You are on page 1of 2

Marcapada ini, kebanyakkan negara bekerjasama untuk menjaga

keamanan dunia, namun masih lagi sebahagian negara yang


menjalankan peperangan. Peperangan boleh ditakrifkan sebagai konflik
di antara kumpulan-kumpulan pesaing dengan menggunakan taktik
kekerasan, termasuk pemberontakan bersenjata dan perang saudara.
Peperangan bersifat konflik yang terancang untuk mencapai objektif
objektif tertentu. Objektif-objektifnya adalah berbeza mengikut
perbezaan tamadun dan jangka waktu. Pada asasnya, peperangan
timbul daripada sifat manusia yang cendurung dan sukakan kekerasan
untuk menyelesaikan sesuatu konflik. Pada masa kini pula, peperangan
merupakan suatu faktor utama yang menentukan corak perjalanan
sejarah dunia. Media massa sering kali memaparkan tentang
peperangan yang berlaku di negara-negara tetapi masyarakat pada
hari ini tidak endah akan berita semasa. Mereka perlu tahu dan
mengkaji tentang kesan kesan peperangan terhadap sesuatu negara.
Peperangan yang berlaku banyak mengorbankan manusia yang
tidak berdosa di serata tempat. Contohnya, Wanita, kanak-kanak serta
orang tua terkena tempiasnya apabila mereka dibunuh dengan kejam
tanpa belas kasihan oleh tentera penceroboh. Akibat daripada
kezaliman mereka,mangsa perang hilang orang yang tersayang. Ada
juga sesetengah mereka tidak dibunuh tetapi diseksa dan dicederakan
dengan kejam sehingga mengalami kecacatan. Sesetengah orang
daripada mereka juga dijadikan tebusan dan orang suruhan.
Kekejaman penceroboh dapat dilihat apabila mereka menyerang dan
mengebom sesuatu tempat tanpa mengira waktu. Yang paling
menyedihkan ialah mereka yang terbabit dalam peperangan untuk
menyelamatkan negara sendiri juga banyak terkorban dalam
peperangan yang berlaku akibat daripada kekurangan tentera dan
senjata moden. Tegasnya, peperangan dapat membawa kepada
kemusnahan jiwa-jiwa yang tidak bersalah.
Selain itu, peperangan juga mendorong kepada kemusnahan harta
benda. Peperangan akan mengakibatkan orang orang awam
kehilangan tempat tinggal mereka akibat letupan bom yang dilakukan
oleh pihak penceroboh. Mereka terpaksa berlari tanpa membawa
barang barang berharga untuk mencari tempat perlindungan.
Contohnya, terlalu banyak harta benda seperti bangunan bangunan,
sekolah, jalan raya dan pengangkutan hancur berkecai dalam sekelip
mata yang menelan perbelanjaan yang banyak. Ini akan merujikan
kerajaan yang terpaksa membina semula bangunan bangunan yang
bernilai jutaan ringgit dan ini akan menyebabkan ekonomi sesebuah
negara terjejas. Jelaslah bahawa, peperangan memusnahkan harta
benda.
Seterusnya, peperangan mengakibatkan kemusnahan flora dan

fauna. Hasil hasil pertanian dan tanah juga akan rosak. Letupan bom
terutamanya bom nukluer mengakibatkan kawasan kawasan menjadi
gersang dan banyak spesies akan kehilangan habitat mereka. Haiwan
dan tumbuhan akan pupus kerana tidak mendapat makanan yang
cukup. Bom bom yang diletupkan dalam air sungai dan laut akan
mematikan hidupan akuatik yang merupakan sumber protein manusia.
Tegasnya, peperangan akan mendorong kepada kemusnahan flora dan
fauna.
Seterusnya, peperangan juga menyebabkan kemusnahan
tamadun. Contohnya, khazanah dunia yang melibatkan bangunanbangunan yang menjadi kebanggaan manusia seperti bangunan
bersejarah dan seni bina seperti muzium bersejarah yang diusahakan
bertahun-tahun juga akan musnah. Unsur unsur tamadun manusia
yang penting ini tidak akan dapat diwarisi oleh generasi akan datang
disebabkan letupan bom yang telah menghancurkan segalanya.
Generasi akan datang tidak akan berpeluang untuk melihat artifak
artifak bersejarah tersebut. Tegasnya, peperangan mendorong kepada
kemusnahan tamadun.
Di samping itu, pencemaran juga boleh berlaku melalui peperangan. Contohnya, pencemaran
bunyi. Bunyi yang dihasilkan daripada letupan bom akan menganggu sistem pendengaran manusia
ingin menyebabkan kanak kanak atau golongan tua pekak. Selain itu, pencemaran udara juga yang
terjadi akan menyebabkan manusia tidak dapat menghirup udara dari luar dan gas-gas yang terbebas
melalui udara itu akan mengundang pelbagai penyakit seperti asma, barah, kerosakan otak, diabetis,
parkinson dan seumpamanya. Mereka yang berpotensi untuk menghidap penyakit tersebut adalah
kanak-kanak dan orang tua. Bom bom nukluer mengakibatkan kesan pencemaran radioaktif.
Contohnya, kesan peperangan di Kuwait selepas Perang Teluk mengakibatkan pencemaran yang
dahsyat di mana telaga-telaga minyak diletupkan. Kebakaran itu mengakibatkan pencemaran yang
membawa pelbagai kesan sampingan kepada industri minyak dan nyawa manusia. Kesan pencemaran
radioaktif juga akan mengakibatkan masalah kepada zuriat manusia seperti kecacatan pada generasi
yang seterusnya. Jelaslah bahawa pencemaran ialah kesan bagi peperangan.
Kesimpulannya, peperangan yang berlaku ini memberi impak yang negatif terutamanya dari
segi pembangunan negara dan keharmonian sosial masyarakat sejagat. Untuk mengelak daripada
berlakunya peperangan secara berterusan, semua pihak perlulah menggembleng dan bekerjasama
tanpa mengira pangkat, darjat atau bangsa untuk menjaga keharmonian sesebuah negara itu. Setiap
peperangan yang berlaku, bukan sahaja mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa, malah
pembangunan negara dari segi ekonomi dan politik juga terganggu. Oleh itu, sebagai sebuah
masyarakat yang prihatin kita seharusnya berkorban untuk menjaga keamanan negara. Meminjam
daripada kata kata Abraham Lincoln, jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi
tanyalah apa-apa yang boleh kamu buat untuk negara. Rakyat perlu bekerjasama dan bersatu padu
untuk menjaga keamanan negara daripada diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bak kata
pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

You might also like