You are on page 1of 2

Surat tak mai sekolah

Kelas 6 Bijak Tahun Enam,


Sekolah Kebangsaan Taman Astaka,
81300, Skudai,
Johor.

Cikgu Amira Binti Karim


Sekolah Kebangsaan Taman Astaka,
81300, Skudai,
Johor.

14 April 2016

Cikgu,
PERKARA : Tidak Hadir Ke Sekolah
Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan segala hormatnya, saya Ali
Bin Ahmad ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke
sekolah semalam kerana menziarahi datuk yang sakit tenat di
kampung.
2. Keluarga saya telah menerima panggilan telefon lewat malam
semalam. Keluarga saya telah bertolak ke kampung di Batu Pahat
sejurus selepas menerima panggilan itu. Masa yang sudah lewat
malam menyebabkan saya tidak sempat untuk menghubungi dan
memaklumkan cikgu atau rakan-rakan sekelas perkara ini.
3. Saya berharap penjelasan saya ini diterima dan berharap agar
cikgu dapat memaafkan kesalahan saya ini.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(ALI BIN AHMAD)


Kelas 6 Bijak Tahun Enam,
Sekolah Kebangsaan Taman Astaka

You might also like