You are on page 1of 9

PK 07/1

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MAHARANI ,


JALAN ARAB,
84000 MUAR ,
Telefon :06-9522435
JOHOR DARUL TAKZIM.
No. Fax :06-9522435

Kepada,
Semua Guru BM
SK Bandar Maharani,
84000 Muar

Tarikh

: 20 HB DISEMBER 2014

Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU 1/2015
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan
berikut;
Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi
3.

:
:
:
:

30 DISEMBER 2014 (SELASA)


10.00 PAGI
BILIK SEMINAR
PN. ROSLINA BTE RAHMAT ( KETUA PANITIA)

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;


1.
2.
3.
4.

5.

Ucapan Pengerusi
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
Perkara Berbangkit
Perbincangan Isu Semasa
4.1. Pengurusan Panitia
4.2. Aktiviti Kokurikulum Akademik
4.3. Sukatan Pelajaran
4.4. Pembelajaran abad ke-21
4.5 Penetapan sasaran Tahunan
4.6 Analisa Pencapaian Akhir Tahun
4.7 Program Kecemerlangan Akademik
4.8 Anggaran Belanja Mengurus
Hal-hal Lain.

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.


Sekian.
Saya yang menurut perintah,
........................................................
(ROSLINA BTE RAHMAT)
Ketua Panitia Bahasa Melayu
SK BANDAR MAHARANI

PK 07/1

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1 / 2014


Tarikh : 30 Disember 2015

Masa : 10.00 12.30 tengah hari

Tempat

: Bilik Seminar

Pengerusi

: Puan Hjh Roslina bte Rahmat (Ketua Panitia)

Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

Nama

T/Tangan

Puan Hjh Roslina bte Rahmat


Puan Hjh Zainon bte Mohd Adam
Puan Haslenda bte Jais
Puan Kartini bt. Asmuni
Puan Rozila bte Jailani
Tuan Hj Ibrahim bin Deraman
Puan Rosmawati bte Teh
Encik Mohd. Zaki bin Abdullah
Encik Mohd Rasid bin Kimi
Puan Nurhayati bt. Mahazir

TURUT HADIR
Bil
1.
2.
3.

Nama

T/Tangan

TIDAK HADIR
Bil
Nama
1
Enck Hanafi b. Mohamed

T/Tangan

Disediakan oleh :
...........................................................
(ZAINON BT. MOHD. ADAM)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu
SK Bandar Maharani

PK 07/1

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MAHARANI ,


84000 MUAR, JOHOR
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU 1/2012

Tarikh

: 30.12.2011

Masa

: 9.00 pagi

Tempat

: Bilik Kaunseling

Pengerusi

: Ketua Panitia BM ( Puan Roslina bte Rahmat )

Kehadiran(Bilangan)

: 11 / 11

Nama Yang Tidak Hadir

:-

UCAPAN PENGERUSI
Pengerusi Panitia mengalu-alukan kehadiran semua guru Bahasa Melayu yang hadir pada hari
ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang turut menyumbang tenaga
sehingga mencapai 100% kelulusan bagi Bahasa Melayu bagi tahun 2011 yang diumumkan
pada November lalu.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


2.1. Dicadang oleh : Encik Hanafi b. Mohamed
Disokong oleh : Encik Hamidi b. Mohd Jadi
Keputusan
: Sebulat suara

PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Puan Rozila membuat penambahan maklumat iaitu dalam Saringan 3, hanya 2 orang
murid tidak menguasai LITERASI. Murid ini ditempatkan di kelas Tahun 3 Anggerik.

PK 07/1

Tindakan : Guru LINUS

PERBINCANGAN ISU SEMASA


4.1.

PENGURUSAN PANITIA
4.1.1.Pengerusi mengucapkan tahniah atas pelantikan sebagai AJK Panitia
Bahasa Melayu tahun 2011. Pelantikan AJK bagi Panitia Bahasa Melayu
adalah berdasarkan yang telah ditetapkan dalam Buku Pengurusan
Sekolah 2012. (Rujuk Buku Pengurusan Sekolah 2012, ms 60-61)
Agihan Tugas JK Panitia bagi Ko-Kurikulum Akademik 2012 adalah
seperti berikut :
1. Bercerita Tahap 1 : Puan Rosmawati bte Teh.
Pilihan murid boleh diambil dari kelas Tahun 3
Raya yang berkebolehan.
2. Pidato

: Encik Hamidi b. Mohd Jadi

3. Mengarang

: Puan Zainon bte Adam

4. Bercerita Tahap 2 : Puan Faridah bte Abidin.


Pilihan murid boleh diambil dari kelas Tahun 5
Raya.

Tindakan : Guru terlibat

4.1.2. Sukatan Pelajaran / Rancangan Pelajaran


4.1.2.1. Sukatan Pelajaran bagi Bahasa Melayu Tahun 2 KSSR boleh
diambil dari internet sementara menunggu bekalan dari PPK.
Rancangan Pelajaran Harian mengikut format terkini yang telah
diedarkan. Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) bagi
setiap tahun diteruskan dalam pengajaran.

Tindakan : Semua guru


4.1.3. Alat Bantu Mengajar

PK 07/1

4.1.3.1. Setiap guru digalakkan menggunakan BBM dalam pengajaran


dan pembelajaran bagi membantu pemahaman murid-murid.
Tindakan : Semua guru

4.1.4. Penggubal Soalan Peperiksaan


4.1.4.1. Penggubal soalan peperiksaan diminta menyediakan mengikut
Jadual Sumatif yang ditetapkan dalam Takwim Pengurusan
Sekolah. Pengerusi akan menetapkan giliran penggubal
soalan.
Tindakan : Guru BM

4.1.5. Plan J
4.1.5.1. Plan J bagi Tahun 4, 5 dan 6 masih diteruskan mengikut
perancangan. Guru-guru yang mengajar diminta merujuk Plan J
tersebut.
Tindakan : Guru BM terlibat

4.2.

MENGANALISA PENCAPAIAN MATA PELAJARAN TAHUN 2 HINGGA 6


4.2.1. Murid Tahun 2 Anggerik menguasai kemahiran membaca tetapi
semasa menjawab soalan peperiksaan didapati mereka agak lemah
untuk membaca atau mengeja soalan-soalan. Sikap menjawab secara
hentam menyebabkan mereka gagal dalam pemahaman. Diharap guru
yang bakal mengajar Tahun 3 Anggerik membantu Muhammad Hazran
Aizad kerana beliau gagal dalam pemahaman dan penulisan.
Tindakan: Guru mata pelajaran
4.2.2. Mulai Tahun 2012, Program Akujaya akan dimulai dari tahun 3 yang
akan bermula pada bulan Julai.
Tindakan : Guru BM

PK 07/1

4.2.3. Bagi murid-murid Tahun 6 Anggerik yang bermasalah dalam


pembelajaran hanya 2 orang sahaja. Untuk mengatasi masalah, Puan
Zainon akan membantu Muhammad Faiz yang lambat membaca
manakala Encik Hamidi akan membantu Zhafrin untuk meningkatkan
tahap pembelajaran Bahasa Melayu.
Tindakan : Puan Zainon dan Encik Hamidi
4.2.4. Puan Zainon meminta guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu Tahap
2 membantu semua murid yang mendapat markah D dan E dalam
peperiksaan yang lalu supaya lulus dalam ujian yang akan datang. Bagi
murid yang mencapai kelulusan C dan B perlu ditingkatkan sehingga
mendapat A dalam ujian akan datang. Ini akan dapat mengecilkan
GPS keseluruhan pencapaian Bahasa Melayu sekolah ini.
Tindakan : Semua guru

4.3.

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK


4.3.1. Program Bijak Baca Tahun 1 akan diteruskan bagi murid Tahun 1 pada
tahun ini.
4.3.2. Program kecemerlangan boleh dirujuk pada Perancangan Standard
Kurikulum.
Antara program Bahasa Melayu ialah :
4.3.2.1 Kelas Pemantapan dan Pengukuhan .
1) Pada waktu pagi untuk murid Tahun 1A (Puan Rozila)
2) Kelas Hari Sabtu (seperti dalam takwim)
4.3.2.2. Glosari
- Semua guru ada contoh glosari dan perlu diperbanyakkan
atas inisiatif guru.
Tahap 1
Raya
: 20 30 perkataan
Mawar : 15 20 perkataan
Anggerik : 10 15 perkataan
Tahap 2
Raya
: 2 3 set
Mawar : 2 set
Anggerik : 1 set
4.3.2.3. Diskripsi
Jumlah dalam setahun

PK 07/1

Tahap 1
Raya
: Lebih 30 karangan
Mawar
: Lebih 20 karangan
Anggerik : Lebih 15 karangan
Tahap 2
Raya
: Lebih 50 karangan
Mawar
: Lebih 30 karangan
Anggerik : Lebih 20 karangan

4.3.2.4. Penggunaan Pusat Sumber


- Guru-guru Bahasa Melayu perlu mematuhi waktu
Perpustakaan dan masuk mengikut waktu yang ditetapkan.
- Penggunaan Buku Nilam perlu dipatuhi dan disimpan di
Pusat Sumber untuk memudahkan penggunaannya.

4.3.2.5

Ujian dan Latih tubi


- Perlu dijalankan mulai bulan 5 hingga 9 untuk murid-murid
Tahun 6 yang akan menduduki UPSR.

4.3.2.6. Tinta Emas


- Cara penggunaan telah diedarkan dan guru perlu
menampalkan nilai murni di muka surat hadapan buku Tinta
Emas untuk makluman murid.
4.3.3. Encik Rasid meminta agar Buku Diskripsi dan Glosari diperbanyakkan
untuk kegunaan murid. Pengerusi meminta semua guru mengambil
inisiatif masing-masing untuk memperbanyakkan buku itu dengan
membuat salinan semula seperti yang telah dilakukan oleh guru-guru
tahun 4, 5 dan 6.
4.3.4. Puan Faridah mencadangkan setiap guru meminta murid menyediakan
muka hadapan bagi setiap jenis buku bagi menulis tajuk-tajuk
pengajaran sebagai rujukan kerja murid.Pengerusi bersetuju dengan
cadangan itu yang telah dijalankan sejak tahun lepas dan ianya perlu
diteruskan dengan membuat penegasan pada setiap kelas.
Contoh seperti berikut :
BIL TARIKH

TAJUK

CATATAN/FORMAT

PK 07/1

4.3.5. Pengerusi meminta guru membawa murid ke perpustakaan pada setiap


minggu mengikut jadual dan melengkapkan buku NILAM untuk
meningkatkan minat membaca murid-murid.
Tindakan : Semua guru
4.4. ANGGARAN BELANJA MENGURUS
4.4.1. Peruntukan belanjawan untuk Panitia Bahasa Melayu adalah sebanyak
RM1234.00.
4.4.1.1. Pengerusi mencadangkan supaya membeli bahan pembelajaran
yang perlu untuk setiap guru. Usul akan dibawa kepada Puan Mariam
(ketua kerani).

Tindakan : Ketua Panitia

5. HAL-HAL LAIN
5.1. Jenis-jenis senarai penggunaan buku bagi Tahap 1 dan Tahap 2 boleh dirujuk
dalam Perancangan Standard Kurikulum.
5.2. Setiap guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran mengikut target.

PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan terima kasih kepada semua. Ditangguhkan
pada
pukul 10.30 pagi.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..........................................

.........................................................

(Puan Rosmawati bte Teh)


Setiausaha Panitia Bahasa Melayu
Melayu
SK. Bandar Maharani

(Puan Roslina bt Rahmat)


Ketua Panitia Bahasa
SK Bandar Maharani

PK 07/1

You might also like