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah
mewujudkan sebuah projek perumahan iaitu Rumah Iskandar Malaysia (RIM) untuk tujuan
disewakan kepada kumpulan sasar yang bekerja di dalam Iskandar Malaysia. Terdapat beberapa
kelebihan daripada projek perumahan Rumah Iskandar Malaysia yang juga dikenali sebagai
rumah transit.
Pertama, adalah dari segi kemudahan dan persekitaran yang disediakan di kawasan
Rumah Iskandar Malaysia (RIM). RIM adalah sebuah pembangunan perumahan yang
mengandungi 1,500 unit kediaman yang dibina diatas tanah seluas 60 ekar di Nusajaya. Teras
utama ialah mewujudkan komuniti sejahtera yang merangkumi perumahan berkualiti,
kemudahan yang mencukupi, perkhidmatan berkualiti dan juga persekitaran yang sihat, selamat
serta ceria. Pembangunan ini juga dilengkapi oleh kawalan keselamatan 24 jam, kemudahan
sukan & rekreasi, surau, dewa, tadika dan gerai/medan selera.
Kedua, adalah dari segi kepelbagaian penawaran jenis rumah dan kadar sewa. RIM
menyediakan rumah 3 dan 4 bilik dengan keluasan masing-masing 900 kp dan 1,200 kp. Kadar
sewa yang dikenakan adalah separuh dari kadar sewa pasaran semasa, iaitu serendah RM440.00
sebulan. Penawaran pelbagai jenis rumah dan kadar sewa yang murah dapat memberi pilihan
kepada kumpulan sasar serta membantu mereka untuk memiliki tempat tinggal sementara
sebelum merancang untuk memiliki rumah sendiri selain dapat menjimatkan kos perbelanjaan
bulanan.
Ketiga, adalah syarat-syarat kelayakan untuk menyewa Rumah Iskandar Malaysia.
Rumah Iskandar Malaysia ini dikhaskan untuk disewakan kepada kumpulan sasar yang
memenuhi syarat-syarat seperti berikut iaitu pemohon mestilah warganegara Malaysia yang
berumur antara 20 hingga 60 tahun, berkahwin/ibu atau bapa tunggal, mempunyai pendapatan
terkumpul tidak melebihi RM8,000 sebulan, bekerja didalam wilayah Iskandar Malaysia, tidak
memiliki rumah dan tidak menyewa mana-mana rumah awam Negeri Johor. Syarat-syarat ini
sesuai dan layak untuk majoriti golongan yang masih mencari tempat tinggal untuk sewaan.

You might also like