You are on page 1of 19

BAB 1

Perubahan dalam sistem Pentadbiran


Asia Tenggara.
1. Sebelum kedatangan Barat, negara Asia
Tenggara mengamalkan sistem
pemerintahan beraja.
2. Imperialis Barat berpendapat bahawa
penguasaan terhadap sistem politik
adalah perlu untuk menguasai ekonomi
negara-negara jajahan.
3. Apabila Barat menguasai Asia Tenggara,
sistem birokrasi Barat diperkenalkan
menggantikan sistem pemerintahan
beraja.
4. Ciri-ciri Umum Sistem Birokrasi Barat
di Asia Tenggara seperti;
(a) Penubuhan Kerajaan Pusat melalui
penyatuan wilayah-wilayah tanah
jajahan.
(b) Gabenor Jeneral dilantik sebagai
ketua pentadbir di tanah jajahan.
(c) Pelaksanaan pentadbiran melalui
biro (jabatan).
(d) Pegawai Barat dilantik sebagai
ketua biro.
(e) Undang-undang Barat
diperkenalkan.

penasihat raja dalam pentadbiran


negara.
(b) Kabinet Menteri pula terdiri
daripada golongan bangsawan
berpendidikan Barat yang
mengetuai kementerian.
7. Juruaudit dari Britain turut dilantik
untuk berkhidmat dalam perbendaharaan
negara.
8. Pada masa ini, muncul golongan baru
yang terdiri daripada pentadbir yang
mempunyai kedudukan dalam birokrasi
moden berdasarkan tahap pendidikan
mereka.
9. Pada tahun 1932 pula, sistem raja
berperlembagaan Barat telah
diperkenalkan bagi menggantikan sistem
raja berkuasa mutlak.
10. Perubahan ini telah mengurangkan
pengaruh pembesar tradisional dan
institusi raja.
11. Pemodenan pentadbiran yang dilakukan
inilah yang menjadi faktor penting
kemerdekan Thailand berjaya
dikekalkan.

Perubahan dalam sistem Pentadbiran di


Thailand
1. Di Thailand, birokrasi Barat
diperkenalkan sendiri oleh Raja
Mongkut dan Raja Chulalongkorn.
2. Raja Mongkut melantik 80 orang
penasihat Barat untuk mengetuai
pelbagai jabatan.
3. Baginda juga melatih pegawai-pegawai
tempatan.
4. Penasihat kewangan dan pelabuhan serta
polis turut dibawa dari Britain.
5. Penasihat kastam dan ketenteraan pula
dibawa dari USA dan Perancis.
6. Raja Chulalongkorn pula
memperkenalkan sistem Majlis
Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat
Tertinggi dan Kabinet Menteri;
(a) Majlis Penasihat Rendah dan Majlis
Mesyuarat Tertinggi ialah badan

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5

Takrif Nasionalisme.
1. Nasionalisme bermaksud perasaan cinta
akan bangsa dan negara yang membawa
kepada gerakan membebaskan tanah air.
2. Nasionalisme tidak terhad kepada
pembebasan kuasa politik sahaja tetapi
juga pembebasan daripada cengkaman
ekonomi dan kebudayaan asing.
Faktor yang mencetuskan nasionalisme
di Asia Tenggara.
1. Dasar penjajah Barat;
Menimbulkan rasa tidak puas hati.
Tidak memberi peluang kepada rakyat
tempatan dalam pentadbiran moden.
Rakyat tempatan kekal dalam ekonomi
tradisional yang serba kekurangan.
Dasar ekonominya menindas penduduk
peribumi seperti Sistem Tanaman Paksa
di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina.
2. Pengaruh agama;
Agama menyatukan rakyat menghadapi
penindasan dan budaya Barat serta
agama Kristian.
Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah
Melayu serta penubuhan Persatuan
Buddha Burma pada peringkat awal
gerakan nasionalisme di Asia Tenggara
menunjukkan peranan agama sebagai
alat perpaduan.
Golongan agama juga menjadi pencetus
nasionalisme.
3. Karya kesusasteraan;
Karya-karya ini merupakan media untuk
menyampaikan mesej kesengsaraan dan
kekecewaan terhadap penjajah.
Mesej Media ini akhirnya membangkit
kesedaran bangsa dan cinta tanah air.
Di Filipina, novel Noli Me Tanggere
(Jangan Sentuh Daku) karya Jose Rizal
menjadi inspirasi gerakan nasionalisme
Asia Tenggara.
Di Indonesia, cerpen Kerikir-kerikir
Tajam dan Ke Makam Bonda karya
Chairil Anuar amat berpengaruh.
Di Tanah Melayu pula, Putera Gunung
Tahan karya Pak Sako adalah antara
novel yang terkenal.

4. Sistem pendidikan
Penjajah mengamalkan pilih kasih dalam
menyediakan kemudahan pendidikan
iaitu mengutamakan sekolah yang
menggunakan bahasa penjajah sebagai
bahasa penghantar.
Penjajah hanya memberi pendidikan
rendah sahaja dan terhad kepada
golongan elit dan penduduk Bandar.
Di Tanah Melayu, lepasan sekolah
vernakular sukar mendapat pekerjaan
berbanding lepasan sekolah Inggeris.
5. Kemunculan golongan intelektual;
Golongan ini melanjutkan pelajaran di
Barat dan di Asia Barat.
Mereka didedahkan dengan idea falsafah
Barat dan Islam.
Pengalaman di luar negara menyedarkan
mereka bahawa penjajah tidak mentadbir
tanah jajahan seperti mereka mentadbir
negara mereka.
6. Pengaruh media massa;
Akhbar dan majalah menyebarkan ideaidea nasionalis dan menanam perasaan
antipenjajah kepada rakyat.
Akhbar berpengaruh di Vietnam ialah
Tribo Indigene dan Cloche Felle.
Akhbar utama di Tanah Melayu pula
seperti al-Ikhwan, Saudara, Majlis.
7. Perkembangan dalam sistem
pengangkutan dan perhubungan
Telefon dan telegraf memudahkan
hubungan dikalangan nasionalis.
Jalan kereta api dan jalan raya dapat
menghubungkan kawasan yang terpisah.
8. Pengaruh luar ;
Kejayaan Jepun menewaskan China dan
Rusia membuka mata nasionalis di Asia
Tenggara kerana negara kecil
mengalahkan negara besar.
Perjuangan Mahatma Gandhi di India
menentang British turut memberi
semangat kepada nasionalis.

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5

Perbezaan Tahap Perkembangan


Nasionalisme Di Asia Tenggara
1. Tahap pertama;
Penentangan masyarakat secara terbuka
tetapi bersifat setempat dan tidak
berorganisasi.
Isu-isu pencetus nasionalisme seperti
budaya, agama dan hak peribumi.
Gerakan ini dipimpin oleh golongan
pertengahan berpendidikan Barat dan
Asia Barat.
Mereka lebih menekankan kesedaran
politik daripada tindakan politik.
Mereka juga menuntut kembali hak
mereka dan taraf hidup rakyat dibaiki.
Secara umumnya mereka tidak meminta
kemerdekaan dengan segera.
2. Tahap kedua;
Gerakan nasionalisme tahap kedua lebih
radikal dan berorganisasi kerana
nasionalisme tahap pertama yang lebih
sederhana sifatnya gagal.
Dipimpin oleh golongan yang
berpendidikan serta berpengetahuan luas
dalam bidang kebudayaan dan ilmu
pengetahuan Barat.
Mereka meyedari perubahan yang
diperkenalkan oleh penjajah serta
kesannya terhadap bangsa dan negara.
Matlamat perjuangan ialah menuntut
kemerdekaan dan membentuk kerajaan
sendiri yang berdaulat.

Thailand;
Gerakan tahap pertama merupakan
kegelisahan rakyat terhadap penguasaan
politik oleh kerabat diraja.
Rakyat menentang sistem raja berkuasa
mutlak.
Perkembangan sistem pendidikan Barat
telah memberikan pendedahan terhadap
fahaman liberal, sistem demokrasi dan
sistem raja berperlembagaan kepada
golongan intelek Thailand.
Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap
boros Raja Vajiravudh menyebabkan
rakyat tidak puas hati.
Ini membawa kepada penubuhan Parti
Rakyat pimpinan Nai Pridi Panomyong
dan Field Marshall Phibul Songram.
Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai
1932 yang menamatkan sistem raja
berkuasa mutlak.
Gerakan tahap kedua disebabkan rasa
tidak puas hati rakyat terhadap
cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat
dan orang Cina.
Semasa Phibul Songram menjadi
Perdana Menteri, beliau meluluskan
undang-undang untuk menyekat
kebebasan dan penguasaan ekonomi
oleh orang Cina.
Sekolah dan akhbar Cina dibubarkan.
Penduduk peribumi digalakkan
melibatkan diri dalam ekonomi.
Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula
hanya untuk penganut agama Buddha.
Pada 1939, Phibul Songram menukar
nama negara Siam kepada Thailand yang
bermaksud Tanah Bebas.
Hasil daripada bekerjasama dengan
Jepun semasa Perang Dunia Kedua,
Thailand telah berjaya mendapatkan
semula wilayah-wilayah di IndoChina
dan di Tanah Melayu.

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5

BAB 2

8.

Pemimpin tempatan kehilangan kuasa


dan pengaruh terjadi apabila British
menjajah kawasan mereka. Mereka kini
kehilangan kuasa mentadbir kawasan
dan anak buah mereka.
9. Kebanyakan pemimpin tempatan telah
dilantik oleh sultan ataupun oleh
masyarakatnya untuk mentadbir
kawasan tersebut. Mereka berkuasa
untuk menjaga hal ehwal daerahnya
seperti soal pentadbiran, perundangan,
ekonomi dan sosial. Apabila British
datang mereka kehilangan kuasa dan
menentang British.
10. Kesulitan penduduk tempatan
Contohnya anak buah pembesar yang
tertekan dengan pelaksanaan undangundang British menyokong bekas
pembesar mereka.
11. Kesetiaan kepada pembesar tempatan
sebagai ketua mendorong mereka
bekerjasama untuk menentang British.

Sebab-sebab pemimpin setempat


menentang British
1. Dasar penaklukan British di daerah
mereka seperti di Naning, Terengganu,
Sarawak dan Sabah. Dasar ini bertujuan
untuk mengukuhkan kedudukan politik
British.
2. Apabila penguatkuasaan politik menjadi
luas, maka kawasan itu akan terikat
dengan perintah dan peraturan British.
Contohnya, apabila British mendapat
Melaka daripada Belanda, Naning
dipaksa menjadi jajahan takluk British
dan membayar ufti. Penghulu Dol Said
menentang kehendak British ini dan
berlakulah peperangan.
3. Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
pula dilakukan melalui perjanjian yang
dimeterai antara British dengan
pemimpin tempatan.
4. Contohnya, saudagar Negeri-Negeri
Selat dibenarkan menjalankan
perlombongan dan perdagangan bijih
timah. Ia menimbulkan kemarahan
penduduk tempatan terhadap British.
5. Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap
penduduk tempatan dilakukan dengan
memperkenalkan sistem cukai, undangundang dan peraturan tanah. Contohnya
di Terengganu, British menetapkan
bahawa setiap tanah yang dibuka oleh
penduduk mesti mendapat keizinan
British dan dikenakan cukai tanah.
Mereka menentang kerana amalan
tradisional membolehkan mereka
membuka tanah mengikut keperluan
mereka tanpa membayar cukai.
6. Campur tangan British dalam adat resam
tempatan berlaku apabila British
memaksa mereka menerima nilai-nilai
British yang amat bertentangan dengan
budaya tempatan.
7. Contohnya di Perak, Birch telah campur
tangan dalam amalan menggunakan
orang suruhan. Tindakan beliau ini
ditentang oleh pemimpin dan
masyarakat tempatan.

Peristiwa perjuangan Sarawak


1. James Brooke (Raja Putih Sarawak)
berusaha menguasai beberapa daerah
pedalaman. Ini menimbulkan bantahan
daripada pemimpin tempatan.
2. Mereka enggan menyerahkan daerah
meraka kepada James Brooke dan ini
telah menyebabkan James Brooke
menyerang daerah-daerah tersebut.
3. Linggir (pemimpin kaum Iban di
Saribas) menentang James Brooke
dengan menyerang kapal Nemesis dekat
Batang Lupar.
4. Ia merupakan tindak balas terhadap
langkah James Brooke dan Kapten
Farquhar menghalang pelayaran mereka
di Sungai Saribas. Linggir dan
pengikutnya tewas dalam perang ini.
5. Rentap (bermaksud penggoncangan
dunia) atau nama sebenarnya Libau
berasal dari Hulu Skrang. Bergelar Raja
Darat atau Raja Ulu.
6. Beliau menentang Brooke kerana
Brooke menghapuskan orang Iban di
Sungai Skrang yang dianggap lanun.
Beliau bertindak menyerang Brooke di

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5

Kubu Nanga Skrang. Rentap berjaya


mengusir James Brooke.
7. Brooke bertindak balas membakar
kampung dan Rentap berundur ke Bukit
Sadok, tetapi diserang oleh James
Brooke dan Rentap kalah. Rentap
berundur ke Ulu Sg Entabai dan
serangannya semakin lemah.
8. Penentangan orang Melayu di pimpin
oleh Syarif Masahor dan Datu
Patinggi Abdul Gapur. Syarif
Masahor ialah Gabenor Sarikei yang
dilantik oleh Sultan Brunei. Beliau
sangat dihormati oleh orang Iban dan
Melanau.
9. Mereka berdua menolak penguasaan
James Brooke di wilayah mereka di
Sungai Rajang. Hal ini disebabkan
mereka kehilangan kuasa memungut
cukai dan pengaruh terhadap penduduk
tempatan.
10. James Brooke pula telah membina
sebuah kubu di Kanowit. Syarif Masahor
menyerang kubu tersebut. Beliau dan
Datu Patinggi Abdul Gapur kemudian
menyerang James Brooke di Kuching
tetapi gagal. Syarif Masahor melarikan
diri ke Brunei tetapi beliau diserahkan
oleh Sultan Brunei kepada British di
Singapura. Datu Patinggi Abdul Gapur
pula melarikan diri ke Betawi tetapi
ditahan oleh Belanda dan diserahkan
kepada James Brooke.
Peristiwa perjuangan di Kelantan
1. Penentangan berlaku di Pasir Puteh
apabila Sistem Penasihat British
diperkenalkan dan British memaksa
penduduk tempatan menerima sistem
cukai mereka, contohnya penentangan
Tok Janggut.
2. Nama sebenar Tok Janggut ialah Haji
Mat Hassan bin Munas. Beliau
mendapat pendidikan agama di Makkah
dan mahir dalam ilmu persilatan.
3. Tok Janggut enggan membayar cukai.
4. Bantahannya berkaitan kutipan cukai
tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir
Puteh. Sebaliknya, pihak polis diarahkan
menangkap Tok Janggut tetapi gagal.

5.

6.

7.

8.

9.

Pada 1915, Engku Besar Jeram, Tuan


Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che
Ishak serta rakyat tempatan bersetuju
menyerang Pasir Puteh dan mereka
berjaya mendudukinya.
Sebuah kerajaan dibentuk dengan Engku
Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut
sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak
sebagai Pegawai Daerah.
Dengan menggunakan nama Sultan,
British membawa masuk tentera Negeri
Selat menggunakan Kapal H.M.S.
Cadmus lalu mendarat di Tumpat.
British menggunakan senjata lebih
moden dan berjaya mengalahkan Tok
Janggut dan pengikutnya.
Tok Janggut terkorban dan mayatnya
diarak ke seluruh Kota Bharu sebelum
digantung di pasar dalam keadaan kepala
ke bawah dan kaki ke atas. Ia sebagai
amaran kepada masyarakat tempatan
yang menentang British.

i) Peristiwa perjuangan di Terengganu


1. Penentang British di Terengganu ialah
Haji Abdul Rahman Limbong (seorang
ahli agama).
2. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul
Rahman bin Haji Abdul Hamid.
3. Seorang ulama dengan gelaran Limbong
kerana sering mengajar agama di
Limbong, Kemaman.
4. Beliau tidak berpuas hati dengan sistem
cukai dan undang-undang tanah yang
diperkenalkan oleh British.
5. Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman
mengetuai penduduk kampung
membersihkan tanah di Kuala Telemong
tanpa menghiraukan peraturan tanah
British.
6. Kemudiannya, pada 1925 kira-kira 300
orang penduduk kampung berkumpul
dan membuka tanah milik Tengku Nik
Maimunah Ibn Sultan Zainal Abidin III.
7. Tanah itu meliputi kawasan dari Lubuk
Batu hingga Kampung Pelam.
8. Hal ini membimbangkan British, tetapi
dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah
mereka dapat disuraikan.

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5

9.
10.

11.

12.

13.

14.
15.

16.
17.

Penduduk tempatan melancarkan


penentangan bersenjata pada 1928.
Kumpulan yang menyerang bangunan
kerajaan di Kuala Berang telah berjaya
mendudukinya.
Kumpulan di Kuala Telemong pula
bersiap sedia menunggu arahan
menentang British.
Dengan menggunakan kuasa dan nama
Sultan Terengganu, British menghantar
tiga orang pembesar yang membawa
perintah sultan untuk menawan semula
Kuala Berang serta menangkap dan
memburu sesiapa sahaja yang
menghalangnya.
Cara ini memudahkan British kerana
rakyat Melayu tidak akan menderhaka
kepada sultan.
Sepasukan polis seramai 25 orang
menyerang Kuala Telemong.
Mereka berjaya menumpaskan
kebangkitan penduduk tempatan dengan
mengorbankan sebelas orang.
Haji Abdul Rahman pula diserang oleh
50 orang polis dari Singapura.
Beliau akhirnya berjaya ditahan dan
dibuang negeri ke Makkah.

Maksud Gerakan Islah dan tokoh serta


media massa yang terlibat
1. Gerakan Islah adalah gerakan yang
berusaha mendorong masyarakat Melayu
supaya membetulkan pandangan mereka
terhadap Islam.
2. Pendorong gerakan ini termasuklah
Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh alHadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy.
Mereka ini dikenali sebagai Kaum
Muda.
3. Sheikh Tahir Jalaluddin telah menulis
dalam al-Manar. Beliau adalah kadi di
Perak dan pendukung al-Imam.
4. Syed Syeikh al-Hadi pula menubuhkan
Jelutung Press dan menerbitkan Saudara.
Beliau mendirikan madrasah al-Masyhor
di Pulau Pinang. Beliau juga menulis
Hikayat Faridah Hanum.
5. Akhbar dan majalah mereka yang
terkenal seperti al-Imam, Neracha,
Idaran Zaman dan Pengasuh.

c)
1.

2.
3.

d)
1.

2.

3.

4.

5.

6.

Matlamat dan perjuangan Kaum


Muda
Kaum Muda menggesa orang Melayu
memajukan ekonomi, pendidikan, politik
dan sosial.
Golongan ini berusaha menyematkan
sikap mengkritik penjajah.
Mereka turut mengkritik raja dan
pembesar Melayu yang tidak
memajukan orang Melayu.
Pertentangan antara Kaum Muda dan
Kaum Tua
Gerakan Kaum Muda ini ditentang oleh
Kaum Tua yang terdiri daripada
golongan alim ulama.
Kaum Tua menguasai masyarakat
dengan fahaman mereka bahawa Islam
adalah tentang akhirat dan mereka
menekankan fardu ain sahaja.
Kaum Muda bergerak dengan baik di
Negeri-Negeri Selat tetapi beberapa
undang-undang yang dikeluarkan oleh
Negeri-Negeri Melayu menghalang
pengaruh Kaum Muda.
Di negeri-negeri Melayu undangundangnya tidak membenarkan kegiatan
dakwah Islam dilakukan tanpa
kebenaran sultan. Undang-undang ini
juga melarang risalah dan buku Kaum
Muda dibawa masuk ke negeri-negeri
Melayu.
Kaum Muda telah menubuhkan
beberapa buah madrasah. Madrasah ini
menjadikan sistem pendidikan Islam
meliputi dunia dan akhirat seperti
pendidikan fardu ain, ilmu Hisab dan
bahasa Inggeris. Madrasah memberi
peluang kepada pelajar perempuan untuk
mendapatkan pendidikan.
Rumusannya tekanan British dan Kaum
Tua tidak dapat menghalang Gerakan
Islah.

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5

BAB 3
Ciri-ciri negara dan bangsa
1. Negara ialah wilayah yang mempunyai
penduduk, sempadan dan pemerintah
yang beribawa.
2. Malaysia terdiri daripada Persekutuan
Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
Negara juga merujuk kepada institusi
pemerintahan yang tersusun yang
bertanggungjawab membuat dan
melaksanakan keputusan politik serta
menguatkuasakan undang-undang dan
peraturan kerajaan.
3. Bangsa ialah sekumpulan manusia yang
mendiami sesebuah wilayah serta
mempunyai persamaan dari segi bahasa,
adat resam, kesenian dan pengalaman
sejarah.
4. Idea bangsa kini sering digunakan untuk
melahirkan perasaan bersatu padu di
kalangan rakyat berbilang kaum.
5. Kerajaan ialah institusi pemerintah yang
bertanggungjawab menggubal dan
melaksanakan dasar negara. Kerajaan
atau institusi pemerintah ini merangkumi
semua badan yang membuat,
mentafsirkan dan melaksanakan dasardasar tersebut. Kerajaan juga bertindak
sebagai pengaman dan penentu arah
kehidupan masyarakat sesebuah negara.
6. Kerajaan Malaysia merujuk kepada tiga
badan, iaitu Badan Perundangan,
Pelaksana dan Kehakiman.
7. Perlembagaan ialah peraturan tertinggi
sama ada bertulis atau tidak bertulis
yang menjadi rujukan dan panduan
mentadbir dan memerintah negara.
8. Di Malaysia, perlembagaan merupakan
peraturan bertulis tertinggi yang
didokumenkan dan dijadikan rujukan
untuk mentadbir negara.

Ciri-ciri negara dan bangsa dalam


Kesultanan Melayu Melaka
1. Persamaan ciri-ciri Kesultanan Melayu
Melaka dengan ciri-ciri negara bangsa
moden seperti wilayah pengaruh,
kedaulatan, lambang, keunggulan
undang-undang rakyat dan kerajaan.
2. Ciri wilayah, iaitu kawasan tempat
tinggal rakyat dan sempadannya yang
diterima umum.
3. Ciri wilayah pengaruh pula merujuk
kepada kawasan yang rakyatnya
memperakui pemerintahan seorang raja.
4. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai
kawasan pengaruh yang luas walaupun
sempadannya tidak ditetapkan seperti
sempadan negara moden. Empayarnya
meliputi keseluruhan Semenanjung
Tanah Melayu dan seluruh timur
Sumatera.
5. Ciri kedaulatan merupakan kekuasaan
tertinggi terhadap rakyat sesebuah
wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh
dihadkan oleh mana-mana pihak.
6. Kedaulatan juga merujuk pada
kekuasaan yang dimiliki oleh sebuah
negara atau pemerintah. Negara atau
pemerintah boleh menggunakan segala
kuasa yang dimilikinya untuk
menggubal dan menguatkuasakan
undang-undang. Ini bermakna negara
berkenaan mempunyai hak mutlak
terhadap rakyatnya. Kedaulatan
memastikan sesebuah negara itu bebas
daripada campur tangan, paksaan,
taklukan atau penjajahan kuasa asing.
7. Lambang negara merupakan simbol atau
tanda yang menjadi identiti sesebuah
negara. Bahasa Melayu contohnya,
merupakan bahasa kebangsaan dan
lambang penyatuan negara dan bangsa.
8. Lambang warisan Kerajaan Melaka pula
seperti sistem pemerintahan beraja, adat
istiadat Melayu, bahasa Melayu dan
agama Islam. Kebesaran sultan dan
kerajaan Melaka juga dilambangkan
dengan alat regalia, nobat, warna,

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

bahasa, undang-undang, protokol dan


adat istiadat istana.
Ciri asas negara dan bangsa seterusnya
ialah keunggulan undang-undang dalam
pemerintahan.
Penguatkuasaan undang-undang
merupakan cara formal mengawal
masyarakat melalui peraturan yang
diwartakan. Undang-undang dicipta
untuk memelihara keamanan dan
melindungi rakyat. Keunggulan undangundang menentukan struktur kerajaan,
kehakiman, bahasa, agama dan
kerakyatan diterima oleh masyarakat.
Kerajaan Melaka mempunyai undangundang bertulis yang dipengaruhi oleh
hukum adat tempatan dan agama Islam,
iaitu Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka.
Rakyat ialah seluruh penduduk sesebuah
wilayah dan mereka ini terikat kepada
undang-undang dan peraturan yang
dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.
Pada zaman kerajaan Melaka, rakyat
bertanggungjawab mentaati raja.
Sebagai tanda ketaatan, rakyat bersedia
mempertahankan negara, menghadiri
adat istiadat kerajaan, mengadakan
gotong-royong, kerahan tenaga dan
sebagainya.
Kerajaan merupakan badan yang diberi
kuasa untuk menguruskan pentadbiran,
menjaga keamanan, mempertahankan
kedaulatan negara dan menjalin
hubungan diplomatik dengan negara
lain.
Pada masa dahulu kerajaan hanya wujud
apabila adanya raja. Semasa zaman
kerajaan Melaka, Raja atau Sultan
merupakan pemerintah tertinggi.
Baginda dibantu oleh Bendahara,
Penghulu Bendahari, Temenggung dan
Laksamana. Mereka menjadi tonggak
institusi kerajaan yang memerintah dan
diberi tugas masing-masing, iaitu di
istana, di darat, di laut, di sekitar Melaka
dan di jajahan.
Sistem Pembesar Empat Lipatan ini
menjamin kesentosaan pemerintahan
beraja dan kerajaan Melaka.

Warisan Kesultanan Melayu Melaka


di Negeri-Negeri Melayu
1. Sistem pemerintahan Negeri-Negeri
Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang
umumnya berdasarkan sistem
pemerintahan Kesultanan Melayu
Melaka. Warisan Kesultanan Melayu
Melaka seperti adat istiadat Melayu,
agama Islam dan bahasa Melayu,
berkembang di negeri tersebut.
2. Kerajaan Johor, Perak dan Pahang
diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.
Negeri tersebut menggunakan gelaran
Sultan.
3. Sistem pewarisan takhta di negeri-negeri
tersebut mementingkan jurai keturunan
sebelah bapa. Menurut sistem ini, putera
sulung sultan dengan permasurinya
berpeluang mewarisi takhta kerajaan.
Sekiranya sultan tidak mempunyai
putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi
takhta tersebut.
4. Johor, Perak dan Pahang telah
mengamalkan Sistem Pembesar Empat
Lipatan seperti Melaka. Perbezaan
antara ketiga-tiga negeri tersebut adalah
pada gelaran pembesarnya. Perbezaan
ini disebabkan penyesuaian dengan
keadaan tempatan.
5. Warisan Kesultanan Melayu Melaka
juga dapat dilihat dalam kitab undangundang bagi Johor, Perak dan Pahang.
6. Ketiga-tiga undang-undang itu disalin
dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun
Melaka untuk disesuaikan dengan unsur
tempatan.
7. Contohnya, Undang-undang Pahang
yang disusun oleh Sultan Abdul Ghapur.
Sistem Jemaah Menteri Kelantan
1. Sistem Jemaah Menteri di Kelantan
diamalkan sejak pemerintahan Sultan
Muhammad I. Baginda telah melantik
beberapa orang pembesar untuk
membantu pentadbiran baginda.
2. Sultan Muhammad II pula membentuk
Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan
pentadbiran Kelantan. Terdapat 8 badan
Jemaah Menteri dan setiap satunya
dianggotai oleh 4 orang pembesar.

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5

Setiap Jemaah Menteri mempunyai


bidang tugas masing-masing.
3. Sultan Muhammad II juga telah
menyingkir kerabat diraja yang terlibat
dalam perebutan kuasa dan
menggantikannya dengan golongan
pembesar bergelar Nik dan Wan.
Pembesar ini membantu mengukuhkan
kewibawaan baginda dengan
memberikan taat setia kepada baginda.
4. Jemaah Penasihat Raja - menguruskan
perkara dan urusan penting yang bukan
rahsia.
5. Jemaah Menteri Istana - menguruskan
istiadat diraja dan istiadat rasmi di
seluruh negeri Kelantan.
6. Jemaah Menteri Keadilan/Kehakimanmengendalikan urusan penting tentang
keadilan dan Kehakiman.
7. Jemaah Menteri Dalam Negeri -menjaga
Keamanan negeri.
8. Jemaah Menteri Luar - menguruskan
dasar dan hal elwal luar negeri.
9. Jemaah Menteri Perbendaharaan mengendalikan harta benda dan hasil
mahsul.
10. Jemah Menteri Peperangan menguruskan pertahanan dan keamanan
negeri.
11. Jemaah Menteri Pentadbiran dan
Pengimarahan Negeri - menguruskan
kemajuan dan pembangunan negeri.
Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Terrengganu
1. Sultan Zainal Abidin III meluluskan
Undang-undang Tubuh Kerajaan
Terengganu pada 1911.
2. Ia dikenali Ittiqan-ilmuluk bi-tadil ilsuluk bermaksud keyakinan kepada
pemerintah yang berdasarkan keadilan.
3. Ia berasaskan Undang-undang Tubuh
Kerajaan Johor.
4. Tujuan baginda memperkenalkan
perlembagaan bertulis tersebut adalah
untuk menghalang British yang sedang
berusaha meluaskan kuasanya.
5. Undang-undang ini mengekalkan amalan
sistem monarki dengan memberikan

6.
7.
8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

kedudukan yang istimewa kepada agama


Islam, iaitu sebagai agama negeri.
Pemerintahan beraja di Terengganu
bercorak raja berperlembagaan.
Pemerintah Terengganu mesti beragama
Islam.
Mereka juga mestilah berbangsa
Melayu, lelaki, dan merupakan waris
Sultan yang memerintah Terengganu.
Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat
Kerajaan dan Jemaah Menteri. Menteri
yang menganggotai Mesyuarat kerajaan
mestilah beragama Islam, bangsa
Melayu, rakyat Terengganu, serta
mengaku taat setia kepada Sultan dan
kerajaan.
Undang-undang tubuh Kerajaan
Terengganu mengandungi fasal
berkaitan raja seperti pelantikan raja,
syarat menjadi raja, waris takhta, tertib
raja, zuriat sultan, raja yang belum
cukup umur, tegahan kepada raja dan
sara hidup kerabat diraja.
Berkaitan menteri pula seperti bilangan
menteri, kesetiaan menteri dan
pelantikan menteri.
Perkara lain seperti Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri, tanggungjawab
pembesar, kedudukan agama Islam,
ketaatan kepada pemerintah, kesalahan
khianat kepada negeri, pemilihan
Menteri Besar dan Naib Menteri Besar,
kepentingan dan agenda mesyuarat
kerajaan, mengadakan perjanjian dan
hubungan kerajaan dengan kerajaan lain.
Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai oleh
Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan.
Jemaah Menteri pula berhak memilih
Naib Menteri Besar setelah diperkenan
oleh Sultan.
Ahli Mesyuarat Kerajaan
bertanggungjawab membantu Sultan dan
Jemaah Menteri mentadbir negeri,
menggubal undang-undang dan
peraturan negeri, menjaga rakyat dan
keamanan negeri, menjalin hubungan
persahabatan dengan negeri lain.
Waris Sultan atau Menteri dilarang
menyerah negeri kepada kuasa lain.

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5

BAB 4
Faktor-faktor pembentukan Persekutuan
Tanah Melayu
1. Ketegasan orang Melayu di bawah
pimpinan Dato Onn menggagalkan
Malayan Union.
2. Dato Onn merupakan pemimpin
berpengalaman dan pernah menjadi
Pegawai Tadbir Johor, wartawan,
Presiden UMNO, Menteri Besar Johor,
Ahli Dalam Negeri dan Ahli Parlimen
Parti Negara.
3. Perpaduan orang Melayu yang terdiri
daripada golongan raja dan rakyat.
4. Orang Melayu berjaya memujuk dan
mendesak British menghidupkan semula
dasar perlindungan.
5. Sokongan bekas pegawai British yang
pernah berkhidmat di Tanah Melayu
seperti Sir Frank Swettenham, Sir R.O.
Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir
Cecil Clementi yang menolak dasar
menakluk Tanah Melayu.
6. Sokongan daripada pegawai tinggi
British seperti Sri Malcom MacDonald,
Sri Edward Gent dan L.D. Gammans.
7. Sikap politik Melayu yang sederhana
telah mendorong British meneima
kehendak mereka. Orang Melayu hanya
menulis dalam akhbar, berdemonstrasi,
berkongres dan memujuk Raja-Raja
Melayu untuk menyokong penentangan
terhadap British. Mereka tidak
mengangkat senjata seperti Parti
Komunis Malaya.
8. British memilih UMNO dan Raja-Raja
Melayu kerana mereka hanya menuntut
rundingan menolak Malayan Union.
Mereka tidak menuntut kemerdekaan
daripada British.
9. British bimbang orang Melayu akan
dipengaruhi oleh politik Indonesia yang
dikuasai golongan radikal seperti
PKMM, API, AWAS dan BATAS.
10. Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan
oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) tidak menggalakkan penjajahan
baru.

Perkara yang terkandung dalam


Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948
1. Ciri-ciri Utama Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948;
Sebuah persekutuan dibentuk dengan
gabungan sebelas buah negeri.
Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh
Pesuruhjaya Tinggi British.
Raja berpelembagaan diwujudkan.
Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
Pesuruhjaya Tinggi British menjaga
kedudukan istimewa orang Melayu.
2. Perjanjian 1948 ini juga menjelaskan
perkara-perkara berikut:
Syarat kerakyatan diperketatkan iaitu
prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk
Rakyat Raja Melayu bagi penduduk
Negeri-Negeri Melayu dan Rakyat
British bagi penduduk Negeri-Negeri
Selat (Melaka dan Pulau Pinang).
Rakyat Raja Melayu ialah orang Melayu
yang lahir di negeri Melayu itu ialah
rakyat negeri tersebut secara automatik.
Rakyat British ialah mereka yang tinggal
dan lahir di Pulau Pinang dan Melaka.
British mengiktiraf semula ketuanan
Melayu sebagai asas pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu. Dasar ini
memang telah diakui oleh British sejak
Perjanjian Pangkor 1874.
Institusi Raja Melayu dikekalkan dan
bidang kuasa dan kedudukannya jelas
dalam pentadbiran.
Perlembagaan negeri yang dikenali
sebagai Undang-undang Tubuh Negeri
kekal digunakan sehingga hari ini.
Pengenalan Rakyat Raja Melayu
membuktikan dasar perlindungan British
terhadap kedudukan istimewa orang
Melayu, status quo Negeri Melayu yang
dilindungi, agama Islam dan adat istiadat
Melayu sebagai teras ketuanan bangsa
Melayu diteruskan.
Prinsip-prinsip yang dicadangkan oleh
UMNO dan Raja-Raja Melayu tersebut
telah dimasukkan ke dalam Perjanjian
Persekutuan tanah Melayu 1948 sebagai
undang-undang bertulis.

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5 10

Penentangan di Sarawak
1. Vyner Brooke, Raja terakhir Sarawak
menyerahkan Sarawak kepada kerajaan
British kerana beliau telah tua dan uzur.
Penggantinya pula, iaitu Anthony
Brooke, didapati tidak layak untuk
mentadbir dengan berkesan.
2. Vyner Brooke telah menghantar Gerald
MacBryan untuk mendapatkan
persetujuan pembesar Sarawak.
3. Pengisytiharan penyerahan Sarawak
kepada British dibuat oleh Vyner Brooke
pada 8 Februari 1946.
4. Beberapa orang pemimpin dan persatuan
kaum tempatan membantah tindakan ini.
Contohnya Datu Patinggi Abang Hj
Abdillah, ketua masyarakat Melayu
Sarawak, Persatuan Melayu Sarawak
(PMS) dan juga Persatuan Dayak
Sarawak (PDS).
5. Mereka menentang Vyner Brooke
kerana perkara tersebut bercanggah
dengan Perlembagaan 1941.
6. Perlembagaan 1941;
Perlembagaan bertulis pertama di
Sarawak.
Vyner Brooke berjanji akan memberi
kerajaan sendiri kepada Sarawak dan
kuasa mentadbir akan diberikan kepada
Majlis Negeri.
Ahli-ahli Majis Negeri akan dilantik
oleh Raja Sarawak.
7. Keputusan Vyner juga ditentang kerana
beliau tidak berunding dengan orang
tempatan atau ketua mereka.
8. Vyner Brooke telah mengadakan
mesyuarat dengan Majlis Negeri tetapi
hanya mendapat sokongan anggota
bukan bumiputera dan pegawai British.
9. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak,
Barisan Pemuda Sarawak, Barisan
Pemuda Melayu Sibu, Persatuan Dayak
Sarawak menentang secara terbuka.
10. Kaum ibu PKMS membantah dengan
berdemonstrasi dan menghantar surat
bantahan kepada kerajaan British.
11. British bertindak mengeluarkan Surat
Pekeliling Bil. 9 yang memberikan
amaran, tindakan akan diambil terhadap
kakitangan kerajaan yang terlibat.

12. Seramai 338 orang kakitangan awam


meletak jawatan sebagai tanda bantahan.
13. Satu pakatan sulit antara kaum terpelajar
dengan orang muda Sarawak telah
menghasilkan penubuhan kumpulan
Rukun Tiga Belas.
14. Rukun Tiga Belas ialah kumpulan yang
menentang penyerahan Sarawak kepada
British dan dianggotai oleh golongan
muda Pergerakan Pemuda Melayu Sibu.
15. Sir Duncan Stewart (Gabenor Sarawak)
telah ditikam oleh Rosli Dhobi semasa
beliau melawat Sibu. British telah
menghukum gantung Rosli Dhobi dan
tiga orang lagi yang terlibat dalam
kejadian tersebut. Tindakan Rosli Dhobi
dan rakan-rakannya tidak berjaya kerana
pemimpin Sarawak tidak bersatu.
c)
1.
2.

3.

Penentangan di Sabah
Kegiatan politik di Sabah amat perlahan,
berpecah belah dan tidak berkesan.
Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan
(PKML), Persatuan Melayu
Jesselton(PMJ) serta Barisan Pemuda
(BARIP) Labuan dan Jesselton ialah
persatuan sosioekonomi yang bersifat
sederhana.
Oleh itu, semasa Sabah dijadikan jajahan
takluk British pada tahun 1946, tidak
terdapat tentangan yang jelas dan
terbuka daripada penduduk tempatan,
malah pada tahun 1951 persatuan ini
telah terkubur begitu sahaja.

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5 11

BAB 5
Suruhanjaya Reid
1. Suruhanjaya Reid dibentuk pada Mac
1956 bagi membincangkan dan
menyusun perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu yang merdeka.
2. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid
(Hakim British) sebagai pengerusi,
manakala ahlinya ialah Sir Ivor Jennings
(England), Sir William McKell
(Australia), Tuan B.Malik (India) dan
Tuan Ahmad Hamid (Pakistan).
3. Beberapa isu menjadi panduan
suruhanjaya ini, antaranya;
kerajaan persekutuan yang kuat.
kuasa autonomi kepada negeri dalam
bidang tertentu.
isu kedudukan Raja-Raja Melayu.
isu hak istimewa orang Melayu.
bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
4. Suruhanjaya telah menerima sebanyak
131 memorandum daripada pelbagai
pihak, termasuklah Raja-Raja Melayu,
individu dan pertubuhan politik.
5. Cadangan kerajaan Parti Perikatan telah
diberikan perhatian utama.
6. Cadangan Suruhanjaya Reid diterbit
pada Feb 1957. Parlimen British
menerima cadangan ini pada Mei 1957.
7. Majlis Mesyuarat Perundangan
Persekutuan Tanah Melayu telah
mengesahkannya pada 17 Ogos 1957.
8. Satu isu hangat ialah kerakyatan Jus Soli
yang dituntut oleh orang dagang tetapi
ditentang oleh orang Melayu, kerana
prinsip kerakyatan jus soli memberi hak
sama rata kepada semua kaum dan ini
boleh melemahkan orang Melayu.
9. Selepas beberapa rundingan, Raja-Raja
Melayu telah menerima kerakyatan jus
soli dengan syarat orang bukan Melayu
mengiktiraf kedudukan istimewa orang
Melayu dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.
10. Kedudukan Istimewa orang Melayu itu
ialah dasar melindungi orang Melayu
dan bumiputra dalam bidang pendidikan
dan perniagaan. Dengan tolak ansur ini

satu pakatan murni antara kaum telah


terbina di Persekutuan Tanah Melayu.
11. Perkara lain yang dipersetujui ialah
agama Islam sebagai agama rasmi dan
bahasa Melayu bahasa kebangsaan.
Isi-isi Penting Dalam Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu
1. Pembentukan Kerajaan Persekutuan.
2. Pemisahan antara kuasa persekutuan
dengan kuasa negeri melalui Senarai
Persekutuan dan Senarai Negeri.
3. Raja Berperlembagaan pada peringkat
negeri dan negara.
4. Tiga jenis kerakyatan diwujudkan, iaitu
secara Kuat Kuasa Undang-Undang,
Permohonan dan Naturalisasi. Oleh itu
jus soli diterima.
5. Kedudukan istimewa orang Melayu
dikekalkan.
6. Agama Islam agama rasmi Persekutuan.
7. Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
8. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan.
9. Yang Di-Pertuan Agong ketua negara.
10. Pentadbiran negara bersifat demokrasi
berparlimen, iaitu Dewan Rakyat dan
Dewan Negara terletak di bawah kuasa
Parlimen.
11. Menteri Besar pula menjadi pelaksana
pentadbiran negeri, beliau dibantu oleh
Dewan Undangan Negeri dan EXCO.
c) Kepentingan Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu
1. Membolehkan kerajaan demokrasi Raja
Berperlembagaan dibentuk.
2. Pakatan Murni mewujudkan perpaduan
dan keharmonian kaum.
3. Memberi hak kepada penduduk
tempatan mentadbir negara berdaulat
dan merdeka mengikut acuan sendiri.
4. Dengan pengalaman sejarah yang sama,
setiap kaum akan berusaha melahirkan
identiti masyarakat yang merdeka.
5. Perbezaan warna kulit, agama, bangsa
dan negara asal, diketepikan.

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5 12

BAB 6
Reaksi Negara Luar:
Reaksi Indonesia
1. Pada peringkat awalnya Indonesia tidak
menunjukkan sebarang reaksi terhadap
pembentukan Malaysia.
2. Tentangan muncul apabila Indonesia
berpendapat pembentukan Malaysia
merupakan satu bentuk neokolonialisme.
3. Pandangan yang disuarakan oleh Parti
Komunis Indonesia (PKI) ini
mempengaruhi Presiden Soekarno untuk
mengistiharkan Dasar Konfrontasi.
4. Dasar Konfrontasi ekonomi dan
kemasyarakatan (Ganyang Malaysia)
diumumkan pada 20 Jan 1963.
5. Ganyang Malaysia adalah dasar
Indonesia untuk memusnahkan
pembentukan Malayasia, antara tindakan
Indonesia termasuklah menghantar
pengintip untuk memusnahkan gagasan
Malaysia secara sulit.
6. Pada peringkat permulaan berlaku
serangan terhadap kapal-kapal nelayan
Tanah Melayu dan juga penceroboh
udara tetapi kerajaan Persekutuan di
Tanah Melayu tidak mengambil
sebarang tindakan.
7. Apabila tentera Indonesia mula
melancarkan serangan terhadap
Malaysia melalui Johor, Sarawak dan
Sabah, Malaysia telah bertindak balas
dengan bantuan tentera Komanwel
termasuk dari Britain, Australia, New
Zealand dan Kanada. Malaysia
sememangnya mempunyai perjanjian
pertahanan dengan Britain.
8. Tunku Abdul Rahman mengambil
tindakan menghantar bantahan rasmi
kepada Setiausaha Agong BangsaBangsa Bersatu berhubung dengan
pencerobohan Indonesia terhadap Tanah
Melayu, Sarawak dan Sabah.
9. Ancaman Indonesia untuk menekan
Tanah Melayu dari segi ekonomi pula
tidak berlaku kerana tindakan ini
menjejaskan Indonesia sendiri.

10. Malaysia juga mengambil langkah


memelihara kedaulatan negara apabila
Indonesia memburukkan nama Malaysia
di negara Afro-Asia dan negara Dunia
Ketiga. Tun Abdul Razak telah
mengadakan lawatan ke Afrika bagi
menjelaskan masalah hubungan antara
Indonesia dengan Malaysia.
11. Hubungan tegang ini berpanjangan
sehinggalah berlaku pemberontakan
bersenjata Jeneral Soeharto yang
menggulingkan Soekarno.
12. Soeharto kemudiannya menghantar
Menteri Luar Indonesia, Adam Malik,
bagi memulihkan hubungan diplomatik
Malaysia-Indonesia.
13. Perundingan memulihkan hubungan
diadakan di Bangkok pada tahun 1966.
14. Menjelang bulan Ogos 1966, berakhirlah
konfrontasi Indonesia.
Reaksi Filipina
1. Kerajaan Filipina pimpinan Presiden
Macapagal membuat pengumuman
rasmi menuntut hak terhadap Sabah.
2. Kerajan Filipina mendakwa Sabah masih
merupakan sebahagian daripada milik
Kesultanan Sulu.
3. Tuntutan ini berdasarkan perjanjian pada
22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul
Alam dengan Baron Von Overbeck.
Overbeck kemudiannya menjualkan
haknya kepada Alfred Dent yang telah
menubuhkan syarikat perdagangan yang
memperoleh Piagam Diraja daripada
British.
4. Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali
sebagai Syarikat British Utara Borneo
(SBUB). Syarikat ini memerintah Sabah
sehingga kedatangan Jepun.
5. Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan
pemerintahan Sabah kepada British.
Walau bagaimanapun, pajakan ini telah
diisytiharkan tamat oleh waris Sultan
Sulu yang terakhir, iaitu Sultan Esmail
Kiram pada 22 Januari 1958.
6. Jun 1966, Filipina mengiktiraf Malaysia
menerusi MAPHILINDO (Malaysia,
Filipina dan Indonesia).

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5 13

BAB 7
Jata Negara
1. Empat jalur berlainan warna di tengah
merujuk kepada negeri Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang (Negerinegeri Melayu Bersekutu). Warna hitam
dan putih (Pahang). Warna merah dan
kuning (Selangor). Warna hitam, putih
dan kuning (Perak). Warna merah, hitam
dan kuning (Negeri Sembilan).
2. Lima bilah keris melambangkan negeri
Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan
Johor (Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu).
3. Lambang pokok pinang (Pulau Pinang)
dan pokok melaka (Melaka).
4. Sarawak dan Sabah dilambangkan
dengan jata negeri tersebut.
5. Di antara lambang negeri Sarawak dan
Sabah terdapat sekuntum bunga raya
(bunga kebangsaan Negara kita).
6. Bulan sabit warna kuning bermaksud
agama Islam agama rasmi dan bintang
berpecah 14 melambangkan gabungan
14 buah negeri dalam Malaysia.
7. Dua ekor harimau bermaksud
keberanian.
8. Cogan kata, Bersekutu Bertambah
Mutu bermaksud semangat
permuafakatan akan mengeratkan lagi
perpaduan antara negeri di Malaysia.

6.

7.

8.

9.
10.

11.

12.

13.
Bendera Kebangsaan
1. Bendera kebangsaan berfungsi untuk
membangkitkan semangat perjuangan.
2. Pada tahun 1949, sebuah jawatankuasa
ditubuhkan untuk membuat perakuan
berhubung dengan reka bentuk bendera
Persekutuan Tanah Melayu.
3. Majlis Perundangan Persekutuan telah
mengadakan pertandingan bagi memilih
bendera Persekutuan Tanah Melayu.
4. 373 orang mengambil bahagian dan tiga
orang dipilih ke peringkat akhir.
5. Majlis Perundangan Persekutuan dan
akhbar The Malaya Mail menjemput
orang ramai memberikan pendapat
tentang reka bentuk bendera tersebut.

14.
15.
16.

17.

The Malaya Mail telah menyiarkan


keputusan majoriti orang ramai, reka
bentuk Encik Mohamad Hamzah, arkitek
kerajaan di Johor, telah terpilih.
Beberapa pindaan telah terhadap reka
bentuk bendera tersebut sebelum
diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan.
Pada 19 April 1950, King George VI
memperkenalkan reka bentuk bendera
Persekutuan Tanah Melayu. Bendera
Persekutuan Tanah Melayu berkibar
buat kali pertama pada 26 Mei 1950 di
perkarangan Istana Sultan Selangor
dengan dihadiri oleh Raja-Raja Melayu
dan pegawai-pegawai King George VI.
Mula menggantikan Union Jack yang
diturunkan pada malam 31 Ogos 1957.
Bendera Malaysia juga dikenali dengan
nama Jalur Gemilang. Ia dikibarkan
dalam majlis dan adat istiadat rasmi
seperti Hari Kebangsaan dan Hari
Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.
Ia juga dikibarkan di bangunan kerajaan
dan premis persendirian sebagai tanda
taat kepada raja dan negara.
Bendera ini mengandungi 14 jalur
berwarna merah dan putih yang
melambangkan gabungan negeri di
Malaysia. Warna merah lambang
keberanian dan warna putih pula
lambang kesucian.
Bulan sabit berwarna kuning lambang
agama Islam sebagai agama rasmi
persekutuan Malaysia.
Warna biru melambangkan perpaduan
rakyat berbilang kaum di negara kita.
Warna kuning melambangkan
kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Bintang berpecah empat belas
melambangkan gabungan 14 buah negeri
dalam persekutuan Malaysia.
Lagu Jalur Gemilang telah dicipta iaitu
hasil seni lagu oleh Suhaimi Mohd Zain
dan seni kata oleh Siso.

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5 14

BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN


Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
1. Matlamat utama RM1 membangunkan
kawasan luar bandar supaya jurang
pendapatan penduduk luar bandar
dengan bandar dapat dirapatkan.
2. RM1 juga ingin mengurangkan kadar
kemiskinan penduduk luar bandar.
3. RM1 bermatlamat mempelbagaikan
aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan
negara supaya tidak terlalu bergantung
pada getah dan bijih timah.
4. RM1 merupakan rancangan
pembangunan bersepadu yang
memberikan perhatian terhadap sektor
ekonomi, sosial dan awam.
5. Pembukaan tanah baru untuk pertanian,
penanaman semula getah oleh pekebun
kecil dan secara ladang digalakkan, hasil
keluaran pertanian dipelbagaikan dan
perusahaan melombong bijih timah
diperluas.
6. Kemudahan dan perkhidmatan diberikan
seperti kesihatan, pendidikan dan
perhubungan.
7. Infrastruktur seperti balai polis, kem
tentera, pejabat pos, mahkamah dan
rumah kakitangan kerajaan diadakan.
8. Dua agensi utama memainkan peranan
penting, iaitu Lembaga Pembangunan
Industri Desa atau Rural Industrial
Development Authority (RIDA) dan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
atau Federal Land Development
Authority (FELDA).
9. Matlamat RIDA membangunkan
masyarakat luar bandar.
10. Peranan RIDA seperti memberi
pinjaman kepada pengusaha pertanian
kecil dan membantu pemasaran hasil
petanian mereka, serta menggalakkan
orang Melayu dalam perniagaan.
11. RIDA juga memajukan ekonomi, sosial
dan infrastruktur.
12. FELDA ditubuhkan untuk meningkat
taraf hidup masyarakat luar bandar dan
meningkatkan hasil pertanian.

13. Tanah baru dibuka besar-besaran untuk


pertanian dan sebagai petempatan baru
yang dilengkapi kemudahan asas.
14. Penduduk luar bandar yang miskin
dipindahkan ke petempatan baru ini dan
menjadi petani moden. Tanaman
tumpuan ialah getah dan kelapa sawit.
15. Kejayaan FELDA menjadi contoh
kepada Negara Dunia Ketiga.
16. Kementerian Pembangunan Negara dan
Luar Bandar yang diketuai oleh Dato
Abdul Razak bin Dato Hussein,
(Timbalan Perdana Menteri) ketika itu
ber peranan menyelaras dan menjaya
program pembangunan luar bandar.
17. Bagi tujuan tersebut kedua-dua agensi,
iaitu RIDA dan FELDA kemudiannya
diletakkan di bawah kementerian ini.
18. RM1 kurang memberangsangkan kerana
ancaman komunis mengalihkan
memperuntukkan perbelanjaan negara
kepada keselamatan negara. Ia juga
disebabkan oleh kejatuhan harga getah
dan bijih timah di pasaran dunia.
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
1. RMS2 adalah rancangan lima tahun
pertama di bawah DEB.
2. Matlamat RMS2 untuk menyelesaikan
masalah ekonomi dan sosial antara
kaum, kawasan dan wilayah.
3. Tumpuannya ialah membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dengan
menambah pendapatan dan menyediakan
pekerjaan.
4. RMS2 menyusun semula masyarakat.
5. Ia juga ingin menghapuskan identiti
kaum mengikut fungsi ekonomi.
6. Program pembangunan kawasan luar
bandar diteruskan.
7. Agensi di bawah Kementerian Tanah
dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan
untuk melaksanakan program
pembangunan wilayah. Agensi lain juga
ditubuhkan khususnya untuk membantu
golongan petani, menggalakkan
perusahaan dan perdagangan serta
memajukan bandar.
8. Contoh agensi kerajaan tersebut;

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5 15

Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN)


- Menstabil harga padi.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
(LKIM) - Membangunkan dan
memodenkan industri perikanan serta
meningkatkan taraf hidup nelayan.
Perbadanan Pembangunan Bandar
(UDA) - Membangunkan bandar.
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun
Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Membantu pekebun kecil dari segi
penyelidikan dan tanaman semula.
Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP) Membantu petani melibatkan diri dalam
kegiatan koperasi.
Petroleum Malaysia Berhad
(PETRONAS) - Memajukan sektor
perindustrian dan perniagaan yang
berkaitan dengan petroleum.
9. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
pula menggalak perindustrian dan
perdagangan dengan menyediakan tapak
perindustrian, perumahan, ruang pejabat
dan kedai.
9 Cabaran Wawasan 2020 (soalan umum)
1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu
padu.
2. Membina masyarakat berjiwa bebas,
tenteram dan berkeyakinan.
3. Memupuk dan membina masyarakat
demokratik yang matang.
4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral
dan beretika.
5. Mewujudkan masyarakat yang matang,
liberal dan bertoleransi.
6. Membina masyarakat yang maju dan
saintifik.
7. Mewujudkan masyarakat yang
berbudaya penyayang.
8. Menjamin masyarakat yang adil dan
saksaama ekonominya.
9. Memupuk dan membina masyarakat
makmur.
c)
1.

Perincian Cabaran Wawasan 2020


Perpaduan Masyarakat Malaysia
merupakan asas kekuatan negara. Ia
boleh dicapai melalui dasar kerajaan.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

Masyarakat Malaysia perlu berjiwa


bebas, berperasaan tenteram, sentiasa
bersikap terbuka, berkeyakinan diri,
bangga dengan apa yang dicapai dan
gagah menghadapi pelbagai masalah.
Masyarakat Malaysia yang demokratik
perlu dipupuk dan dibina. Masyarakat
demokratik memiliki kebebasan untuk
memilih kerajaan.
Masyarakat bermoral dan beretika pula
perlu diseimbangkan dengan kemajuan
fizikal dalam membentuk masyarakat
berbudaya unggul. Kepatuhan kepada
agama, pengalaman budaya dan tradisi
yang cemerlang, keberkesanan sistem
pendidikan dan keunggulan institusi
kekeluargaan merupakan sumber
pembinaan masyarakat bermoral dan
beretika.
Masyarakat yang matang dapat berfikir
secara rasional. Masyarakat yang liberal
dapat membebaskan diri dari fahaman
sempit dan berfikiran terbuka. Langkah
ke arah mewujudkan masyarakat yang
matang, liberal dan bertoleransi dapat
dilihat melalui perlembagaan negara,
pengalaman sistem demokrasi,
kewujudan parti politik gabungan
pelbagai parti kaum.
Masyarakat yang maju merupakan
masyarakat progresif yang dapat
menyerap segala perubahan
persekitarannya untuk membina
kecemerlangan. Masyaralkat yang maju
tidak dapat dipisahkan daripada
masyarakat saintifik.
Masyarakat penyayang sering dicirikan
dengan kehidupan masyarakat yang
bermuafakat, saling memahami dan
menghormati, bekerjasama dan saling
membantu.
Pada umumnya, dasar-dasar negara
adalah untuk menjamin keadilan
ekonomi yang sekali gus meningkatkan
taraf hidup rakyat.
Masyarakat makmur dicirikan oleh
masyarakat yang hidup dalam
kemewahan dan mempunyai taraf hidup
yang tinggi. Pada masa yang sama tiada
ahli masyarakat yang hidup miskin.

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5 16

BAB 9
Persatuan Negara-Negara AsiaTenggara
(ASA)
1. Faktor penubuhan - ancaman PKM di
sempadan Malaysia/Thailand dan
ancaman komunis di Filipina..
2. Penubuhan ASA hasil cadangan Tunku
Abdul Rahman. Ditubuhkan hasil
mesyuarat 3 negara tersebut di Bangkok.
3. Matlamat - menjalinkan kerjasama
ekonomi, sains dan sosial. Memberi dan
menyediakan kemudahan latihan dan
penyelidikan dalam bidang sains dan
teknologi. Menjamin keselamatan dan
kestabilan politik negara serantau.
4. Kurang berjaya kerana ASA dianggap
sebagai pertubuhan antipemerintahan
Presiden Soekarno di Indonesia.
5. Kesangsian pula timbul kerana
perjanjian ketenteraan Malaysia dengan
Britain, sementara Thailand dan Filipina
pula dengan USA.
6. Pertelingkahan Malaysia dan Filipina
berkaitan penubuhan Malaysia akhirnya
membawa kepada pembubaran ASA.
MAPHILINDO
1. MAPHILINDO - cantuman nama tiga
negara (Malaysia, Filipina, Indonesia).
2. Tujuan - hubungan persahabatan serta
menyelesaikan pertelingkahan MalaysiaFilipina dan Malaysia-Indonesia.
3. Indonesia tidak bersetuju pembentukan
Malaysia kerana mereka menganggap
pembentukan Malaysia neokolonisme.
4. Filipina pula menuntut Sabah yang
didakwanya hak milik negara mereka.
5. Malaysia mengadakan rundingan dengan
Filipina dan Indonesia. Hasilnya
penubuhan MAPHILINDO.
6. Ketiga-tiga negara bersepakat memohon
bantuan PBB untuk mendapatkan
pandangan rakyat Sarawak dan Sabah
tentang penubuhan Malaysia.
7. Indonesia dan Filipina kurang berpuas
hati dengan siasatan PBB dan terus
menentang Malaysia. Persengketaan
yang berterusan ini menyebabkan
MAPHILINDO tidak berperanan lagi.

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara


(ASEAN)
1. Deklarasi Bangkok 1967 - penubuhan
ASEAN.
2. Matlamat - mengekalkan kestabilan
politik Asia Tenggara, membantu antara
satu sama lain dalam bidang ekonomi,
sosial dan kebudayaan, meningkatkan
taraf hidup penduduk, memberi
kerjasama dan membantu dalam bentuk
latihan dan penyelidikan serta membuat
hubungan dengan persatuan atau
pertubuhan serantau dan antarabangsa.
3. Keanggotaan - Malaysia, Indonesia,
Thailand, Filipina dan Singapura.
4. Tambahan ahli kemudian - Vietnam,
Myanmar, Brunei, Laos, Kampuchea.
5. Negara pemerhati - Papua New Guinea.
6. Moto ASEAN (rujuk buku teks ms 256).
7. Struktur ASEAN (buku teks ms 257).
Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam
ASEAN
1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 mengisytiharkan ASEAN sebagai zon
aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN).
2. Tujuan ZOPFAN - mengekalkan
keamanan dan kestabilan politik di Asia
Tenggara (tidak bersekongkol dengan
mana-mana blok Barat atau blok Timur).
3. Vietnam menceroboh Kampuchea
ASEAN mencadangkan kerajaan
Demokratik Campuran Kampuchea
pimpinan Putera Norodom Sihanouk.
4. Mesyuarat Menteri-Menteri Luar (1984)
- ASEAN Zon Bebas Senjata Nuklear.
5. Projek ASEAN - baja urea di Bintulu
(Sarawak) serta di Aceh (Indonesia).
6. Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura
(1992) - zon Kawasan Perdagangan
Bebas ASEAN (AFTA) yang bertujuan
menghapuskan sekatan dagangan di
kalangan negara ASEAN diumumkan.
7. Idea Malaysia - Perundingan Ekonomi
Asia Timur (EAEC) yang ditentang oleh
negara-negara maju terutama USA,
konsep ASEAN+3 (China,Jepun,Korea).
8. Pertubuhan ASEAN - SEAMEO
(pertubuhan menteri pelajaran),

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5 17

9.

RECSAM(Pusat Serantau untuk Sains


dan Matematik) di Pulau Pinang.
Kerjasama lain - Tabung Kebudayaan
ASEAN, Sukan SEA dan Tahun
Melawat ASEAN 1992.

Globalisasi
1. Globalisasi - Perubahan dunia tanpa
sempadan kerana kepesatan atau
kepantasan IT.
2. Segala aspek penting kehidupan seperti
barangan, modal, tenaga manusia,
kemahiran dan nilai menyeberangi
sempadan dalam masa yang singkat.
3. Perubahan ini semua kerana kemajuan
teknologi khasnya ICT.
4. Dua pandangan tentang globalisasi;
Berfaedah (kunci kepada pembangunan
ekonomi dunia pada masa depan).
Tidak Berfaedah (meningkatkan jurang
Bandar/luar Bandar dan negara
maju/membangun, menyekat peluang
pekerjaan, merendahkan taraf hidup dan
menghindarkan perkembangan sosial).
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT)
1. ICT - kaedah/peralatan yang
membolehkan proses komunikasi
berlaku dengan pantas, mudah dan
berkesan tanpa mengira sempadan.
2. Bagi menyahut cabaran ini Malaysia
telah menyediakan prasarana ICT dan
menjalankan promosi penggunaan ICT.
3. Bagi memenuhi hasrat Wawasan 2020,
Projek MSC memulakan e-pendidikan,
pemasaran tanpa sempadan, e-dagang
dan penyiaran digital.
4. Peralatan ICT baru seperti internet,
teknologi telekomunikasi telefon mudah
alih kini menjadi pemangkin hubungan
antara manusia dan antara negara, dan ia
berlaku dalam jangkamasa yang singkat.

2.

3.
4.

K-ekonomi
1. K-ekonomi, ialah ekonomi berlandaskan
pengetahuan merujuk kepada keupayaan
seseorang menggunakan ilmu
pengetahuan bagi mencipta satu nilai
baru yang dapat membawa kemajuan.
2. Sebelum ini, dunia mengukur kekayaan
negara berdasarkan simpanan emas,
tanah jajahan dan sumber semula jadi.
Kemudiannya beralih kepada jumlah
hasil barangan pertanian atau industri.
3. Ciri-ciri k-ekonomi - bersaing dalam
meningkatkan mutu pengeluaran dan
perkhidmatan, teknologi dan industri
berasaskan pengetahuan akan menjana
keuntungan, kemajuan perniagaan,
pekerjaan dan perkongsian pintar.
4. Sumber paling berharga ialah modal
intelek dan pekerja berpengalaman.
5. Modal intelek boleh dihasilkan melalui
kekayaan pengetahuan, dan semangat
daya saing yang tinggi.
6. Tenaga kerja berpengetahuan amat
diperlukan untuk membangunkan
industri berasaskan pengetahuan.
e)
1.

2.
3.

Koridor Raya Multimedia (MSC)


1. Kerajaan Malaysia menggalakkan ICT
kerana perlaksanaan k-ekonomi akan
berjalan lancar dan seterusnya ekonomi
negara membangun dan meletakkan
Malaysia terbaik pada era globalisasi ini.

MSC yang dilancarkan pada 27 Jun


1998, ialah kawasan yang mencakupi
Kuala Lumpur City Center (KLCC)
sehingga ke KLIA.
MSC dibangunkan berperingkat dan
akan mencakupi seluruh negara.
Tujuan MSC untuk memanfaatkan IT
dan multimedia global, seterusnya
melahirkan masyarakat bermaklumat.

K-masyarakat
K-masyarakat merujuk kepada
masyarakat yang sentiasa membaiki dan
memperkayakan diri dengan ilmu
pengetahuan agar terus dapat bersaing.
Ini selari dengan konsep pembelajaran
sepanjang hayat.
Prasarana K-Masyarakat khasnya
pendidikan di Malaysia ditumpukan
contohnya Sekolah Wawasan (memupuk
perpaduan melalui interaksi murid
pelbagai kaum yang berdaya saing) dan
Sekolah bestari pula lengkap dengan IT.

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5 18

Nota Berpandu Sejarah Tingkatan 5 19

You might also like