You are on page 1of 37

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik. Dalam pandangan
luar Negara ataupun rakyat Malaysia sendiri, hubungan antara etnik-etnik adalah baik, rohani
dan kesejahteraan dan rakyat di Malaysia juga merasa bangga dengan keunikan hubungan
antara etnik-etnik.
Malah, kebanggaan rakyat Malaysia ini bakal hilang setelah pilihan raya umum yang ke-13.
Selepas pilihan raya umun ini, hubungan antara etnik-etnik telah berada di keadaan yang
tegang dan huru-hara akibat isu perkauman telah dimainkan oleh pihak atau puak politik.
Menurut kajian terhadap konflik antara etnik terhadap mahasiswa didapati bahawa konflik ini
berpunca daripada peranan yang dicetuskan oleh pendokong atau kepimpinan politik
kepartian dan menyokong parti yang taksub dan tiada toleransi. Begitu juga isu kepercayaan
dan keagamaan dalam konteks adat dan ibadat.
Dengan ini, isu ini telah dibawa masuk ke dalam kabinet Malaysia untuk mencari solusi bagi
mengurangkan ketegangan antara hubungan etnik. Selepas menbincang di kabinet Malaysia,
kementrian pengajian tinggi Malaysia telah mengambil keputusan untuk mennukarkan
stuktur subjek MPU di seluruh universiti tidak kira awam ataupun swasta. Subjek yang lama
seperti pengajian Malaysia, pendidikan moral dan pendidikan islam telah diganti ke subject
tamadun islam(TITAS) dan subjek Hubungan Etnik. Penukaran ini merupakan satu cara
untuk menyepadukan dan menbaiki keaadan hubungan etnik-etnik yang semakin tegang.
Objektif mata pelajaran ini ialah untuk meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar tentang
konsep kesepaduan sosial, konsep-konsep asas hubungan etnik, pluraliti dan masyarakat
pluralistik. Pelajar juga didedahkan dengan konsep pembangunan politik, ekonomi dan
perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Dengan mennambahkan subjek ini sebagai mata pelajaran yang wajib, pelajar-pelajar boleh
mengenai pelbagai isu semasa yang dicetuskan dan memahami hubungan etnik dengan secara
berbuka hati. Oleh itu, tujuan assignment ini adalah untuk menganalisi bagaimana subjek ini
disambut oleh mahasiswa di Universiti Tunku Abdul Rahman(UTAR) dan juga
sebagaimanakah mereka faham dengan penambahan ataupun pernukaran subjek ini.

Objektif Kajian:
1. Kesedaran mahasiswa terhadap subjek hubungan etnik boleh memupuk persefahaman
budaya, sosial dan adat melalui perbezaan antara pelbagai kaum.
2. Kepentingan subjek hubungan etnik boleh memupuk kesepaduan rakyat yang terdiri
daripada masyarakat multietnik.

Permasalahan Kajian
3

Demi mencari jalan untuk memupuk kembali perpaduan dalam kalangan rakyat, pihak
Kementerian Pengajian Tinggi telah menjadikan kursus Hubungan Etnik wajib diajar di
semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi dalam mencapai perpaduan melalui
subjek Hubungan Etnik.
Menurut Murthy, seseorang mahasiswa yang pernah mengambil kursus ini, cara
penyampaian kursus ini kepada para pelajar kurang efektif. Dalam kelas Hubungan Etnik
yang diambilnya, para pelajar masih duduk mengikuti kumpulan kaum masing-masing.
Perluang untuk berkomunikasi antara etnik telah dikurangkan ke minima. Selain daripada itu,
dia berpendapati bahawa hampir keseluruhan pelajar yang mengambil kursus itu tidak begitu
mengambil berat tentang mata pelajaran Hubungan Etnik. Kalangan pelajar yang mengambil
mata pelajaran ini sekadar berharap untuk memenuhi jam kredit mereka dan bukannya untuk
mepelajari tentang hubungan etnik. Sekiranya mata pelajaran ini bukan wajib diambil,
pastinya jumlah pelajar yang megambil kursus ini akan menurun secara drastiknya. Walau
bagaimanpun, para pelajar harus memahami niat baik pihak Kementerian Pengajian Tinggi
yang cuba mengeratkan perhubungan antara kaum yang plural dan cuba mengambil berat
tentang mata pelajaran yang amat bermakna ini. Perpaduan dalma kalangan rakyat adalah
amat penting untuk kejayaan dan masa depan sesebuah negara.
Selain itu, satu lagi masalah dihadapi adalah terdapat satu pandangan umum dalam
kalangan para pelajar bahawa mata pelajaran ini amat membuang masa dan membosankan.
Ada sebahagian pelajar yang sanggup memonteng kelas dan meminta rakan sekelas untuk
menandatangani kehadiran mereka. Sebenarnya, mata pelajaran Hubungan Etnik yang
dijadikan wajib adalah satu idea yang baik. Salah satu sebab utama para pejar tidak begitu
mengambil berat tentang subjek Hubungan Etnik adalah kerana masa lapang mereka di
peringkat universiti adalah terhad. Ini meyebabkan para pelajar berpendapat bahawa
4

penumpuan dan fokus perlu diberikan keutamaan kepada bidang pengajian jurusan mereka
masing-masing terlebih dahulu, maka kursus Hubungan Etnik ini diletakkan di tempat yang
kedua atau di tempat terakhir. Akibatnya, mata pelajaran Hubungan Etnik yang merupakan
salah satu alat yang dapat menyumbang kepada perpaduan nasional dan kewujudan negara
bangsa tidak dapat mencapai hasrat sebenar.
Demi mencapai matlamat sebenar dengan lebih efisien, mata pelajaran seperti ini
perlu dimulakan pada peringkat yang lebih awal, iaitu pada peringkat persekolahan rendah
ataupun tinggi. Berdasarkan statistik, bukannya semua pelajar berpeluang menjejak ke
peringkat universiti. Sekiranya mata pelajaran Hubungan Etnik diajar pada peringkat yang
lebih awal, ilmu perpaduan dalam kursus ini dapat diterapkan kepada bilangan masyarakat
yang lebih banyak. Untuk menjadikan mata pelajaran Hubungan Etnik sebagai alat untuk
perpaduan yang lebih efisien, Kementerian Pengajian Tinggi boleh menjadikannya satu mata
pelajaran yang wajib diambil bermula dari peringkat sekolah. Kementerian Pengajian Tinggi
yang bertanggungjawab ke atas pengajaran di semua IPTA dan IPTS di Malaysia perlu
berfikir tentang bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran kursus Hubungan Etnik
dapat ditingkatkan lagi supaya kursus ini berjaya memenuhi objektifnya.

Kepentingan Kajian

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai pelbagai kaum
yang berbeza dengan budaya dan kepercayaan masing-masing. Kalangan rakyat yang
membesar dalam budaya yang berbeza telah menyebabkan semangat perpaduan antara kaum
sukar untuk dicapaii walaupan banyak usaha yang dilakukan. Pelbagai kempen-kempen dan
aktiviti telah diadakan untuk mengeratkan hubungan etnik antara rakyat Malaysia.
Salah satu usaha yang telah dijalani adalah Kementerian Pengajian Tinggi telah
menjadikan Hubungan Etnik sebagai kursus yang wajib diambil di IPTA dan IPTS. Objektif
utama mata pelajaran ini adalah untuk meningkatkan pemahaman para pelajar tentang konsep
kesepaduan social, konsep-konsep asas hubungan etnik, plurality dan masyarakat pluralistik.
Dengan mewajibkan mata pelajaran Hubungan Etnik, pelajar pelajar akan didedahkan dengan
sejarah pluraliti masyarakat Alam Melayu dan masyarakat Malaysia kontemporari. Tidak
dapat dinafikan bahawa kepentingannya hubungan etnik yang harmoni dalam kalangan rakyat
dalam membawa negara tersebut ke arah kejayaan. Sesebuah negara yang berpecah pelah
tidak akan memakmurkan rakyatnya.
Kajian ini perlulah dijalankan untuk mennyelidik bahawa adakah implementasi kursus
Hubungan Etnik efisen dalam menyatukan perpaduan antara rakyat. Kita juga dapat meramal
impak implementasi ini dalam kalangan rakyat melalui kajian ini. Dengan menyelidik
respons kalangan pelajar terhadap penyelidikan ini, kita dapat melihat dengan jelas apakah
sebabnya belakang hubungan etnik yang lemah dalam negara kita. Selain itu, kajian ini dapat
membantu pelajar-pelajar yang telah menyertainya memahami sebab kelemahan dalam
hubungan etnik dan berusaha memperbaikannya.
Seperti yang dibincangkan di atas, perpaduan dan hubungan etnik yang harmoni
adalah amat penting untuk mejamin kemakmuran dan kesejahteraan sebuah negara. Kita
harus berusaha membuang prejudis yang berada dalam hati kita dan cuba menerima budaya

kaum lain dengan hati yang terbuka. Hanya melalui cara inilah negara kita boleh bermakmur
dengan perpaduan untuk menhadapi cabaran yang berada di masa depan. Ini boleh menjamin
kita berhidup dengan aman damai dan harmoni.

Metodologi kajian

Beberapa kaedah telah digunakan dalam kajian tugasan ini untuk memperoleh maklumat.
Kaedah-kaedah tersebut termasuklah:
(i)

Kaedah soal selidik


Borang soal selidik yang terdapat 10 soalan telah diberi dan dibuat oleh seramai
43 orang terdiri daripada pelajar universiti. Soalan dalam borang soal selidik
adalah berkaitan dengan hubungan antara subjek Hubungan Etnik dengan

(ii)

perpaduan kaum.
Kaedah rujukan
Sumber dari internet dan buku telah didapatkan dan dirujuk dalam tugasan ini.
Sumber tentang sejarah Malaysia dan subjek Hubungan Etnik adalah digunakan
untuk mengkaji objektik kajian yang dinyatakan.

Kandungan & Analisis

1. Saya sering bergaul dengan rakan yang terdiri daripada pelbagai etnik dalam
kehidupan seharian.

Soalan 1
25

23
1

20

15

Bilangan responden
10
5

8
5

Pandangan responden

Soalan di atas telah ditanya antara pelajar-pelajar di UNIVERSITI TUNKU ABDUL


RAHMAN (UTAR) , kebanyakan pelajar yang ditanya adalah dari pelbagai tempat dan
budaya. Kredibiliti daripada keputusan terdapat adalah sangat tinggi. Dari keputusan terdapat,
23 pelajar bersamaan dengan 53% daripada bilangan pelajar yang ditanya telah setuju kepada
soalan di atas, dan 5 pelajar bersamaan dengan 12% daripada bialngan pelajar yang ditanya
sangat setuju kepada soalan di atas. Ini juga bermaksub melebihi separuh pelajar jumlah 28
pelajar bersamaan dengan 65% daripada pelajar yang ditanya sering bergaul dengan rakan
yang terdiri daripada pelbagai etnik dalam kehidupan seharian. Contoh bergaul adalah minum
minumam, tonton pertandingan bola sepak bersama, berbual-bual bersama di restoran, main
bola sepak bersama.

8 pelajar bersamaan dengan 18% daripada bilangan pelajar yang ditanya tidak pasti
kepada soalan di atas. Yang 8 pelajar tersebut mungkin pernah bergaul dengan rakan yang
terdiri daripada pelbagai etnik dalam kehidupan seharian tetapi kebelakangan ini tidak
bergaul dengan rakan yang terdiri daripada pelbagai etnik dalam kehidupan seharian.

2 pelajar bersamaan dengan 5% daripada bilangan pelajar yang ditanya sangat tidak
bersetuju, dan 5 pelajar bersamaan dengan 12% daripada bilangan pelajar yang ditanya tidak
bersetuju kepada soalan ke atas. Hal ini menunjukkan bukan semua orang pernah bergaul
dengan rakan yang terdiri daripada pelbagai etnik dalam kehidupan seharian. Masih ada
kekurangan orang tidak boleh mengasimilasikan ke dalam masyarakat ini. Mungkin mereka
tidak adaptasi kepada tabiat hidup yang etnik lain.

10

2. Saya bertutur sekurang-kurangnya 2 jenis Bahasa dalam pergaulan seharian.

Soalan 2

Bilangan responden

20
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0

19
16

1
2
3
4
5

5
1

Pandangan responden

Soalan ini bertanya tentang kegunaan bahasa yang etnik lain. Adakah masyarakat ini
menggunakan bahasa lain daripada etnik sendiri dalam kehidupan seharian? Daripada
keputusan terdapat, 16 pelajar bersamaan dengan 37% daripada bilangan pelajar yang ditanya
sangat bersetuju, dan 19 pelajar bersamaan dengan 44% daripada bilangan pelajar yang
ditanya setuju kepada soalan di atas. Hal ini menunjuk melebihi tiga suku pelajar jumlah 35
bersamaan denga 81% daripada bilangan pelajar yang ditanya sering mengguna sekurangkurangnya 2 jenis bahasa dalam pergaulan seharian. Ini bermaksub melebihi tiga suku pelajar
yang ditanya menerima bahasa yang etnik lain dan sanggup menggunakan bahasa tersebut
dalam kehidupan harian.

5 pelajar bersamaan dengan 12% daripada bilangan pelajar yang ditanya tidak pasti
kepada soalan di atas. Yang 5 pelajar tersebut mungkin menggunakan bahasa lain daripada
etnik sendiri kadang-kadang. Atau mereka tidak mahir kepada bahasa yang etnik lain.

11

2 pelajar bersamaan dengan 5% daripada bilangan pelajar yang ditanya tidak


bersetuju kepada soalan di atas, dan 1 pelajar bersamaan dengan 2% daripada bilangan
pelajar yang ditanya sangat tidak bersetuju kepada soalan di atas. Mungkin 3 pelajar tersebut
tidak pernah belajar tentang bahasa yang etnik lain atau mereka tidak ada keyakinan untuk
menggunakan bahasa yang etnik lain dalam kehidupan seharian.

12

3. Saya memahami perbezaan budaya, social dan adat resam etnik-etnik lain.

Soalan 3
30

27

25

20

2
3

Bilangan responden 15
10

5
0

10

1
0

Pandangan responden

Daripada graf yang telah dikaji dengan teliti, sebanyak 27 responden daripada 43
responden bersetuju dengan soalan yang ditanya iaitu, responden memahami perbezaan
budaya, social, dan adat resam etnik etnik lain. Selain itu, sebanyak 10 responden sangat
setuju dengan soalan ini, 6 responden daripada 43 responden tidak menpunyai sebarang
pendapat terhadap soalan ini.

Daripada statistik ini, jelas sekali menunjukkan majoriti pelajar sedar terhadap
perpaduan antara etnik adalah terhadap perfahaman tenteng perbezaan antara satu sama lain.
Ini kerana pelajar dapat menerima hakikat ataupun maklumat terhadap etnik lain walaupun ia
membawa rasa ketidak puas hati dengan secara hati terbuka dan juga minda. Hal ini juga
menunjukkan bahawa majoriti pelajar menpunyai laman sosial yang menrangkupi semua
etnik. Oleh itu, mereka dapat menerima dengan hati terbuka.

13

Selain itu, responden yang tidak menpunyai sebarang pendapat terhadap soalan ini
disebabkan oleh mereka tidak menpunyai laman sosial yang menrangkungi semua etnik. Hal
ini telah menyebabkan mereka sukar untuk menerima perbezaan antara etnik lain walaupun
pilihan mereka itu boleh dikatakan sebagai neutral.

14

4. Saya berpendapat bahawa sesebuah negara yang mempunyai hubungan etnik yang
stabil dapat membawa kemakmuran kepada negara tersebut.

Soalan 4
25
21
20

18

15

Bilangan responden

10

5
1
0

Pandangan responden

Daripada graf yang telah digaji dengan teliti, sebanyak 21 responden daripada 43
responden sangat setuju tentang soalan yang ditanya iaitu, sesebuah negara yang menpunyai
hubungan etnik yang stabil dapat membawa kemakmuran kepada negara tersebut. Disamping
itu, sebanyak 18 responden berpendapat setuju, 3 responden tidak menpunyai sebarang
pendapat terhadap soalan ini, seorang responden berpendapat tidak setuju.

Daripada kajian ini, jelas sekali majoriti responden menyedar bahawa kemakmuran
sesebuah negara itu datang dengan kestabilan antara etnik. Hal ini kerana mereka menpunyai
semangat patriotik yang tinggi. Selain daripada itu, subjek hubungan ini juga merupakan
faktor utama yang menyedarkan pelajar tentang pendapat mereka terhadap soalan ini. Ini
kerana, objetif subjek ini adalah memupuk kesedaran pelajar terhadap perpaduan etnik.
Dengan subjek ini, responden dapat mengetahui tentang isu-isu perkauman yang sering
berlaku sejak kebelakangan ini. Disamping itu, subjek ini telah banyak membawa mesej yang

15

positif kepada pelajar supaya mereka dapat perasan tentang kemakmuran negara itu dating
daripada kestabilan etnik.
Bagi responden yang tiada sebarang pendapat terhadap soalan ini, mereka mungkin
tidak peka terhadap isu yang sedang berlaku di negara. Ini kerana mereka tidak suka akan
tentang politik dan juga malas nak melayan. Disampimg itu, mereka juga tidak memberi
tumpuan dalam subjek ini kerana mereka tidak dapat menerima mesej yang ingin
disampaikan dan ini menyebabkan mereke tidak sedar terhadap kestabilan etnik membawa
manfaat kepada negara. Begitu juga kepada responden yang berpendapat tidak setuju.

16

5. Sepanjang pembelajaran subjek ini, saya dapat berfikir secara lebih terbuka,
positif dan rasional apabila menghadapi isu-isu yang berkaitan dengan
perkauman.

Soalan 5
25

22
1

20

15

Bilangan responden
10

5
1

10

4
5

Pandangan responden

Melalui objektif mata pelajaran Hubungan Etnik, seseorang individu itu akan dapat
berfikir secara lebih terbuka, positif dan rasional apabila mengahadapi isu-isu yang berkaitan
dengan perkauman. Sekiranya seseorang individu itu telah mempelajari mata pelajaran
Hubungan Etnik, individu tersebut akan lebih menghormati kaum lain kerana tujuan mata
pelajaran tersebut adalah untuk melahirkan masayrakat yang bersifat pluralistik. Maksud
masyarakat pluralistik adalah masyarakat yang saling hormat-berhormat terhadap agama dan
adat istiadat kaum lain, tidak berpandangan rendah sesama kaum dan apabila isu-isu yang
berkaitan dengan perkauman berlaku, individu tersebut akan memikir dengan lebih rasional
agar tidak meniumbulkan perkara-perkara yang lebih sensitif.

Melalui soal selidik yang telah dijalankan, terdapat 11 daripada 43 responden sangat
setuju dengan kenyataan disebutkan di atas. Responden yang sangat setuju pada kenyataan ini
adalah kerana mereka memahami objektif mata pelajaran Hubungan Etnik dan mereka dapat
17

berfikir secara terbuka, positif dan rasional apabila menghadapi isu-isu berkaitan dengan
perkauman dengan membuat keputusan yang pintar agar isu tersebut boleh diselesaikan tanpa
berlaku sebarang pergaduhan atau isu-isu sensitif. Manakala 21 daripada 43 responden setuju
kepada kenyataan yang disebut di atas. 22 responden ini memilih setuju kepada kenyataan ini
adalah kerana mereka berpendapat bahawa mata pelajaran Hubungan Etnik tidak boleh
mengubah cara-cara pemikiran seseorang individu. 8 daripada 43 responden tidak pasti pada
kenyataan tersebut. Ini adalah kerana meraka kemungkinan besar tidak memahami objektif
mata pelajaran Hubungan Etnik. Oleh itu, mereka akan membuat keputusan yang cuai apabila
isu-isu yang berkaitan dengan perkauman berlaku. Selain itu, 2 daripada 43 responden pula
tidak setuju kepada kenyataan di atas. Ini adalah kerena mereka bersifat tidak serius apabila
mempelajari mata pelajaran ini dan sekiranya isu-isu berkaitan perkauman berlaku, mereka
bukan sahaja akan membuat keputusan cuai, malah isu-isu lebih sensitik akan ditimbul. Akhir
sekali, terdapat 1 daripada 43 responden sangat tidak setuju kepada kenyataan ini.
Kemungkinan besar responden tersebut memilih sangat tidak setuju adalah kerana dia kurang
menghormati sesebuah etnik atau dia tidak mampu berfikir secara terbuka, rasional dan
positif apabila isu-isu perkauman berlaku.

18

6. Sepanjang pembelajaran subjek ini, saya mempelajari bahawa setiap individu


harus hidup dan bergaul secara aman dan harmoni sebagai tanda penghargaan
terhadap pengorbanan tokoh serta pemimpin negara.

Soalan 6
30

26

25

20

2
3

Bilangan responden 15

12

10

5
5

5
0

1
0

Pandangan responden

Tokoh-tokoh and pemimpin negara telah berjuang sedaya-upaya pada tahun 1957
supaya Tanah Melayu atau Malaysia bebas daripada penjajahan negara asing dan penduduk
Malaysia dapat hidup dalam keadaan tenteram tanpa ancaman yang kuasa asing. Setelah
Malaysia telah mencapai kemerdekaan , tokoh-tokoh telah menetapkan beberapa misi negara.
Salah satu misi negara adalah supaya rakyat Malaysia dapat hidup dengan hormoni dan aman
damai.

Melalui analisis soal selidik yang telah dijalankan, terdapat 12 daripada 43 responden
sangat setuju pada kenyataan di atas. Ini adalah kerana mereka adalah individu yang sangat
menghormati kaum lain, tidak berpandangan rendah kepada gaya hidup dan adat istiadat
kaum lain dan menghargai segala pengorbanan yang dikorban oleh tokoh-tokoh dan
pemimpin negara apabila berundingan dengan penjajah asing untuk memnuntut kemerdekaan
Malaysia. Selain itu, 26 daripada 43 responden setuju kepada kenyataan tersebut. 26 individu
19

ini setuju terhadap kenyataan tersebut kemungkinan besar kerana mereka menghargai
pengorbanan tokoh-tokoh dan pemimpin negara tetapi mereka kurang setuju dengan fakta
rakyat Malaysia dapat hidup atau bergaul secara aman dan harmoni. Ini adalah kerana di
sesebuah negara itu, sentiasa terdapat inidividu yang tidak berfikiran terbuka dan merekalah
individu yang menyebabkan pemberontakkan dalam negara. Akhir sekali, 5 daripada 43
responden tidak pasti terhadap kenyataan yang di atas. Ini adalah kerena mereka mempunyai
keraguan terhadap keharmonian negara. Hal ini boleh dibuktikan kerana Malaysia sentiasa
berlaku isu-isu perkauman yang menyebabkan kekecohan dalam negara.

20

7. Sepanjang pembelajaran subjek ini, saya mempelajari kepentingan untuk bertolak


ansur dengan cara dan gaya kehidupan setiap lapisan masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai etnik

Soalan 7
30

26

25

20

2
3

Bilangan responden 15

12

4
5

10
5
0

2
0

Pandangan responden

Majoriti pelajar telah mempelajari tentang kepentingan untuk bertolak ansur dengan
cara dan gaya kehidupan setiap lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik
melalui pembelajaran subjek Hubungan Etnik. Hal ini dapat dibuktikan melalui soal selidik
yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Sepanjang
masa soal selidik ini dijalankan, bilangan pelajar yang sangat bersetuju tentang pentingnya
bertolak ansur dengan dengan cara dan gaya kehidupan setiap lapisan masyarakat yang
berbilang etnik adalah seramai 12 orang daripada 43 orang. Hal ini membuktikan bahawa
satu per empat daripada jumlah pelajar telah menerapkan nilai bertolak ansur dengan cara dan
gaya kehidupan etnik lain dalam diri mereka setelah menyedari tentang kepentingannya.
Selain itu, 26 daripada 43 orang bersetuju bahawa mereka telah mempelajari
kepentingan untuk bertolak ansur melalui pembelajaran subjek ini. Hal ini menjelaskan
bahawa lebih daripada satu per dua pelajar telah mendapat ilmu pengetahuan tentang
kepentingan untuk bertolak ansur dalam kalangan masyarakat berbilang etnik.
21

Seterusnya, 3 daripada 43 orang tidak pasti tentang pentingnya untuk bertolak ansur
dengan cara dan gaya kehidupan dalam masyarakat majmuk ini. Hal ini menunjukkan
bahawa hanya 7 peratus yang tidak pasti dengan kepentingan bertolak ansur sepanjang proses
pembelajaran ini. Hal ini mungkin wujud kerana mereka kurang jelas akan matlamat dan
kandungan subjek ini yang ingin disampaikan kepada mereka justeru, menyebabkan
ketidakpastian dalam diri mereka.

Pada masa yang sama, terdapat juga 2 daripada 43 orang yang kurang bersetuju
dengan kepentingan untuk bertolak ansur dengan cara dan gaya kehidupan setiap masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai etnik. Hal ini menunjukan bahawa hanya 5 peratus daripada
bilangan pelajar yang kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut. Hal ini mungkin
disebabkan oleh semangat perkauman yang kuat terpendam dalam diri mereka sehingga
mencetuskan fikiran bahawa mereka tidak perlu bertolak ansur dengan cara dan gaya
kehidupan etnik lain. Hal ini juga jelas menggambarkan sikap segelintir mereka yang
mementingkan diri dan tidak rasional.

22

8. Saya berpendapat bahawa subjek Hubungan Etnik dapat memupuk semangat


patriotisme dalam diri saya serta dapat mengeratkan hubungan dengan etnik-etnik
yang lain---walaubagaimanapun

Soalan 8
25

22
1

20

2
15

Bilangan responden

10

10
5

4
5

6
2

Pandangan responden

Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa subjek Hubungan Etnik dapat memupuk


semangat patriotisme dalam diri mereka serta mengeratkan hubungan dengan etnik-etnik lain.
Hal ini dapat dibuktikan menerusi soal selidik yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar UTAR.
Melalui soal selidik ini, bilangan pelajar yang sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa
subjek Hubungan Etnik dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka serta dapat
mengeratkan hubungan dengan etnik-etnik yang lain adalah 10 daripada 43 orang. Jumlah
yang diperolehi ini adalah bersamaan dengan 23 peratus yang sangat jelas dengan matlamat
dan tujuan subjek ini diwujudkan.

Seterusnya, 22 daripada 43 orang bersetuju dengan pendapat bahawa subjek


Hubungan Etnik dapat memupuk semangat patriotisme dan mengeratkan hubungun
masyarakat majmuk. Hal ini menjelaskan bahawa satu per dua daripada bilangan pelajar
bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan. Mereka dapat menerapkan semangat
23

patriotisme dalam diri mereka serta mempamerkan diri mereka yang dapat hidup berbaikbaik dalam masyarakat majmuk ini.

Daripada 43 orang yang menjalani soal selidik ini, 6 orang pula kurang pasti akan
pendapat mereka. 14 peratus daripada 100 peratus kurang pasti akan pendirian mereka
terhadap pendapat ini. Hal ini berkemungkinan besar kerana mereka kurang jelas akan tujuan
subjek ini diwujudkan mahupun kurang memberi perhatian dalam kelas.

Walaubagaimanapun, terdapat juga 3 daripada 43 orang yang kurang setuju bahawa


subjek Hubungan Etnik dapat memupuk semangat patriotisme dan mengeratkan hubungan
dalam masyarakat multietnik. Jumlah peratusan kurang setuju yang diperolehi adalah 7
peratus. Hal ini disebabkan oleh mereka hanya menganggap bahawa subjek Hubungan Etnik
ini tidak memberi sebarang manfaat kepada mereka tetapi hanya satu subjek yang perlu lulus
justeru, gagal menerapkan semangat patriotisme dalam diri mereka sepanjang pembelajaran
subjek tersebut.

Pada masa yang sama, 2 daripada 43 sangat tidak setuju bahawa subjek Hubungan
Etnik dapat memupuk semangat patriotisme dan mengeratkan hubungan dalam masyarakat
multietnik. Ini menunjukkan 5 peratus daripada mereka yang sangat tidak bersetuju dengan
pendapat tersebut. Hal ini mungkin wujud disebabkan oleh segelintir mereka yang gagal
memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka sejak kecil lagi, apatah lagi apabila sudah
dewasa pada masa ini melalui hanya satu subjek Hubungan Etnik yang diadakan selama 2
jam seminggu bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
24

9. Universiti yang memperkenalkan subjek Hubungan Etnik dapat melahirkan


individu yang lebih bekerjasama, bertolak ansur, prihatin serta tolong-menolong
dengan etnik-etnik lain.

Soalan 9

Bilangan responden

20
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0

19
1
2

11

3
4

7
3

Pandangan responden

Daripada graf yang telah digaji, sebanyak 19 daripada 44 responden setuju dengan
Universiti yang menperkenakan subjek hubungan etnik dapat melahirkan individu yang lebih
prihatin terhadap etnik lain. Selain itu, terdapat sebanyak 7 reponden daripada 44 responden
sangat setuju dengan fakta ini malah terdapat 3 responden tidak setuju dan juga 3 responden
sangat tidak setuju dengan fakta ini. Sebanyak 11 responden tidak menpunyai pendirian yang
jelas, oleh itu pilihan yang ke tiga menjadi jawapan mereka.

Daripada statistik ini, jelas sekali menunjuk kebanyakan mereka menrasa subjek
hubungan etnik ini dapat memupuk kesepaduan rakyat yang terdiri daripada masyrakat
multietnik. Ini kerana subjek hubungan etnik menghantarkan mesej perpaduan yang jelas
kepada mahasiswa. Oleh itu, mahasiswa dapat setuju dengan fakta ini.

25

Selain itu, bukannya semua mahasiswa dapat meyerap dan memahami semua mesej
yang ingin disampaikan oleh subjek ini. Oleh kerana mereka mungkin tidak memberi
tumpuan dalam kelas dan hal ini telah menyebabkan mereka tidak ada pandangan berkena
fakta ini. Keadaan ini boleh dikatakan biasa kerana pada zaman ini, pemuda sudah kurang
perpendat terhadap isu-isu semasa dan ini menyebabkan mereka kurang peka terhadap isu-isu
berkenaan dengan etnik. Oleh itu, mereka mengangup subjek ini sebagai subjek yang tidak
penting dan belajar ia dengan sikap yang tidak serious.

26

10. Sepanjang pembelajaran subjek Hubungan Etnik, saya telah diberi peluang untuk
memahami perbezaan etnik lain sama ada dalam pertuturan, perlakuan mahupun adat
resam dengan lebih teliti.

Soalan 10
35

30

30

Bilangan responden

25

20

15

10
5

Pandangan responden

Daripada graf yang telah dikaji, sebanyak 30 reponden daripada 43 reponden


bersetuju dengan soalan yang ditanya iaitu, sepanjang anjaran subjek hubungan etnik,
responden telah diberi peluang untuk memahami perbezaan sama ada pertuturan, perlakuan
mahupun adat resam etnik lain. Selain itu, sebanyak 7 responden sangat setuju dengan soalan
ini, 1 responden tidak setuju, seorang responden sangat tidak setuju dan 4 responden tidak
menpunyai sebarang pendapat terhadap soalan ini.

Jelas sekali kebanyakan responden menpunyai permahaman terhadap perbezaan sama


ada pertuturan, pelakuan dan adat resam etnik lain. Hal ini dapat menunjukan betapa
pentingnya subjek hubungan etnik dapat membawa inpak yang positif kepada masyarakat
27

antara mahasiswa. Daripada anjaran hubungan etnik, pelajar dapat memahami adat resam,
budaya dan juga keagaman etnik lain. Selain itu, pelajar juga ada peluang untuk memahami
perlembagaan negara yang tidak pernah diajar pada peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah. Disamping itu, subjek ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk
membincang dan meluaskan pandangan mereka.

Bagi responden yang tidak menpunyai sebarang pandangan terhadap soalan ini,
mereka mungkin tidak pernah memberi tumpuan dalam kelas. Selain itu, mereka prejudis
terhadap subjek ini dengan mengangap subjek ini sebagai subjek yang membasuh otak oleh
kerajaan. Hal ini berlaku kerana mereka tidak menpunyai minda terbuka dan juga mudah
terperdaya terhadap maklumat yang tidak benar di internet. Begitu juga terhadap responden
yang tidak setuju dengan soalan ini.

28

Kesimpulan
Subjek Hubungan Etnik berupaya untuk menyatukan pelbagai etnik dalam negara
kita. Subjek ini membolehkan rakyat mampu berfikir secara rasional, menyedari kepentingan
keharmonian hubungan etnik dan bertolak ansur dengan kaum lain.
Sebagai contoh, kekecohan di plaza Low Yat bukan isu perkauman sebaliknya isu ini
hanya ialah kejadian mencuri. Rakyat yang tidak berfikiran rasional akan beranggap bahawa
pergaduhan ini adalah antara kaum Melayu dengan Cina tanpa melihat sebab yang
mengakibatkan konflik ini. Konflik ini tersebar secara merebak oleh sebab video seolah-olah
lelaki Melayu dipukul oleh sekumpulan lelaki Cina. Kesannya, berates-ratus orang
berkumpul di depan plaza Low Yat pada malam itu. Orang yang berkumpul dipercayai rakan
lelaki yang ditahan oleh polis.
Perhimpunan tersebut menyebabkan seorang Cina yang datang ke tempat
berhampiran plaza Low Yat untuk mencari kawan telah dipukul oleh orang ramai yang
berkumpul di luar plaza itu. Seorang Melayu daripada himpunan itu berpilih untuk
menyelamatkan orang Cina tersebut. Hal ini bermaksud bahawa orang yang berfikiran secara
rasional akan bertindak berdasarkan logik. Penyelamat itu yang menganggap diri sebagai
Encik J datang untuk menghadiri perhimpunan aman. Dia berpilih untuk menyelamatkan
orang Cina itu kerana dia mengetahui bahawa orang yang dipukul itu tidak berupaya untuk
menyelamatkan diri. Encik J bertindak betul kerana dia menyelamatkan orang yang berada
dalam kebahayaan tanpa mengira perbezaan kaum dan isu yang terjadi dalam plaza Low Yat.

29

Subjek Hubungan Etnik memberi ajaran supaya kita akan bertolak ansur dengan gaya
hidup yang berbeza daripada masyarakat multietnik. Kita akan memahami kestabilan politik,
ekonomi dan sosial adalah datang daripada permuafakatan antara masyarakat. Malaysia
berjaya mencapai tahap Negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50
tahun ialah pencapaian daripada kestabilan politik, ekonomi dan sosial atas usaha rakyatrakyat Malaysia dari lapisan tertinggi ke kelas awam.
Selain itu, subjek Hubungan Etnik membawa pengajaran bahawa kita seharusnya
tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Melalui pembelajaran subjek ini,
kita dapat mengetahui proses tokoh pemimpin negara kita dalam perjuangan kemerdekaan
negara. Tokoh-tokoh tersebut telah menjadi teladan yang baik kepada kita dengan
bekerjasama dengan kaum lain dan berusaha untuk matlamat yang sama. Oleh itu, kita akan
mengetahui bahawa hidup dengan kaum lain tidak mempunyai apa-apa masalah kerana kita
mempunyai tanah air yang sama.
Sebagai kesimpulan, subjek Hubungan Etnik mampu membantu perpaduan kaum di
Malaysia. Semua pihak perlu menyedari kepentingan hubungan etnik antara masyarakat di
negara kita. Cabaran yang dihadapi hendaklah diatasi atas kerjasama rakyat Malaysia
daripada pelbagai kaum. Semoga slogan 1 Malaysia dapat direalisasikan dan masyarakat
majmuk yang bersatu padu dapat dibentuk.

30

Rujukan
BUKU
Hashim, W. (2011). Hubungan Etnik Di Malaysia. Wangsa Maju, KL: Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.
Husin, N. W. (2012). Peradaban dan perkauman di Malaysia: hubungan etnik Melayu-Cina.
Penerbit Universiti Malaya.
Lee, H. G. (2000). Ethnic relations in Peninsular Malaysia: the cultural and economic
dimensions. Institute of Southean Asian Studies.
Raymond, L. M. Lee. (2008). Ethnicity and ethnic relations in Malaysia. Center for Southeast
Asian Studies, Northern Illinois University.
Universiti Teknologi MARA. (2008). Ke arah pengajaran TITAS dan hubungan etnik yang
holistik. Pusat Penerbitan Universiti Teknologi MARA.
INTERNET
Astro Awani. (2015). Pekerja di Plaza Low Yat kecewa kes curi telefon dijadikan isu
perkauman.
Didapati Julai 26, 2015
daripada

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pekerja-di-plaza-low-yat-

kecewa-kes-curi-telefon-dijadikan-isu-perkauman-65875
31

Magnifee. (2015). Breaking: Explosions, Riots outside Low Yat Plaza After Handphone Gang
Incident.
Didapati Julai 26, 2015
daripada

http://magnifee.sg/breaking-explosions-riots-outside-lowyat-plaza-after-

handphone-gang-incident/
mStar. (2015). Kekecohan Di Plaza Low Yat Tiada Kaitan Isu Perkauman.
Didapati Julai 26, 2015
daripada

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/07/12/kekecohan-di-

plaza-low-yat-tiada-kaitan-isu-perkauman/
Murthy, S. (2012, September 27). Hubungan Etnik perlu dijadikan subjek wajib di sekolah
Didapati Julai 24, 2015
daripada

http://www.sinarharian.com.my/rencana/hubungan-etnik-perlu-dijadikan-

subjek-wajib-di-sekolah-1.89188
New Straits Times. (2015). Protestor turns Hero for Saving Mans Life during Plaza Low Yat
Fracas.
Didapati Julai 26, 2015
daripada http://www.nst.com.my/node/92108
Prof. Askandar, M. K. (2013). Perpaduan dan Perdamaian Etnik.
Didapati Julai 24, 2015

32

daripada

http://www.seacsn.usm.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=294:perpaduan-dan-perdamaianetnik&catid=34&Itemid=294#ixzz2BPZs7xj0
Universiti Malaysia Kelantan. (2012). Faktor utama konflik etnik dan kemampuan gagasan
1Malaysia menurut perspektif mahasiswa.
Didapati Julai 25, 2015
daripada http://umkeprints.umk.edu.my/1071/

Lampiran

33

Soal Selidik tentang Subjek Hubungan Etnik


Soal selidik ini mengandungi 10 soalan. Setiap soalan menpuyai lima pilihan jawapan
iaitu:
5 - sangat setuju, 4 - setuju, 3 - tidak pasti, 2 - kurang setuju ,1 - sangat tidak setuju
1. Saya sering bergaul dengan rakan yang terdiri daripada pelbagai
etnik dalam kehidupan seharian.
o

5 - Sangat Setuju

4 - Setuju

3 - Tidak Pasti

2 - Kurang Setuju

1 - Sangat Tidak Setuju

2. Saya bertutur sekurang-kurangnya 2 jenis Bahasa dalam


pergaulan seharian.
o

5 - Sangat Setuju

4 - Setuju

3 - Tidak Pasti

2 - Kurang Setuju

1 - Sangat Tidak Setuju

34

3. Saya memahami perbezaan budaya, social dan adat resam etniketnik lain.
o

5 - Sangat Setuju

4 - Setuju

3 - Tidak Pasti

2 - Kurang Setuju

1 - Sangat Tidak Setuju

4. Saya berpendapat bahawa sesebuah negara yang mempunyai


hubungan etnik yang stabil dapat membawa kemakmuran kepada
negara tersebut.
o

5 - Sangat Setuju

4 - Setuju

3 - Tidak Pasti

2 - Kurang Setuju

1 - Sangat Tidak Setuju

5. Sepanjang pembelajaran subjek ini, saya dapat berfikir secara


lebih terbuka, positif dan rasional apabila menghadapi isu-isu yang
berkaitan dengan perkauman.
o

5 - Sangat Setuju

4 - Setuju

3 - Tidak Pasti

2 - Kurang Setuju

1 - Sangat Tidak Setuju

6. Sepanjang pembelajaran subjek ini, saya mempelajari bahawa


setiap individu harus hidup dan bergaul secara aman dan harmoni

35

sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan tokoh serta


pemimpin negara.
o

5 - Sangat Setuju

4 - Setuju

3 - Tidak Pasti

2 - Kurang Setuju

1 - Sangat Tidak Setuju

7. Sepanjang pembelajaran subjek ini, saya mempelajari kepentingan


untuk bertolak ansur dengan cara dan gaya kehidupan setiap lapisan
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik.
o

5 - Sangat Setuju

4 - Setuju

3 - Tidak Pasti

2 - Kurang Setuju

1 - Sangat Tidak Setuju

8. Saya berpendapat bahawa subjek Hubungan Etnik dapat memupuk


semangat patriotisme dalam diri saya serta dapat mengeratkan
hubungan dengan etnik-etnik yang lain.
o

5 - Sangat Setuju

4 - Setuju

3 - Tidak Pasti

2 - Kurang Setuju

1 - Sangat Tidak Setuju

36

9. Universiti yang memperkenalkan subjek Hubungan Etnik dapat


melahirkan individu yang lebih bekerjasama, bertolak ansur, prihatin
serta tolong-menolong dengan etnik-etnik lain.
o

5 - Sangat Setuju

4 - Setuju

3 - Tidak Pasti

2 - Kurang Setuju

1 - Sangat Tidak Setuju

10. Sepanjang pembelajaran subjek Hubungan Etnik, saya telah


diberi peluang untuk memahami perbezaan etnik lain sama ada
dalam pertuturan, perlakuan mahupun adam resam dengan lebih
teliti.
o

5 - Sangat Setuju

4 - Setuju

3 - Tidak Pasti

2 - Kurang Setuju

1 - Sangat Tidak Setuju

Submit

100%: You made it


.

37

You might also like