You are on page 1of 1

Refleksi Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 (Benchmarking)

Nama : Khairul Afifi b Mohamad


Saya berasa bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya berjaya
mnyempurnakan bina insan guru fasa 5 dengan jayanya dan menepati peruntukan
masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Saya juga ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada pensyarah pembimbing atas segala tunjuk ajar dan bimbingan
beliau berikan sepanjang saya melaksanakan program ini. Akhir sekali, ucapan terima
kasih juga diucapkan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung dalam
menyumbangkan tenaga bagi menyempurnakan tugasan ini dengan sempurna.
Kami telah diminta untuk menjalankan lawatan penanda aras ke Sekolah
Berprestasi Tinggi(SBT) di Kelantan. Sekolah yang kami pilih ialah SK Zainab 1 yang
terletak di Kota Bharu, Kelantan. Sekolah ini merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi.
Melalui lawatan ini banyak yang telah saya perolehi iaitu saya dapat melihat sistem
pengurusan sekolah berprestasi tinggi dan apa yang diperlukan untuk menjadi sebuah
sekolah berprestasi tinggi. Pembentangan dari guru cemerlang sekolah ini, Pn Nur
Hikmah bt Zainal Abidin sangat berinformatif dan menyeluruh bermula daripada latar
belakang pendidikannya sehingga ke pejalanan kareer beliau sebagai seorang guru
sehingga dipilih menjadi guru cemerlang subjek sains. Sungguh, daripada perkongsian
beliau kami sebagai bakal guru menjadi bersemangat dan berkobar-kobar untuk
melaksanakan tugas sebaiknya sebagai seorang guru kelak.
Selain itu saya juga telah memperolehi sedikit ilmu baru berkaitan dengan
masalah pembelajaran murid iaitu saya dapat mengenai murid disleksia. Ini merupakan
perkara baru yang telah saya perolehi sepanjang lawatan ini. Secara keseluruhannya
saya mendapati untuk mengekalkan kecemerlangan sebuah sekolah banyak perkara
yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah untuk memastikan sekolah terus cemerlang,
gemilang dan terbilang. Akhir kata saya berharap ilmu yang telah diperolehi ini akan
berguna kepada kami semua dalam menguruskan sekolah suatu hari nanti.

You might also like