You are on page 1of 16

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDU
________________________________________________________________
KAEDAH PANGAJARAN GURU MEMPENGARUHI MOTIVASI
PEMBELAJARAN PELAJAR
_______________________________________________________________

NAMA

: SUBASNEE A/P NARAYANAN

NO. MATRIK

: S-PM0365/15

R.PENG

: SARJANA (OFFSHORE SUNGAI PETANI)

TAJUK KURSUS

: PENGAJIAN PENDIDIKAN GURU

KOD KURSUS

: PLG 518

PENYELARAS

: ASSOC. PROF. DR. ROHIZANI YAAKUB (RY)

ISI KANDUNGAN

1.1

Pengenalan

1.2

Sorotan Kajian

1.3

Objektif Kajian

1.4

Soalan Kajian

1.5

Metodologi Kajian

1.6

Cara Dapatan Data

1.7

Dapatan

1.8

Perbincangan

1.9

Rumusan

1.10 Penutup
Rujukan

KAEDAH PANGAJARAN GURU MEMPENGARUHI MOTIVASI


PEMBELAJARAN PELAJAR

Oleh
SUBASNEE A/P NARAYANAN
PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1.1

PENGENALAN
Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas
antara guru dan murid (Rahil Mahyudin et al. 1997). Pengajaran juga merupakan aktiviti
atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang
tertentu. Proses ini meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan,
penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan
kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan. Menurut Thomas F. Green, tujuan
mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu
pengetahuan atau kepercayaan baru. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik
dengan mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah pengajaran ialah
cara mendekati objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Menurut
(Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986), kaedah pengajaran ialah peredaran ke arah satu tujuan
pengajaran yang telah dirancang dengan teratur.
Kecemerlangan pendidikan merupakan agenda penting bagi menentukan pembangunan
dan kemajuan negara. Ia amat bergantung kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan
oleh para pendidik dan rupa bentuk pelajar yang dihasilkan. Pendidik memikul
tanggungjawab yang amat besar untuk melaksanakan program pendidikan disamping
menyampaikan ilmu dan seterusnya membangunkan modal insan. Prasarana sekolah,
kemudahan fizikal, bantuan buku teks, aplikasi internet dan computer serta segala

program mantap yang dirancang oleh pihak Kementerian pelajaran Malaysia akan
menjadi tidak bermakna jika guru gagal menggunakan kemudahan tersebut untuk pelajar
secara optimum. Guru sepatutnya dapat melahirkan pelajar minda kelas pertama yang
cemerlang, kritis, kreatif dan mempunyai daya saing yang kuat pada era globalisasi ini.
Pelajar merupakan harapan negara pada masa akan dating. Merekalah modal insane yang
bakal memimpin dan mencorakkan Malaysia kelak. Oleh yang demikian, pendidik
memainkan peranan yang penting untuk menentukan kejayaan suatu generasi. Peranan ini
bermula daripada bilik darjah, sejauh mana iklim pembelajaran kondusif dapat dihasilkan
bagi membentuk pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan.
Motivasi adalah kemahuan dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu bagi mencapai
matlamat. Menurut Strenberg (2001), motivasi bererti dorongan atau keperluan yang
memimpin kepada sesuatu tindakan. Motivasi juga melibatkan sesuatu proses yang
memberikan kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku seseorang. Menurut
Mohd Zaaba dan Zuraida (2004), motivasi belajar ditakrifkan sebagai usaha dan
kemahuan individu untuk belajar, bekerja kuat dan mencapai prestasi cemerlang di
sekolah. Motivasi adalah aras insentif yang ada pada seseorang dalam usaha untuk
mencapai matlamat akademik. Motivasi juga berkait rapat dengan keinginan untuk
mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohd Zaaba dan Zuraida,
2004). Menurut mereka lagi, jika seseorang pelajar terdorong untuk belajar dengan tekun
bagi mencapai keputusan cemerlang maka pelajar itu adalah pelajar bermotivasi.
1.2

Sorotan Kajian
Dalam merancang aktiviti pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar,
guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah yang akan digunakan.
Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan
penyampaian sesuatu subjek atau modul. Di antara kaedah yang boleh digunakan oleh
guru ialah:
Kaedah sumbang saran
Kaedah tunjuk cara ( demonstrasi )
Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
Kaedah projek

Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar
mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa
seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan
bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan
kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara
berkesan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru
menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki
memberi contoh-contoh dan ilustrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan
susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilustrasi
yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan
analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh juga boleh
ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
Model awal tentang amalan pengajaran guru yang berkesan telah dikemukakan oleh
Carroll. Menurut Carroll (1963) dalam ( Shahril 2002), pengajaran yang berkesan
dipengaruhi oleh lima faktor, iaitu sikap, kebolehan untuk memahami pengajaran,
ketekunan, peluang dan pengajaran yang berkualiti. Jika sikap pelajar terhadap pelajaran
adalah tinggi, ia mudah untuk memahami pengajaran maka pelajar akan tekun belajar dan
akhirnya mudah untuk memahami sesuatu konsep dan kemahiran. Jika pengajaran guru
itu baik maka pelajar akan belajar dengan mudah.
Walau bagaimanapun, model Carroll mempunyai kelemahan, faktor kualiti pengajaran
dan cukup peluang masa untuk pembelajaran dianggap di bawah kawalan guru. Sikap,
kebolehan untuk memahami pengajaran dan ketekunan untuk belajar pula dianggap di
bawah kawalan pelajar. Oleh itu, kedua-dua aspek di bawah kawalan guru dan pelajar
mesti seiring untuk menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran. Slavin (1994) dalam
(Shahril, 2002) telah membina model pengajaran berkesan yang baru yang memberi
penekanan hanya kepada factor pengajaran guru sahaja. Terdapat empat factor yang
mempengaruhi pengajaran berkesan, iaitu kualiti pengajaran, kesucian aras pengajaran,
insentif dan masa.

Kualiti pengajaran bermaksud keupayaan guru untuk menyampaikan pengajaran atau


konsep atau kemahiran yang mudah difahami dan diingat serta menyeronokkan pelajar.
Dalam kajian mengenai amalan pengajaran guru yang berkesan Shahril (2002)
menyatakan guru perlu menyampaikan isi pengajaran secara tersusun dan sistematik.
Shahril juga menjelaskaan guru perlu menggunakan bahasa dan penerangan yang jelas,
memberi contoh-contoh yang berkaitan, penekanan kepada isi-isi penting dan pelajaran
yang perlu dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar serta
member perhatian terhadap penggunaan alat bantu mengajar bagi menerangkan sesuatu
konsep. Selain itu, objektif pelajaran hendaklah jelas dan khusus, isi kandungan adalah
mencukupi dan akhir pada sesuatu pelajaran, guru perlu mengadakan penilaian atau
peperiksaan.
Aras pengajaran yang sesuai bermaksud pengajaran mestilah sesuai dengan kebolehan
dan keupayaan pelajar. Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat
mengikutinya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Apabila aras
pengajaran itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdik tidak akan memberikan tumpuan
terhadap pengajaran guru. Ini akan merugikan pelajar yang cerdik, kerana guru terpaksa
menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk
mengatasinya ialah guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam satu
kumpulan dan pelajar yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan
dan pengusaan sesuatu kemahiran. Guru juga boleh mengadakan pengajaran secara
individu.
Namun menurut Hartley (1977) dan Horak (1981) dalam (Shahril, 2002) pengajaran
secara individu tidak dapat menunjukkan kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar.
Satu cara pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah melalui pembelajaran secara
koperatif yang mengumpulkan pelajar yang lemah dengan pelajar yang pandai, dan
pelajar yang cerdik akan membimbing pelajar yang lemah dalam kumpulannya. Dengan
itu, guru akan dapat mengajar dan member tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran.
Kajian oleh Beginning Teacher Evaluation Study dalam ( Shahril, 2002) menunjukkan
masa yang diperuntukkan kepada sesuatu mata pelajaran tidak memberi kesan kepada
pencapaian pelajar apabila masa itu diukur pada peringkat kelas. Kajian oleh Kavweit

(1989) dalam (Shahril, 2002) tentang engaged time atau time- on-task menunjukkan
terdapat hubungan yang signifikan di dalam pencapaian pelajar dalam bidang akademik.
Insentif bermaksud keupayaan guru untuk member motivasi kepada pelajar untuk terus
belajar dan menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh guru. Terdapat dua cara untuk guru
memberikan motivasi kepada pelajar supaya terus belajar. Pertama, guru perlu
menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pelbagai alat Bantu Mengajar (ABM). Kedua,
guru boleh member insentif kepada pelajar dengan cara memberikan ganjaran atau pujian
kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu kemahiran atau member dendaan kepada
pelajar yang tidak dapat mengusai sesuatu kemahiran.
Masa pengajaran pembelajaran bermaksud masa yang mencukupi untuk pelajar
mempelajari sesuatu konsep atau kemahiran. Pada kebiasaannya, pengajaran guru
dipengaruhi oleh dua factor masa yang diperuntukkan oleh pihak sekolah kepada guruguru untuk mengajar sesuatu mata pelajaran, masa tugasan atau engaged time yang
bermaksud masa yang guru gunakan untuk mengajar dan masa yang pelajar gunakan
untuk belajar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan atau kemahiran.
Dunn, R. dan Dunn, K. dalam bukunya yang berjudul Teaching Students Through Their
Individual Learning Styles dalam ( Naina, 2000 ) menyatakan kekaguman mereka apabila
mendapati adanya begitu banyak penulisan pada tahun 1970an yang menyokong
pendapat bahawa setiap murid belajar mengikut cara-caranya yang tersendiri, berbeza
dengan rakan sebayanya.
Berdasarkan data yang diperolehi hasil daripada kajian mereka mengenai cara-cara
bagaimana kanak-kanak dan orang dewasa belajar, Dunn dan Dunn mengkategori gaya
pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsure-unsur asas yang kemudiannya
diklasifikasikan kepada empat perkara sahaja berdasarkan rangsangan. Motivasi adalah
salah satu unsure dalam rangsangan emosional.

1.3

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran guru yang mempengaruhi
motivasi pembelajaran pelajar. Objektif kajian adalah seperti berikut:
I.
II.
1.4

Mengenal pasti kaedah pengajaran guru yang berkesan.


Mengenal pasti tahap motivasi pembelajaran pelajar.

Soalan Kajian
Persoalan kajian ini ialah:
I.
II.

1.5

Adakah pengajaran guru mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar?


Apakah tahap motivasi pelajar?

Metodologi
Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk diskriptif yang menggunakan instrument soal
selidik. Jenis penyelidikan ini adalah jenis tinjauan. Kajian ini bertujuan untuk melihat
sejauhmanakah kaedah pengajaran guru mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar.
Sampel kajian adalah guru-guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah SJKT Ladang
Harvard Bhg. 1 dan SJKT Sungai Tok Pawang di daerah Kuala Muda Yan di bawah
pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan, Kedah. Seramai 30 orang guru
telah dipilih secara rawak untuk melibatkan dalam kajian ini.
Untuk mendapatkan maklumat atau data mengenai pembolehubah yang dikaji, boring
soal selidik telah digunakan. Borang soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian iaitu
Bahagian A dan Bahagian B.
i)

Bahagian A : Terdiri daripada 6 item maklumat latar belakang responden


yang perlu diisi oleh responden tersebutiaitu maklumat jantina, umur,
status perkhawinan, kelulusan ikhtisas, pengalaman mengajar dan kelas

ii)

yang diajar.
Bahagian B : Terdiri daripada 30 item soalan. Item-item ini terbahagi
kepada dua komponen utama iaitu komponen pertama Keberkesanan PdP
yang terdiri daripada punca guru, punca pelajar dan punca aktiviti PdP.
Komponen kedua pula Kaedah Pengajaran yang terdiri daripada
pengajaran beramai-ramai, pengajaran berkumpulan dan pengajaran
individu. Pilihan jawapan kepada responden adalah menggunakan kaedah

Skala Likert iaitu skala 1 mewakili Tidak Setuju, skala 2 mewakili


jarang, skala 3 mewakili Kadang Kala, skala 4 mewakili Setuju, dan
skala 5 mewakili Sangat Setuju.
1.6

Cara Dapatan Data


Data-data dalam penyelidikan ini dikumpul dengan mengemukakan tiga set soalan selidik
untuk dijawab oleh guru-guru. Soal selidik tersebut ialah soal selidik demografi guru,
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengajaran.
Soal selidik telah dihantar sendiri oleh penyelidik kepada guru-guru di sekolah terlibat.
Guru telah diberi penjelasan tentang cara pengendalian soal selidik. Penyelidik
mengambil kembali soal selidik tersebut daripada para guru dalam tempoh satu minggu.
Data-data dan maklumat yang diperolehi dari soal selidik yang telah dijawab oleh guruguru telah diproses secara manual untuk mendapatkan min.

1.7

Dapatan
Analisa hasil dapatan tentang kaedah pengajaran guru mempengaruhi motivasi pelajar
dilakukan dengan meletakkan tahap rendah, sederhana dan tinggi pada setiap aspek yang
dibincangkan. Berikut adalah pengelasan tahap faktor berdasarkan analisa min.
Jadual 1 : Pengkelasan Tahap Berdasarkan Min.
Nilai
1.00 2.33
2.34 3.67
3.68 5.00
i)

Tahap
Rendah
Sederhana
Tinggi

Analisa Keseluruhan keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran.


Jadual 2: Tahap Dan Min Keseluruhan Bagi Setiap item
Perkara
Punca Guru
Punca Pelajar
Punca Aktiviti PdP

Min Keseluruhan
4.74
3.58
4.23

Tahap
Tinggi
Sederhana
Tinggi

a) Analisis Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran disebabkan pengajaran guru


Melalui soal selidik yang dikemukakan dapatan kajian menunjukkan, keberkesanan
sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang
berada pada tahap tinggi. Nilai min bagi bahagian punca guru adalah pada 4.74. Ini
menunjukkan guru memikul tanggungjawab yang amat besar untuk menyampaikan
ilmu dan seterunya membangunkan modal insan.

b) Analisis Keberkesanan pangajaran dan pembelajaran disebabkan perbezaan antara


pelajar
Dapatan melalui soal selidik menunjukkan responden bersetuju bahawa keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran adalah disebabkan perbezaan antara pelajar berada pada
tahap sederhana iaitu nilai min 3.58. Berdasarkan dapatan kajian nilai min paling
tinggi adalah pada item soalan Pelajar saya yang cemerlang kerana mereka
bermotivasi tinggi untuk berjaya iaitu berada pada 4.50. Diikuti oleh itemnsoalan
pelajar saya berjaya sebab mereka member tumpuan sepenuhnya semasa proses PdP
dengan nilai min 4.3.
c) Analisis keberkesanan pengajaran dan pembelajaran disebabkan aktiviti PdP pelajar
dan guru sebagai fasilitator.
Jadual 2 di atas menunjukkan nilai min bagi punca aktiviti PdP adalah 4.23 berada
pada tahap tinggi. Pada bahagian ini item soalan saya rasa aktiviti yang pelbagai
sangat mempengaruhi dalam peningkatan kelulusan pelajar saya berada pada tahap
sangat tinggi iaitu nilai min 4.9. Seterunya item soalan pelajar saya suka belajar
apabila saya menggunakan aktiviti berkumpulan di dalam kelas pula berada pada
tahap tinggi iaitu min 4.8. Ini bermakna selain daripada guru pelajar pun memainkan
peranan yang penting bagi keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

ii)

Analisa Keseluruhan bagi kaedah pengajaran


Jadual 3: Tahap Dan Min Keseluruhan Bagi Setiap item
Perkara
Kaedah Pengajaran Beramai-Ramai
Kaedah Pengajaran Berkumpulan
Kaedah Pengajaran Individu

Min Keseluruhan
3.44
4.31
3.73

Tahap
Sederhana
Tinggi
Tinggi

Jadual 3 menunjukkan tahap dan min keseluruhan bagi setiap item persoalan iaitu
kaedah pengajaran beramai-ramai, kaedah pengajaran berkumpulan dan kaedah
pengajaran individu.

1.8

Perbincangan
Dapatan hasil kajian menunjukkan purata min yang paling tinggi dalam keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran ialah punca guru iaitu pembelajaran disebabkan pengajaran
guru iaitu 4.74. Brophy (1998), mengatakan bahawa proses pembelajaran merupakan
sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang
melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar. Sekira ini terjadi
guru dapat mencetus pencapaian murid kepada yang cemerlang dan membanggakan.
Pencapaian seorang pelajar adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang kompleks.
Antaranya adalah pendekatan pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya seorang pelajar berminat untuk belajar, dia pasti akan
mempunyai kesungguhan yang tinggi terhadap pelajaran dan begitulah juga sebaliknya.
Guru merupakan salah satu daripada ejen dalam penentuan tahap pencapaian pelajar. Ini
dapat dikukuhkan lagi dengan kenyataan Atan Long (1978), bahawa untuk menghasilkan
pengajaran yang baik keupayaan guru penting untuk merangsangkan murid supaya
menimbulkan minat mereka melibatkan diri di dalam proses pembelajaran. Pendekatan
pengajaran guru pasti akan memberi kesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
pelajar dalam mencorak pencapaian pelajar.
Hasil kajian juga menunjukkan purata min yang paling tinggi dalam dua kaedah
pengajaran yang dikaji ialah kaedah pengajaran berkumpulan iaitu 4.31 dan kaedah
pengajaran individu pula 3.73. Malalui dapatan ini ramai guru memberi tumpuan

terhadap kaedah pengajaran secara berkumpulan mengikut aras. Aras pengajaran yang
sesuai bermaksud pengajaran mestilah sesuai dengan kebolehan dan keupayaan pelajar.
Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya
mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Apabila aras pengajaran itu rendah, pelajarpelajar yang cerdik tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Ini akan
merugikan pelajar yang cerdik, kerana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa
kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah guru perlu
mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan pelajar yang lemah
dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu
kemahiran.Guru juga boleh mengadakan pengajaran secara individu.
Namun menurut Hartley (1977) dan Horak (1981) dalam (Shahril, 2002) pengajaran
secara individu tidak dapat menunjukkan kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar.
Satu cara pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah melalui pembelajaran secara
koperatif yang mengumpulkan pelajar yang lemah dengan pelajar yang pandai, dan
pelajar yang cerdik akan membimbing pelajar yang lemah dalam kumpulannya.Dengan
itu, guru akan dapat mengajar dan member tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran.
Kajian oleh Beginning Teacher Evaluation study dalam (Shahril,2002) menunjukkan
masa yang diperuntukkan kepada sesuatu mata pelajaran tidak member kesan kepada
pencapaian pelajar apabila masa itudiukur pada peringkat kelas.
Melalui soal selidik ini analisa dapatan bagi kaedah pengajaran individu juga terletak
pada tahap yang tinggi iaitu min 3.73.Ini bermakna guru-guru juga memberi fokus
kepada kaedah pengajaran secara individu. Dalam pembelajaran individu, para guru perlu
memahami gaya pembelajaran pelajar dan menganggap perbezaan yang ada pada diri
seseorang pelajar itu merupakan keistimewaan dan mereka dapat menggunakan
keistimewaan itu secara berkesan dalam pembelajaran mereka. Satu perancangan yang
teliti dan sistematik amat diperlukan memandangkan gaya belajar individu merupakan
aspek yang begitu penting dalam pendidikan masa kini dan akan datang. Apabila kaedah,
sumber dan program disuaipadankan dengan gaya belajar palajar, maka pencapaian
akademik dan sikap pelajar akan meningkat. Gaya belajar seseorang adalah berbeza
antara satu dengan lain tanpa mengambilkira umur, status sosioekonomi atau kecerdasan.

Oleh itu , pengajaran dan pembelajaran sewajarnya disesuaikan dengan gaya


pembelajaran individu agar motivasi pembelajaran meningkat.
Abd Rahim bin Abd Rashid, seorang tokoh pendidikan dalam (Abdullah, 1998 )
merumuskan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran
yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut iaitu guru perlu menyesuaikan
kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar dengan lebih menekankan soal
minat, intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan dan apresiasi sesuatu mata pelajaran
dalam kehidupan pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata
pelajaran yang melibatkan guru dan pelajar perlu kepada cara pembelajaran dengan
menggunakan alat bantuan terkini seperti penggunaan komputer, software atau internet.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran perlu menarik minat
dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria ini amat penting menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan
kreatif pelajar.Manakala kaedah dan metodologi pengajaran yang bersifat spoon feed
induktif yang hanya memintingkan supaya murid menerima apa sahaja yang disogok oleh
guru tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan budaya belajar dan
budaya mengajar pada era perkembangan informasi maklumat yang berlaku dalam
masyarakat moden.
Oleh itu amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang berkesan bermakna pengajaran
guru itu dianggap baik jika guru tersebut berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran,
menyediakan alat bantu mengajar (ABM), mendalami isi kandungan yang hendak diajar.
Selain itu guru juga perlu mengetahui akan kebolehan pelajar menerima pelajaran,
member motivasi kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh, dapat mengawal
kelakuan pelajar, mengumpulkan pelajar mengikut kumpulan dan member penilaian atau
ujian yang kerap kepada pelajar. Dengan kata lain pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan merupakan kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar dengan baik dan dapat
memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik.

1.9

Rumusan
Secara keseluruhannya kaedah pengajaran yang pelbagai malalui penggabungjalinan
beberapa kaedah dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar oleh
guru. Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang popular dan member kesan yang baik
kepada pelajar seperti bercerita, lakonan dan demonstrasi. Kaedah pengajaran yang
kurang memberangsangkan akan menyebabkan pelajar bosan dan kurang melibatkan diri
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Satu pendekatan sistematik perlu dilakukan oleh guru dalam proses perkembangan ilmu
pengetahuan melalui perkaedahan yang sesuai bagi mewujudkan pembelajaran yang
berkesan dalam bilik darjah. Guru perlu bijak merekacipta pengalaman pembelajaran
yang mencabar, tugasan dan teknik penilaian yang mempunyai pelbagai tahap kesukaran
serta member latihan secara tetap dan berterusan. Guru juga perlu mahir memadankan
kaedah mengajar dengan objektifnya dan gaya pembelajaran pelajar bagi menghasilkan
satu sesi pengajaran yang baik.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai oleh guru dapat meningkatkan
motivasi dan minat pelajar untuk belajar. Guru perlu prihatin terhadap pelbagai
kecerdasan dalam kalangan pelajar masing-masing. Kaedah dan aktiviti yang berbeza
perlu dirancang untuk murid-murid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini
perhubungan antara individu, perhubungan diri sendiri, perhubungan antara insane dan
pemahaman tentang alam sekitar.
Amalan pengajaran guru yang berkesan bermakna guru tersebut merancang pengajaran
terlebih dahulu sebelum mengajar (Shahril, 2002). Ini bererti guru akan menyediakan dan
menyiapkan buku rekod, berupaya mempelbagaikan kaedah pengjaran, menyediakan alat
bantu mengajar (ABM), membuat rujukan bagi mendalami isi kandungan yang hendak
diajar supaya pengajaran guru itu menyeronokkan, dan dapat menarik minat pelajar untuk
terus belajar. Selain itu, guru juga perlu mengetahui akan kebolehan pelajar menerima
pelajaran atau aras pelajaran, member motivasi kepada pelajar supaya belajar
bersungguh-sungguh, dapat mengawal kelakuan pelajar dan dapat member penilaian atau
ujian yang kerap kepada pelajar.

Dapatan kajian ini menunjukkan cara pengajaran guru mestilah sesuai dan berpadanan
antara kaedah pengajaran dan stail belajar pelajar. Dengan itu, proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan bagi meningkatkan mutu dan
kualiti pendidikan dalam menghadapi cabaran zaman sains dan teknologi. Pelajar juga
dapat memahami kecenderungan, kekuatan dan kelamahan sendiri dalam gaya
pembelajaran yang diamalkan oleh mereka.
1.10

Penutup
Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan objektif pengajarannya
di dalam kelas dapat dicapai. Penggunaan kaedah pengajaran yang berkesan merupakan
suatu cara supaya pelajar dapat memahami pengajaran guru. Guru perlu menggunakan
kaedah pengajaran yang pelbagai kerana setiap pelajarnya mempunyai minat dan
kebolehan yang berbeza. Perbezaan minat dan kebolehan pelajar tersebut perlu
digerakkan dengan menimbulkan motivasi dalam diri pelajar tersebut terhadap
pelajarannya. Motivasi dapat menjadi tenaga penggerak kepada pelajar di samping dapat
menjadi pencetus minat pelajar untuk belajar. Kepelbagaian kaedah pengajaran akan
dapat merangsang motivasi untuk bersaing dengan pelajar lain.

RUJUKAN

Abdullah Mohd Noor.1998. Pengajaran dan Pembelajaran: Isu, Strategi dan Pendekatan
dalam Pendidikan. Kertas kerja dibentangkan di Maktab Perguruan Perempuan
Melayu, Melaka. 26 September..
Anuar, A., Siti Haishah, A.R. & Nur Atiqah, A. 2009. Tahap Keupayaan Pengajaran

Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi


Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) : 53 - 66
Azizi Yahaya dan Syazwani binti Abdul Razak. 2008. Hubungan Antara Gaya
Pembelajaran dan Kaedah Pengajaran dengan Pencapaian Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah Awam di Sekolah Menengah Teknik **
Azizi Yahaya, Yusof Boon & Kamaliah Noordin.2007. Hubungan antara Konsep
Kendiri, Motivasi dan Gaya Keibubapaan dengan Pencapaian Pelajar.
Jurnal Pendidikan ** : 1-17.
Mok Song Sang. 1992. Pedagogi 2: Strategi Pengajaran Pembelajaran Mikro.
Kaedah Pengajaran.
Naina Mohd b. Md.Noor. 2000. Stail Pengajaran Guru dan Gaya Pembelajaran Murid.
Jurnal Pendidikan TigaENF 2(3) :**
Shahril @ Charil bin Marzuki.2002. Amalan Pengajaran Guru yang Berkesan:
Kajian di Beberapa Sekolah di Malaysia. **
Sharifah Alwiah Alsagoff. 1986. Ilmu Pendidikan : Pedagogi. Kaedah Pengajaran.
http://pendislami.tripod.com/kaedah-pengajaran.htm ( 8 Oktober 2010 ).

You might also like