You are on page 1of 6

Refleksi Mingguan.

Minggu Pertama
Pada minggu pertama kelas, jurlatih Silat iaitu Abang Zul banyak menerangkan kepada kami
apakah sebenarnya Seni Silat Serimau Hitam untuk gambaran awal kepada kami sebagai pelajar
baharu Seni Silat Serimau Hitam. Selain itu, Jurulatih juga, memberi penjelasan mengenai yuran
persatuan dan juga baju untuk persatuan. Yuran adalah sebanyak RM 19 untuk satu semester.
Yuran ini terpaksa dibayar kerana ia terikat dengan persatuan luar. Dalam minggu ini juga,
beberapa jurus silat juga telah ditunjukkan kepada pelajar sebagai pengenalan kepada Silat
Serimau Hitam. Antara jurus yang diajarkan ialah jurus tumbuk 3 kali pusing. Namun penekanan
turut diberikan kepada Senaman Sembah Sejarah persatuan secara ringkas juga telah diajarkan.
Instruktur telah menunjukkan demontrasi tempur tanpa senjata kepada pelajar. Pelajar juga
dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 2 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan wanita. Selain itu,
pasangan juga dibahagikan untuk tujuan bermain buah.

Minggu Kedua.
Pada minggu kedua, kami melakukan upacara tawap sebelum masuk ke gelangang. Tawap
dilakukan dengan membaca alFatihah sebanyak 3 kali, dan selawat keatas Nabi sebanyak 3 kali
dengan diakhiri doa memohon kepada Allah untuk memberi keselamatan kepada pelajar semasa
latihan diadakan. Pada kali ini kami juga diajarkan secara serba sedikit mengenai tumbuk 3 kali
pusing. Namun ia hanyalah latihan yang biasa saja. Kami belajar mengenai Senaman Sembah.

Senaman Sembah dalam Seni Silat Serimau Hitam mengandungi 6 pergerakan iaitu pergerakan
1, 2, 3, 4, 5 dan 6. Setiap pergerakan yang dilakukan mengandungi fungsi yang tersendiri.
Latihan ditumpukan kepada Senaman Sembah. Latih tubi dilakukan berkali-kali supaya pelajar
dapat mengingati pergerakan yang dilakukan.

Minggu ketiga
Pada minggu ni, hujan agak rintik-rintik turun semasa latihan dilakukan. Namun itu, tidak
mematahkan semangat untuk kami meneruskan latihan kami pada hari tu. Kami melakukan 2
perkara pada hari ini. Pertama kami melakukan latihan untuk Senaman Sembah. Banyak kali
kami membuat latihan Senaman Sembah kerana ia merupakan komponen penting kepada silat itu
sendiri. Kedua, kami belajar jurus pertama iaitu Asas 12 Separuh Tiang. Asas 12 Separuh Tiang
merupakan jurus pertama dalam kompenan Seni Silat Serimau Hitam. Ia dilakukan dengan
keadaan separuh atau dan melakukan sebanyak 12 pergerakan dalam keadaan separuh tiang
tersebut. Pergerakan tersebut ialah pergerakan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, dan 12.

Minggu keempat.
Pada minggu ini, pelajar masih latih berlatih dengan Senaman Sembah untuk mengigat kembali
apa yang diajarkan. Masih ada pelajar yang sudah lupa akan pergerakan yang diajar dan ada juga
pelajar baru yang masuk ke kelas. Selain Senaman Sembah kami juga mengadakan latihan Asas
12 Separuh Tiang. Dan pada kali ini, kami juga diajarkan jurus yang baru iaitu jurus kedua
Tumbuk 3 Kali Pusing. Dalam jurus ini mengandungi 4 pergerakan iaitu pergerakan 1, 2, 3 dan

4. Selepas sesi latihan tamat, instructor telah mengadakan sesi deontrasi silat untuk dilihat oleh
pelajar mungkin sebagai daya penarik untuk memberi lebih komitmen kepada pelajar untuk terus
mempelajari ilmu persilatan. Sebelum balik dari kelas, kami telah membayar yuran sebanyak
RM 19 dan juga membayar harga baju persatuan.

Minggu kelima.
Pada minggu ini, kami telah mengulang pelajaran yang sama iaitu Senaman Sembah, Asas 12
Separuh Tiang dan Tumbuk 3 Kali Pusing. Kami melakukan latihan keatas ketiga-tiga jurus
tersebut secara bergilir-gilir antara satu sama lain. Kebanyakan pelajar sudah mulai faham namun
ada yang masih kurang mengingati buah tersebut disamping ada pelajar baru yang cuba
mengikuti perlahan-lahan pelajaran yang diajar.

Minggu keenam
Pada hari ini, ramai pelajar yang tidak hadir ke kelas kerana sebelum bermulanya kelas, Tg
Malim mengalami hujan yang agak lebat. Mungkin disebabkan faktor ini, ramai pelajar yang
gagal untuk hadir ke kelas. Pelajaran bermula dalam keadaan padang yang agak becak.
Walaupun tidak ramai yang hadir ke kelas pada hari ini, pelajaran bermula seperti biasa. Kami
bermula dengan melakukan Senaman Sembah, Jurus 1, dan jurus 2 berulang kali untuk kembali
mengingat. Malangnya, masih ramai yang lupa akan pelajaran yang lepas. Pada hari ini juga,
jurus ketiga telah diajarkan iaitu Separuh Tiang. Dalam jurus ini, pelajar dikehendaki untuk
duduk separuh tiang dan menumbuk satu satu sebelum menumbuk bergilir antara tangan kanan

dan tangan kiri. Selepas itu, pelajar perlu menumbuk dahulu sebelum mengulang apa yang
dipelajari dalam Asas 12 Separuh Tiang. Kerana ini sudah dipelajari sebelum ini, jadi jurus
ketiga bukanlah sukar berbanding Senaman Sembah. Pelajar pun dilihat dapat mengingat dengan
baik segala pergerakan walaupun tidak dinafikan ada yang tidak mampu untuk melakukannya.

Minggu ketujuh
Pada hari ini, kami telah melakukan latihan asas seperti biasa. Bermula dengan sesi pemanas
badan kemudian terus membuat Senaman Sembah, Asas 12 Separuh Tiang dan seterusnya. Pada
hari ini juga, kami telah diajar buah yang baru. Jika selama ini hanya bermain dengan jurus dan
Senaman Sembah kini tibalah masa untuk mempelajari buah. Pada hari ini, kami diajar buah
sebanyak 2 buah sekaligus. Walaupun agak ringkas pergerakan buah tersebut namun agak sukar
untuk mengingatinya mungkin disebabkan oleh kedua-dua buah tersebut agak sama dari segi
pergerakannya. Untuk melakukan buah ini, kami dibahagikan kepada pasangan masing-masing
yakni pasangan yang telah dibahagikan pada minggu pertama lagi. Buah ini dilakukan
berpasangan untuk menunjukkan teknik menjatuhkan lawan. Seorang akan bertindak sebagai
penyerang dan seorang lagi akan bertindak untuk menjatuhkan penyerang tadi.

Minggu kelapan.
Pada minggu ni, berlaku hujan lebat sebelum kelas silat bermula menyebabkan kelas terpaksa
dipindahkan ke Gimnasium. Kami terpaksa berkongsi Gimnasium dengan lain-lain kumpulan
kokurikulum seperti Taekwando, ping pong dan badminton. Disebabkan ruang yang tidak

mencukupi jadi kami telah berlatih hanya beberapa kali sahaja. Ini mungkin kerana keadaan
Gimnisium yang panas menyebabkan pelajar tidak selesa untuk berlatih didalamnya. Kami
diterangkan mengenai pertunjukan yang perlu dilakukan oleh kami semasa carnival RTM Mobile
yang berlangsung dim padang UPSI.

Minggu kesembilan.
Pada minggu ini, kami banyak menekankan mengenai 2 buah yang telah dipelajari sebelum ini.
Senaman Sembah dan 3 jurus dibuat secara imbas lalu untuk memantapkan ingatan pelajar
mengenainya. Namun masih ada yang gagal untuk mengingati Senaman Sembah dan ketiga-tiga
jurus dengan baik. Pada kali ini, kami bukan hanya cuba mengingat kembali buah 1 dan 2 tapi
kami juga telah diajarkan dengan buah 3. Buah 3 ni hampir sama dengan buah 2 namun
pergerakan pada buah tiga ini lebih banyak berbanding buah 2.

Minggu kesepuluh.
Pada minggu ni, kami seramai 47 orang yang tidak hadir semasa hari ahad lepas sahaja yang
melakukan latihan walaupun sebenarnya kehadiran tidaklah sampai 47 orang. Dalam keadaan
pelajar yang sedikit kami hanya menekankan proses mengigat kembali apa yang kami pelajari
sebelum ini. Kelas pada kali ini habis agak awal berbanding dengan kelas-kelas sebelum ini.
Sebelum pulang kami dimaklumkan dengan hari kokurikulum yang akan berlaku pada hari sabtu.

Minggu kesebelas
Pada minggu ini, kami melakukan latihan di depan pejabat kokurikulum yang lama disebabkan
padang digunakan untuk persiapan pesta konvokesyen dan juga keadaan yang panas. Kami
dimaklumkan bahawa hari sabtu ni tidak perlu hadir kerana pusat kokurikulum tidak
membenarkan penilaian dilakukan pada hari sabtu sebagaimana yang dirancangkan. Oleh itu,
kami tidak hadir. Pada kali ini kelas pun habis agak awal dan kami melakukan recall terhadap
pelajaran kami dengan penekanan diberikan terhadap Senaman Sembah dan 3 buah yang
dipelajari kerana ia termasuk dalam penilaian yang akan dilakukan pada hari isnin hadapan.

You might also like