You are on page 1of 5

Empayar Uthmaniyah

FAKTOR PENYEBARAN ISLAM KE EROPAH


Penyebaran islam secara meluas dan kian menjadi kukuh di Eropah
semasa zaman kerajaan Bani Umaiyah terutamanya di kawasan
Sicily dan Sepanyol. Kerajaan ini diasaskan oleh Khalifah Abdul
Rahman I pada tahun 756 M
Penaklukan Constantinople oleh Mehmed Fatih pada tahun
1453 pula telah menandakan penyebaran islam di kawasan Eropah
Timur.

Khalifah Abdul Rahman I

Mehmed Fatih

Pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi di kalangan


orang Islam merupakan tunjang utama dalam penyebaran islam ke
Eropah.
Semasa Zaman Uthmaniyah, tentera Islam mempunyai semangat
ghazi.
Semangat ghazi merujuk pada semangat untuk menjadi pahlawan
yang sanggup berkorban untuk menyebarkan agama Islam. Inilah
yang telah menjadikan tentera Uthmaniyah begitu bersungguhsungguh memperluas kawasan empayar Uthmaniyah ke Eropah.
Sistem kententeraan yang tersusun serta pengunaan peralatan
senjata moden juga merupakan faktor yang penting dalam
memperluaskan kawasan empayar Uthmaniyah.
Kerajaan Uthmaniyah mempunyai kumpulan Janissari iaitu
kumpulan elit yang sangat terlatih dalam selok-belok peperangan.

Dari Segi Ketenteraan pula,


Kerajaan Uthmaniyah mempunyai senjata moden seperti meriam
besar. Ini menjadi satu kelebihan yang amat penting dalam
perluasan empayar Uthmaniyah.
Kerajaan Uthmaniyah juga mempunyai armada laut yang kuat.
Semasa pemerintahan Suleiman al-Kanuni, armada laut
Uthmaniyah mempunyai 300 buah kapal yang digunakan untuk
mengawal keselamatan di kawasan laut Mediterranean

Suleiman al-Kanuni

Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Benzyantine juga telah


memberikan laluan kepada penyebaran islam,terutamanya di
kalangan masyarakat Balkan.
Istitusi gereja juga hampir hancur disebabkan penyalahgunaan
kuasa, pergaduhan para pemimpinya serta kekurangan kewangan
untuk beroperasi. Dalam keadaan beginilah ramai penganut agama
Kristian tertarik kepada keistimewaan yang terdapat dalam agama
Islam.

Dari segi dasar politik dan keagamaan,


Perluasan kerajaan Uthmaniyah ke kawasan Balkan tidak bermakna
masyarakat Balkan terpaksa untuk memeluk islam.
Kerajaan Uthmaniyah bukan sahaja mengiktirafkan kedudukan,
perundangan dan harta Gereja Ortodok tetapi turut membenarkan
institusi tersebut melindungi kepentingan masyarakat
Kristian di kawasan Balkan.
Secara Umumnya, Kerajaan Uthmaniyah tidak bercampur tangan
dalam urusan keagamaan orang Kristian.

Contoh Gereja Ortodok

Dari segi dasar sosial islam,


Dasar sosial Islam berasaskan kecemerlangan individu dan
bukannya keturunan. Sistem ini membolehkan setiap individu
mendapat imbuhan hasil daripada usahanya. Ini berbeza sekali
daripada sistem sosial sebelum kedatangan islam yang
menitikberatkan latar belakang keturunan.
Selain itu, Kerajaan Uthmaniyah membina semula sekolah, rumah
sakit dan kawasan perdagangan demi kemudahan rakyat. Ini telah
menarik minat orang Kristian untuk memeluk islam.
Dasar sosial kerajaan Uthmaniyah yang progresif inilah yang telah
menjadi tunjang kepada pembentukan masyarakat islam
terutamanya masyarakat bandar.
Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan dan usaha para
pendakwah juga telah memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan dan penyebaran islam di Eropah semasa zaman
Uthmaniyah.
Orang Turki yang berhijrah ke Balkan telah membina petempatan
mereka di kawasan yang didiami oleh mubaligh Islam, iaitu
kumpulan Sufi.
Pengajaran ahli kumpulan Sufi yang banyak menekankan toleransi
dan asimilasi dalam ajaran mereka telah menarik ramai orang
Kristian untuk memeluk islam.
Yang jelasnya, penyebaran islam di kawasan Balkan yang dimulakan
oleh kerajaan Uthmaniyah ini berterusan hinggalah abad ke-17 dan
abad ke-18 apabila Islam turut tersebar ke kawasan utara Albania,
montenegro dan selatan-barat macedonia serta Crete

You might also like