You are on page 1of 1

Kemelesetan ekonomi merupakan salah satu daripada masalah ekonomi yang sering

kali dibincangkan oleh pakar-pakar ekonomi. Tiada sebuah negara pun terlepas daripada
menghadapi kemelesetan ekonomi walaupun negara tersebut merupakan negara maju, sedang
membangun mahupun mundur. Krisis ini selalunya akan berkaitan rapat dengan masalah
utama makroekonomi iaitu pengangguran dan inflasi. Peningkatan kadar inflasi di Malaysia
begitu ketara apabila Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997 di mana di
lihat kadar inflasi pada tahun 1997 kadar inflasi cuma 2.7%, tetapi meningkat kepada 5.3%
pada tahun 1998. Dari segi kadar pengangguran pula, kadar pengangguran di Malaysia pada
tahun 1996 dan 1997, kadar pengangguran menurun daripada 2.5% kepada 2.4%. Tetapi
kadar ini meningkat setelah Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi dan kadar ini
meningkat pada tahun 1998 iaitu pada 3.2%.
Ramai pihak menyatakan bahawa ekonomi sekarang berkemungkinan akan merudum
dan peristiwa kemelesetan ekonomi Malaysia 1997 bakal berulang kembali. Namun begitu,
ekomoni Malaysia pada masa kini didakwa semakin kukuh oleh kerajaan melalui
pelaksanaan dan penambahan cukai Good & Service Tax (GST) kepada semua barangan dan
perkhidmatan sejak 1 April 2015 yang lalu. YAB Perdana Menteri mengatakan sewaktu
pembentangan pelan Bajet 2017 bahawa jumlah kutipan GST yang terkumpul adalah
sebanyak RM30 billion. Sejajar dengan pelaksanaan cukai tersebut, harga barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan kini turut meningkat berbanding dengan harga pra-GST.
Walaupun cukai ini memberikan hasil yang memberangsangkan, namun ia turut memberi
kesan yang amat besar kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan miskin dan para
mahasiswa. Secara tidak langsung, mahasiswa turut membayar cukai tersebut melalui
pembelian barang yang berkaitan seperi alat pembelajaran, pembelanjaan seharian dan
seumpamanya. Hal ini menyebabkan peningkatan kos dibelanjakan mahasiswa sepanjang
tempoh pengajian. Pada pembentangan Bajet 2017 juga, peruntukan kepada Kementerian
Pengajian Tinggi turut dikurangkan sebanyak 9.3% berbanding tahun sebelumnya.
Sehubungan dengan itu, kumpulan kami bersepakat untuk menjalankan sebuah kajian
untuk melihat dan menilai sejauh mana kenaikan taraf hidup ini memberi kesan kepada
mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Selain itu, kami turut berminat
untuk mengetahui kepekaan mahasiswa terhadap ekonomi semasa dan langkah-langkah yang
telah diambil untuk mengatasi kos taraf hidup yang semakin meningkat pada masa kini.

You might also like