You are on page 1of 4

Modul: Struktur Bumi

Keterangan Modul
Pengenalan
Modul ini mengenai gempa bumi, termasuk impaknya (potensi impak) kepada Malaysia, cara
gempa bumi terjadi, dan kesan gelombang gempa bumi untuk membantu kita memahami
struktur bumi.
Pelajar akan mempelajari plat tektonik (termasuk pembentukan gunung), dan taburan gempa
bumi dan gunung berapi di seluruh dunia. Mereka juga akan menyiasat tentang jenis-jenis
gunung berapi. Pelajar akan mentafsir data dan membuat kesimpulan, meramal, membina
model dan menjalankan eksperimen.

Topik
Struktur Bumi

Tingkatan
2

Masa yang diperlukan


10 jam

Episod Pembelajaran

Tajuk episod
Kaitan Kurikulum:
Isi kandungan
Kaitan Kurikulum:
Kemahiran

Episod 1 Bumi yang Bergegar


Sebab dan akibat gempa bumi
Struktur bumi
Merancang dan membuat penyiasatan untuk menguji idea saintifik
Menganalisis dan mentafsir data

Menyampaikan idea saintifik dalam bahasa yang bersesuaian


Kaitan Kurikulum: Mempunyai minat dan perasan ingin tahu mengenai alam sekitar
Sikap
Menyedari bahawa sains satu cara untuk memahami alam semula jadi
Luwes dan berfikiran terbuka
Bersikap objektif
Sistematik
Berfikir secara rasional
Sumber
pembelajaran

Berani mencuba
Persembahan PowerPoint: Struktur Bumi - Episod 1: Bumi yang
Bergegar
Persembahan Prezi: Struktur Bumi - Episod 1: Bumi yang Bergegar
Video: Tsunami
Lembaran Kerja 1.1
Lembaran Kerja 1.2
Lembaran Kerja 1.3
Aktiviti Luar Sekolah 1
Aktiviti Luar Sekolah 1 (Jawapan)
Panduan interaktif Jenis-jenis sesar
Ujian Pra

Tajuk episod
Episod 2 Benua yang Bergerak
Kaitan Kurikulum: Gunung berapi
Isi kandungan
Plat tektonik
Pembentukan batuan igneus
Kaitan Kurikulum: Merancang dan membuat penyiasatan untuk menguji idea saintifik
Kemahiran
Menganalisis dan mentafsir data
Menggunakan idea saintifik untuk menjelaskan pola data
Menyampaikan idea saintifik dalam bahasa yang bersesuaian
Kaitan Kurikulum: Mempunyai minat dan perasan ingin tahu mengenai alam sekitar
Sikap
Menyedari bahawa sains satu cara untuk memahami alam semula jadi
Luwes dan berfikiran terbuka
Bersikap objektif
Sistematik
Berfikir secara rasional
Sumber
pembelajaran

Berani mencuba
Persembahan PowerPoint: Struktur Bumi - Episod 2: Benua yang
Bergerak
Persembahan Prezi: Struktur Bumi - Episod 2: Benua yang Bergerak
Lembaran Kerja 2.1
Lembaran Kerja 2.2
Aktiviti Luar Sekolah 2
Aktiviti Luar Sekolah 2 (Jawapan)
Ujian Pos

Aktiviti luar sekolah


Episod 1
Episod 1 merangkumi sebab dan akibat gempa bumi. Pelajar akan belajar mengenai Skala
Richter. Aktiviti dalam episod ini memerlukan mereka membina versi skala tersebut berdasarkan
satu siri penerangan mengenai tahap kemusnahan yang disebabkan oleh gempa bumi yang
berlainan kekuatan dalam satu kawasan binaan. Pelajar menyusun kembali huraian tersebut
untuk membuat ringkasan Skala Richter. Tugasan ini memerlukan mereka untuk berfikir secara
rasional dan bekerja secara sistematik.
Episod 2
Pelajar akan belajar mengenai gunung berapi dan kesan jenis lava terhadap bentuk gunung
berapi. Aktiviti ini memerlukan mereka untuk menganalisis data mengenai ketinggian dan
diameter gunung berapi serta lokasi gunung berapi di atas plat tektonik. Ini akan membolehkan
pelajar membuat ramalan sama ada gunung berapi tersebut berbentuk kon atau perisai, dan
sama ada basaltik atau riolitik. Aktiviti ini juga akan memerlukan mereka untuk berfikir secara
rasional dan bekerja secara sistematik.
Pautan laman web
Tsunami 2004 di Malaysia
http://www.youtube.com/watch?v=ihN1qYVhka4
Kemungkinan gempa bumi di Malaysia
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/moderate-earthquake-can-happen-anytimein-malaysia/
Peta gempa bumi secara langsung
http://quakes.globalincidentmap.com/
Foto gunung berapi, informasi dan cerita
http://www.volcanoes.com/
Gunung berapi Bombalai, Malaysia
www.volcanodiscovery.com/bombalai.html

You might also like