Soalan 6

You might also like

You are on page 1of 2

Strategi Pemuliharaan in situ merupakan salah satu cara pemulihan masa jangka

panjang dan semulajadi dan merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah
sedia ada di habitat asalnya. Namun, pemuliharaan ini agak sukar dijalankan kerana
keadaan habitat dan ekosistem yang semakin hari kian mengalami perubahan dan
pembangunan oleh manusia. Strategi ini adalah untuk membendung peningkatan
aktiviti manusia yang boleh mengakibatkan spesis hidupan liar pupus melalui
hakisan genetik, pengeluaran sumber secara berlebihan, pembiakan terhad,
perubahan persekitaran, serangan penyakit serta persaingan dengan spesis
sksokita (spesis invasif). Pemuliharaan in-situ ini bertujuan mengekalkan tumbuhan
dan hidupan liar di habitat dengan penubuhan tempat konversi seperti taman
negara, hutan kekal simpan taman-taman laut dan pusat pemuliharaan hidupan liar.
Walaupun pemuliharaan In-situ mempunyai kelebihan bagi memastikan spesis dapat
mengadaptasi persekitaran dengan baik kerana ekosistemnya yang lebih sesuai
dengan kemandiriannya namun ianya mempunyai cabaran pada masa akan datang.
Kekurangan habitat semulajadi antara satu cabaran bagi meneruskan
pemuliharaan dan pemeliharaan secara In-situ. Ketika ini, hutan di seluruh dunia
amnya dan di Malaysia khasnya semakin berkurangan kerana kesan daripada
pembalakan dan manipulasi aktiviti manusia secara terlarang. Hal ini menjejaskan
habitat-habitat bagi semua spesis hidupan flora dan fauna. Malaysia merupakan
negara yang mencatatkan rekod kemusnahan hutan tertinggi di dalam kalangan
negara-negara Hutan Tropika. Walaupun malaysia masih diiktiraf sebagai negara
yang mempunyai litupan hutan banyak iaitu 59% namun statistik daripada Food and
Agriculture of the United Nations (FAO) menunjukkan Malaysia 86% kadar
kemusnahan hutan pada tahun 1990-2000 dan 2000-2005.
Hal ini berlanjutan dengan imbasan imej satelit yang menunjukkan Malaysia
mempunyai kadar 3 kali lebih cepat kemusnahan di asia. Hutan-hutan tersebut
digantikan dengan aktiviti perbandaran, pertanian dan perindustrian. Contohnya
pembangunan Bandar baru, pembinaan kilang, penanaman ladang kelapa sawit dan
menyebabkan hutan dibiarkan gondol. Selain itu, kepupusan spesis secara
semulajadi juga akan memberi kekangan. Kesan daripada habitat berkurang, spesis
flora dan fauna akan pupus. Contohnya, gajah pygmy jantan yang telah mati dan
tinggal hanya dua ekor gajah betina. Maka jika pemuliharaan in-situ sahaja
digunakan, pasti pembiakan populasi tidak akan berubah. Badak tersebut terpaksa
dipulihara dengan cara permanian beradas (makmal) dan penggunaan gajah dari
hutan lain untuk dipindahkan bagi tujuan pembiakan dan menambahkan
populasinya.
Kemudian, cabaran pemuliharaan in-situ ialah tidak dapat melindungi spesis-spesis
tersebut daripada penyakit. Menurut David Murell, [pakar ekologi dari unversity
College London 300 jenis penyakit baharu telah muncul dan sebanyak haiwan 60%
daripada penyakit tersebut dan daripada 60% jangkitan tersebut 70% adalah haiwan
liar. Ianya susulan daripada perubahan cuaca dunia yang telah mengakibatkan
pelbagai penyakit baharu yang berpunca daripada haiwan. Contohnya, Penyakit HIV
berpunca daripada chimpanzee di Afrika Baat. Tumbuhan juga pasti akan dapat

dijaga daripada gangguan penyakit melalui parasit Tetranychus dan Thrips Palmi
karnya.

Bagi mengatasi masalah kekurangan habitat semula jadi, McNeely, et. al., (1990)
seterusnya telah mencadangkan agar sesebuah kawasan perlindungan yang
dibentuk mestilah mempunyai keluasan yang secukupnya agar pentadbirannya
boleh dipecahkan kepada beberapa kategori pentadbiran iaitu dari yang tegas
kepada yang longgar. Pentadbiran yang longgar akan membenar atau
menggalakkan sumber-sumber alam sekitar yang dilindung digunakan oleh manusia
pada kadar mapan sebagai salah satu bentuk jalinan sosial dan pembangunan
ekonomi di kawasan berkenaan.
Mengawal Kegiatan Pembalakan Haram/Penguatkuasaan Undang-undang.
Pembalakan haram diawasi melalui udara menggunakan helikopter dan gambar/foto
udara. Pembalak haram yang ditangkap dikenakan tindakan undang-undang seperti
denda dan penjara. Pemantauan di udara bukan sahaja dapat mengesan kegiatan
pembalakan haram tetapi juga dapat mengawal kegiatan pertanian pindah yang
dijalankan oleh orang-orang asli. Kejadian kebakaran hutan juga dapat dipantau
melalui penggunaan helikopter.
Kesimpulan
Strategi terbaik bagi melindungi biodeversiti adalah dengan memelihara dan
memulihara populasi secara semulajadi dan komuniti semulajadi di dalam habitat
tersendiri dikenali in-situ. Pemuliharaan in-situ dilihat lebih baik untuk hidupan liar
kerana ianya dibiarkan hidup di habitat masing-masing. Walaubagaimanapun, bagi
haiwan yang tidak ada pilihan untuk dipulihara pada habitatnya, cara yang terbaik
dilakukan adalah dengan menghasilkan habitat baru yang mempunyai sama
keadaan seperti habitat semulajadi haiwan tersebut misalnya pemuliharaan ex-situ.
Ancaman lain:
ancaman pemburu atau penuaian hasil secara haram, pemungutan kayu sebagai
bahan tenaga dan haiwan ternakan, pembakaran hutan, pencemaran, bencana alam

You might also like