You are on page 1of 2

1.

2.0

PENGENALAN
Negeri Borneo Utara telah dibentuk semasa pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (British
Borneo Company,BNBC) 1882-1946. Nama Sabah mula digunakan secara rasmi pada 1963
semasa Malaysia ditubuhkan. Walaupun Sabah mempunyai tinggalan sejarah yang lama tetapi
tidak wujud pusat kegiatan politik. Sebelum abad ke 16, Sabah diperintah mengikut suku kaum
dan tidak membentuk satu unit negeri atau kesultanan. Semasa di bawah naungan Brunei pun
tidak ditadbir sebagai satu unit politik tapi dipecahkan kepada jajahan-jajahan.
Bagi masyarakat pedalaman sistem pemerintahan mengikut sistem sukuan. Selain Brunei,
kesultanan Sulu juga berpengaruh di Sabah setelah sultan Muhiddin menyerahkan kawasan dari
teluk Marudu hingga sungai sebuku.
PENDUDUKAN AWAL SBBUB DI BORNEO UTARA
Sultan Abdul Momin telah memberikan konsesi wilayah Borneo Utara kepada Moses dengan
bayaran $4200 dan $4000 setahun masing-masing kepada Sultan Abdul Momin dan Pengiran
Temenggong.
Kemudian, C.L. Moses telah menjual hak pajakannya kepada J.W. Torrey, seorang ahli perniagaan
di Hong kong, yang mana bersama dengan rakan kongsinya telah membentuk Syarikat
Perdagangan Amerika di Borneo.
1875- J.W Torrey menjual pula pajakan tersebut kepada Baron de Overbeck iaitu konsul Austria di
Hong kong dan Axlfred Dent iaitu rakan kongsi Baron de Overbeck.
1880- Overbeck telah menjualkan semua haknya kepada Alfred dan Edward Dent. Kemudian,
Dent telah menubuhkan persatuan sementara Borneo Utara Berhad (SBUB). .
Ogos 1881- kerajaan British telah menganugerahkan piagam kepada persatuan sementara
Borneo Utara British Berhad di mana melalui piagam tersebut, SBUB mempunyai kuasa mentadbir
negeri Sabah.
1882- syarikat itu dinamakan sebagai Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB).
1888- SBBUB menandatangani perjanjian perlindungan Borneo Utara yang menjadikan Sabah
sebagai negeri naungan British dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal luar Sabah.

3.0 PENENTANGAN MAT SALLEH

Kemasukan pentadbiran British telah membawa berbagai perubahan ke arah pembaratan yang
telah dilakukan secara paksa. Ini termasuklah dalam bidang ekonomi, politik dan birokrasi
pentadbiran.

Perubahan-perubahan ini telah mengubah peraturan-peraturan yang sedia ada dan menghadkan
serta menyekat amalan lama penduduk tempatan. Oleh sebab itu, hal ini membawa kepada
reaksi penentangan.
3.1 FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN

Penguatkuasaan cukai- Cukai kepala, cukai dan lesen perahu, cukai ke atas beras, barang-barang
dagangan dan bayaran lesen.

Dalam bulan Ogos 1895, Mat Salleh membuat bantahan tentang dakwaan Haji Oteng (kerani
syarikat berpiagam di Jambongan) yang melaporkan beliau memungut cukai di Sugut.

Pembinaan jalan kereta api dari teluk Brunei ke pelabuhan Cowie dan telegraf dari Labuan ke
Sandakan. Bagi menampung perbelanjaan membuat projek tersebut, pelbagai jenis cukai
dikenakan ke atas penduduk termasuklah di kawasan pedalaman.
3.2 PERISTIWA PENENTANGAN

Permulaan Penentangan- Pada 1894, SBBUB telah membuka sebuah pusat kastam di Pulau
Jambongan. Pusat kastam ini diuruskan oleh seorang kerani dan beliau diberi kuasa untuk
mengutip cukai di kawasan tersebut. Tindakan kompeni dilihat sebagai satu pencerobohan dan
pada masa inilah Mat Salleh dan pengikutnya memulakan penentangan.

Peristiwa Sandakan Dan Jambongan 1895- Pada tahun 1984, SBBUB telah menuduh Mat
Salleh dan pengikutnya membunuh dua pedagang Iban di Sungai Sugut. SBBUB telah
mengarahkan penangkapan Mat Salleh, akan tetapi beliau telah menyerahkan diri dan telah diberi
kemaafan. Namun begitu, pada 17 Ogos 1895, Mat Salleh telah melawat Sandakan sekali lagi
bersama sekumpulan ketua dari sungai Sugut. Mereka berniat untuk menyampaikan
memorandum mengenai rasa tidak puas hati mereka terhadap cukai kepala dan pas perahu yang
telah dikenakan oleh Ketua Anak Negeri Kerajaan. Selama dua hari Mat Salleh dan pengikutnya
menunggu di muara, mereka tidak dilayan oleh pegawai kerajaan SBBUB. Mat Salleh menganggap
ini adalah satu penghinaan dan tidak adil bagi mereka.

Peristiwa Sugut Dan Labuk - Antara tahun-tahun 1895-1897, Mat Salleh menentang SBBUB

dari beberapa kubu yang dibina di sungai Sugut dan Labuk. SBBUB telah melancarkan ekspedisi
secara besar-besaran untuk menangkap beliau tetapi tidak berjaya. Walaupun kubu-kubu Mat
Salleh di Lingkabau (Sugut), Limbawan (Labuk), dan Padang (ulu Sugut) ini di serang, setiap kali
serangan dilakukan, beliau berjaya melarikan diri.
Serangan Gaya 1897- Dari padang, Mat Salleh telah bergerak secara senyap ke kampung
kelahirannya, Inanam dan di situ beliau melancarkan serangan kilat ke atas pusat perdagangan
SBBUB yang utama di Pantai Barat, iaitu di pulau Gaya. Serangan mengejut ini berlaku pada 9
julai 1897 dan bandar tersebut telah dibakar oleh pasukan Mat Salleh.
Pertempuran Di Ranau 1897-1898- Pasukan polis kerajaan telah mengepung Kubu Mat Salleh
di Ranau pada 13 Disember 1897. Seramai 250 polis Iban dan 38 polis Sikh dan Pathan telah
mengambil bahagian dalam misi ini. Kubu tersebut telah dibedil selama beberapa hari, akan
tetapi benteng kubu ini adalah terlalu kuat untuk dimusnahkan. Oleh sebab itu, pasukan polis
tersebut terpaksa berundur. Pada 5 Januari 1898, percubaan kali kedua dimulakan, tetapi Mat
Salleh dan pengikutnya berjaya menyelamatkan diri dan berpindah ke Tambunan di pedalaman.
Persetiaan Keamanan Di Palatan 1898- Cowie membuat keputusan untuk melawat Sabah dan
mengadakan perjumpaan secara peribadi dengan Mat Salleh untuk menjalinkan hubungan demi
mewujudkan keamanan pada 19 April 1898 di kampung Palatan di Ulu menggatal. Pada hari
tersebut, Cowie dan Mat Salleh telah bertemu dan akhirnya mencapai persetujuan untuk
mewujudkan keamanan. Mengikut persetujuan di kawasan Tambunan diserahkan kepada Mat
Salleh sebagai wilayah kekuasaan beliau.
Pertempuran Di Tambunan 1899-1900- SBBUB telah mengukir janji dan membuat keputusan
pada 1899 untuk mengambil alih kekuasaan di Tambunan. Pada bulan Oktober 1899 SBBUB mula
membina sebuah pusat pentadbiran di tambunan. Mat Salleh melihat tindakan ini sebagai satu
bentuk pencerobohan dan beliau telah membuat persediaan untuk berperang mempertahan
kedudukannya di Tambunan. Mat Salleh melihat tindakan ini sebagai satu bentuk pencerobohan
dan beliau telah membuat persediaan untuk berperang mempertahan kedudukannya di
Tambunan.

You might also like