You are on page 1of 1

SK TAMAN MEDAN

KM 12 JALAN KLANG LAMA


46000 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL 03 7782 7833 FAX 03 7781 0750

Kepada:

Ruj. Kami: SKTM/2016(1)


Tarikh
: 19 Oktober 2016

Balai Bomba Dan Penyelamat,


Daerah Petaling Jaya,
Jalan Penchala,
46050 Petaling Jaya,
Selangor.
(u.p: Unit Pameran)
Tuan,
JEMPUTAN UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM KARVIVAL KEUSAHAWANAN
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid SK Taman Medan ingin menjemput
tuan untuk membuat pameran sempena Program Karnival Keusahawanan yang akan kami
jalankan. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 5 NOVEMBER 2016
Hari : SABTU
Masa : 8.30 1.00 petang
Tempat : Dewan Bestari SK TAMAN MEDAN
3. Pameran tersebut diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman
dan kemahiran pendidikan serta pencegahan kebakaran kepada murid sekolah supaya dapat
memberi kesedaran dan cara mengelakkan kebakaran berlaku.
4.
Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amat kami hargai bagi melancarkan
program ini. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus En. Mohd Helmi B. Noordin
(01121312199), Setiausaha Karnival Keusahawanan SK Taman Medan.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

.........
( NIHLAH @ BEAH BINTI RAM )
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK TAMAN MEDAN.

You might also like