Langkah 2

You might also like

You are on page 1of 2

Langkah

Peranan Kerajaan
Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen 1 Malaysia. Semua masyarakat
berbilang kaum tidak kira usia boleh melibatkan diri dalam kempen tersebut. Dalam
kempen 1 Malaysia, pihak penganjur boleh mengadakan pertandingan melukis
poster 1 Malaysia yang boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Selain daripada
pertandingan melukis poster, terdapat beberapa permainan yang boleh diadakan demi
mewujudkan keseronokan dalam kalangan masyarakat. Kempen ini diadakan adalah
bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kaum lagi di samping mewujudkan
sifat ramah mesra antara satu sama lain. Pertandingan memasak tradisional juga boleh
diadakan.
Pihak kerajaan juga boleh mengadakan aktiviti ramah tamah di dewan masyarakat
yang terletak di tempat awam. Semua lapisan masyarakat dijemput untuk terlibat
dalam aktiviti yang berfaedah tersebut. Dalam aktiviti tersebut, pengunjungpengunjung akan dihidangkan dengan makanan tradisional daripada berbagai-bagai
bangsa. Selain daripada itu, persembahan yang menarik juga diadakan seperti tarian
atau nyanyian yang berteraskan budaya berlainan bangsa. Dengan hal yang demikian,
perasaan bangsa akan Negara dapat dipupuk dalam sanubari kekal abadi.
Pihak kerajaan digalakkan untuk menubuhkan sebuah Pusat Kebudayaan dan
Kesenian di tempat awam. Hal ini demikian budaya pelbagai kaum serta hasil kraftangan daripada berbagai-bagai kaum dapat dipamerkan bagi tontonan orang ramai.
Melalui usaha ini, seyogia masyarakat dapat berpeluang memahami adat dan budaya
kaum-kaum lain. Dengan hal yang demikian, semangat perpaduan serta sifat toleransi
antara kaum dapat diwujudkan. Memang tidak dapat disangkal bahawa masyarakat
akan menikmati keunikan serta keistimewaan bangsa masing-masing.

Media Massa
Pihak media massa boleh menyiarkan iklan-iklan yang berteraskan 1 Malaysia di
kaca televisyen ataupun internet. Hal ini demikian dapat menyedarkan ramai pihak
tentang betapa pentingnya perpaduan bangsa dalam Negara. Selain itu, lagu-lagu
perpaduan juga patut disiarkan dalam televisyen. Seperti yang terdapat dalam RTM1,
RTM2 dan RTM3. Tidak ketinggalan pula, Lembaga Perfileman juga patut
menayangkan filem yang berteraskan perpaduan kaum. Hal ini juga dapat memupuk
semangat bersepadu dan semangat cinta akan kaum-kaum yang berbeza.

You might also like