You are on page 1of 19

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH

BIDANG TUGAS UNIT HAL EHWAL MURID


Unit Hal Ehwal Murid (HEM) bertangungjawab dalam pengurusan, perancangan,
pengelolaan dan penyeliaan perkhidmatan sokongan kebajikan murid di peringkat
sekolah.
Terdapat unit-unit dan jawatankuasa kecil iaitu:

1) PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


2) PENGURUSAN DATA / SMM / BMM & DOKUMEN MURID
3) PENGURUSAN LEMBAGA DISIPLIN
4) PENGURUSAN BADAN PENGAWAS
5) PENGURUSAN KANTIN
6) PENGURUSAN KEBAJIKAN / KWAMP / SBT
7) PENGURUSAN PROGRAM 3K / RIMUP
8) PENGURUSAN RMT & PSS
9) PENGURUSAN PERABOT & STOK INVENTORI
10)PENGURUSAN PROGRAM PPDa
11) PENGURUSAN SPBT
12)PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN / TANDAS
13)PENGURUSAN KEDAI BUKU
14)PENGURUSAN SP SETIA
15)PENGURUSAN SIARAYA

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID


A) Bidang Tugas:
1) Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru
Besar dan GPK Pentadbiran.
2) Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang
engkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.

13

3) Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum,


disiplin, bimbingan dan kaunseling.
4) Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur
mengikut prosedur dan peraturan.
5) Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan
kewangan berjalan dengan lancar.
6) Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan
kantin sekolah berjalan dengan baik.
7) Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan
kakitangan bukan guru.
8) Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar
perjalanannya menjadi lebih berkesan.
B) Pentadbiran
1) Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.
2) Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan
bahawa butirannya adalah kemas kini.
3) Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu
dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.
4) Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan
borang-borang yang tertentu.
5) Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertuka ke
sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.
6) Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti
sekolah.
7) Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama
Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.
8) Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan
pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.
C) Disiplin:
1) Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah
dilaksanakan dengan sempurna.
2) Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru,
kakitangan dan para pelajar.
3) Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab
terhadap perlantikan pengawas.
4) Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar
peraturan tatatertib dan salah laku.
5) Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai
pelajar terlibat.
D) Bimbingan dan Disiplin:
1) Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling
2) Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
3) Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang
menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan
sebagainya.
4) Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.

14

15

5) Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi
pelajar-pelajar baru.
E) Program Perlindungan:
1) Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di
sekolahnya agar berjalan dengan baik.
2) Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti
menguruskan kad 001 dan kad 002.
3) Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk
menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.
4) Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di
kalangan pelajar.
F) Skim Pinjaman Buku Teks:
1) Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang
bakal menerima buku teks.
2) Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan
dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.
3) Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.
4) Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.
G) Biasiswa Dan Bantuan:
1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan
pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.
2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di
sekolah.
3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang
layak menerimanya.
H) Tugas Dan Tanggungjawab Lain:
1. PEMBANGUNAN MAJU DIRI (PMD)
1. DISIPLIN
1.1.1 Tahap kuatkuasa undang-undang dan peraturan sekolah.
1.1.2 Menyelia rekod dan laporan disiplin.
1.1.3 Perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga murid.
2. BIMBINGAN DAN KAUNSELING
2.1 Melaksana dan menguruskan projek-projek khas.
2.2 Merancang dan menyelaras program khas seperti kempen anti-dadah.
2.3 Memastikan langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.

3. KESIHATAN
3.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid.
3.2 Merancang dan menyelaras program-program kesihatan murid dan kad tenaga asas.
4. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
4.1 Menguruskan kutipan data, mengawal buku-buku stok.
4.2 Mengawal pengagihan dan hapus kira.

5. BIASISWA DAN BANTUAN


5.1 Menyelenggarakan peraturan-peraturan biasiswa atau bantuan.
5.2 Mengemas kini rekod-rekod biasiswa dan bantuan.
6. PENGURUSAN BANTUAN PEMAKANAN
6.1 Projek Susu Sekolah.
6.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
2. PENTADBIRAN.
2.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran murid
2.2 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
2.3 Menyemak buku jadual kedatangan murid.
2.4 Mengurus surat akuan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain.
2.5 Menyemak buku laporan / rekod prestasi.
2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.7 Membantu merancang takwim sekolah.
3. KURIKULUM.
3.1 Pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Merancang dan menyelia kursus motivasi dan kemahiran belajar.
4. KOKURIKULUM
4.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan / kelab
serta pasukan unit beruniform.
4.2 Membantu merancang takwim ko-kurikulum.
4.3 Menyelaras kegiatan BSN, Tabung Haji dll.
4.4 Merancang dan melaksanakan program perkhemahan tahunan.
8. PERKEMBANGAN ORGANISASI DAN KENDIRI (SYNERGY)
5.1 Menghadiri kursus.
5.2 Mengadakan kursus dalaman (HEM)
5.3 Memperkayakan pengetahuan ikhtisas.
5.4 Mengadakan hubungan dengan ibubapa / penjaga, masyarakat dan agensi luar.
5.5 Penglibatan dalam PIBG

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1) Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan di
16
sekolah
2) Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui
kajian keperluan, soal selidik, temu bubal dan perbincangan dengan murid, guru,
pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa, orang perseorangan, wakil penduduk dan lainlain
3) Merancang, mengawal selia dan mengemaskini data dan inventori murid

4) Mengumpul, menyelia dan menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada


semua murid melalui sebarang media yang sesuai
5) Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling berkelompok dan tunjuk
ajar yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum
6) Merancang, melaksana dan mengawal selia bimbingan dan kaunseling secara individu
dan berfokus secara professional dan beretika
7) Merancang, melaksana dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua
murid
8) Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah, rokok, inhalan dan alcohol
9) Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti selepas UPSR
10) Merancang, Menyelia dan mendedahkan pelajar kepada peluang pendidikan selepas
UPSR
11) Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan
konsultasi serta rujukan berhubung bimbingan kerjaya dan pencegahan dadah
12) Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens
dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru serta agensi kerajaan dan bukan
kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar
13) Membuat penilaian aktiviti, modul instrument, pendekatan dan sebagainya secara
menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan di
sekolah
14) Merancang, meyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perhidmatan bimbingan di
sekoolah
15) Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan di sekolah
16) Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan
kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan kaunselinng di
sekolah
17) Mengenalpasti dan merujuk pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang
memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis
18) Menjadi personel perhubungan serata sekolah dengan agensi-agensi luar yang
berkaitan
19) Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum dan kokurikulum
sekolah
20) Menjadi AJK dalam Majlis Perancangan Sekolah
21) Menjadi Penyelaras dalam Program Mentor Mentee sekolah
22) Menjadi penyelaras dalam program-program perkembangan murid seperti , kolokium,
motivasi, kem jaya diri, kursus kenegaraan dan sebagainya
23) Menjadi uruseti kepada jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan
Wajib, Penempatan dan Kemasukan murid
24) Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh unit Bimbingan dan
kaunseling Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri
25) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT LEMBAGA DISIPLIN


1) Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan 17
pekeliling Kementerian dan Jabatan Pelajaran.
2) Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan
sekolah.
3) Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh
pengawas.

4)

Mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa


kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah
berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Ketua Guru Disiplin atas nasihat
Pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat
mengenai disiplin.
5) Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin.
6) Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan, serta
menyelaras rekod sistem penalti
7) Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip-Prinsip
Rukun Negara.
8) Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang
sewajarnya.
9) Menanam semangat kekitaan supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya.
10) Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
11) Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk mengesan pelajar
ponteng dan melanggar disiplin sekolah.
12) Merancang, menyelia dan meyelaras Program Pencegahan Jenayah dan Ponteng Sifar
13) Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada
Kementerian/Jabatan Pelajaran dan PPD.
14) Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan
penghayatan disiplin murid.
15) Menjadi pegawai perhubungan antara ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah
disiplin.
16) Memberi perhatian terhadap peraturan-peraturan sekolah dan memastikan murid-murid
mematuhinya.
17) Memerhatikan tingkah laku murid, baik perseorangan mahupun kumpulan dan
memastikan langkah-langkah diambil terhadap tingkah laku yang tidak sesuai.
18) Memastikan peraturan sekolah dan gambarajah tentang pakaian dan potongan rambut
murid dipaparkan ditiap-tiap kelas atau sudut-sudut tertentu.
19) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit disiplin
20) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT BADAN PENGAWAS


1) Menyediakan senarai tugas senarai tugas pengawas dan jadual bertugas pengawas.
2) Memastikan semua pengawas menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual

18

bertugas yang ditetapkan.

3) Menguruskan perlantikan para pengawas sekolah melalui temuduga para pelajar terpilih
yang dicalonkan oleh para guru.
4) Menguruskan Kem Kepimpinan Pengawas

19

5) Mengadakan menysuarat lembaga pengawas sekolah sekurang-kurangnya 3 kali


setahun

6) Merancang dan menyediakan skop dan bidang tugas pengawas


7) Menyediakan laporan tahunan lembaga pengawas
8) Memastikan semua pengawas berada dalam tahap disiplin yang tinggi juga sentiasa
kemas berbudi bahasa dan sentia membantu guru

9) Menyediakan jadual tugas pengawasa bagi kelas sekiranya guru bermesyuarat


10) Menyediakan skop tugas kepada pengawas yang menjadi penyambut tetamu, penunjuk
arah jika skolah menerima tetamu luar untuk program-program yang berjalan di sekolah
11) Merancang dan menyelaras program lawatan sambil belajar
12) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit pengawas
13) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT KANTIN
1) Memastikan makanan yang dijual di kantin mengikut piawai harga standard kantin yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri

2) Memastikan makanan yang dijual di kantin berkhasiat, bersih dan tidak mengandungi
bahan yang tidak halal.
3) Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat dalam
perjanjian.
4) Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta
menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
5) Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.
6) Memastikan tiada pekerja asing dan semua pekerja kantin telah mendapat suntikan
pelalian dan menjalani pemeriksaan kesihatan.
7) Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.
8) Memastikan semua penjual dan pekerja sentiasa memakai apron,tutup kepala yang
bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.
9) Memastikan senarai harga makanan dipamerkan dan makanan ditutup dan tidak
didedahkan kepada lalat.
10) Memastikan makanan yang disediakan untuk sesi pagi dan sesi petang mencukupi.
11) Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan dan aktivitiaktiviti yang akan dijalankan pada hari Sabtu.
12) Memastikan murid-murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat
dan sesuai.
13) Mengatur jadual tugas mengawas murid-murid semasa rehat untuk ahli-ahli
jawatankuasa kantin.
14) Merekod dan membuat laporan harian dalam Buku Laporan Kendiri Kantin.
15) Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Guru Besar/PK Hem untu dihantar kepada
PPD setiap awal bulan untuk prestasi bulan lepas.
16) Memaklumkan kepada pengusaha kantin sekiranya beliau telah melanggar
mana-mana syarat yang berkaitan dengan penjualan makanan seperti yang terkandung
dalam perjanjian kantin.
17) Merancang program berkenaan makanan sihat dan seimbang serta adab dan tatacara
serta tatalaku murid semasa berada di kantin.
18) Merancang, melaksana serta membuat kertas kerja bagi projek keceriaan kantin sekolah

19) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit kantin
20) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT KEBAJIKAN / KWAMP / SBT


1) Menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti
- Pelajar miskin
- Pelajar Yatim / Yatim Piatu
- Kemalangan
- Rawatan berterusan (penyakit kronik)
- Kematian
- Kecemasan / bencana
2) Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan
keutamaan dan keperluan.
3) Merancang program untuk mengutip sebarang sumbangan di semping meningkatkan
keprihatinan pelajar terhadap kebajikan.
4) Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan disahkan
oleh Guru Besar.
5) Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar.
6) Mengurus dan mempromosikan kebaikan menyimpan agar murid-murid lebih berminat
untuk menabung.
7) Mempastikan murid-murid mendapat kemudahan yang sewajarnya semasa dan selepas
menguruskannya.
8) Menguruskan simpanan murid dengan pihak berkenaan berjalan dengan licin dan
sempurn
9) Mengurus dan mengelola serta menyalurkan sumbangan derma dan bantuan
pendidikan daripada pihak kerajaan, swasta dan juga orang perseorangan seperti
- Bantuan Kwamp
- Bantuan SBT
- Jabatan Kebajikan Masayarakat
- Pusat Zakat
- Mengurus Penyertaan skim insuran murid dan program menabung
- Bantuan Zakat daripada Bank Rakyat
10) Menyelaras, mengemaskini dan membuat semakan serta pendaftaran maklumat Ketua
Isi Rumah Murid (KIR) yang miskin dan berpendapatan di bawah RM 700 ke dalam
portal eKASIH
11) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit kebajkan
12) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit
13) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT PROGRAM 3K / RIMUP


Umum
1) Merancang program untuk 3K peringkat sekolah dan menyediakan anggaran
perbelanjaan keseluruhan.

20

2) Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa yang ditetapkan mengikut jadual


3) Menyediakan kertas cadangan projek atau aktiviti 3K (Rancangan Jangka Panjang dan
Rancangan Jangka Pendek).
4) Melibatkan semua warga sekolah dalam aktiviti atau projek yang dijalankan
5) Melaksanakan semua aktivit atau projek yang telah dirancangkan.
6) Membuat pemantauan perlaksanaan aktivi atau projek 3K.
7) Memastikan persekitaran dan bangunan sekolah sentiasa selamat, bersih dan indah.
8) Menyediakan laporan perlaksanaan aktiviti atau projek.
9) Menjalankan tindakan susulan untuk memastikan objektif program 3K tercapai.
10) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan Program 3K
11) Melaksanakan sebarang arahan Guru Besar yang berkaitan 3K dari semasa ke semasa.
Keselamatan
1) Membaca, memahami, dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh
Kementerian, JPN, dan PPD.
2) Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti: a) keselamatan lalu lintas
b) keselamatan bangunan dan perabot
c) keselamatan di makmal / bengkel / dan bilik-bilik khas yang lain.
d) Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis, bomba, JKR (Air), JKR
(Elektrik), TNB, Majlis Perbandaran, SYABAS dan Persatuan Pendduk dan
Masyarakat setempat
e) Latihan Kebakaran 2 kali setahun
f) Program sekolah selamat
3) Menggalakkan skim perlindungan diri kepada pelajar.
4) Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi
5) Memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat.
6) Menetapkan pergerakan lalu lintas dan tempat letak kereta pada waktu majlis rasmi
sekolah.
7) Merancang dan menjalankan latihan kecemasan kebakaran (mengosongkan bangunan)
sekurang-kurangnya dua kali setahun.
8) Memastikan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal
9) Meletakkan tanda amaran BAHAYA di tempat-tempat berbahaya.
10) Menetapkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan kesesakan.
11) Menentukan dan menanda zon / kawasan larangan bagi laluan pelajar.
KESIHATAN / DENGGI
1) Memastikan persekitaran sekolah bersih untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit.
2) Memastikan kantin, tempat makan disekolah sentiasa bersih, mematuhi peraturanperaturan kesihatan.
3) Memastikan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok.
4) Murid dinasihati tentang kebersihan diri sebagaimana yang ditetapkan dalam kurikulum
sekolah.
5) Memastikan pelajar mengamalkan kebersihan diri setiap masa melalui pemeriksaan
guru, latihan amali dan demonstrasi seperti latihan amali kebersihan gigi.
6) Menjalankan pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah.
7) Penilaian status kesihatan melalui ujian penglibatan, kebersihan diri dan lain-lain,
21
dilaksanakan oleh guru, jururawat dan doktor.
8) Memastikan semua murid mempunyai buku rekod kesihatan.
9) Membuat perancangan aktiviti Tahunan.

10) Memastikan setiap aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan
berkesan.
11) Bekerjasama dengan pekerja sekolah dan membantu memeriksa dan memastikan
kawasan sekolah bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk dan jentik-jentik
12) Merancang dan melaksanakan program-program kesedaran bahaya penyakit denggi.
13) Membantu mengelolakan gotong royong di sekolah.
14) Memastikan semua pelajar mendapat perkhidmatan kesihatan yang diperlukan dari
semasa ke semasa:
a. Imunisasi
b. Pegigian
c. Rawatan dan Kecemasan
d. Pemeriksaan Kesihatan
e. Khidmat nasihat
15) Memastikan semua pelajar mendapat maklumat sepenuhnya mengenai:
a. Penyalahgunaan dadah
b. Merokok
c. Pengambilan alkohol
d. AIDS
e. Penyakit-penyakit berjangkit.
16) Memastikan warga sekolah mengamalkan cara hidup sihat.
17) Membina kerjasama dengan pihak kesihatan, majlis daerah, bomba, polis dan lain-lain
yang berkaitan.
18) Menjalankan pemantauan terhadap semua program yang dilaksanakan.
19) Menyelia dan menyerahkan laporan kepada Guru Besar untuk makluman dan tindakan
20) Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan seperti yang diarahkan oleh Guru Besar
dari semasa ke semasa.
KEBERSIHAN / KECERIAAN
1)
2)
3)
4)

Mengenalpasti kawasan sekolah yang perlu diperindahkan dan diceriakan.


Memberi tumpuan terhadap taman yang kurang ceria
Membahagikan kawasan dan taman kepada persatuan dan badan beruniform.
Memceriakan kawasan persekitaran sekolah dengan menambahkan pokok-pokok
hiasan.
5) Menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelajar terutama pondok ilmu
6) Mewujudkan Tabung Ceria Sekolah daripada pelbagai pihak.
7) Memberi tumpuan kepada kawasan padang yang perlu diceriakan dan meningkat
kemudahan untuk keselesaan pelajar.
8) Meminta nasihat dan bantuan dari pihak luar bagi meningkatkan keceriaan landskap
kawasan sekolah.
9) Memberi tumpuan kebersihan kawasan sekolah dengan menanam sikap Sekolah Ku
Rumah Ku dikalangan warga sekolah.
10) Membaiki dan menceriakan kawasan pembuangan sampah dengan lebih baik.
11) Menambahkan pokok bunga yang sesuai untuk memperindahkan kawasan sekolah.
12) Menambah kerusi batu di tempat-tempat yang sesuai bagi tempat rehat pelajar.
13) Menjaga kesuburan pokok bunga supaya kelihatan segar.
14) mengadakan kempen dan nasihat kepada pelajar supaya tidak membuang sampah di
22
merata tempat
15) Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan
sekolah dari semasa ke semasa.
16) Menyediakan pelan induk lanskap sekolah.

17) Merancang dan menaja pelbagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah : Kempen kebersihan
Pertandingan Kebersihan kelas
Ceramah kebersihan
Pertandingan poster kebersihan
Pertandingan mengarang essei kebersihan
Menanam pokok / bunga di kawasan sekolah
Lawatan ke sekolah lain
Budaya pagi seperti mengutip sampah
Laporan dan program Aedes
18) Mengadakan projek bersama di antara pihak sekolah dengan agensi luar bagi
meningkatkan mutu kebersihan sekolah.
19) Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan
keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan.
20) Menyusun pelan tindakan kebersihan, jadual tugas jawatankuasa dan melaporkan dari
semasa ke semasa.
21) Menyediakan pelan dan perancangan jangka pendek dan jangka panjang.
22) Menyediakan dan mendapatkan keperluan-keperluan bahan dan tenaga mahir.
23) Menyediakan anggaran perbelanjaan.
24) Menyelaraskan kerja mengikut keutamaan.
25) Mengawas projek serta membuat laporan kepada Guru Besar.
26) Mengawal kebersihan kawasan sekolah / tandas / bilik darjah / kantin dan lain-lain.
27) Mengadakan sistem pembuangan sampah yang baik.
RIMUP
1) Merancang dan mengendalikan program-program RIMUP di peringkat sekolah
dan peringkat kelompok.
2) Merancang aktiviti-aktiviti untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan
murid pelbagai kaum, bangsa budaya dan agama di sekolah ini.

UNIT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DAN PROJEK SUSU SEKOLAH


(PSS)
1) Memilih dan menentukan murid-murid yang layak menerima bantuan RMT.
2) Memilih dan menyediakan senarai nama murid ganti sekiranya murid yang
menerima RMT tidak hadir ke sekolah pada hari tertentu.
3) Merekod, mengemaskini serta menyimpan rekod murid-murid yang layak

23

menerima bantuan di bawah RMT.


4) Merangka Jadual Bertugas bagi guru-guru RMT untuk mengawasi murid-murid
di bawah RMT.
5) Memantau pelaksanaan RMT agar program berjalan mengikut perancangan yang
teratur dan tersusun.
6) Mengadakan perjanjian dengan pengusaha kantin untuk menyediakan makanan
kepada bilangan murid yang layak menerima RMT sepanjang tahun.
7) Memastikan pengusaha kantin mematuhi kehendak menu serta syarat selalu
menjaga kebersihan dan kesegaran makanan murid.
8) Mencatat berat dan tinggi murid di awal dan akhir tahun persekolahan.
9) Mengawasi murid supaya makan sebelum sesi persekolahan bermula setiap hari
10) Menyelaras, mengelola daan menyimpan susu yang dihantar dtitempat yang selamat
dan sesuai
11) Mengedarkan susu yang diterima kepada semua murid pada kadar yang segera setelah
dihantar bagi mengelakkan susu rosak
12) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit RMT dan PSS
13) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit
14) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT PERABOT DAN STOK INVENTORI


1) Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh
Kementrian, JPN, dan PPD.
2) Merekodkan semua penerimaan/ pembelian dalam buku stok / inventori.
3) Menguruskan semua perabot yang hendak dihapus kira mengikut peraturan.
4) Mengenalpasti keperluan perabot.
5) Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan akhir tahun.
6) Membaiki dan menyelenggara apabila perlu.
7) Memastikan perabot yang berlebihan / dibaik pulih disimpan di tempat yang selamat.
8) Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan perabot
serta jenis denda yang akan dikenakan kepada pelajar.
9) Menyedia, mengurus dan mengawal selia tempat menyimpan perabot yang rosak yang
ingin dihapus kira (tempat dicadangkan: dibelakang bilik kemahiran hidup tapak semaian
hdrophonik
10) Menyedia, mengurus dan mengawal seli tempat menyimpan lebihan perabot dan kersi
meja(tempat dicadangkan : stor bersebelahan makmal computer)
11) Memastikan setiap kelas memperlohi kerusi dan meja yang mencukupi dan juga jenis
yang betul berdasarkan Buku Katalog Kerusi Meja SKTBI
12) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit perabot dan stok
inventori
13) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit
14) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)


24
1) Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program di bawah
pendidikan pencegah dadah seperti program ceramah 5 minit anti dadah.

2) Merancang dan melaksanakan program-program seperti ceramah , pameran


dan pertandiangan-pertandingan bertemakan anti dadah.
3) Mengawasi dan memerhati murid-murid yang mungkin terlibat dalam penyalah - gunaan
dadah seperti merokok, menghidu glu dan melaporkan kes-kes tersebut kepada pihak
sekolah.
4) Menubuh Kelab Anti Dadah dan bertanggungjawab ke atas pelaksanaannya.
5) Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah / ancaman penggunaan dadah,
rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids dikalangan murid, guru dan ibu bapa.
6) Membina kekuatan dalaman murid dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan
tindakan supaya menjauhi dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.
7) Mengesan murid yang terlibat dengan pengunaan dadah, rokok, alkohol dan inhalan
untuk proses bimbingan pemulihan sahsiah.
8) Mempastikan tindakan segera diambil untuk membantu murid yang berisiko tinggi
berkaiatan penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.
9) Memantau dan membimbing, membantu mengawal dan menyelia murid yang terlibat
dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol dan inhalan supaya meninggalkan tabiat
buruk mereka.
10) Mengesan, membantu, membimbing dan memantau murid supaya tidak terlibat dengan
HIV/Aids. Mewujudkan perhubungan dua hala diantara guru dengan ibu bapa, polis,
Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PEMADAM, pertubuhan dan agensi lain atau
masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah di dalam usaha mencegah
penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.
11) Melaksanakan program-program pendidikan kepada murid seperti berikut
* Pendidikan Pencegahan Rokok.
* Pendidikan Pencegahan Alkohol.
* Pendidikan Pencegahan Inhalan.
* Pendidikan pencegahan Dadah.
* Pendidikan Pencegahan HIV/Aids.
15) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit PPDa
16) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit
17) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


1) Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi membincangkan
pembahagian tugas, taklimat kepada guru tingkatan, menubuhkan pasukan petugas
SPBT (pelajar), dan pelajar yang layak untuk menerima SPBT.
2) Mengedar dan mengumpul borang SPBT melalui guru tingkatan.
3) Mengedar senarai pelajar yang layak menerima buku teks kepada guru kelas.
4) Membuat pesanan buku
5) Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks.
6) Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu).
7) Membuat anggaran tepat untuk tahun berikutnya.
8) Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.
9) Mengedarkan mengikut kelas
10) Menentukan tarikh pengedaran
11) Mengesan kelancaran pengedaran
12) Mendapatkan borang dari pelajar yang baru masuk / bertukar sekolah.
13) Mengedarkn buku kepada pelajar yang baru masuk.

25

14) Memastikan borang SPBT dihantar ke sekolah pelajar yang bertukarMemastikan guru
kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semu pelajar yang layak.
15) Memastikan semua guru kelas telah melengkapkan borang pinjaman SPBT
/ Borang G mengikut jadual.
16) Menyelenggarakan fail yang kemas kini mengikut jenis.
17) Rekod buku stok yang kemas kini (mengikut kelas)
18) Senari tugas guru pengedaran/pengumpulan
19) Menyimpan rekod buku, hapus kira, rosak dan hilang.
20) Menguruskan bilik SPBT dan membuat peraturan penggunaannya.
21) Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik.
22) Menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas.
23) Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh / kelas.
24) Melaporkan kepada pengetua / PK HEM tentang proses pemulangan buku (peratus
rosak / hilang, guru bertugas, hapus kira, kekurangan / lebihan).
25) Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan JPN.
26) Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.
27) Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat
28) Mengemas kini inventori SPBT.
29) Mengisi borang maklumat kekurangan / lebihan buku ke PPD.
30) Mendapatkan maklumat dari Ketua Panitia / Guru Kanan Matapelajaran
31) Merekod dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan
32) Menyediakan senarai buku teks bagi setiap tingkatan untuk diedarkan kepada pelajar
yang tidak mendapat pinjaman buku teks.
33) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit SPBT
34) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit
35) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT PENYELENGGARAAN BANGUNAN / TANDAS


1) Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan
dengan cara yang baik dan teratur.
2) Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah
dari semasa ke semasa.
3) Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang
diadakan di sekolah.
4) Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan
pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.
5) Menyedia dan menyelia buku rekod pembersihan tandas oleh pekerja kebersihan
6) Meminta pihak kontraktor kebersihan untuk menyediakan keperluan-keperluan asas di
dalam tandas seperti pewangi, cecair pencuci tangan dan juga tong sampah
7) Menyelaras program kesedaran menjaga tandas sekolah kepada murid
8) Merancang, membuat kertas kerja dan membuat anggaran kos bagi membaik pulih
tandas yang rosak
9) Menutup tandas yang didapati rosak teruk untuk penggunaan
10) Menjalankan tandas angkat kepada aliran tahun kelas bagi menyemai rasa
tanggungjawab murid
11) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit Penyelenggaraan
26
Bangunan dan Tandas

12) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit


13) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT KEDAI BUKU


1) Menyelia dan memantau penjualan buku, alat tulis dan barangan lain di kedai buku agar
tidak menjual barangan yang dilarang atau tidak bersesuaian dengan murid
2) Menyelia dan memantau harga barangan yang dijual
3) Memastikan kedai buku sentiasa menyediakan keperluan yang cukup peralatan alat
tulis, buku dan sebagainya
4) Membuat pemantauan dan menulis laporan berkenaan dalam Buku Pemantauan Kedai
Buku sekurang-kurangnya seminggu sekali
5) Merancang dan melaksana program bijak pengguna untuk murid
6) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit Kedai Buku
7) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit
8) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT SP SETIA
1) Bersama dengan unit kebajikan dan kaunseling untuk mencari murid miskin dan anak
yatim yang boleh dicalonkan untuk menerima bantuan kebajikan daripada SP Setia
2) Mengurus, menyelaras dan menyelia bantuan yang diterima kepada semua anak
angkat SP Setia
3) Mengurus dan menlengkapkan laporan berkaitan penyerahan bantuan dan laporan
akademik anak angkat SP Setia kepada pihak pengurusan Yayasan SP Setia
4) Merancang, mengurus dan melaksana program-program khas untuk anak-anak angkat
SP Setia
5) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit SP Setia
6) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT SIARAYA

27

1) Bertanggungjawab memastikan sistem P.A seklaj berfungsi dan disimpan di tempat yang
selamat.
2) Memastikan bahawa pelajar dapat mendengar dengan jelas sgala pengumuman dan
siaran lain yang dibuat melalui sistem P.A sekolah.
3) Bertanggungjawab membuat inventori dan menyimpan stok alat-alat pembesar suara.
4) Menguruskan segala permohonan untuk meminjam alat-alat P.A pertubuhan
kokurikulum sekolah dan unit-unit lain serta memastikan pemulangannya dibuat
mengikut tarikh dan dalam keadaan baik.
5) Menguruskan pembelian alat-alat tambahan yang diperlukan supaya sistem P.A
berfungsi dengan berkesan.
6) Memeriksa dan menghantar alat-alat untuk pembaikan jika berlaku kerosakan.
7) Menyemak stok pada akhir setiap penggal.
8) Menjalankan dan mengelola kursus dalaman bagi memberi pendedahan kepada semua
guru berkenaan pengurusan dan pemasangan peralatan siaraya
9) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit SP Setia
10) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

28

BIDANG TUGAS GURU KELAS

A) PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS


1) Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua
Tingkatan, Setiausaha, Bendahari, AJK Disiplin, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan,
AJKKokurikulum, dan AJK Akademik mengikut matapelajaran.
2) Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
3) Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
a) Jadual Waktu
b) Jadual Tugas Harian
c) Struktur Organisasi Kelas
d) Daftar Inventori
e) Pelan Larian Kecemasan
f) Gambar-gambar pemimpin
g) Sudut Bacaan
h) Perabot/Alatan seperti Daftar Inventori
4) Menentukan talian elektrik, kipas angin, dan lampu dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
5) Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan.
6) Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih perabot
kelas.
7) Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh pelajar bagi tujuan
keceriaan kelas dan kebajikan kelas
.
B) JADUAL KEDATANGAN MURID
1) Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua
berakhir dan menyimpan di tempat yang ditetapkan di pejabat.
2) Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan
pelajar ditulis dan dikemaskini.
3) Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
4) Memastikan kelas mempunyai diari kelas dan diuruskan dengan baik.
5) Mengambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi pelajar yang tidak hadir
ke sekolah.
C) REKOD PRESTASI AKADEMIK,SIJIL BERHENTI,SURAT AKUAN DAN KAD 001
1) Memastikan setiap pelajar mempunyai Buku Rekod Prestasi Akademik yang lengkap
dengan butiran peribadi yang diperlukan termasuk gambar foto serta berbalut
dengan plastik.
2) Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik serta lain-lain
maklumat yang terdapat dalam buku tersebut mengikut masa yang ditetapkan (ujian
bulanan, peperiksaan penggal, peperiksaan percubaan).
3) Memastikan buku tersebut disampaikan kepada waris dan ditandatangani oleh waris
pelajar,
4) Mengisi buku Rekod Ujian dan Peperiksaan Sekolah dan diserahkan kepada
Pengetua bersama dengan buku rekod Prestasi Akademik Pelajar untuk disemak
dan ditandatangani sebelum diserahkan kepada waris pelajar.
5) Menyedia dan melengkapkan Kad 001.
6) Menyedia dan mengisi surat akuan pelajar jika diperlukan.

29

D) MASALAH PEMBELAJARAN,KESIHATAN DIRI DAN DISIPLIN


1) Memberi galakan,motivasi,dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik.
2) Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik.
3) Sentiasa prihatin terhadap masaah pelajar kelasnya.
4) Melaporkan kepada Kaunselor Pelajar pelajar-pelajar yang menghadapi masalah
pembelajaran/kemerosotan pelajaran.
5) Melaporkan kepada Guru Kesihatan/Guru Bertugas Mingguan jika terdapat pelajar
yang menghadapi masalah kesihatan.
6) Menyediakan/menyimpan rekod-rekod kesihatan pelajar dan diberikan kepada pihak
berkenaan jika diperlukan.
7) Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar peraturan
sekolah.
8) Mengambil tindakan yang ditetapkan yang berkaitan dengan pelajar ponteng.
E) BUKU TEKS DAN BANTUAN KEBAJIKAN
1) Memastikan buku-buku SPBT diagihkan kepada pelajar yang layak, memastikan
buku-buku tersebut dibalut dan dicatat nama pelajar, dan tidak ditinggalkan di dalam
kelas.
2) Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.
3) Menguruskan pemulangan buku teks mengikut tarikh yang ditetapkan,
menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun
dan menyerahkan senarai tersebut kepada guru SPBT.
F) KUTIPAN YURAN DAN DERMA
1) Mengutip yuran persekolahan pada awal tahun dan menggalakkan pelajar
membayar kesemua yuran sekaligus.
2) Menguitp derma PIBG
3) Mengeluarkan resit bagi semua kutipan yuran dan derma.
4) Menyerahkan kutipan-kutipan dan analisis kutipan tersebut kepada:
a) PK Pentadbiran (Yuran Persekolahan & yuran Peperiksaan)
b) Bendahari PIBG (Derma PIBG)
c) Guru-guru yang berkenaan bagi bayaran-bayaran lain.
G) PENDAFTARAN PELAJAR BARU
1) Mendaftarkan pelajar baru yang diterima dari Penyelia Tingkatan dalam buku Rekod
Kemasukan Pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar dari PK HEM.
2) Menentukan penerimaan borang buku SPBT dari sekolah terdahulu dan jika layak,
memastikan pelajar berkenaan mendapat buku teks.
3) Menentukan penerimaan Kad 001 dan Buku Rekod Prestasi Akademik dari sekolah
terdahulu.
4) Menyemak jika pelajar berkenaan menerima sebarang bentuk bantuan dan
melaporkan kepada Guru Kebajikan
5) Menentukan rumah sukan.
6) Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

H) MURID KELUAR

30

1) Menentukan borang SPBT, Rekod Prestasi Akademik Pelajar, dan Kad 001 diserah
ke pejabat.
2) Menentukan kelulusan pertukaran telah diterima.
3) Memastikan buku teks tekah dipulangkan serta semua bayaran yuran telah
dijelaskan.
I)

PENDAFTARAN SUKAN, PERSATUAN DAN LAIN-LAIN


1) Memastikan setiap pelajar
a) mempunyai rumah sukan
b) menganggotai sekurang-kurangnya satu persatuan akademik, satu kelab sukan
dan permainan, dan satu pasukan unit beruniform.
2) Menggalakkan setiap pelajar bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

J) IKLIM KELAS SECARA KESELURUHAN


1) Memastikan iklim kelas secara keseluruhannya sesuai untuk aktiviti P&P.

31

You might also like