You are on page 1of 3

Tugasan 2

Pada era millennium ini, e-pembelajaran menjadi satu istilah yang amat signifikan
dalam bidang pendidikan lebih lebih lagi dalam menjelang abad ke- 21. Menurut
Kamaludin Ahmad, e-pembelajaran dapat didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran
yang menggunakan sistem atau komponen elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan
teknologi

untuk

meningkatkan

kebolehcapaian

dan

keberkesanan

pembelajaran,

Contohnya, aplikasi Programme Score A, Frog, EXE dan sebagainya. Saya telah
menghasilkan satu objek pembelajaran diintegrasikan dalam perisian berasaskan web yang
sesuai untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi topik Perbezaan dan
perawakan lelaki dan perempuan bagi pelajar Tahun 2.
Antara kelebihan objek pembelajaran yang saya hasilkan ini ialah pelajar dapat
membolehkan proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan tanpa mengira jarak dan
bilangan ahli yang melayarinya.Selain itu, pelajar tidak perlu pergi ke kelas, mencari
penginapan ataupunn merada jauh dari pekerjaan mereka apabila menghadiri kelas atas
talian Melalui penghasilan objek pembelajaran ini, murid dapat mengamalkan pembelajaran
yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan
kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik. Contohnya,
saya telah memasukkan audio dan video yang menunjukkan perawakan lelaki dan
perempuan supaya pelajar- pelajar akan lebih memahami tentang topik tersebut. Selain itu,
setiap pelajar akan mempunyai gaya belajar yang tersendiri sama ada secara auditori, visual
atau kinestetik. Justeru, objek pembelajaran dalam talian ini dilihat sebagai satu medium
yang ideal bagi semua pelajar tanpa mengira gaya belajarnya. Pelajar visual boleh
menikmati grafik dan imej animasi yang disediakan manakala pelajar auditori boleh
mendengar sebutan dan suara dalam penerangan yang diberikan. Walaubagaimanapun,
pelajar kinesteik mungkin mendapati pembelajaran jenis ini agak sukar kerana terdapat
simulasi tentang apa yang dipelajari namun ianya bukanlah secara real hand-on.
Tambahan pula, saya juga telah menyediakan pendekatan kepada latihan dan
maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu bagi memastikan pelajarnya berasa senang
untuk mengakses maklumat. Antara pendekatan yang saya gunakan untuk latihan dan
maklumat ialah Betul atau Salah, Pilihan yang tepat, bacaan dan sebagainya. Sebagai
mana kita tahu, objek pembelajaran ini dapat memberikan pengalaman yang menarik dan
bermakna sehingga pemahaman pembelajaran akan lebih bermakna, mudah diingat dan
mudah di jelaskan kembali. Contohnya, saya telah menyediakan slaid ataupun nota yang
jelas berserta dengan nota tambahan bagi perkataan yang susah difahami. Selain itu,
animasi yang saya gunakan merupakan berkaitan dengan topic pembelajaran yang dapat
1

menarik perhatian pelajar lebih lebih lagi kanak- kanak. Sudah terang bersuluh lagi, objek
pembelajaran ini memang memberi keberkesanan. Contohnya, pelajar boleh menghadiri
kelas pada waktu mereka sendiri tanpa perlu terikat dengan jadual waktu yang ketat. Kelas
seperti ini berkesan untuk satu jangka masa yang panjang dan pelajar dapat menyimpan
maklumat dengan lebih lama. Di samping itu, memandangkan pengulangan terbukti dapat
mengekalkan daya ingatan untuk jangka masa yang lebih lama, salah satu kelebihan yang
diperoleh oleh pelajar dalam ialah mereka dapat memainkan semula bahan yang terdapat
dalam objek pembelajaran ini secara berulang kali sehingga mereka ingat dan benar-benar
faham tentang topiknya. Objek pembelajaran ini terbukti berkesan kerana pendekatan yang
berbeza boleh digunaan untuk menerangkan isi pembelajaran setiap topik dan fleksibiliti
yang terdapat dalam pembelajaran ini benar-benar memudahkan pelajar.
Seterusnya, objek pembelajaran ini dapat membantu pelajar untuk mengulang kaji
ataupun membaca sesuatu topik dengan cepat dan dalam masa yang singkat, Pelajar dapat
menghabiskan satu modul dalam satu-satu kelas dan pada waktu yang ditetapkan mereka
sendiri. Misalnya, apabila mereka sudah menghabiskan satu modul dalam satu jam, mereka
boleh bergerak ke modul seterusnya. Dengan ini kelihatan mudah dan lebih pendek dan
mempunyai masa yang lebih bagi topik seterusnya. Selain itu, penghasilan ini dapat
mengurangkan kos bahan kursus. Contohnya, dalam topik ini saya telah menunjukkan dua
buah patung yang menunjukkan perbezaan lelaki dan perempuan, melalui objek
pembelajaran ini pelajar dapat melihat dan mengetahuinya tanpa memerlukan patung
tersebut secara realitinya. Hal ini dapat mengurangkan kos bahan kursus.
Walaubagaimanapun, kekurangan yang boleh dilihat dalam objek pembelajaran ini
ialah salah satu ciri khas dari pembelajaran jarak jauh adalah terpisahnya secara fizik antara
pengajar dengan pembelajar, sehingga menjadikan interaksi antara pengajar dengan
pembelajar menjadi tidak ada atau kurang sekali. Contohnya, objek pembelajaran ini
mengambil alih tempat pendidik dalam kalangan pelajar dan interaksinya tidak akan sihat
kerana pelajarnya akan hanya tertumpu pada komputer. Selain itu, masalah internet dan
komputer juga salah satu yang akan dihadapi oleh pelajar ketika mengakses objek
pembelajaran ini. Jika kemudahan komputer dengan internetnya sudah tersedia lengkap
masalahnya

akan

timbul

kerana

kurangnya

pengetahuan

dan

kemampuan

atau

keterampilan (skill dan knowledge) mengoperasikan komputer dan memanfaat internet


secara optimal kerana segelinitir masih seperti katak di bawah tempurung, Justeru,
diperlukan sumber daya manusia, seperti pengajar yang terampil memanfaatkan komputer
dan internet secara optimal dalam teknik pembelajaran yang menggunakan komputer untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat sebanyak-banyaknya.

Kesimpulannya, e-pembelajaran sangat membantu dalam proses pembentukan


pembelajaran sepanjang hayat seperti yang diharapkan oleh dasar pendidikan negara kita.
Oleh itu cara melaksanakan e-pembelajaran yang baik dalam pembelajaran amat
digalakkan. Oleh hal yang demikian, saya berasa objek pembelajaran berasaskan talian
yang saya hasilkan ini dapat menjayakan pelajar lebih memahami topik yang berkaitan.

You might also like